16 Mac 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020 telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Ketika Perdana Menteri menbuat pengumuman tersebut, sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. PKP itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. [2]

FASA 1: Perintah Kawalan Pergerakan - PKP (18 - 31 Mac 2020)
18 Mac 2020
Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). [1]
20 Mac 2020
Perdana Menteri umumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan untuk membantu PDRM menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam penularan wabak Covid-19. [2]
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 memperuntukkan sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang ini akan didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. [3]
22 Mac 2020:
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan hampir 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan memantau pematuhan orang ramai terhadap PKP.
Seramai 7,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan PKP.
23 Mac 2020
Ketua Setiausaha di kementerian yang menyediakan perkhidmatan keperluan, perlu mengeluarkan surat kebenaran perjalanan kepada semua kakitangan yang bertugas, sepanjang PKP, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Di Perak, seorang mekanik menjadi individu pertama didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa PKP.
24 Mac 2020
Kenyataan Media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob;
- Pematuhan rakyat terhadap PKP meningkat kepada 95 peratus.
- Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang PKP.
- Pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen bagi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
- ATM mula menggunakan dron bagi mengawal dan memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh PKP di seluruh negara.
25 Mac 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April.
Sehingga 25 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 73 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19. Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.
Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4%) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh. Lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif COVID-19. [4]
26 Mac 2020
Proses pembersihan dan pencucian nyahcemar dilakukan di premis awam terutama di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan merah.
Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Pertama di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor hingga 9 April. Kerajaan atas nasihat KKM telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.
Ia susulan laporan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan terdapat 83 kes positif wabak COVID-19 telah dikesan di daerah Kluang, Johor. Daripada jumlah itu 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam. PKPD melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020. [5]
27 Mac 2020
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan 2,732 syarikat meneruskan operasi semasa tempoh PKP.Bacaan SO2 (sulfur dioksida) dan NO2 (nitrogen dioksida) dalam udara menurun selaras dengan pengurangan bilangan kenderaan motor di jalan raya terutama di bandar-bandar utama susulan pelaksanaan PKP.
28 Mac 2020
AirAsia Group Berhad dalam kenyataan memaklumkan memberhentikan sementara operasi bagi penerbangan antarabangsa dan domestik, mulai 28 Mac lalu hingga 28 April 2020. [6]
29 Mac 2020
Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Kedua di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, setelah KKM mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
PKPD melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasuk tujuh (7) kampung iaitu dua (2) perkampungan Orang Asli dan lima (5) perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020. [7]
30 Mac 2020
Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Ketiga di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur hingga 13 April. P
PKPD Ketiga ini berikutan 17 kes positif jangkitan COVID-19 dalam kalangan penghuni Menara City One. Ia melibatkan 3, 200 penghuni di 502 unit bermula 31 Mac hingga 13 April 2020.
Perkembangan PKP hari ke-14;
- PDRM) telah menahan 742 individu di sekatan jalan raya (SJR) dan rondaan PDRM dan ATM kerana melanggar PKP.
- Terdapat 828 tangkapan.
- PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 1,547 SJR, melakukan pemeriksaan ke atas 383,488 kenderaan dan PDRM sendiri telah melakukan sebanyak 22,586 pemeriksaan mengejut.
- Sebanyak 165 individu telah dituduh, enam daripada mereka telah dijatuhi hukuman denda atau penjara. Di Sarawak, hukuman penjara yang dikenakan adalah sebanyak satu hingga empat bulan
- ATM akan menggunakan aset untuk membantu penghantaran barangan keperluan asas di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Pihak pengurusan Lebuhraya PLUS, ANIH, LATAR, MEX, PROLINTAS, KESAS, GRAND SAGA dan GRAND SEPADU telah bersetuju untuk memberi pengecualian sewa kedai selama tempoh PKP di kawasan RNR di sepanjang lebuhraya di bawah mereka. [8]
![Covid-19 Malayan Mansion](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0WzAB5CEEBy-E9QpYvv7mf-QH7yVdojZVR7HUncu4zabNo_mriLWgKkijVwCuzrzek9iujUL3SbEqVQ0_1NRnkqRbXKdqzhCrLMh8LjrRwoAQDjcO4u9ODKSZsSbNuwLHNh8SPSNAMgk/s1600/PKPD.jpg)
Foto Kredit: Bebas News (PKPD Selangor Mansion) | Bharian (PKPD Masjid India)
31 Mac 2020
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap Kedua akan memperkenalkan SOP baru berluma 1 April 2020.
FASA 2: Perintah Kawalan Pergerakan - PKP (1 - 14 April 2020)
1 April 2020
Semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Had perjalanan individu yang keluar rumah dalam tempoh PKP bagi tujuan dibenarkan adalah ditetapkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (KM) dari kediaman.
3 April 2020
Pematuhan orang ramai terhadap PKP meningkat kepada 99 peratus, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi PKP dilaksanakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
4 April 2020
Seramai 5,126 ditahan kerana melanggar perintah PKP sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
7 April 2020
Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Keempat di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur. PKPD itu dilakukan berikutan terdapat 15 kes positif jangkitan COVID-19 di kedua-dua bangunan itu.
PKPD yang melibatkan penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan itu akan dilaksanakan sehingga proses pengesanan kes dari unit ke unit selesai. Bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Rela akan mengawal seluruh kawasan. [1]
8 April 2020
Polis mula mengenakan kompaun RM1,000 terhadap individu ingkar PKP.
9 April 2020

PKPD di dua kawasan dekat Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan sehingga 14 April.
Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman Malayan Mansion, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan.
Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan. [2]
Panglima ATM (Jeneral Tan Sri Affendi BuangAngkatan Tentera Malaysia - ATM) menafikan khabar angin bahawa anggota ATM memakai helmet bertujuan untuk mengelak daripada dibaling objek dan air kencing. ATM hanya memakai helmet (topi keledar) di kawasan PKPD dan beret ketika kawalan sekatan jalan raya. [3]
Sementara itu, setakat 9 April 2020, sebanyak 156 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 146 pada hari sebelumnya, di mana 11,445 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
Fauziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) pada 9 April 2020 telah memuat naik rakaman video yang didakwa menggambarkan orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru. Kapsyen yang hantaran itu menyebut tentang sejumlah warga Malaysia cuba masuk ke negara dan menyebabkan keadaan tidak terkawal. [4]
10 April 2020 (4:00 Petang)
Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020. Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar perubatan.
Keputusan itu juga sekaligus memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak itu dalam masyarakat. Malah, ia juga selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan PKP dalam jangka masa terlalu awal.
Kerajaan mengumumkan kelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi. [5]
Kerajaan mengumumkan kelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi. [5]
Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah (KP Kesihatan), memasuki Fasa ke-3 PKP, Malaysia telah merekodkan kes jangkitan sebanyak 4,346 dan jumlah pesakit pulih dan dibenarkan keluar adalah seramai 1,830 orang. Malaysia merekodkan 70 kematian (3 kematian dilaporkan 10 April 2020). Seramai 69 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Untuk rekod, kes positif di Malaysia adalah terkawal pada kadar tujuh peratus iaitu di bawah benchmark 10 peratus yang ditetapkan oleh WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga rendah, iaitu 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian di peringkat dunia. Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43 peratus pesakit Covid-19 telah pulih.
Perlanjutan tempoh PKP adalah wajar, sepertimana yang disebut sendiri oleh Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 25 Mac 2020 iaitu tindakan agresif seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dapat memberi peluang kepada sesebuah negara untuk mengharungi jangkitan COVID-19. Dr Tedros turut mengingatkan bahawa tindakan untuk menamatkan Perintah ini dengan terlalu awal boleh mengakibatkan penularan semula COVID-19 di sesebuah negara. [6]
Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Kanan (Keselamatan), Kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah kompaun terhadap individu yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan masih ramai yang tidak mematuhi arahan tersebut. ini kerana jumlah kompaun RM1,000 yang dikenakan ketika ini jauh terlalu rendah berbanding denda yang dikenakan di luar negara [7]. Seramai 386 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib. [8]
Pihak berkuasa telah mengenal pasti pihak yang menyebarkan rakaman video yang didakwa menggambarkan orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru. Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud menjelaskan bahawa video itu sebenarnya berkenaan latihan kebakaran yang dijalankan di CIQ pada 18 Disember 2019. Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa melihat perkara itu secara serius kerana ia telah menyebabkan kebimbangan awam, terutama di kalangan penduduk Johor Bahru.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieEo3lSR0dXtFSUhJTpy_agTN-0FY-sLByJ7KJzA05jVmhXlkpX1fa92smBhXowq_iiOeBYx5UhMIFm_G1OxOcpQWY2T0bnrIXMFOkLc-aC4xYvIrFVLAivqxT0NlVjp8XYu6NXd453Hw/s1600/Covid-19+%2528PKP3%2529.jpg)
11 April 2020
Mana-mana individu yang enggan memberikan kerjasama kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di pusat kuarantin atau hospital boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Mana-mana individu boleh dikenakan tindakan jika menghalang tugas bukan hanya polis dan tentera tetapi juga jururawat dan doktor serta petugas hospital. Berdasarkan peruntukan itu, orang awam yang menghalang tugas penjawat awam boleh dipenjara maksimum dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. [9]
**Nota: Kenyataan ini ada kaitan dengan Kluster Kayangan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah merakam keterangan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bagi membantu siasatan berhubung klip video tular yang memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di Johor Bahru.
Gajet yang digunakan untuk memuat naik kenyataan di laman sosial itu turut dirampas dan siasatan lanjut masih diteruskan. kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam. PDRM turut menyiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian [10]
12 April 2020
Kerajaan akan melaksanakan skim harga maksimum sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan tidak ada peniaga yang cuba menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. [11]
13 April 2020
Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke Sabah dan Sarawak dengan kekerapan sekali seminggu dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu, minggu ini. Malaysia Airlines akan memastikan penerbangan itu dihubungkan oleh MASWings bagi laluan Miri-Bintulu, Kuhcing-Sibu-Kuching dan Sibu-Bintulu.
Kementerian Pengangkutan sebelum ini, tidak pernah mengarahkan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia atau Malindo untuk menghentikan operasi penerbangan ke Sarawak dan Sabah. [12]
Seramai 1,374 individu telah ditahan semalam kerana ingkar PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000; 418 individu direman dan 25 individu telah dijamin polis. Selain itu, sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan mengingkari PKP.
Kerajaan memutuskan semua operasi kedai gunting rambut, cermin mata dan salon kecantikan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). [13]
14 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Kelima di Masjid India dan kawasan sekitarnya mulai 15 April hingga 28 April. PKPD kelima itu melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.
Kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di tiga kawasan iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor. Turut dilanjutkan ialah PKPD Menara City One di Jalan Munshi Abdullah dan PKPD di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India. Pelanjutan PKPD sehingga 28 April 2020. [14]
PKPD Batu 21-23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat ditamatkan malam tadi (13 April 2020) kecuali Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, di mana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28 April. [15]
Bermula Fasa ke-3 (15.04.2020) Polis tidak akan lagi menjadikan denda kompaun RM1,000 sebagai pilihan utama untuk individu yang sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP, sehingga 13 April 2020, adalah seramai 9,990 individu dan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan adalah sebanyak 4,036.
Mulai 15.04.2020, Polis tidak lagi beri tumpuan kepada kompaun, sebaliknya, sesiapa yang ditahan akan direman atau dihadapkan ke mahkamah, dan biarlah mahkamah putuskan hukuman lebih berat. [16]
FASA 3: Perintah Kawalan Pergerakan - PKP (15 - 28 April 2020)
15 April 2020
Datuk Huzir Mohamed (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman): Terdapat peningkatan sebanyak 7,668 tangkapan pada Fasa 2 sehingga membawa kepada jumlah 11,295 berbanding Fasa 1 yang merekodkan 3,627 tangkapan. Sehingga hari ini seramai 5,930 pesalah sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara atas kesalahan melanggar PKP. [17]
Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan): Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020. keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata. [18]
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): Kes positif COVID-19 di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatat peningkatan sebanyak sembilan kes. Peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif di kawasan PKPD itu meningkat kepada 210 kes. Pertambahan sembilan kes baharu itu melibatkan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, manakala lain-lain lokaliti kekal sama.
Terdapat pertambahan empat kes baharu melibatkan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Bali, empat kes baharu bagi kluster flat di Kampung Baru dan dua kes bagi kluster madrasah di Jerantut, Pahang.
sebanyak 24,805 sampel ujian COVID-19 telah diambil daripada kluster kumpulan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan daripada jumlah itu 1,924 positif manakala 20,494 adalah negatif. [19]
17 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan): Menegaskan bahawa, tidak ada sesiapa pun yang boleh terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang dengan mengingkari arahan dan peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpakai selama ini. Kenyataan ini susulan tular media sosial gambar sekeluarga yang menunjukkan mereka sedang balik ke Kuala Lumpur dan bagi tips kepada orang ramai bagaimana cara nak lepas (sekatan jalan raya).
“Saya ingin jelaskan bahawa polis telah pun mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil. Jadi tolonglah jangan berbangga dengan melakukan kesalahan dan menganggap diri sebagai hero kerana akhirnya tindakan akan diambil dan menyusahkan diri mereka dan keluarga". [20]
Datuk Seri Hamzah Zainudin (Kementerian Dalam Negeri - KDN): KDN akan menubuhkan satu 'pasukan petugas' yang melibatkan beberapa kementerian berkaitan untuk membincangkan kawalan di sempadan negara bagi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia penting bagi memantau pergerakan individu yang mungkin cuba keluar dan masuk ke Malaysia tanpa melalui laluan yang sah, sekali gus kembali merisikokan rakyat walaupun wabak COVID-19 mereda selepas tamat tempoh PKP. [21]
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan): Malaysia kembali menunjukan perkembangan positif apabila kes positif harian COVID-19 hari ini mencatatkan angka terendah iaitu 69 kes, berbanding tiga angka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Malah, jumlah kes pulih harian adalah 201 kes, hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kes baharu yang direkodkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan didiscaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes atau 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. [22]
19 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula beroperasi 23 April 2020. Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakannya setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara. Kementerian Kesihatan pula akan membantu menyediakan petugas kesihatan yang akan ditempatkan di penjara sementara itu. [23]
20 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Kerajaan telah mewartakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan keenam ke atas Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur, dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur. Pelaksanaannya akan bermula 20 April sehingga 3 Mei, 2020. PKPD ke-6 itu akan meliputi lapan parcel iaitu:- [24]
21 April 2020
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar) Seramai 11,363 rakyat Malaysia yang terkandas di 68 negara berjaya di bawa pulang sejak sebulan lepas. Pada masa ini seramai 511 rakyat Malaysia masih terkandas di 22 negara. [25]
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), enam kriteria digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan atau tidak. ia merangkumi kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti. [26]
Sebanyak 95 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan 12,160 rakyat Malaysia yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara setakat ini. Seramai 7,910 individu daripada jumlah keseluruhan itu telah diambil sampel sejak 3 April lepas. Tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan dalam mengekang penularan wabak itu. [27]
24 April 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) menyertai beberapa pemimpin dunia dalam menggesa kolaborasi global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin untuk COVID-19 yang telah menjejaskan dunia dengan teruk. Bercakap pada pelancaran pemecut Akses kepada Peralatan (ACT) COVID-19 dihoskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menerusi tele-sidang yang disiarkan secara langsung, beliau menawarkan sokongan penuh Malaysia terhadap kerjasama global penting itu. [28]
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan); Kerajaan membenarkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pulang ke kampung secara berperingkat, bermula Isnin (27 April 2020). Keputusan ini melibatkan seramai 53,000 atau kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan penuntut akan dibenarkan pulang. [29]
25 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Kerajaan memutuskan untuk meletakkan kawasan Selayang Baru, Gombak di Selangor dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Ketujuh mulai 25 April sehingga 3 Mei ini. PKPD ini
PKPD Arahan Ketujuh melibatkan enam parcel yang dikenal pasti seperti berikut:
Zon A : Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor
Zon B : Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon C : Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon D : Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon E : Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon F : Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor
Arahan PKPD ketujuh itu dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19 setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur. [30]
27 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan); Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang di Johor akan ditamatkan (28 April 2020). Penamatan PKPD bermakna kawasan tersebut akan diletakkan di bawah PKP sahaja.
Sementara itu, PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan sehingga 5 Mei depan. [31]
FASA 4: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat - PKPB (29 April - 12 Mei 2020)
29 April 2020
Warta Persekutuan yang dikemas kini di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020, ketua keluarga yang keluar membeli makanan dan barangan keperluan harian lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat, kini boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah. Kawalan atas pergerakan di dalam kawasan radius 10 kilometer dari kediaman.
Warta tersebut yang ditandatangani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bahawa, Peraturan-Peraturan itu berkuatkuasa dari tempoh 29 April sehingga 12 Mei. [32]
1 Mei 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Berikut antara inti pati PKPB seperti diumumkan perdana menteri: [33]
3 Mei 2020
Senarai negeri yang tidak melaksanakan PKPB dan mengekalkan PKP;
4 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan fasa empat (PKP4) sebelum ini terbatal dengan bermulanya PKP Bersyarat (PKPB) hari ini (4 Mei 2020) sebagai PKP fasa lima (PKP5). Jika ada pihak tertentu yang masih mahu mengikut peraturan PKP4, ia adalah salah, kerana ia telah pun diganti dengan peraturan baharu PKP5. [36]
5 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dua kawasan di Selayang dan Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dihadkan. Kerajaan hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran tetapi tidak mengisytiharkan PKPD di kawasan itu. [37]
10 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya kini diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Kelapan bermula 10 Mei hingga 23 Mei 2020. Ia susulan nasihat Menteri Kesihatan, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu. PKPD itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.
Zon A membabitkan kawasan di Jalan Penchala,Petaling Jaya; Jalan 4/33, Petaling Jaya; Jalan 4/37, Petaling Jaya; Jalan 4/39, Petaling Jaya; Jalan 4/41, Petaling Jaya; Jalan 4/44, Petaling Jaya; Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya; Jalan 4/43, Petaling Jaya; Jalan 4/46, Petaling Jaya dan Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya.
Zon B pula membabitkan Jalan 2/29, Petaling Jaya; Jalan 2/29A, Petaling Jaya; Jalan 2/27, Petaling Jaya; Jalan 2/32, Petaling Jaya;Jalan 2/25, Petaling Jaya; Jalan 2/26, Petaling Jaya;Jalan 2/34, Petaling Jaya; Jalan 2/34A, Petaling Jaya; Jalan 2/23, Petaling Jaya; Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya dan Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya.
Zon C membabitkan Jalan Selangor, Petaling Jaya; Lorong 3/57D, Petaling Jaya; Lorong 3/57C, Petaling Jaya; Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya dan Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya. [38]
12 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur tamat (12 Mei 2020). Bagaimanapun PKPD membabitkan enam parcel di Selayang Baru, Gombak diteruskan. [40]
15 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) arah ke-7 di kawasan Selayang Baru ditamatkan. Pengumuman dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai menjalani ujian kesihatan ke atas semua penduduk terlibat. 12 Mei lalu, kerajaan melanjutkan tempoh PKPD di Selayang Baru untuk kali ke-2. [41]
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Laporan mengatakan Pasar Jalan Pudu dan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak benar. Kawasan tersebut hanya terlibat untuk kawalan secara pentadbiran. "Seperti saya kata, ada keadaan tertentu yang kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran... belum lagi PKPD,total lockdown, iaitu tidak dibenarkan keluar masuk dan sebagainya". [42]
21 Mei 2020
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (Ketua Polis Daerah Petaling Jaya), Setelah 11 hari terkurung dan dikelilingi kawad berduri di persekitaran Jalan Othman, ia akhirnya dibuka sepenuhnya jam 12 tengah malam. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 10 Mei lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan saringan kesihatan ke atas 2,532 penduduk di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman. Daripada jumlah itu, 848 adalah warga asing. Hasil saringan mendapati, seorang warga tempatan dikesan positif COVID-19 manakala 13 lagi masih dalam proses menunggu. [43]
RUJUKAN:

Foto Kredit: MalaysiaGazette

- Parcel A: Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel B: Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel C: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel D: Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur
- Parcel E1: Taman Sri Murni Fasa 2, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
- Parcel E2: Taman Sri Murni Fasa 1, Jalan 1/2D, Kuala Lumpur
- Parcel E3: Taman Sri Murni Fasa 3, Jalan 1/2B, Kuala Lumpur
- Parcel F: Taman Batu View dan Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur
21 April 2020
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar) Seramai 11,363 rakyat Malaysia yang terkandas di 68 negara berjaya di bawa pulang sejak sebulan lepas. Pada masa ini seramai 511 rakyat Malaysia masih terkandas di 22 negara. [25]
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), enam kriteria digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan atau tidak. ia merangkumi kawalan keselamatan, kawalan pergerakan, kemampuan sistem kesihatan, kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi, mengamalkan norma baharu dan kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti. [26]
Sebanyak 95 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan 12,160 rakyat Malaysia yang dikuarantin selepas pulang dari luar negara setakat ini. Seramai 7,910 individu daripada jumlah keseluruhan itu telah diambil sampel sejak 3 April lepas. Tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan dalam mengekang penularan wabak itu. [27]
24 April 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) menyertai beberapa pemimpin dunia dalam menggesa kolaborasi global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin untuk COVID-19 yang telah menjejaskan dunia dengan teruk. Bercakap pada pelancaran pemecut Akses kepada Peralatan (ACT) COVID-19 dihoskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menerusi tele-sidang yang disiarkan secara langsung, beliau menawarkan sokongan penuh Malaysia terhadap kerjasama global penting itu. [28]
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan); Kerajaan membenarkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pulang ke kampung secara berperingkat, bermula Isnin (27 April 2020). Keputusan ini melibatkan seramai 53,000 atau kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan penuntut akan dibenarkan pulang. [29]
25 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Kerajaan memutuskan untuk meletakkan kawasan Selayang Baru, Gombak di Selangor dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Ketujuh mulai 25 April sehingga 3 Mei ini. PKPD ini
PKPD Arahan Ketujuh melibatkan enam parcel yang dikenal pasti seperti berikut:
Zon A : Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor
Zon B : Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon C : Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon D : Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon E : Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon F : Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor
Arahan PKPD ketujuh itu dilaksanakan untuk membendung jangkitan COVID-19 setelah mengambil kira kebarangkalian jalinan jangkitan COVID-19 di Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur. [30]
27 April 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamatan); Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang di Johor akan ditamatkan (28 April 2020). Penamatan PKPD bermakna kawasan tersebut akan diletakkan di bawah PKP sahaja.
Sementara itu, PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan sehingga 5 Mei depan. [31]
FASA 4: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat - PKPB (29 April - 12 Mei 2020)
29 April 2020
Warta Persekutuan yang dikemas kini di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020, ketua keluarga yang keluar membeli makanan dan barangan keperluan harian lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat, kini boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah. Kawalan atas pergerakan di dalam kawasan radius 10 kilometer dari kediaman.
Warta tersebut yang ditandatangani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bahawa, Peraturan-Peraturan itu berkuatkuasa dari tempoh 29 April sehingga 12 Mei. [32]
1 Mei 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri) mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Berikut antara inti pati PKPB seperti diumumkan perdana menteri: [33]
- Restoran dibenar beroperasi dengan mematuhi SOP perniagaan iaitu penjarakan sosial serta mencatat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh kehadiran mereka.
- Panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran tidak dibenarkan.
- Aktiviti sukan melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan termasuk bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan ‘indoor’ (dalam bangunan) dan stadium.
- Aktiviti sukan outdoor (luar) yang tidak melibatkan sentuhan badan dan dalam kumpulan kecil seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial.
- Majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
- Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.
- Perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat lain.
- Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
- Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.
- Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan disemak dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes jangkitan COVID-19.
- Semua majikan dicadang melaksanakan waktu bekerja anjal sebagai usaha membantu mengelakkan kesesakan di stesen pengangkutan awam dan di dalam kenderaan awam.
- Pekerja sektor awam dan swasta digalakkan bekerja dari rumah sebagai satu normal baharu.
- Majikan boleh memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang bekerja untuk datang ke tempat kerja secara selang-seli atau every alternate day, sekali gus membantu menyelesaikan masalah penjagaan anak.
- Elak kesesakan di stesen bas, LRT, MRT.
- Amalkan memakai penutup hidung dan mulut serta sentiasa membawa cecair pembasmi kuman ketika berada di luar rumah.
- Muat turun aplikasi MySejahtera dan MyTrace untuk memudahkan pengesanan kontak.
3 Mei 2020
Senarai negeri yang tidak melaksanakan PKPB dan mengekalkan PKP;
- Kedah; Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah), pelaksanaan di bawah PKPB ditangguhkan di Kedah sehingga keputusan dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada 5 Mei 2020.
- Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri - JPBN), kerajaan negeri perlu mengambil kira keadaan negeri dahulu sebelum membuat keputusan.
- Sabah; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Ketua Menteri Sabah), mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat. Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus itu.
- Selangor; Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), tidak semua industri akan dibenarkan beroperasi pada Isnin 4 Mei 2020. "Kita tidak mahu ‘crash landing’ dengan erti kata lain, kita akan cuba melihat peringkat demi peringkat dan saya akan bertanya dan melihat kesiapsiagaan PBT".
- Negeri Sembilan; Datuk Dr Razali Ab Malik (Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan), langkah kawalan ketat masih diperlukan memandangkan kes baharu COVID-19 terus dicatat di Negeri Sembilan. Hanya sektor ekonomi dibenarkan boleh beroperasi manakala sektor sosial dan aktiviti sukan tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB
- Pahang; Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Menteri Besar Pahang), Kerajaan Negeri Pahang pula akan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri, Jumaat (8 Mei 2020). "Seperti semua maklum, negeri Pahang kini mempunyai kluster baharu. Jadi, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya".
- Kelantan; Datuk Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan), menunggu keputusan Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan yang akan diadakan pada Khamis (7 Mei 2020). Ketetapan (PKP) yang dibuat sebelum ini adalah masih terpakai. "Kemaslahatan rakyat adalah merupakan keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan". [35]
4 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan fasa empat (PKP4) sebelum ini terbatal dengan bermulanya PKP Bersyarat (PKPB) hari ini (4 Mei 2020) sebagai PKP fasa lima (PKP5). Jika ada pihak tertentu yang masih mahu mengikut peraturan PKP4, ia adalah salah, kerana ia telah pun diganti dengan peraturan baharu PKP5. [36]
5 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dua kawasan di Selayang dan Chow Kit tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dihadkan. Kerajaan hanya memperketatkan kawalan secara pentadbiran tetapi tidak mengisytiharkan PKPD di kawasan itu. [37]
10 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya kini diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Arahan Kelapan bermula 10 Mei hingga 23 Mei 2020. Ia susulan nasihat Menteri Kesihatan, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu. PKPD itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.
Zon A membabitkan kawasan di Jalan Penchala,Petaling Jaya; Jalan 4/33, Petaling Jaya; Jalan 4/37, Petaling Jaya; Jalan 4/39, Petaling Jaya; Jalan 4/41, Petaling Jaya; Jalan 4/44, Petaling Jaya; Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya; Jalan 4/43, Petaling Jaya; Jalan 4/46, Petaling Jaya dan Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya.
Zon B pula membabitkan Jalan 2/29, Petaling Jaya; Jalan 2/29A, Petaling Jaya; Jalan 2/27, Petaling Jaya; Jalan 2/32, Petaling Jaya;Jalan 2/25, Petaling Jaya; Jalan 2/26, Petaling Jaya;Jalan 2/34, Petaling Jaya; Jalan 2/34A, Petaling Jaya; Jalan 2/23, Petaling Jaya; Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya dan Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya.
Zon C membabitkan Jalan Selangor, Petaling Jaya; Lorong 3/57D, Petaling Jaya; Lorong 3/57C, Petaling Jaya; Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya dan Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya. [38]
Sumber: KPKesihatan
12 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur tamat (12 Mei 2020). Bagaimanapun PKPD membabitkan enam parcel di Selayang Baru, Gombak diteruskan. [40]
15 Mei 2020
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) arah ke-7 di kawasan Selayang Baru ditamatkan. Pengumuman dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai menjalani ujian kesihatan ke atas semua penduduk terlibat. 12 Mei lalu, kerajaan melanjutkan tempoh PKPD di Selayang Baru untuk kali ke-2. [41]
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan), Laporan mengatakan Pasar Jalan Pudu dan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak benar. Kawasan tersebut hanya terlibat untuk kawalan secara pentadbiran. "Seperti saya kata, ada keadaan tertentu yang kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran... belum lagi PKPD,total lockdown, iaitu tidak dibenarkan keluar masuk dan sebagainya". [42]
21 Mei 2020
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal (Ketua Polis Daerah Petaling Jaya), Setelah 11 hari terkurung dan dikelilingi kawad berduri di persekitaran Jalan Othman, ia akhirnya dibuka sepenuhnya jam 12 tengah malam. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 10 Mei lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan saringan kesihatan ke atas 2,532 penduduk di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman. Daripada jumlah itu, 848 adalah warga asing. Hasil saringan mendapati, seorang warga tempatan dikesan positif COVID-19 manakala 13 lagi masih dalam proses menunggu. [43]
RUJUKAN:
Kredit Khas: HMetro
[1] Kronologi PKP setakat 10 April
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564864/kronologi-pkp-setakat-10-april
[2] Kronologi COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Mac 2020;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-covid-19-di-malaysia-sehingga-16-mac-2020-233933
PKP FASA 1 (18 - 31 Mac 2020)
[1] Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri 18 Mac 2020;
https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/
[2] Kenyataan Media: Penguatkuasaan PKP Dengan Bantuan ATM;
https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyataan-media-penguatkuasaan-pkp-dengan-bantuan-atm/[2] Kenyataan Media: Penguatkuasaan PKP Dengan Bantuan ATM;
[3] COVID-19: Langgar perintah, denda RM1,000 atau penjara;
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/667310/covid-19-langgar-perintah-denda-rm1000-atau-penjara
[4] Kenyataan Akhbar KPK 25 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
[5] COVID-19: PKPD dikuat kuasa di dua kawasan di Simpang Renggam;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pkpd-dikuat-kuasa-di-dua-kawasan-di-simpang-renggam-235454
[6] Malaysia Airlines sambung penerbangan ke Sabah, Sarawak;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/676913/malaysia-airlines-sambung-penerbangan-ke-sabah-sarawak
[7] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 21-24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor;
https://www.pmo.gov.my/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-diperketatkan-pkpd-di-batu-21-24-sungai-lui-hulu-langat-selangor/
[8] PKP Tahap Kedua Diperketatkan Esok – Ismail Sabri;
https://umno-online.my/2020/03/31/pkp-tahap-kedua-diperketatkan-esok-ismail-sabri/
PKP FASA 2 (01 - 14 April 2020)
[1] Bangunan Selangor Mansion, Malayan Mansion lokasi keempat PKPD;
https://www.sinarharian.com.my/article/78238/KHAS/Koronavirus/Askar-pakai-helmet-elak-air-kencing-warga-asing!
[3] Nafi pakai topi keledar elak air kencing;
[3] Nafi pakai topi keledar elak air kencing;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/564847/nafi-pakai-topi-keledar-elak-air-kencing
[4] Admin FB Fuziah Salleh mohon maaf kongsi berita palsu rempuhan di CIQ JB;
[4] Admin FB Fuziah Salleh mohon maaf kongsi berita palsu rempuhan di CIQ JB;
https://suaramerdeka.com.my/admin-fb-fuziah-salleh-mohon-maaf-kongsi-berita-palsu-rempuhan-di-ciq-jb/
[5] PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April;
[5] PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April;
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/04/10/pkp-lanjut-dua-minggu
[6] Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
[6] Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
[7] Kerajaan timbang naikkan kompaun ingkar PKP;
[7] Kerajaan timbang naikkan kompaun ingkar PKP;
https://www.sinarharian.com.my/article/78279/KHAS/Koronavirus/Kerajaan-timbang-naikkan-kompaun-ingkar-PKP
[8] Golongan 'kayangan' enggan bekerjasama dengan KKM: Tindakan tegas menanti mereka;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/golongan-kayangan-enggan-bekerjasama-dengan-kkm-tindakan-tegas-menanti-mereka-237846
[9] COVID-19: Tindakan tegas terhadap individu enggan beri kerjasama kepada petugas KKM;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/675883/covid-19-tindakan-tegas-terhadap-individu-enggan-beri-kerjasama
[10] Video sesak di CIQ: Polis rakam keterangan Fuziah;
https://www.sinarharian.com.my/article/78524/BERITA/Nasional/Video-sesak-di-CIQ-Polis-rakam-keterangan-Fuziah
[11] PKP 3: Kerajaan laksana Skim Kawalan Harga, elak peniaga ambil kesempatan;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-3-kerajaan-laksana-skim-kawalan-harga-elak-peniaga-ambil-kesempatan-237958
[12] Malaysia Airlines sambung penerbangan ke Sabah, Sarawak;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/676913/malaysia-airlines-sambung-penerbangan-ke-sabah-sarawak
[13] Kedai gunting rambut, cermin mata tidak dibenar beroperasi;
https://www.sinarharian.com.my/article/78706/KHAS/Koronavirus/Kedai-gunting-rambut-cermin-mata-tidak-dibenar-beroperasi
[14] PKP masuk fasa ke-3, tambah 2 minggu lagi hingga 28 April
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/04/10/pkp-lanjut-dua-minggu
[15] PKPD kelima di Masjid India dan kawasan sekitar - Ismail Sabri;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1831750
[16] Jumlah ingkar PKP semakin ramai, siapa ditahan terus ke mahkamah!;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jumlah-ingkar-pkp-semakin-ramai-siapa-ditahan-terus-ke-mahkamah-238279
PKP FASA 3 (15 - 28 April 2020)
[17] Jumlah tangkapan PKP Fasa 2 meningkat 7,668 individu;

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677482/jumlah-tangkapan-pkp-fasa-2-meningkat-7668-individu
[18] COVID-19: UPSR, PT3 tahun 2020 dibatalkan;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-upsr-pt3-tahun-2020-dibatalkan-238484
[19] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1832291
[20] Jangan bangga apabila buat salah - Ismail Sabri:
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1833056
[20] KDN akan tubuh pasukan petugas bincang hal sempadan pasca PKP - Hamzah;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1833049
[22] COVID-19: Kes positif harian 69, angka terendah sejak PKP;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1833121
[23] 11 penjara sementara tahanan ingkar PKP mula beroperasi 23 April;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1833658
[24] PKPD ke-6: Kerajaan umum kawasan libatkan Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong KL;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpd-ke-6-kerajaan-umum-kawasan-libatkan-pusat-bandar-utara-dan-pasar-borong-kl-239240
[25] 11,363 rakyat Malaysia sudah dibawa pulang;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1834398
[26] KKM garis enam kriteria sebelum PKP boleh ditamatkan - KP Kesihatan;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1834414
[27] 95 rakyat M'sia pulang dari luar negara positif COVID-19 setakat ini - KP Kesihatan;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1834411
[28] PM Muhyiddin sertai pemimpin dunia gesa kolaborasi global hasilkan vaksin COVID-19;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835588
[29] PKP: 53,000 pelajar IPT mula pulang pada Isnin - Ismail Sabri;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-53-000-pelajar-ipt-mula-pulang-pada-isnin-ismail-sabri-239960
[30] Selayang Baru, Gombak dikenakan PKPD sehingga 3 Mei - Ismail Sabri;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1835668
[31] PKPD Kampung Datuk Ibrahim Majid tamat esok - Ismail Sabri;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1836098
PKP FASA 4 (29 April - 03 Mei 2020)
[32] PKP fasa 4: Ketua keluarga boleh disertai seorang anggota beli barangan keperluan, rawatan;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1836805
[33] Intipati Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1837488
[34] Hampir semua sektor ekonomi, aktiviti perniagaan akan dibuka bermula 4 Mei - PM
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1837424
[35] Ini tujuh negeri yang tidak laksana, atau tangguh PKPB;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-tujuh-negeri-yang-tidak-laksana-atau-tangguh-pkpb-241303
[35] Enam lokasi PKPD di KL tamat semalam;
https://www.sinarharian.com.my/article/81904/KHAS/Koronavirus/Enam-lokasi-PKPD-di-KL-tamat-semalam
PKP FASA 5 - PKPB (4 Mei 2020)
[36] Peraturan PKP4 terbatal dengan bermulanya PKP5 hari ini - Ismail Sabri;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1838329
[37] Tiada PKPD di Selayang, Chow Kit tetapi..;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-pkpd-di-selayang-chow-kit-tetapi-241601
[38] COVID-19: PKPD kelapan di sekitar Pasar Jalan Othman PJ;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687157/covid-19-pkpd-kelapan-di-sekitar-pasar-jalan-othman-pj
[39] Pasar Jalan Othman, PJ diwartakan PKPD kelapan - Ismail Sabri;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasar-jalan-othman-pj-diwartakan-pkpd-kelapan-ismail-sabri-242344
[40] PKPD Pusat Bandar Utara, Pasar Borong KL tamat hari ini;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687975/pkpd-pusat-bandar-utara-pasar-borong-kl-tamat-hari-ini
[41] PKPD Selayang tamat hari ini;
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/15/pkpd-selayang-tamat-hari-ini/
[42] Pasar Pudu hanya terlibat kawalan pentadbiran bukan PKPD;
https://www.sinarharian.com.my/article/83651/BERITA/Nasional/Pasar-Pudu-hanya-terlibat-kawalan-pentadbiran-bukan-PKPD
[43] PKPD Pasar Jalan Othman tamat hari ini;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpd-pasar-jalan-othman-tamat-hari-ini-243781

0 Comments