Daftar Pemilih ST1 (2022), Daftar Pemilih (DP) yang mengandungi pecahan kaum/ etnik mengikut data dalam JPN. Ini adalah DP bersih atau sahih sebelum DP ST2 (2022) atau DKMSabah kenalpasti sebagai Daftar Pemilih Kotor kerana berlaku pertambahan kaum luar biasa hingga daftar pemilih tersebut terpaksa dibatalkan, boleh rujuk pendedahan DKMSabah di artikel berikut (PRU-15, Bagaimana Pemilih Melayu Boleh Meningkat Sehingga 5 Kali Ganda?).
Kelebihan DP ini, sesuai untuk tujuan bancian kaum mengikut daerah, dan lokaliti. Sesuai untuk tujuan kajian mendalam dan tidak terhad kepada kajian politik semata-mata. Contoh kajian bersesuaian, pecahan kaum mengikut lokaliti dan sektor ekonomi, Demografi kependudukan mengikut kaum dan banyak lagi.
Daftar Pemilih ST1 (2022) Lengkap 25 Parlimen, 73 Dun dan telah dipecahkan kepada Daerah Mengundi (DM) dan Lokaliti.
Sekian,
HM @ DKMSabah
Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S.29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 (2022)
0 Comments