TRAGEDI 1313 LAHAD DATU SABAH: SEKADAR NUKILAN DUKA BERDARAH



Terlebih dahulu marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan berdoa mengikut ajaran agama masing-masing kepada kedua-dua Wira Negara Kita.
Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing.

01.03.2013 (Jumaat). Jika diamati dengan jelas angkat 1313 nampak seakan-akan nombor cantik dan unik di tambah lagi tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat. Ketika artikel ini ditulis, pengarah belum lagi keluar untuk mendapatkan akhbar hari ini. Keluar pejabat semalam pun lewat, sekitar pukul 6.30-7.00 petang. Suasana suram dengan langit kemerah-merahan yang pastinya berbeza dengan hari-hari lain. Alam seakan-akan mengerti bahawa hari ini 01.03.2013 telah berlaku pertumbahan darah di bumi Sabah. Diplomasi selama 18 hari yang bertujuan untuk mengelak sebarang pertumpahan darah berkesudahan dengan kegagalan yang akhirnya terbayar dengan pemergian dua (2) orang Wira Negara. Semoga roh mereka dicucuri  rahmat hendaknya...................... InsyaALLAH

Ada banyak hikmah tersembunyi daripada pencerobohan ini. Elemen perpaduan kembali ke posisi asal dengan rakyat di media maya acap kali melaungkan perpaduan. Tiada yang penting selain daripada perpaduan disusuli dengan apa yang melanda Sabah kini. Hati seakan ditusuk sembilu bila melihat seorang anak kecil yang tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada ayahnya. Bukan hanya bahu yang memilkul itu terasa beratnya bahkan juga hati yang merasa keperitan itu.


Artikel kali ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Terdahulu pun pengarang telah dedahkan apa yang berlaku merupakan konspirasi pihak tertentu. Malah video yang mengakui beberapa orang pemimpin pembangkang berada di Filipina yang konon-kononya ingin menyiasat kes amalilo turut pengarang miliki. Yang pastinya media-media milik pembangkang tidak akan siarkan sebarang bukti sebegini kerana penglibatan pemimpin mereka dalam insiden ini semakin jelas. Biarlah pihak berkuasa yang selesaikan tugas mereka sekaligus menghadapkan pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Tian Chua: Sentuh kes Amalilo pada mini 4:29. (Memang Beliau ada ke Filipina beberapa bulan sebelum kejadian dan seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Manila Times. net




Pengarang lebih menghormati arahan pihak berkuasa agar tidak menggembar-gemburkan sebarang spekulasi kepada tatapan umum khususnya kepada pembaca di luar Sabah yang tercari-cari akan situasi terkini di Lahad Datu Sabah. Tiada apa yang lebih penting selain daripada rakyat memainkan peranan masing-masing dengan berusaha untuk tidak menimbulkan suasana tidak selamat sekaligus mengundang lebih banyak tanggapan negatif dari luar yang dikhuatiri akan melibatkan campur tangan pihak tertentu.


Jangan politikkan apa yang berlaku di Sabah dengan tuduhan "Insiden Tembakan Di Lahad Datu - Konspirasi Terancang UMNO - Tian Chua" kerana apa yang berlaku kini sudah jauh dari apa yang dituduh. Pastinya jika ini adalah lakokan seperti mana fitnah orang-orang pembangkang, berapa pula kos yang perlu di tanggung oleh kerajaan. Adakah nilai nyawa yang terkorban kini lebih tinggi nilainya daripada fitnah scandal Scorpene? Jika benar ini sandiwara, kenapa pula baru hari ini Anwar sibuk menyampaikan ucapan Takziah?
   

Benarlah apa yang rakyat Sabah katakan. Pembangkang hanya inginkan undi Sabah, jauh sekali untuk memperjuangkan hak-hak Sabah. Insiden sebegini pun mereka boleh katakan sebagai konspirasi UMNO tapi pembabitan pemimpin sendiri disembunyikan. Pengarang berharap, Pemimpin Kesultanan Sulu yang terlibat dengan insiden ini akan ditangkap hidup-hidup dan di hadapkan ke muka pengadilan. Dengan itu, rakyat akan tahu siapa dalang sebenar kes pencerobohan ini.

Bersama-samalah kita berdoa moga keluarga Wira-wira negara yang terkorban diberikan ketenangan dan kekuatan dalam menempuhi hidup di masa mendatang. Moga roh Wira-wira negara dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. InsyaALLAH.





No comments:

Post a Comment