pdrm atm kkm #StayHome

Artikel ini adalah nukilan khas sebagai menghargai wira-wira barisan hadapan (frontliner) yang masih teguh berdiri memerangi pandemik Covid-19. Artikel PENGHARGAAN ini tidak hanya ditujukan kepada tiga (3) cabang perkhidmatan dalam sektor awam ini semata-mata, tetapi juga kepada keseluruhan kakitangan awam samada yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.


Pendahuluan
Zaman kezaliman kerajaan DAP/PH terhadap penjawat awam tidak terhenti selepas mereka menamatkan jawatan kakitangan kontrak di JASA yang didakwa lantikan politik [1] meskipun proses lantikan secara jelas menerusi SPA termasuk menamatkan khidmat kakitangan Kontrak PLKN [2]. Ketika akhbar Utusan Malaysia mendedahkan agenda DAP untuk mengurangkan saiz perjawatan awam pada tahun 2011 [3], laman web rasmi parti DAP/PH tampil menafikan tuduhan tersebut dengan menuduh Utusan sebagai memainkan propoganda murahan [4]

Akhirnya pada 20 Disember 2018 (7 tahun kemudian), ramai kakitangan kerajaan terutama yang kini bertugas sebagai barisan hadapan mendepani pandemik Covid-19 turut menerima tempiasnya. Mantan Kerajaan DAP/PH menerusi PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2019 [5] dan surat Edaran Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam JPA Jld.2 (38) bertarikh 26 Disember 2018, sedang dalam proses mengecilan saiz perkhimatan awam yang berjumlah 1.6 juta. Proses pengecilan saiz perkhidmatan awam akan bermula secara berperingkat dari 2019 (1%), 2020 (2%) dan 2021 (2%) dengan anggaran 80,000 orang akan kehilangan pekerjaan. [6]

Agenda dan penghinaan DAP/PH terhadap penjawat awam sebelum dan selepas berjaya membentuk kerajaan tidak akan mungkin dilupakan. Artikel ini akan memfokus kepada tiga (3) kakitangan kementerian yang kini sedang berjuang mengekang penularan Covid-19 untuk rakyat Malaysia, dan mereka ini sebelumnya telah merasai kezaliman dan penghinaan daripada DAP/PH. Kakitangan Kementerian yang dimaksudkan termasuklah, Angkatan Tentera Malaysia - ATM (Kementerian Pertahanan), Polis Diraja Malaysia - PDRM (Kementerian Dalam Negeri) dan Kakitangan Kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia).


Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Kakitangan KKM antara yang terbaharu menerima kesan dan bahana kezaliman regim DAP/PH. Selaku satu-satunya kementerian yang diwakili oleh ramai kakitangan berbilang kaum dan mendokong aspirasi 1Malaysia, KKM dan kikitangannya tidak terlepas dari menjadi mangsa kezaliman kerajaan DAP/PH dalam merealisasikan impian mengecilkan saiz perjawatan sektor awam yang majoritinya diisi oleh Melayu/Bumiputera terlaksana. 

Tidak hanya kakitangan sedia ada dalam KKM terkesan dalam usaha mantan kerajaan PH untuk mengecilkan saiz perjawatan dalam sektor awam, bahkan juga bakal lantikan baharu kakitangan KKM apabila kerajaan DAP/PH memutuskan untuk menggantikan SKIM LANTIKAN TETAP kepada KONTRAK [1] selain turut dalam cadangan untuk memansuhkan SKIM PENCEN bagi lantikan baru bermula 2020 [2].

Lebih parah lagi apabila kerajaan DAP/PH menerusi PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2019 [3] memutuskan untuk menamatkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan (BIPK) dan elaun-elaun lain yang sebelum ini dinikmati oleh kakitangan KKM [4]. Antara yang terkesan termasuklah Pembantu Perubatan, Jururawat, Pegawai Farmasi, Pegawai Pergigian, Pegawai Perubatan, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian,  Pensyarah UiTM (kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi), Pensyarah Universiti (kejuruteraan, perundangan kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi - SM) [5]

Penularan Virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia, telah membuktikan bahawa kerajaan DAP/PH telah melakukan dua (2) kesilapan besar khususnya terhadap kakitangan KKM;

1. Kesilapan dalam usaha mengecilkan saiz perjawatan sektor awam. Pandemik Covid-19 memperlihatkan bagaimana barisan hadapan negara yang diketuai kakitangan KKM terpaksa bekerja untuk suatu tempoh masa yang lama dan kekurangan rehat. Demi mengurangkan beban kerja kakitangan KKM yang telah bekerja tanpa henti untuk tempoh yang lama, KKM telah mengerah seramai 3,400 orang Petugas Latihan dan Perkhidmatan dengan 2,500 orang merupakan Jururawat berpengalaman yang sedang menjalani latihan, selain turut mengenalpasti seramai 3,000 Jururawat dan Pegawai Perubatan Kontrak termasuk yang telah bersara untuk membantu KKM dalam mendepani penularan Covid-19 di Malaysia [6]. Budaya murni rakyat Malaysia turut terserlah apabila seramai 2,359 orang sukarelawan menawarkan diri membantu KKM untuk berkhidmat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah [7].

2. Pemansuhan BIPK dan lain-lain elaun untuk kakitangan KKM jelas keputusan SALAH. Berdepan dengan pandemik Covid-19, kakitangan KKM tidak hanya terpaksa bekerja dengan suasana kerja yang jauh lebih mencabar, ditambah dengan bebanan kerja yang semakin meningkat dan kekurangan kelengkapan PPE, kakitangan KKM juga turut berdepan risiko dijangkiti virus Covid-19 ketika sedang bertugas malah lebih buruk turut menjadi mangsa korban wabak berkenaan. Sehingga 23 April 2020, seramai 325 orang kakitangan KKM dilaporkan positif Covid-19 (77 orang Pegawai Perubatan, 66 orang jururawat, 34 orang Pegawai Perubatan Siswazah, 23 orang Pakar Perubatan, 21 orang Penolong Pegawai Perubatan, 104 lain-lain skim perkhidmatan) [8]. KKM turut merekodkan satu (1) korban membabitkan seorang Jururawat (Allahyarham Nadila Rahmat) yang dijangkiti ketika sedang berkhidmat (kontak rapat kes  ke-3,662 yang berkaitan dengan kluster hospital pakar Muar, Johor) [9]. Kerakusan dan kezaliman kerajaan DAP/PH akhirnya dibalas dengan komitmen jitu seluruh warga KKM dalam mendepani pandemik Covid-19.

Kecekapan KKM dalam mendepani pandemik Covid-19 yang diketuai oleh Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia) telah terbukti dan turut mendapat pengiktirafan dunia apabila TV China menamakan Dr Noor Hisham antara tiga doktor terbaik dunia bagi COVID-19 [10]. Agenda mantan kerajaan DAP/PH terhadap KKM tidak terhenti meskipun kerajaan itu ditumbangkan menerusi Langkah Sheraton [11], DAP/PH dilihat berusaha memburukkan Dr Noor Hisham menerusi portal pro DAP/PH [12] sehingga tindakan itu turut dipersoalkan oleh rakyat Malaysia termasuk mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak [13]

Baca Juga:
Kluster Covid-19 Malaysia
Kronologi Covid-19 Di Malaysia

Kakitangan Polis Diraja Malaysia - PDRM (KDN)
Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara, tindak-tanduk kezaliman kerajaan DAP/PH yang lebih didominasi oleh DAP, terhadap penjawat awam khususnya unit berunifom jelas kelihatan. PDRM antara agensi penguatkuasaan yang menerima layanan buruk tidak hanya daripada ahli parti bahkan juga daripada kepimpinan parti DAP/PH.

Kecekapan PDRM dalam memerangi dan membanteras jenayah komersial dalam negara dilumpuhkan oleh mantan kerajaan DAP/PH menerusi tindakan membubarkan tiga (3) Pasukan Khas iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) [1]. Bertitik tolak dari tindakan membubarkan tiga pasukan khas PDRM itu, penghinaan terhadap PDRM bermula menerusi tindakan berbaur ugutan Why Leong (Pengerusi DAP Jerantut) terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut (Superitendan Mazlan Hassan) yang tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan oleh Pegawai dan anggota PDRM terhadap premis penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan (19 Mei 2020) [2].

Pastinya rakyat dan anggota PDRM itu sendiri tidak akan lupa, bagaimana PDRM seakan hilang taring dengan tindakan biadap sekumpulan penyokong Pakatan Harapan yang menahan dan memeriksa kenderaan peronda polis (MPV) semasa Pilihan Raya Kecil DUN Rantau (4 April 2019) [3]. Insiden ini seolah-oleh memperlihatkan bahawa ahli parti politik pemerintah lebih berkuasa daripada PDRM di zaman DAP/PH, yang mana ia tidak berlaku di zaman pemerintahan kerajaan BN. Kemuncak penghinaan terhadap PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang ini dapat dilihat menerusi tindakan provokasi pihak yang sengaja menguar-uarkan kejayaan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini (16 September 2019) [4] dan tindakan penganjuran program sempena ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai (1989) [5].

Kes yang dibangkitkan ini hanya sebahagian kecil daripada siri penghinaan dan tindakan memperkecilkan bidang kuasa PDRM di bawah regim DAP/PH. Ini tidak termasuk lagi tuntutan NGO Pro DAP/PH yang mahu kerajaan DAP/PH menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis IPCMC [6]. Barisan Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang ada hari ini adalah barisan pembangkang yang dahulunya lantang mendesak Kerajaan Regim DAP/PH menolak cadangan penubuhan IPCMC [7].

Di sebalik semua yang melanda PDRM ini, PDRM tetap teguh menjadi antara barisan hadapan yang digerakkan sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 lalu. Tidak kira hari cerah, panas terik dan hujan lebat, PDRM bergandingan dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) teguh mengawal pos kawalan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh PKP, PKPD dan PKPB.

Baca Juga: Kronologi PKP dan PKPD Bendung Wabak Covid-19 Di Malaysia

Tidak cukup dengan tenaga dan masa yang dikorbankan, anggota PDRM tetap tidak pernah gentar meskipun terpaksa berkorban nyawa ketika menjalankan tugas sepanjang PKP mahupun di luar waktu selain PKP. Seramai empat (4) orang wira PDRM terkorban sepanjang PKP (maklumat yang diperolehi daripada carian) dan mungkin jumlah itu lebih. Tidak keterlaluan jika kerajaan memberikan penghargaan kepada anggota-anggota PDRM, ATM dan KKM yang terlibat mengekang penularan pandemik Covid-19.

Antara anggota PDRM yang terkorban termasuklah, Asisten Superintendan Aldrin anak Gonda, 38 (kenderaan dinaiki terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke Pantai Johor selepas menerima maklumat berkaitan tangkapan dadah dalam Op Covid-19) [8]Sarjan A Rahman Yeob, 59 (maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas bertugas dalam Ops COVID-19) [9], Koperal Zamansari Abd Rahim@ Shafii, 50 (kemalangan di Jalan Kedondong, Pokok Sena ketika baru pulang dari Ops Covid) [10] dan Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 (meninggal dunia dirempuh pemandu pacuan empat roda yang disyaki mabuk ketika melakukan sekatan di Jalan Raya SJR Op Covid-19) [11]. Semoga nasib keluarga wira-wira yang terkorban ini dibela oleh kerajaan.



Angkatan Tentera Malaysia - ATM (Kementerian Pertahanan)
Keterlibatan ATM dalam mengekang penularan Covid-19 bermula pada 22 Mac 2020. Penglibatan ATM menggambarkan usaha serius kerajaan terhadap rakyat yang masih ingkar dalam mematuhi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) [1] selain sebagai langkah terbaik dalam memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang mana pada ketika itu (22 Mac 2020) Malaysia merekodkan peningkatan dalam jangkitan Covid-19 (jangkitan harian; 123 kes, jumlah kes positif Covid-19; 1,306 kes; dirawat di Unit Rawatan Rapi - ICU; 49 kes dan kes kematian harian; 6 kes) [2].

Sejak awal penubuhan sejarah moden ATM yang bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933 seterusnya berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938 [3], fungsi dan peranan ATM berkembang seiring dengan keperluan semasa negara dan tidak terhad kepada aspek menjaga keselamatan perbatasan sempadan negara semata-mata daripada pencerobohan anasir jahat.

Selepas berakhirnya ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) setelah termeterainya Perjanjian Hatyai 1989 (2 Disember 1989) [4] dan berakhirnya Konfrontasi Indonesia (11 Ogos 1966) [5], kesiap siagaan dan keampuhan benteng pertahanan utama negara ini acapkali teruji. Pastinya rakyat tidak akan lupa Tragedi Bukit Jenalik, Sauk, Perak (2 Julai 2000) [6] dan Tragedi Tanduo [7] atau saya istilahkan Tragedi 1313 (1 Mac 2013) [8], antara dua insiden yang sedikit sebanyak menuntut kepada kesiap siagaan maksimum warga ATM tidak hanya dalam aspek mental dan emosi bahkan juga persenjataan.

Bagi rakyat Sabah khususnya, pengalaman PKP yang melibatkan seluruh Malaysia khasnya dan dunia amnya, merupakan pengalaman Perintah Berkurung kedua selepas perintah berkurung pertama dikuatkuasakan pada 16 Julai 2014 (masih diteruskan) akibat tragedi Tanduo [9]. Apa yang berbeza, perintah berkurung pertama adalah disebabkan oleh pencerobohan pengganas Sulu dan kawasan perintah berkurung hanya terhad kepada sebarang pergerakan di kawasan perairan Pantai Timur Sabah - ESSZONE (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran), bermula 6 petang hingga 6 pagi hari berikutnya [10].

ATM turut tidak terkecuali daripada menjadi bahan cemuhan dan sindiran sinis penyokong dan pemimpin DAP/PH. Antaranya tuduhan;

  1. Jimmy Wong “Esscom bukan saja tidak menjalankan tugas mengawal perairan negara, malah ponteng kerja dengan bermain golf, berjudi dan menjalankan operasi di rumah urut” [11] 
  2. Petikan sinis (yang telah dipadam) penyokong dan penggerak kempen DAP Koon Yew Yin terhadap ATM “Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA”. [12]

Meskipun seringkali menjadi sasaran pemerhati dan ahli politik DAP/PH, namun ATM tetap berdiri teguh bersama PDRM di setiap pos-pos kawalan sekatan jalan raya (SJR). Meskipun adakalanya terdapat pos kawalan SJR yang dirempuh oleh pemandu mabuk dan pemandu ingkar PKP.

Rumusan
Walau siapa pun yang menjadi Perdana Menteri mahupun parti memerintah pada masa akan datang, diharap kebajikan penjawat awam sentiasa diutamakan dan ditambah baik. Segala niat jahat untuk mengecilkan saiz perjawatan di sektor awam mahupun untuk mengurangkan gaji, imbuhan dan elaun yang seharusnya dan sewajarnya menjadi milik mereka, perlu dihentikan. Perlu diingat, kakitangan awam yang dedikasi dan bergantung sepenuhnya dengan gaji yang diperolehi daripada kerajaan, tidak mampu untuk menjadikan diri mereka sebagai jutawan jika hanya bergantung dengan gaji yang diperoleh, melainkan mereka terlibat dengan perniagaan.

Berbeza dengan mereka yang bekerja di sektor swasta, pekerja swasta memiliki peluang luas untuk menjadi jutawan dengan skim gaji yang besar dan bonus lumayan mencecah sehingga tiga (3) bulan gaji berbanding dengan kakitangan awam yang hanya memperoleh bonus sekitar RM500-1000. Tidak perlu ada istilah iri hati mahupun mempersoal fungsi dan peranan kakitangan awam.

Dalam situasi aman, mereka mungkin dilihat sebagai tidak berperanan dan peranan mereka tidak releven, namun ketika berlaku krisis seperti apa yang melanda dunia dan negara sekarang (Covid-19), di sinilah fungsi, peranan, pengorbanan dan ketaatan "SYMP - Saya Yang Menurut Perintah" mereka terserlah. Sehinggakan ada yang tidak bertemu keluarga untuk tempoh berbulan-bulan dan lebih dari itu, ada juga yang terkorban.


Jangan pernah dipersoal,
Meskipun diperlekeh
Mereka tetap ada di situ
#WIRAKITA


Pendahuluan
[1] 1,200 kakitangan Jasa tamat perkhidmatan mulai esok; 

[2] BTN, PLKN dimansuhkan serta-merta;

[3] DAP mahu kurangkan Kakitangan Awam? Propaganda Bodoh Utusan dan UMNO tu...

[4] Apa agenda Utusan? – Oleh Daing Yahya;

[5] PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2019;

[6] Impian DAP Akhirnya Tercapai Apabila Ribuan Lagi Penjawat Awam Bakal Ditamatkan Perkhidmatan;

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
[1] Skim lantikan kontrak ditambahbaik ganti skim latihan tetap, berpencen;

[2] Mekanisme baharu ganti skim pencen perkhidmatan awam

[3] PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2019;

[4] Elaun Kritikal Dimansuhkan: Pemansuhan BIPK Tahun 2020;

[5] Kami mendesak JPA kembalikan semula elaun kritikal kepada ke semua 33 skim perkhidmatan;

[6] KKM: Tenaga kerja diselaras, kurangkan beban petugas kesihatan;

[7] 2,359 sukarelawan sedia berkhidmat;

[8] Kenyataan Akhbar KPK 23 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;

[9] Berjuang sampai tumbang, frontliner dilaporkan maut akibat Covid-19;

[10] TV China namakan Dr Noor Hisham antara tiga doktor terbaik dunia bagi COVID-19;

[11] Enam teori konspirasi 'Langkah Sheraton';

[12] Malaysia’s Health Czar Under Fire;

[13] FB Page Najib Razak: Apa motif Asia Sentinel?
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156969624765952/?type=3&theater

Kakitangan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
[1] 3 pasukan khas polis akan dimansuh;
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/441912/3-pasukan-khas-polis-akan-dimansuh

[2] Pengerusi DAP Jerantut ditahan;
https://www.sinarharian.com.my/article/28943/BERITA/Nasional/Pengerusi-DAP-Jerantut-ditahan

[3] Tahan dan periksa kereta peronda: kuasa petugas parti melebihi kuasa polis?;
https://www.airtimes.my/2019/04/14/tahan-dan-periksa-kereta-peronda-kuasa-petugas-parti-melebihi-kuasa-polis/

[4] Pihak bawa pulang abu Chin Peng sengaja cabar pihak berkuasa;
https://www.sinarharian.com.my/article/59437/BERITA/Nasional/Pihak-bawa-pulang-abu-Chin-Peng-sengaja-cabar-pihak-berkuasa

[5] Polis siasat majlis peringatan Perjanjian Damai Hat Yai;
https://www.malaysiakini.com/news/502006

[6] AMBIGA DAN RAKAN-RAKAN DESAK KERAJAAN PH SEGERA TUBUH IPCMC;
http://www.eaic.gov.my/media/berita/ambiga-dan-rakan-rakan-desak-kerajaan-ph-segera-tubuh-ipcmc

[7] IPCMC Perlu Dibatalkan Terus;
https://mhonline.com.my/ipcmc-perlu-dibatalkan-terus/

[8] Pegawai polis maut dalam kemalangan;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568629/pegawai-polis-maut-dalam-kemalangan

[9] Sarjan polis maut kemalangan ketika pulang selepas tamat tugas Ops COVID-19;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarjan-polis-maut-kemalangan-ketika-pulang-selepas-tamat-tugas-ops-covid-19-239332

[10] Polis maut ketika pulang Ops COVID;
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/684755/polis-maut-ketika-pulang-ops-covid

[11] PKP: Polis maut angkara pemandu mabuk rempuh sekatan;
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/684498/pkp-polis-maut-angkara-pemandu-mabuk-rempuh-sekatan

Angkatan Tentera Malaysia - ATM (Kementerian Pertahanan)
[1] Covid-19: Tentera bantu polis bermula tengah malam esok;
https://www.sinarharian.com.my/article/74688/KHAS/Koronavirus/Covid-19-Tentera-bantu-polis-bermula-tengah-malam-esok

[2] Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[3] Sejarah ATM;
http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-kami/sejarah-atm

[4] 'Hormati Perjanjian Hatyai 1989' - Rahim Noor;
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/521436/hormati-perjanjian-hatyai-1989-rahim-noor

[5] Sejarah 'Zaman Konfrontasi' Malaysia - Indonesia;
https://iluminasi.com/bm/sejarah-zaman-konfrontasi-malaysia-indonesia.html

[6] Al-Maunah tewas di Bukit Jenalik;
https://www.sinarharian.com.my/article/73757/BERITA/Jenayah/Al-Maunah-tewas-di-Bukit-Jenalik

[7] Masih trauma hampir disembelih pengganas;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/387578/masih-trauma-hampir-disembelih-pengganas

[8] Tragedi 1313 Lahad Datu Sabah: Sekadar Nukilan Duka Berdarah;
http://dkmsabah.blogspot.com/2013/03/tragedi-1313-lahad-datu-sabah-sekadar.html

[9] PDRM kaji cadangan kawasan ESSZone tiada penculikan keluar dari perintah berkurung;
https://www.airtimes.my/2019/11/20/pdrm-kaji-cadangan-kawasan-esszone-tiada-penculikan-keluar-dari-perintah-berkurung/

[10] Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 21 Januari;
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/01/644054/perintah-berkurung-di-esszone-dilanjut-hingga-21-januari

[11] MPSS BIDAS PENGERUSI DAP SABAH PERLEKEH PENGORBANAN PETUGAS ESSCOM JAGA PERAIRAN ESSZONE;
https://esscom.gov.my/?p=15766

[12] Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang FELDA – Ahli Perniagaan;
https://www.airtimes.my/2019/08/13/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda-ahli-perniagaan/