Dipetik: FB Hajiji Official

Tertarik dengan dua (2) isu yang dibangkitkan oleh YB Junz Wong (Adun N.22 Tanjung Aru) dan kebetulan isu tersebut juga berlaku di DUN N.22 Tanjung Aru. Antara isu yang dibangkitkan Junz Wong termasuklah Isu “Mangsa-Mangsa Kebakaran Dihalau Esok” dan isu “Keperitan penduduk Rumah Pangsa Tanjung Aru”. Kredibiliti Junz Wong sememangnya tidak dinafikan dalam kancah politik Sabah, bermula dengan DAP dan kini bersama Parti Warisan Sabah (Warisan).


Junz Wong Naib Presiden Parti Warisan merangkap Adun N.22 Tanjung Aru, antara figura politik yang cukup aktif di media sosial mengulas pelbagai isu khususnya yang melibatkan negeri Sabah. Bekas ADUN N.14 Likas semasa bertanding atas tiket DAP (PRU-13) kemudiannya bertindak keluar parti (2 Oktober 2016) dan menyertai Parti Warisan Sabah (PWS) diawal kehadiran Warisan dalam kancah politik Sabah (17 Oktober 2016).


Sebut sahaja nama Junz Wong, siapa tidak kenal. Bukan hanya rakyat biasa boleh tertipu dengan berita palsu yang disebarkannya, bahkan juga pernah tercatat dalam sejarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebagai Yang Berhormat (YB) pertama yang menipu DUN Sabah dengan isu dan fakta yang direka dan ditokok tambah oleh beliau sendiri. Berikut disenaraikan beberapa kes penipuan membabitkan Junz Wong agar rakyat akan lebih berhati-hati dengan isu yang cuba dimainkan oleh beliau;

 

1.              Insiden Remaja Wanita Mencederakan Diri Sendiri (6 Januari 2014)

Mesti ramai masih ingat insiden Remaja Mencederakan Diri Sendiri namun gambar kecederaan remaja berusia 19 tahun itu telah dimuat naik ke laman sosial facebook tanpa pengetahuan dan kebenaran remaja berkenaan beserta komen daripada Junz Wong "KK (Kota Kinabalu) is no longer safe for the public to walk around” (6 Januari 2014). Junz Wong telah memujuk remaja berkenaan untuk membuat laporan polis tanpa diketahuai apa niat sebenar beliau. Tindakan itu secara tidak langsung telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak selamat masyarakat awam berhubung dengan aspek keselamatan di pusat membeli-belah sekitar bandaraya Kota Kinabalu, apatah lagi insiden berkenaan dikaitkan dengan Pendatang Tanpa Izin (PTI).


Pihak pengurusan Suria Sabah telah melakukan siasat dan mengesahkan tidak berlaku kejadian di pusat beli belah berkenaan sepertimana yang didakwa oleh Junz Wong. Akhirnya remaja tersebut tampil dengan pengakuan bahawa beliau tidak disamun mahupun dicederakan dan laporan polis yang dibuat adalah laporan palsu dan atas pengaruh daripada Junz Wong. Kesan daripada insiden itu, Junz Wong bersama remaja tersebut membuat permohonan maaf terutama kepada pihak pengurusan Suria Sabah. Tidak setakat itu, Junz Wong tercatat sebagai YB Adun pertama yang digantung enam bulan kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 90 dewan (memelihara kehormatan dan kesucian dewan) akibat berbohong ketika sidang DUN Sabah.

 


2.              Fitnah Terhadap DSP Yong Teck Lee dan SAPP Menerima Dana PRU-13 berjumlah RM50 Juta

Merupakan tuduhan dan fitnah terbesar yang pernah dilemparkan oleh Junz Wong demi kepentingan survival politik beliau yang akhirnya berjaya memburukkan imej DSP Yong Teck Lee dan pemimpin SAPP di mata pengundi khususnya masyarakat Cina. Junz Wong mendakwa bahawa SAPP telah menerima sogokan berjumlah RM50 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (BN/UMNO) sebelum PRU-13 bagi memecah belahkan undi pada PRU-13 yang lalu.


Kebenaran akhirnya terserlah apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu (3 Disember 2014) mendapati Junz Wong bersalah dan mengarahkan beliau memohon maaf kepada DSP Yong Teck Lee dan Parti SAPP atas dakwaan yang dibuat. Permohonan maaf terbuka Junz Wong terhadap DSP Yong Teck Lee dan SAPP dibuat menerusi See Hua Daily News and Overseas Chinese Daily News - OCDN (23 Julai 2015). Meskipun permohonan maaf telah dibuat, namun kerosakan yang dibawa dari siri fitnah yang disebarkan itu adalah lebih buruk bagi DSP Yong Teck Lee dan SAPP. Kesannya boleh dilihat hingga sekarang.


Ini hanya sebahagian kecil siri penipuan besar yang dilakukan oleh beliau, dan belum termasuk lagi fitnah terhadap Kerajaan Negeri Menjual Projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) Kepada Pihak Luar, Janji Membatalkan TAED jika Warisan menjadi kerajaan negeri (selepas menjadi kerajaan, JUNZ WONG HILANG INGATAN) dan Drone yang digunakan untuk mengintip kekayaan yang dimiliki oleh Datuk Ramlee Marhaban semasa kempen PRU-14 yang lalu.


Menjawab pertuduhan yang dilontarkan oleh Junz Wong. Bagi isu penempatan mangsa kebakaran Kg. Tanjung Aru Lama, sehingga 30 Mei 2021 seramai 35 mangsa (8 keluarga) kebakaran masih berada dipusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sembulan. Isu berkaitan mangsa dihalau selepas tiga hari, sebenarnya tidak berlaku dan ia hanyalah SOP pengurusan. Namun sepertimana pengurusan mangsa kebakaran yang ditempatkan di mana-mana dewan serbaguna, tempoh tiga (3) hari berkenaan akan diperbaharui dari semasa ke semasa. SOP serupa juga digunapakai oleh kerajaan Warisan dan mereka cukup maklum berkenaan perkara ini.


Yang dipertontonkan kepada umum hanyala kebaikan yang diberikan oleh pemimpin dan Adun N.22 Tanjung Aru daripada Parti Warisan, tapi yang disembunyikan dan tidak diceritakan sama sekali kepada rakyat dan pengundi DUN N.22 Tanjung Aru adalah bantuan yang lebih dahulu dan masih berterusan yang diterima oleh mangsa kebarakan daripada kerajaan Persekutuan (agensi kerajaan), kerajaan negeri, pusat zakat, NGO dan sukarelawan. Wujud persoalan, adakah mangsa kebakaran Kg. Tanjung Aru Lama telah menerima bantuan wang tunai RM500 daripada ADUN N.22 Tanjung Aru (Junz Wong) sepertimana yang diterima oleh mangsa kebakaran di Kg. Lok Kurai, Pulau Gaya dan Kg Meruntum Putatan?

 


Berkenaan isu Penyewa Rumah Pangsa Tanjung Aru, perkara pokok yang perlu dijawab oleh Junz Wong adalah “Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku runtuhan dan mengakibatkan kehilangan nyawa, harta benda dan hilang upaya kekal?”. Jika Junz Wong selaku Adun N.22 Tanjung Aru sanggup bertanggungjawab dan menanggung segala kerugian yang dialami penghuni dan penyewa jika berlaku sebarang malapetaka ke atas bangunan yang sudah berusia lebih 50 tahun, maka Pengerusi LPPB (Datuk Masing Banah) dan pihak LPPB sendiri boleh lepas tangan dan membenarkan penyewa untuk tinggal di Rumah Pangsa Tanjung Aru berkenaan. Berikut disenaraikan lima (5) masalah yang menjadi sebab kenapa penduduk enggan berpindah;

  1. Kami tidak berkemampuan untuk menyewa rumah baru akibat penularan pandemik Covid-19, kebanyakan kami kehilangan pekerjaan, punca pendapatan tidak tetap hanya berpendapatan harian sahaja.
  2. Kebanyakan daripada kami terdiri daripada B40, ibu tunggal, OKU, warga emas dan miskin tegar.
  3. Pembinaan rumah baru yang berjauhan akan mengganggu rutin harian warga emas dan OKU yang perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang berdekatan.
  4. Peningkatan kos penghantaran anak ke sekolah turut akan meningkat berbanding sekarang anak-anak penghuni hanya berjalan kaki ke sekolah (faktor sekolah dekat dengan kawasan perumahan).
  5. Peningkatan kos penjagaan kanak-kanak untuk ibubapa yang bekerja (kebanyakan anak-anak dijaga oleh jiran).

Fakta jelas yang perlu diketahui umum, kerajaan tidak mengabaikan penyewa yang membayar sewa secara konsisten, penyewa yang rumah mereka mengalami kerosakan teruk, OKU dan warga emas untuk berpindah ke mana-mana Kawasan perumahan sewa yang diuruskan oleh LPPB. Notis Pemberitahuan LPPB (24 Mei 2021) itu telah menjawab masalah kedua penduduk yang enggan berpindah. Perlu diingat, masalah yang disenaraikan oleh penghuni lebih bersifat peribadi yang antaranya menyentuh soal, rumah jauh dari sekolah, menyukarkan warga emas dan oku yang ada temu janji di klinik kesihatan, sekolah jauh dari rumah dan masalah kos penjagaan anak-anak bagi ibubapa yang bekerja. Sekali lagi persoalan yang sama dilontarkan kepada Junz Wong dan Penghuni Rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru, SIAPA YANG AKAN DIPERSALAHKAN JIKA BERLAKU SEBARANG KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI KE ATAS BANGUNAN USANG YANG SUDAH BERUSIA LEBIH 50 TAHUN?


Di sebalik kelantangan Junz Wong memburukkan kerajaan GRS, beliau secara tidak langsung telah membantu mengimbau Kembali memori ketika Parti Warisan Berjaya membentuk KERAJAAN PINTU BELAKANG pertama di Sabah amnya dan Malaysia khasnya selepas PRU-14. Bagi menceritakan kecekapan dan kemuliaan hati pemimpin parti Warisan Sabah mengurus mangsa bencana alam, kenyataan berani Macik Bedah dalam menceritakan perilaku pemimpin-pemimpin Warisan semasa Banjir Beaufort 2019 sudah cukup memberi gambaran jelas bagaimana situasi sebenar ketika Warisan berkuasa. Tidak cukup dengan itu, mungkin YB Junz Wong terlupa akan janji pembinaan 150 unit rumah untuk mangsa-mangsa kebakaran Kampung Gas Batu Sapi yang kini masih tinggal di dalam kontena. Kenapa mangsa kebakaran tidak ditempatkan di dalam dewan sehingga rumah mereka siap? Kenapa mesti dipindahkan ke dalam rumah kontena? Mana rumah yang dijanjikan kerajaan Warisan? YB Junz Wong lebih tahu.




Tuduhan seperti kerajaan GRS menghalau mangsa kebakaran yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, bantuan makan dihentikan kepada mangsa dan petugas, YB dan Ketua Menteri Sabah hanya datang ambil gambar, ambil kredit, masuk news kemudian balik rumah makan besar. Ini adalah antara tuduhan dan fitnah serius daripada seorang Adun dan juga mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Jika fitnah dan tuduhan liar sebegini dibiarkan, nasib serupa akan turut dialami oleh kerajaan GRS Sabah sepertimana yang pernah berlaku terhadap parti SAPP berhubung dakwaan SAPP terima rasuah RM50 juta daripada BN pada PRU-13.



RUJUKAN

[1] Astro Awani: Mangsa Kebakaran, Selepas dua tahun, masih menetap dalam kontena. Diakses pada 28 Mei 2021. 

[2BHOnline: Saya akan saman – Musa. Diakses pada 29 Mei 2021. 

[3Daily Express: Publicity stunt by Junz Wong backfired as girl admits fake robbery attempt. Diakses pada 29 Mei 2021. 

[4FB Page: Junz Wong: SIDANG MEDIA: ISU "PENGUSIRAN" PENDUDUK RUMAH PANGSA LPPB TANJUNG ARU. Diakses pada 28 Mei 2021. 

[5FB Page: Kes Kebakaran di Kg. Lok Kurai, Pulau Gaya. Diakses pada 28 Mei 2021. 

[6FB SAPP: ANOTHER RM50 MILLION LIE AGAIN? Diakses pada 30 Mei 2021. 

[7Malaysia Kini: ADUN Likas digantung enam bulan. Diakses pada 29 Mei 2021. 

[8MStar: Adun Likas Dirujuk Ke Jawatankusa Hak & Keistimewaan. Diakses pada 29 Mei 2021. 

[9The Star: Likas rep and self-claimed victim apologise to mall. Diakses pada 29 Mei 2021. Melalui;

[10The Star: Likas assemblyman publicly apologises to Yong over 2013 Facebook post. Diakses pada 30 Mei 2021. 

[11TJBlogspot: SAPP Dan Yong Teck Lee Difitnah Lagi. Diakses pada 29 Mei 2021. 

[12Utusan Borneo: Insiden remaja wanita cedera di Suria Sabah, Isnin lepas – Polis sedang kenal pasti motif. Diakses pada 29 Mei 2021. 

[13Utusan Borneo: 150 rumah untuk mangsa kebakaran. Diakses pada 28 Mei 2021.