#WarisanKoyak: Bila Fakta Bertemu Auta

Dipetik: FB Warisan Online (#WarisanKoyak)

Hastag #WarisanKoyak, itulah ungkapan yang sesuai untuk Admin Page Warisan Online yang mengadakan bual bicara secara live dengan tajuk Warisan Juara Rakyat. Page Warisan Online dengan angkuhnya mencabar cywar dan haters JKom untuk komen. Persoalannya, adakah panel jemputan berani menjawab? Secara jujurnya aku lebih suka untuk ajukan soalan kepada YB yang paling KUAT MENIPU, MEMFITNAH dan MEMBURUK-BURUKKAN orang lain, tidak lain dan tidak bukan Junz Wong. 

Namun, apa yang mendukacitakan, tiada walau satu soalan pun yang dikeutarakan dijawab oleh panel jemputan. Malah Admin Page Warisan Online bertindak menyekat (block) dan memadam komen pengguna FB yang bertalu-talu melontarkan soalan demi soalan. Inilah yang dikatakan Sembang Kari Kepala Ikan.

Bantuan Warisan sampai kepada rakyat? tidak perlu eKasih tidak perlu B40? - kenapa ketika Warisan menjadi kerajaan negeri, bantuan diberi mengikut kategori eKasih (500) dan B40 (RM300)?

Kalau betul bantuan Warisan tidak ikut kategori, kenapa tidak diberikan kepada semua rakyat termasuk M40 (pendapatan RM5,000 – 10,000) dan T20 (pendapatan lebih RM10,000)?

Ini hanya soalan pemanasan: sebab dalam page Warisan Online tertulis bantuan Warisan sampai kepada mereka yang terjejas. Tak perlu ekasih dan B40. 

Fakta sebenar adalah, semua kelompok masyarakat dalam negara khususnya di negeri Sabah turut terjejas dan putus punca pendapatan, bagi isi rumah yang ada simpanan dan aset, itulah yang dipakai untuk kelangsungan hidup sepanjang pelaksanaan PKP. Itu FAKTA. 


SOALAN UNTUK DIJAWAB OLEH JUNZ WONG DAN MANA-MANA PEMIMPIN WARISAN

Tanjung Aru Eco Development (TAED) telah diteruskan ketika Zaman pentadbiran Warisan. Junz Wong ketika kempen PRU-14 berjanji kepada penduduk di Tanjungg Aru dan NGO alam sekitar, jika Warisan menang TAED akan dibatalkan. TETAPI kenapa apabila Warisan menang, Junz keluarkan kenyataan yang dia TIDAK pernah menentang projek TAED. 
Baca: 

Menurut Junz Wong, perkara pertama yang Warisan akan buat jika menjadi kerajaan adalah membatalkan TAED, tapi itu bukan benda pertama yang dibuat, malah lebih teruk lagi diteruskan. Ini merupakan janji peribadi Junz Wong. Junz pasti akan berkata, Warisan meletakkan syarat 70 peratus daripada kawasan projek perlu di gazet untuk kegunaan awam dan tidak ada pihak boleh menuntut. Itu bukan jawapan yang diingini oleh rakyat, sebab perkara utama adalah JANJI WARISAN BATALKAN TAED dan bukan laksana TAED ikut syarat yang ditetapkan Warisan.

MANGSA KEBAKARAN
Junz menuduh kerajaan GRS Zalim dan menghalau mangsa kebakaran Kg. Tg Aru Lama daripada dewan masyarakat dan mengarahkan mangsa kebakaran mencari rumah selepas tempoh penempatan mangsa kebakaran di dewan serbaguna atau dewan masyarakat berakhir.

Jika benar GRS itu zalim, berapa lama pula tempoh masa yang diberi kepada mangsa kebakaran untuk tinggal di dewan masyarakat ketika Warisan menjadi kerajaan negeri? Mengambil contoh Kebakaran Kg. Gas 27 Jun 2018. Kalau benar Warisan kerajaan yang baik, Kenapa mangsa dipindahkan ke rumah kontena (penempatan sementara) sementara menunggu rumah siap? 

Apa nasib penghuni rumah kontena di Kg. Gas Batu Sapi dan lain-lain tempat yang terlibat dengan kebakaran dan dijanjikan rumah?

Siapa pemimpin Warisan boleh jelaskan, mana 150 unit rumah kekal yang dijanjikan untuk penduduk kampung Gas Batu Sapi dan lain-lain Kawasan lagi? 

KERETA API TENOM
Mana janji pembinaan kereta api Tenom yang dikatakan DSSA dalam ucapannya di Tenom? Menurut DSSA mantan kerajaan Warisan telah menyediakan dana RM70juta tanpa mengharap bantuan daripada Semenanjung?
Sekarang tular, penduduk yang dijanjikan Keteta Api Tenom, terpaksa guna TROLI HARAM (Motorsikal Troli) sebagai pengangkutan utama. Inikah yang dikatakan Warisan Juara Rakyat? Jika Warisan boleh menyediakan peruntukan untuk kontraktor sebanyak RM200juta untuk 1000 projek semasa PKP 1.0, kenapa RM70juta tidak disalurkan untuk projek keretapi Tenom, sedangkan ketika itu Warisan adalah kerajaan negeri?

Warisan dalam kenangan

BANTUAN KEPADA RAKYAT
Penyerahan bakul makanan zaman Warisan, apa kriteria penerima? Kalau betul Juara Rakyat, kenapa perlu ada kriteria? Kalau benar sistem eKasih itu sistem yang PILIH KASIH dan BODOH, kenapa dahulu Warisan pakai sistem eKasih untuk beri sumbangan? maksudnya Warisan pun BODOH & PILIH KASIH la?

RM200juta peruntukan untuk 1000 projek (RM200k setiap projek), Rakyat B40 (80juta), ekasih (20juta) jumlah keseluruhan RM100juta untuk rakyat (B40 + eKasih). Kalau betul Warisan Juara Rakyat, kenapa peruntukan untuk projek lebih besar berbanding peruntukan untuk rakyat? Rakyat menerima RM300-500 ringgit (tidak semua dapat) dengan peruntukan sekitar RM100 juta tetapi kontraktor dapat peruntukan RM200 juta dengan RM200ribu anggaran setiap projek. Adakah ini yang dinamakan Warisan Juara Rakyat?

RM300 untuk B40, berapa ramai terima? berapa jumlah sebenar B40 semasa zaman Warisan? Adakah peruntukan itu cukup? Kalau mengikut data LHDN dalam sekitar 655,680 orang (Isi Rumah B40: 341,229 dan Bujang B40: 314,451). Adalah mustahil peruntukan itu cukup. 

FAKTA: Warisan memerlukan sekurang-kurangnya RM200 juta untuk memastikan setiap rakyat dalam kategori B40 mendapat RM300 dan bukannya RM80 juta. Kalau betul Warisan itu Juara Rakyat, apa tindakan Warisan ketika itu untuk menyelesaikan isu rakyat yang tercicir daripada menerima bantuan? 

Warisan tahu SOP penyaluran bantuan di kawasan PKPD kerana SOP tersebut pernah diumumkan sendiri oleh DSSA pada Mac 2020 semasa PKP 1.0, kenapa kini Warisan tuduh kerajaan GRS sekat Warisan hulur sumbangan di PKPD Kg. Likas dan lain-lain kawasan yang terlibat PKPD? Warisan lupa atau warisan hanya tahu buat fitnah?
Semasa zaman Warisan, benarkah peruntukan untuk adun BN di sekat? satu sen tidak diberi peruntukkan, kalau mahu peruntukan perlu masuk Warisan. Adakah itu benar? kalau benar memang sah la Warisan amalkan sistem pemerintahan BALAS DENDAM dan bukan DEMI RAKYAT.
Di sebalik fitnah dan pembohongan YB dan penyokong Warisan, Kerajaan GRS tetap meluluskan peruntukan untuk setiap Adun Warisan. Benarkah setiap adun Warisan terima RM100 ribu daripada kerajaan GRS untuk digunakan membantu rakyat semasa tempoh pelaksanaan PKP? jika benar, di mana duit itu sekarang? Adakah bantuan yang disumbangkan kepada rakyat menggunakan duit akan terpampang SUMBANGAN KERAJAAN GRS atau diletak LOGO WARISAN? ini bermakna kerajaan GRS lagi matang dari Warisan, dan lebih mengutamakan rakyat berbanding dendam politik. Bukti Peruntukan Hanya Untuk Adun Warisan;


JANJI, JANJI DAN TERUS BERJANJI
Satu penyakit pemimpin Warisan, sejak muda ditubuhkan adalah, JANJI JIKA WARISAN MENANG. Ini adalah penyakit kronik pemimpin-pemimpin Warisan termasuk terutama Junz Wong.

Veveonah andalah mangsa janji manis pemimpin Warisan. Video Veveonah pelajar UMS yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet bagi menjawab soalan peperiksaan, telah tular dan mendapat perhatian ramai pihak. Pemimpin-pemimpin Warisan turut tidak terkecuali menggunakan isu ini sebagai bahan kempen PRN16. Pemimpin Warisan (Junz Wong) telah turun melawat Veveonah dan beliau dijanjikan akan diberi rumah burung walid kalau Warisan menang PRN16. Persoalannya, kenapa mesti tunggu menang dan tidak dibuat ketika dana negeri masih digunakan Warisan. Janji Junz Wong "Sekiranya Warisan menang besar dalam pilihan raya negeri bulan September, saya secara peribadi akan memastikan Veveonah dan keluarga menerima rumah sarang burung percuma". Nyatalah Warisan hanya tahu memanipulasi kesusahan rakyat demi kepentingan politik sempit.


CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN
Junz Wong pernah mendesak Mantan Adun N.16 Luyang (Datuk Hiew King Cheu) yang bertindak keluar DAP dan menyertai MCA untuk mengosongkan kerusi. Kata-kata Junz Wong “the effort to gain public support was to send a message to all elected politicians to put an end to the "political frog culture" that has existed in Sabah for the last 50 years.

Namun, kenapa Junz Wong tidak mengosongkan kerusi N.14 Likas ketika beliau meninggalkan DAP dan menyertai Warisan pada 2016? Adakah beliau juga ahli politik KATAK? atau selayaknya digelak pemimpin yang TIADA PRINSIP?

Jika benar Warisan perjuangkan hak dan kepentingan Sabah, serta tidak tunduk dengan Malaya, Kenapa royalti minyak 20% tidak tertunai? Jika Junz Wong atau mana-mana pemimpin Warisan terlupa, ini buktinya;

Soalan Bonus buat Junz Wong dan pemimpin Warisan, Adakah BERBOHONG dan MEMFITNAH itu amalan mulia?

koleksi PEMBOHONGAN Junz Wong:
1. Memujuk remaja wanita yang cederakan diri sendiri untuk buat laporan polis palsu. 

2. Berbohong di DUN Sabah dan digantung daripada menghadiri siding DUN selama 6 bulan

3. Mencalar imeBerbohong kepada rakyat Sabah - Sabah tidak selamat kerana ancaman PTI - insiden remaja perempuan diragut di Suria Sabah.

4. Menafikan tidak pernah berjanji batal projek TAED. 

5. Tidak mengosongkan kerusi Dun N.14 Likas yang ditandingi dan dimenangi atas tiket DAP ketika beliau bertindak keluar DAP dan menyertai Warisan.


Koleksi FITNAH Junz Wong:
1. Fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hj. Hajiji Hj. Noor) “Ketua Menteri hanya bergambar di Dewan ketika lawat mangsa kebakaran kg Tg. Aru Lama dan balik makan besar tanpa hulur bantuan”. 

2. Fitnah GRS tarik peruntukan Adun pembangkang. Namun beliau tidak pernah memaklumkan menerima dana RM100ribu daripada Ketua Menteri Sabah yang diberikan kepada semua Adun. Adakah zaman warisan adun pembangkang dapat peruntukan sebegini atau lebih baik dari ini? 

3. Fitnah terhadap Yong Teck Lee dan SAPP kononya terima dana daripada BN RM50 juta untuk kempen PRU13. Benarkah beliau kalah di mahkamah, terbukti menipu dan diarah minta maaf? 

4. Junz Wong pernah menggunakan drone untuk menceroboh dan mengintip rumah dan kekayaan Datuk Ramlee Marhaban semasa kempen PRU14. Benarkah kekayaan Ramlee dari hasil rasuah dan salah guna kuasa ketika menjadi pembantu Menteri Kewangan Sabah seperti yang didakwa Junz Wong? Tapi kenapa zaman Warisan beliau (Ramlee) tidak didakwa?

Pesanan buat Admin Page Warisan Online, jangan takbur dan memperkecilkan orang lain, kalau anda spesis HATI TISU dan Cepat Koyak, tidak perlulah buat live dan provok bagai. Kalau rasa Warisan itu sememangnya Parti yang menjadi punca penularan Covid-19 di Sabah, terimalah hakikat tersebut.

Kirim salam dengan mantan Menteri Pelancongan Malaysia daripada parti Warisan yang suatu ketika menegur pengusaha pelancongan yang mendiskriminasi pelancong dari negara China ketika fasa awal penularan Covid-19. Tidak ketinggalan Mantan Ketua Menteri Pintu Belakang daripada Warisan, yang kunun-kununnya sanggup MATI dari menyerahkah kerajaan negeri PINTU BELAKANGnya kepada Team Gerakan Musa Aman.

#DSSA #COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal #RumahKita #KitaJaga













No comments:

Post a Comment