Ulang Tahun Ke-2 Mengenang Pengkhianatan Dan Pencabulan Undang-Undang Pelantikan Ketua Menteri Sabah Oleh Juhar Mahiruddin, Shafie Apdal Dan Bekas ADUN BN



KOTA KINABALU, SABAH – Tarikh 12 MEI 2020, genaplah usia dua (2) tahun Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal mengemudi Negeri Sabah melalui “jalan pintu belakang” selepas tumbangnya Parti Barisan Nasional (BN) bersama STAR yang telah berjaya diberikan amanah lagi awal oleh rakyat untuk menerajui Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) yang lalu.

Mengimbau kembali sejarah, secara sah (mengikut kuasa majoriti awal) Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 minit malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Sabah. 

 Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

JIKA MELIHAT KEPADA SUDUT KEBENARAN PERUNDANGAN, SEORANG KETUA MENTERI YANG DIPILIH HARUSLAH DILANTIK DARIPADA PARTI YANG MEMPEROLEHI MAJORITI UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN.



Keputusan rasmi agihan kerusi selepas PRU ke-14 yang lalu Barisan Nasional (BN) telah memenangi sebanyak 29 kerusi yang kemudiannya 31 kerusi selepas dua (2) Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jaffrey Kitingan bergabung dengan Musa untuk membentuk kerajaan campuran. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), parti Warisan pimpinan Mohd Shafie pula turut memenangi 21 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing memenangi enam (6) dan dua (2) kerusi.

Keputusan PRU-14 (Sabah)… 

Bagaimanapun kemenangan Warisan, DAP serta PKR yang menjalinkan kerjasama belum membolehkan parti-parti itu membentuk kerajaan kerana jumlahnya hanya 29 kerusi, kurang dua (2) kerusi untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. 

Sebelum pelantikan Tan Sri Musa Aman diperkenankan oleh Juhar seramai 31 orang wakil rakyat BN termasuk Musa telah menandatangani akuan bersumpah bagi memilih Musa sebagai Ketua Menteri Sabah secara sah.

Beberapa orang ADUN BN semasa menyatakan persetujuan mereka memilih Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah… 

Tidak cukup dengan surat akuan bersumpah, Juhar turut memanggil satu persatu wakil rakyat BN dan STAR untuk bersemuka bagi mendengar sendiri pengakuan lisan mereka mengenai sokongan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah. 

Ironinya, walaupun dari sudut perundangan BN telah berjaya membentuk Kerajaan Negeri Sabah dengan majoriti mudah, namun Juhar selaku Tuan Yang Terutama Negeri Sabah telah berkenan pula melantik Shafie Apdal selang beberapa hari selepas Musa mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri dihadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah selang beberapa hari selepas Musa mengangkat sumpah jawatan yang sama dan di dihadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin
 
PERSOALANNYA DI SINI KENAPA JUHAR BERTINDAK SEDEMIKIAN? 

Bukankah peranan utama TYT (Juhar) sepatutnya menjalankan kuasa-kuasa tertentu tanpa campur tangan dengan hal-ehwal politik negeri.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui peranan sebenar Juhar Mahiruddin telah bersekongkol dengan Shafie Apdal untuk menggagalkan usaha Parti BN dan Star untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah walaupun kedua parti ini telah mendapat majoriti mudah. 

Tindakan ini dilakukan semata-mata berharap agar tempoh jawatan selama dua (2) penggal Yang Di Pertua Negeri Sabah dapat disambung semula. 

Untuk rekod Juhar telah dilantik menjawat jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah pada 01 Januari 2011 selepas mendapat perkenan dan sokongan daripada Tan Sri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah sebelum ini dan sepatutnya menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah pada akhir disember 2018. 

Akhirnya, semuanya terjawab apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 13 Dis 2018 telah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah bagi menghapuskan tempoh perkhidmatan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah (selama 2 penggal) untuk membolehkan Juhar terus berkhidmat sehingga ke akhir ke hayat beliau.

Peranan utama Juhar yang tidak sepatutnya dilupakan oleh seluruh rakyat Sabah apabila membantu Shafie Apdal pada 10 Mei 2018, semasa kesemua wakil rakyat BN berkumpul di Istana Negeri Sabah menunggu majlis mengangkat sumpah Tan Sri Musa sebaga Ketua Menteri Sabah menurut pengakuan beberapa YB-YB BN pada ketika itu, Juhar telah memanggil mereka di sebuah bilik di Istana secara rahsia untuk memujuk dengan sesungguhnya supaya berpaling tadah dengan habuan tertentu dan memaksa agar memberi sokongan kepada Shafie (pengakuan ini dibuat oleh beberapa YB-YB dari UPKO dan BN), dan juga secara sengaja telah melewat-lewatkan majlis mengangkat sumpah Musa sehingga ke jam 11.05 minit malam selepas dua (2) kali percubaan dibuat bagi mengadakan majlis mengangkat sumpah tersebut. 

SEBAGAI SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM KEYAKINAN TERHADAP DOA ORANG YANG DIZALIMI ITU PASTI BERLAKU.

Hadis Nabi Muhammad Sallahualaihi wasallam diriwayatkan oleh Hakim – sanad sahih “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” 

Hadis kedua dari Abu Hurairah Rasulullah Sallahualaihi wasallam bersabda “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama.” 

Justeru keyakinan terhadap Hadis Nabi ini amat jelas apabila ‘hukum karma’ terhadap orang yang teraniaya itu telah berlaku secara tunai ke atas Parti Warisan sendiri, apabila beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri penuh Persekutuan telah kehilangan jawatan selepas 22 bulan menjawat jawatan tersebut tanpa sempat menerima pencen apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah betukar.

MENYOROT KEMBALI DUA (2) TAHUN APAKAH KEJAYAAN YANG TELAH BERJAYA DICAPAI OLEH SHAFIE APDAL MENERAJUI NEGERI SABAH?

Kejayaan yang amat ketara yang telah dilakukan oleh beliau hanyalah membuka kilang minyak masak jenama Sabah dan  malangnya harga minyak tersebut jauh lebih mahal dari minyak masak keluaran FELDA termasuk minyak subsidi paket.

Shafie lancarkan minyak masak buatan tempatan Sabah (Jenama BESS)… 

Selain itu rakyat Sabah jelas telah melihat kegagalan bersilih ganti, yang teramat malang apabila hampir 20 perkampungan setinggan di seluruh Sabah yang kebanyakan dihuni oleh PATI telah terbakar, kes bom ikan meningkat malahan pelancong terbunuh terkena bom ikan, Semporna digelar daerah terkotor di Malaysia, perlaksanaan PSS akhirnya dibatalkan (selepas Warisan kalah pada PRK Kimanis), kadar pengangguran meningkat, KDNK menurun, pelantikan kroni ke dalam pentadbiran negeri Sabah, gagal menyalurkan bantuan kepada rakyat semasa PKP dan banyak lagi yang tidak dapat dicatatkan disini.

Pelancong asing pernah gelarkan Daerah Semporna sebagai tempat terkotor di Malaysia dengan gelaran ‘Biggest Shithole in Malaysia’… 



Kepada bekas wakil rakyat BN yang telah berlaku khianat (melompat parti) yang terawal membantu Parti Warisan diantaranya Madius Tangau, Hamisah Samat, Muis Picho, Ewon Benedick, Abdidin Madingkir, Osman Jamal dan Jamawi Jaafar, saya cukup pasti inshaaAllah rakyat akan menghukum kalian semasa pilihan raya akan datang ini dan berharap agar tidak akan ada lagi wakil rakyat di Sabah kelak yang mencontohi pengkhianatan kalian. 


Sekian.
Yang Benar,

Anak Sabah
12 Mei 2020

(Tulisan asal artikel ini telah dimuat naik oleh penama Catherine Abdullah dan ianya tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysiakini2…)

No comments:

Post a Comment