DSSA

Sengaja ditularkan satu rakaman live oleh petugas-petugas dan ahli Warisan P.171 Sepanggar yang mendakwa dihalang daripada menyerahkan bantuan kepada penduduk Kampung Likas yang dikenakan PKPD sejak (10 – 23 Jun 2021). Memetik Kenyataan Media YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan) bertarikh 8 Jun 2021, keputusan meletakkan Kampung Likas di bawah PKPD diambil berikutan berlaku peningkatan yang ketara dalam tempoh singkat iaitu sebanyak 22 kes direkodkan di lokaliti Kampung Likas. Tujuan pelaksanaan PKPD bertujuan memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan.



Ketua Menteri dan Mayor DBKK Perlu Jawab Kenapa Ahli Warisan Dihalang Menyalurkan Bantuan?
Tidak wujud keperluan untuk Ketua Menteri (DSP Hj. Hajiji Hj. Noor) mahupun Mayor DBKK (Puan Noorliza Awang Alip) menjawab tuduhan ini. Hal ini kerana, Mantan Ketua Menteri pintu belakang pertama di Malaysia selepas PRU-14 merangkap Presiden Warisan (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - DSSA) telah menjawab tuduhan ini pada 30 Mac 2020 ketika beliau mengarahkan semua Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah (PKOB) dan Jawatankuasa Keselamatan Daerah diaktifkan serta-merta.

Tujuan PKOB seperti yang dinyatakan oleh DSSA (Utusan Borneo Online – 30 Mac 2020), jika ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) terlupa;

1. Sabah tidak menghalang mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyampaikan sumbangan tetapi harus diselaraskan dengan jabatan kebajikan masyarakat pusat dan negeri yang diuruskan oleh pejabat daerah di setiap kawasan.

2. "Mereka mahu letak nama, gambar NGO mereka itu terpulang sama mereka, mereka perlu bagi tahu dimana destinasi sumbangan itu perlu disampaikan dan kita akan bantu menghantarnya.

3. "Tujuan kita adalah memastikan mereka dapat dilindungi, dan tidak perlu bergerak untuk turun berjumpa masyarakat, kita sudah ada jentera untuk menyampaikan bantuan, mereka hanya perlu memberitahu di masa destinasi sumbangan itu perlu disampaikan," katanya.

4. Menurutnya, kerajaan negeri akan pastikan sumbangan mereka disampaikan kerana ini amalan murni NGO, kerajaan tidak mahu para NGO ini terdedah kepada jangkitan COVID-19.

Isu yang timbul bukan soal petugas atau ahli Warisan dihalang dari menyerahkan sumbangan, tapi sebaliknya TIDAK FAHAM SOP (Prosedur Operasi Standard) atau SENGAJA TIDAK FAHAM SOP pengagihan bantuan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Prosedur Operasi Standard (SOP) penyerahan bantuan di kawasan PKPD adalah terpakai di seluruh negara. Sebarang bentuk bantuan yang ingin di salurkan di kawasan PKPD sama ada oleh NGO mahupun parti politik, perlu melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah melalui permohonan bertulis. 

Sumber: FB Ir Abdul Aziz Julkarnain, Ir Riduan Aklee dan YB. Hafez Musa

Untuk rekod, Ketua Pemuda UMNO Sabah (Ir Abdul Aziz Julkarnain) telah membuat permohonan untuk menyerahkan sumbangan kepada penduduk terlibat PKPD Kg. Likas menerusi NGO Kelab Komuniti Amal Bakti Likas (ABL), namun permohonan beliau dan NGO ABL TIDAK DILULUSKAN oleh PKOB atas faktor keselamatan, meskipun permohonan telah dibuat lebih awal (9 Jun 2021). Adalah tidak benar seperti yang didakwa menerusi hantaran video berdurasi 3 minit 48 saat yang tular. 

Situasi serupa turut berlaku kepada YB. Hafez Musa (Ahli Parlimen P.178 Sipitang). Menerusi hantaran di FB Hafez Musa, beliau TIDAK DIBENARKAN Memasuki kawasan Kampung Baru,  SFI,  Sipitang Atas Nasihat KKM. Ini jelas membuktikan bahawa, SOP penyaluran bantuan perlu melalui PKOB adalah terpakai untuk semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Baca: Permohonan Parti Politik untuk menyerahkan sumbangan di kawasan PKPD yang tidak diluluskan oleh PKOB
Kenapa Bantuan Perlu Melalui PKOB? 
Matlamat PKPD adalah untuk kurangkan pergerakan agar penularan Covid-19 di kalangan komuniti di kawasan terbabit dapat dikekang. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak fasa awal pelaksanaan PKP 1.0 (Mac 2020) telah berulang kali mengingatkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti politik bahawa TIDAK DIBENAR menghantar bantuan secara terus kepada penerima bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19. 

SOP serupa turut terpakai ketika Sabah melaksanakan PKPB (Oktober 2020) dan dijelaskan oleh DSP Masidi Manjun (Menteri Kewangan II Sabah) yang mana semua pihak termasuk NGO perlu berurusan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah bagi pengurusan sumbangan bantuan makanan kepada pihak memerlukan.

Baca: 

Sekali lagi dijelaskan, tujuan penyerahan sumbangan menerusi PKOB adalah bertujuan untuk;
i. Mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 di kawasan terlibat PKPD. 
ii. Untuk melancarkan koordinasi serahan bantuan.
iii. Sebarang jangkitan yang berlaku ke atas petugas PKOB akan memudahkan tugasan pengesanan kontak dan tindakan susulan boleh dilakukan oleh KKM. 

Untuk makluman semua pihak, petugas yang terlibat dalam menyerahkan sumbangan kepada penduduk di kawasan terlibat PKPD dilengkapi dengan PPE (Personal Protective Equipment), bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada petugas terlibat. Suasana sebenar proses agihan oleh petugas kepada penduduk dan rakyat di kawasan terlibat PKPD telah dikongsikan oleh Menteri Besar Perak (Datuk Saarani Mohamad).

Sumber: FB Saarani Mohamad

Kesimpulannya, semua pihak perlu patuh terhadap SOP penyaluran sumbangan di kawasan terlibat PKPD dan hentikan berpolitik. Ini adalah masa untuk seluruh rakyat tanpa mengira ideologi politik untuk bersatu padu dan membantu antara satu sama lain. Sentimen kepartian perlu diketepikan demi kebaikan semua pihak. Segala usaha murni kerajaan, parti politik mahupun NGO tidak akan berjaya tanpa Kerjasama seluruh rakyat dan ahli politik.

**Nota: Jika risau rakyat mengeluh YB atau parti tidak menyerahkan sumbangan, letaklah pelekat yang terpampang logo dan gambar YB sebesar-besarnya di setiap sumbangan. Ini juga telah dicadangkan oleh DSSA, kerajaan negeri akan pastikan sumbangan mereka disampaikan kerana ini amalan murni NGO. (DSSA: 30 Mac 2020)

Baca: 

#DSSA
#COVID19
#pkp2021
#pkp
#TotalLockdown
#MCO3
#kitajagakita
#kitapastimenang
#wawa
#wazirenterprise
#pkp 
#pkpd2021 
#pkpdkglikas 
#pkpdsabah 
#DBKK 
#pkob 
#mknsabah