بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ



Assalamualaikum 

Tiada apa yang istimewa untuk diceritakan, kerana tiada apa yang boleh dibanggakan. Apa yang ada hanyalah rasa kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia untuk terus menimba ilmu dan dikongsikan untuk manfaat bersama.

Aku bukanlah individu cemerlang sepertimana pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat liputan meluas media arus perdana. Bermula daripada pelajar bermasalah (nyaris dibuang sekolah), aku bangkit dengan keputusan yang sekadar cukup makan (1B, 2C & 5D) untuk meneruskan pelajaran sehingga ke Tingkatan 6 (11 Agregat). Siapa sangka, pelajar bermasalah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading (Universiti Utara Malaysia - UUM) seterusnya ke peringkat Master (Universiti Malaysia Sabah - UMS). 


Kalau ada yang kata, 

Apa guna ada Master kalau menganggur, Apa guna ada Master kalau tidak kerja Kerajaan. 

Jawapanku mudah, rezeki manusia tu Allah sudah TETAPKAN, so tidak perlu persoal rezeki masing-masing, cukup jalani hidup ini seadanya dan jangan lupa untuk BERSYUKUR.



PROFIL
Nama Pena: HM @ DKM Sabah (Dari Kaca Mata Sabah)
Asal: Tawau
Menetap: Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Bangsa: Bugis
Status: Sudah Berkahwin


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN:

Sekolah Rendah
SK Pasir Putih Tawau: 1992 - 1996

SK Pekan Keningau: 1997
UPSR: 1997

Sekolah Menengah: 1998 - 2004
SMK Keningau Sabah
PMR: 2000
SPM: 2002
STPM: 2004

Peringkat Universiti

2005 - 2008: Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah (Pengurusan Awam - Major Human Resource) - CGP 3.15

2015 - 2016: Universiti Malaysia Sabah (Human Capital Management) - CGP 3.55

2018: Universiti Sains Malaysia (Terpaksa batal hasrat meskipun proposal sudah Aprove, kerana baru diberhentikan kerja oleh Kerajaan Zalim Pimpinan PH/DAP, malah diburukkan lagi apabila MyBrain PHD turut dimansuhkan oleh kerajaan Zalim PH/DAP. Aku tetap akan sambung, kerana aku memang minat belajar (Kalau ada yang sudi sponser tu, amat dialu-alukan :P) 


PENGALAMAN KERJA:

Sektor Swasta:
Kerja merata tempat asal boleh survive di bumi orang terutama ketika belajar di UUM.
Panasonic Aircondition Section 21 Shah Alam (Operator - Semester Break), UUM Sintok Kedah (Asset Tagger - Semester Break), McDonald, Gurney Plaza Penang (Part Time), AEON (M) Berhad Know as Jaya Jusco, Puchong (Management Trainee), Unisys (Data Entry - Part Time), DHL Penang (Customer Care), Schenker Logistics Penang (Customer Care Representative).

Sektor Kerajaan:
Hanya Tinggal Kenanga (8 Tahun) dan diberhentikan oleh Kerajaan Zalim PH/DAP. Kalau sektor swasta diberhentikan kerja dengan notis dan 3 bulan gaji. Tapi kami, hanya diberikan notis melalui Whatsapp dengan gaji setengah bulan (Zalim kan?).

Aku kerja apa? Ya aku kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah yang diberhentikan oleh Mantan kerajaan Zalim PH/DAP. 

Aku lantikan politik? MAAF, kalau aku ada KABEL POLITIK, tidak mungkin aku menganggur sehingga sekarang. So kalau tidak tahu cerita sebenar pasal JASA, jangan nak tunjuk pandai. Nak tanya pasal politik dan analisa, kamu tanya ja, mana aku boleh jawab, pasti aku akan jawab.

Ada memohon pampasan PERKESO?... Jawabnya ada, tapi PERKESO tidak cover untuk kakitangan kerajaan kontrak.

Ada mengadu dengan CUEPAC?... Jawabnya pun ada. Satu Malaysia tahu kerajaan Zalim PH/DAP memberhentikan kakitangan awam kontrak tanpa belas kesihan... tapi apa Cuepacs jawab? nah kamu baca sendiri AstroAwani. Sebab itulah Cuepacs ini bagi aku, ada pun bagus, kalau tiada pun lagi bagus. Tiada lain diperjuangkan Cuepacs selain daripada Bonus (itu yang paling malar). Mau harap KELELAKIAN Cuepacs tu memang jauh panggang dari api, meskipun dipimpin oleh lelaki, tapi tidak bertindak seperti lelaki. Bagus potong saja leleu tu dan campak terus di lorong Hj. Taib.

Kembali menulis (Kerana Perintah Kawalan Pergerakan - PKP, Covid-19)

2022 - Aku lulus temuduga J-KOM dan ditawarkan kerja untuk jawatan Pegawai Gred 41 dan kawasan jagaan P.178 Sipitang. Namun aku menolak, bukan kerana ketika itu aku sedang bekerja dengan GRS, tetapi kerana aku sudah tidak lagi sanggup memperbodohkan diri menjadi pengampu kerajaan yang mungkin pada masa akan datang tidak lagi selari dengan ideologiku (No Anwar, No PH, No DAP).


PENGLIBATAN POLITIK DENGAN PARTI POLITIK

PRN-16 (2020)
Akhirnya aku dapat menyumbang sedikit tenaga, buah fikiran dan kepakaran dan membantu PN menumbangkang Gabungan PH pada PRN-16 iaitu WarisanPlus. Lebih manis apabila Analisan pasukan aku dapat menjangkakan dengan tepat jumlah kerusi yang dimenangi gabungan BN + PN (menang 38 kerusi) pada PRN tersebut selain turut terlibat dalam menggagalkan insiden Adun melompat sepertimana yang berlaku pada PRU-14 lalu hinggakan kerajaan GS (BN + STAR) tumbang kurang 24 jam selepas DSP Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah. 

Kini kembali menganggur dan isi masa terluang dengan membuat analisa kerusi Parlimen menjelang PRU-15. Suka atau tidak, semua parti kena sedar, TIDAK ADA SATU PARTI PUN YANG BENAR-BENAR KUAT, JIKA INGIN KEMBALI BERKUASA PERLU BERTOLAK ANSUR DAN SALING BEKERJASAMA. KEJUJURAN DALAM PAKATAN KUNCI KESTABILAN GABUNGAN YANG DIBENTUK. Belajar daripada insiden tindakan Pemimpin UMNO di Perak, Parti boleh memperolehi KUASA, tapi kebencian rakyat akan diterjemahkan dalam PETI UNDI.


PRU-15 (2022)
Setelah menganggur hampir setahun lebih selepas kemenangan PPBM Sabah/GRS (PRN16), aku ditawarkan pekerjaan dengan beberapa syarat dan permintaan yang dipersetujui oleh individu yang datang berunding. 

Jujur aku katakan, PRU-15 adalah PRU paling malang yang pernah aku sertai. Tidak hanya rasa tertipu, bahkan segala-galanya serba kekurangan. Kekurangan peruntukan, maklumat, data dan pandangan yang tidak diterima pakai oleh kepimpinan GRS sendiri. Sehinggakan buat pertama kali dalam sejarah hidup DKM Sabah, analisa PRU-15 terpaksa dibuat secara ala kadar

Akhirnya aku terpaksa beralah dan angkat kaki meninggal pejabat GRS Sabah (Alamesra) kerana sedar, objektif utama aku membantu GRS bukan kerana gaji semata-mata, tetapi juga kerana dua (2) permintaan yang perlu dipenuhi semasa dan selepas GRS menang. Namun kedua-dua permintaan tersebut gagal dipenuhi menjadikan aku berasa ditipu GRS untuk kali kedua.

Namun aku pasrah, meskipun janji hanya tinggal janji, aku tetap akan tuntut dan tidak akan pernah halalkan.

Pengalaman berharga yang aku peroleh semasa PRU15 adalah, apabila aku dapat menyaksikan sendiri bahawa pelaku-pelaku politik tidak menjadikan kuasa dan mandat yang diberikan rakyat dengan sebaiknya, kepentingan diri dan parti menjadi agenda utama melebihi amanah rakyat yang terpikul di bahu politikus. 


Peringatan (baca dengan teliti)
Sebarang terbitan laporan atau artikel dalam blog ini adalah hasil nukilan HM @ DKMSabah. Sebagai menghormati hasil karya individu mahupun syarikat lain, HM @ DKMSabah akan letakkan Kredit kepada hasil artikel rujukan tersebut termasuklah pautan URL (Uniform Resource Locator) di bahagian RUJUKAN (bahagian bawah sekali dalam artikel).

Jika terjumpa Artikel yang tidak lengkap atau tertera perkataan AKAN DIKEMASKINI, itu adalah artikel dan berbentuk kajian ilmiah. Blog ini bukan bertujuan untuk kejar RATING semata-mata, lebih daripada itu adalah untuk menjadi portal rujukan politik pada masa akan datang.


PENAFIAN
Sebarang komen daripada Tuan/ Puan adalah atas tanggungjawab Tuan/Puan sendiri.

Produk review/ Artikel yang ingin diterbitkan dalam blog ini, boleh email terus ke: cspisabah@gmail.com

Pertubuhan amal, NGO, Pusat Tahfiz yang ingin meletakkan BANNER IKLAN/ HEBAHAN KUTIPAN DERMA juga boleh hubungi DKMSabah menerusi cspisabah@gmail.com. PERCUMA TANPA SEBARANG BAYARAN. Boleh juga tinggalkan link website pada ruang komen, nanti DKMSabah akan ambil mana-mana wallpaper yang difikirkan bersesuaian.


DKMSabah turut menawarkan Khidmat:
Jika Anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penyediaan Data Bilik Gerakan (Peta, Scoresheet, Analisa BY (Parlimen, DUN dan DM), dan lain-lain analisa berkaitan Pilihan Raya UMUM (PRU), boleh email kepada DKMSabah untuk sebut harga.



Tidak Miskin Orang Yang BERSEDEKAH
(HR Muslim)

https://picasion.com/