MENJAWAB TUDUHAN KERAJAAN GRS BERLAKU ZALIM DAN SEKAT PERUNTUKAN UNTUK ADUN WARISAN PLUS

HAJIJI

Kerajaan GRS mengambil pendekatan berbeza berbanding ketika pemerintahan WarisanPlus. Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Hj. Noor) telah mengagihkan peruntukan kepada kesemua 31 ADUN Warisan membabitkan peruntukan berjumlah RM3.1 juta. 

Penyaluran peruntukan berjumlah RM100 ribu (RM3.1 juta) kepada kesemua 31 ADUN pembangkang (WarisanPlus) jelas membuktikan bahawa kerajaan GRS adalah sebuah kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat melebihi dendam politik.

“Atas rasa penuh tanggungjawab, saya memberikan peruntukan khas ini sebagai bukti  keprihatinan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)”

“Peruntukan ini adalah untuk membantu wakil rakyat pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing akibat pandemik ini". Datuk Seri Hajiji Hj. Noor (09/01/2021)

Peruntukan khas RM100,000 yang diberikan kepada setiap wakil rakyat pembangkang itu bertujuan membantu mereka menangani masalah di kawasan masing-masing berikutan penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Keterbukaan kerajaan GRS dalam mengamalkan politik matang dan menyuburkan nilai sebenar amalan demokrasi dalam pentadbiran negeri jelas kelihatan, apabila cadangan ADUN Warisan agar peruntukan untuk setiap ADUN pembangkang ditambah, telah mendapat perhatian kabinet GRS untuk dibincangkan.

WARISANPLUS
Gambar: Perbezaan Pendekatan WarisanPlus dan Kerajaan GRS Mentadbir Sabah


Untuk rekod, kerajaan terdahulu termasuklah WarisanPlus tidak pernah menyalurkan mahupun menerima cadangan menambah peruntukan untuk ADUN pembangkang ketika menjadi kerajaan. Maka adalah menjadi sesuatu yang janggal sekiranya cadangan ini datang daripada WarisanPlus sedangkan mereka sendiri pernah menjadi Kerajaan Negeri.

Kerajaan GRS bukanlah sebuah kerajaan yang mengamalkan politik sempit dan balas dendam sepertimana yang berlaku ketika zaman pentadbiran WarisanPlus. Terdapat ADUN BN (Pembangkang) yang diugut, ditekan malah diminta menukar sokongan parti menyertai Warisan atau komponen PH. 26 bulan tiada peruntukan diberi, jika mahu peruntukan perlu sertai Warisan atau PH.

Keterbukaan kerajaan GRS turut mendapat pujian daripada ADUN WarisanPlus

Ginger Phoong (N.21 Luyang): Keputusan oleh kerajaan GRS untuk memberikan peruntukan khas itu selaras dengan apa yang dibahaskannya dalam persidangan DUN terakhir yang menekankan mengenai kematangan politik bagi membawa Sabah ke arah yang lebih maju dan demokratik. (10/02/2021)

Datuk Christina Liew (N.20 Api-Api): "Kami menghargai pertimbangan dan keprihatinan yang diberikan dalam perkara ini kerana dalam menjalankan tugas membantu rakyat” (10/02/2021)

Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) mengalu-alukan peruntukan RM100,000 sebagai bantuan COVID-19 kepada setiap 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Sabah. UPKO mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan menyifatkan ia langkah permulaan yang baik ke arah mengenyahpolitikkan urusan pembahagian Dana Pembangunan Kawasan (CDF).

No comments:

Post a Comment