KENYATAAN MEDIA: KEPIMPINAN BERSATU NEGERI SABAH MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN KETUA MENTERI MELAKSANAKAN PELAN PEMULIHAN NEGARA – FASA 1 BAGI NEGERI SABAH

Mohamed Razali Bin Razi


KEPIMPINAN BERSATU NEGERI SABAH

1. Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah sepakat dan menyokong penuh pendekatan Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 bagi negeri Sabah yang telah dimulakan pada 29 Jun 2021, dengan mengekalkan sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) Negeri Sabah PKP 3.0.


2. Kepimpinan BERSATU Sabah berpendapat, tindakan YAB Ketua Menteri Sabah ini adalah wajar dan seharusnya mendapat sokongan dan dokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik atas faktor seperti  berikut;

I. Kes jangkitan COVID-19 harian bagi negeri Sabah berada di bawah angka yang rendah dan terkawal, atau dengan kata mudah, Sabah bukan berada dalam kategori negeri yang merekodkan kadar jangkitan harian yang tinggi.

II. Adalah keputusan yang tepat, Kerajaan Negeri membenarkan beberapa sektor ekonomi dan perniagaan terpilih untuk beroperasi dengan mematuhi SOP PKP 3.0. Kebenaran sektor ekonomi dan perniagaan beroperasi akan dapat mengurangkan tekanan dan bebanan kewangan yang dihadapi oleh para peniaga kerana tidak dibenarkan beroperasi untuk suatu tempoh yang lama akibat pelaksanaan PKP 3.0.

III. SOP perlu lebih fleksibel khususnya untuk negeri yang mencapai kadar dan kes jangkitan COVID-19 yang rendah. Adalah adil dan bertepatan bahawasanya hasrat dan usaha YAB Ketua Menteri Sabah ini, kerana beliau melihat rakyat negeri ini sudah memberikan yang terbaik dalam pematuhan SOP dan usaha rakyat bersama-sama pasukan barisan hadapan (frontliners) memerangi pandemik COVID-19.

IV. Keputusan ini juga nyata bahawa Kerajaan Negeri dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai hala tuju tersendiri dengan mengambil maklum rintihan rakyat di negeri ini, khususnya membabitkan aspek kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat yang mendepani pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP untuk suatu tempoh masa yang lama.

V. Namun demikian, kepimpinan kita mesti tegas dan komited, agar kelonggaran ini dipantau sepenuhnya dan jika rekod jangkitan harian meningkat melebihi angka 200, adalah menjadi kewajaran untuk Kerajaan Negeri mengambil Tindakan Pencegahan termasuk mengetatkan dan menghadkan semula kebenaran operasi beberapa sektor ekonomi dan perniagaan.


3. Kepimpinan BERSATU Sabah berharap sedikit usaha dan inisiatif  oleh YAB Ketua Menteri Sabah ini mendapat sokongan semua pihak, termasuk pihak pembangkang. 


4  Sekarang adalah masa untuk kita saling bantu-membantu dalam memastikan Sabah bebas sepenuhnya daripada wabak COVID-19, sekaligus mencapai sasaran imuniti kelompok, agar sektor ekonomi, sosial dan lain-lain dapat beroperasi semula seperti sedia kala. InsyaaAllah.


Mohamed Razali Bin Razi
Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah
29 Jun 2021.
#DSSA #COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal #RumahKita #KitaJaga

No comments:

Post a Comment