Kemaskini sehingga 20 April 2020


Gelombang Pertama Jangkitan Wabak Covid-19
Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif COVID-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) dan telah sihat dan discaj. Kes terakhir yang dilaporkan adalah kes-22 iaitu wanita warganegara USA dan berusia 83 tahun. Beliau dimasukkan ke dalam Wad Hospital Sungai Buloh pada 16 Februari 2020 dan dilaporkan sembuh dan discaj pada 27 Februari 2020.

Sumber: KPKesihatan


Gelombang Kedua Jangkitan Wabak Covid-19
Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes. [1]

Terdapat percanggahan pendapat yang tular dimedia sosial berkenaan punca sebenar penularan jangkitan Covid-19 gelombang kedua. Pada awalnya, terdapat dua (2) individu yang dituduh sebagai punca tercetusnya gelombang kedua Covid-19 di Malaysia, meskipun punca sebenar tidak diumumkan. Dua (2) individu yang ditular sebagai antara pencetus gelombang kedua jangkitan wabak Covid-19 datangnya dari kes ke-26 dan kes ke-136.

Kewujudan jangkitan wabak Covid-19 dari Kluster Tabligh (program keagamaan di masjid di Sri Petaling) hanya mula dilaporkan setelah KKM menerima maklumat daripada International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara itu. Kes tersebut dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

Kes ke-26
Kes ke-26 adalah Pengerusi UDA Holdings Berhad iaitu Datuk Hisham Hamdan. Beliau mengakui pernah menghadiri persidangan di Shanghai pada 13 hingga 17 Januari 2020, namun hanya mempunyai gejala jangkitan COVID-19 selepas enam minggu pulang ke tanah air. Beliau menafikan dirinya sebagai ‘sumber utama’ penyebaran gelombang kedua dan yakin kemungkinan beliau mendapat jangkitan ketika mengunjungi Shanghai kerana kes pertama yang dicatatkan di Shanghai adalah pada 20 Januari dan pada tempoh beberapa hari sebelum itu beliau di sana untuk menghadiri persidangan. [2]



Sumber: KPKesihatan & Bharian

Kes ke-136
Pemuda berusia 26 tahun yang pulang dari Korea pada 22 Februari sebelum menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling pada 27 Februari 2020 tanpa kuarantin diri selama 14 hari sepertimana yang sepatutnya. Beliau yang juga merupakan agen pelancongan ke Korea dan pelajar yang mengambil kelas bahasa Korea, tampil membela diri melalui akaun Twitter milik beliau (@wanakasha01[3] namun menerima kecaman teruk di laman sosial. [4]



Sumber: Twitter @wanakasha01

Pecahan kluster terbesar wabak Covid-19 hanya diumumkan secara rasmi oleh KKM pada 7 April 2020 menerusi Twitter rasmi KKMPutrajaya. Empat kluster tersebut termasuklah; [5]
  1. Kluster Perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling (Kluster Tabligh: 27 Februari - 1 Mac 2020)
  2. Kluster Persidangan Keagamaan di Kuching (Good News Fellowship, Kuching Sarawak: 26 - 28 Februari 2020)
  3. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor (6 - 7 Mac 2020) [6]
  4. Individu dengan sejarah perjalanan ke Itali (Kuching, Sarawak)
  5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau
  6. Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan (13 April 2020) [7]
  7. Kluster Flat Kampung Baru (11.04.2020) [8]
  8. Kluster Sendayan, Negeri Sembilan (15.04.2020) [9]


1. Kluster Tabligh (Program keagamaan di masjid di Sri Petaling dari 27 Februari - 1 Mac 2020)

Kluster Perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Selangor (Kluster Tabligh) hanya dikenalpasti dan diumumkan oleh KKM pada 11 Mac 2020 iaitu 10 hari selepas program berkenaan berakhir dengan jumlah kumulatif Covid-19 mencecah 149 kes. Ia susulan laporan yang diterima oleh International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang telah memaklumkan IHR FP Malaysia mengenai kes yang disahkan COVID-19 dikesan di negara berkenaan. Kes jangkitan Covid-19 di negara itu dilaporkan mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020. [1]

Sehingga 18 Mac 2020 iaitu semasa pelaksanaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sepenuhnya, jumlah kes positif Covid-19 membabitkan Kluster Tabligh adalah sebanyak 513 kes  iaitu 433 kes pada 17 Mac 2020 dan tambahan 80 kes baru pada 18 Mac 2020.

covid-19
Kredit: KPKesihatan

KKM mengenal pasti jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan jemaah tabligh kini memasuki generasi kelima. Generasi tersebut dikenal pasti setelah tempoh sebulan. Menurut KP Kesihatan (Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah), jangkitan melibatkan kes positif baharu ketika ini adalah jangkitan secara tidak langsung dari generasi keempat dan kelima kluster jemaah tabligh.

Sehingga 29 Mac 2020, sejumlah 17,965 saringan melibatkan jemaah tabligh di Sri Petaling telah dilakukan dengan 12,842 sampel diambil. Daripada jumlah tersebut, 1,254 adalah positif manakala 7,084 adalah negatif selain 4,504 lagi masih menunggu keputusan.  Sementara baki 5,123 individu lagi masih perlu menjalani ujian pensampelan.  [2]

Pada 12 April 2020, sasil kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, KKM telah mengenal pasti senarai terkini madrasah dan tahfiz bagi membantu pengesanan kontak rapat kepada kes-kes indeks perhimpunan di Seri Petaling.

Susulan daripada tindakan proaktif di lapangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah, beberapa subkluster jangkitan COVID-19 telah dikenalpasti di beberapa buah madrasah dan tahfiz. Berikut adalah maklumat terkini beberapa sub-kluster tersebut: [3]

Sub-kluster madrasah di Jerantut, Pahang:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 401 orang, di mana 297 orang adalah pelajar dan baki 104 orang merupakan kakitangan dan ahli keluarga kakitangan.
  • Jumlah kes positif : 62 kes (telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : 20 kes
  • 15 April 2020: Pertambahan empat kes baharu [4] 
Sub-kluster madrasah di Penanti, Pulau Pinang:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 291 orang di mana 256 orang adalah pelajar dan baki 35 orang merupakan kakitangan.
  • Jumlah kes positif : enam (6) kes, di mana dua (2) kes masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah.
  • Jumlah kes sembuh/discaj : empat (4) kes.

Sub-kluster madrasah di Sungai Lui, Selangor:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 282 orang, di mana 274 orang adalah pelajar dan baki lapan (8) orang merupakan kakitangan
  • Jumlah kes positif : 90 kes (telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : 67 kes.
Sub-kluster madrasah di Jasin, Melaka:
  • Jumlah orang yang disaring adalah seramai 137 orang, di mana 122 orang adalah pelajar dan baki 15 orang merupakan kakitangan
  • Jumlah kes positif : 37 kes (telah dimasukkan ke Hospital Melaka)
  • Jumlah kes sembuh/discaj : satu (1) kes.

Pada 15 April 2020,  Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 24,805 sampel ujian COVID-19 telah diambil daripada kluster kumpulan perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dan daripada jumlah itu 1,924 positif manakala 20,494 adalah negatif. [5]

Kluster dan Sub Kluster Tabligh terus mencatatkan pertambahan apabila daripada 31 senarai terkini kluster jangkitan Covid-19 yang dilaporkan KKM pada 19 April 2020, sebanyak 9 kluster dikenalpasti sebagai kluster dan sub kluster tabligh. Ada daripadanya merupakan sub kluster kes lama dan terdapat juga kluster dan sub kluster baru yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini.


Sumber Data diubahsuai daripada data yang dilaporkan oleh KKM (19.04.2020) menerusi: Page FB Rasmi KKM

Sehingga 4 Mei 2020, bilangan sampel daripada kluster perhimpunan di Masjid Sri Petaling yang telah diambil adalah sebanyak 35,288. Daripada jumlah tersebut, 2,266 kes didapati positif COVID-19 melibatkan lima genarasi. [6]



2. Kluster Persidangan Gereja (Good News Fellowship, Kuching Sarawak: 26 - 28 Februari 2020)


Kredit Infografik: KKM Dan Noor Hisham FB 

Kluster ini berasal dari satu perkumpulan keagamaan di sebuah gereja yang berlangsung selama 3 hari di Kuching, Sarawak. Daripada kluster ini, seramai 112 orang telah disahkan positif jangkitan COVID-19 dengan butiran lanjut seperti berikut: [1]
  • 2 kes kematian (kes ke-358 dan kes ke-2471)
  • 4 kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU)
  • 48 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital
  • 47 kes sedang ditempatkan di pusat kuarantin
  • 11 kes discaj yang telah pulih daripada jangkitan
  • Jangkitan telah melibatkan sehingga generasi ke-5 [2]
Kluster Persidangan Gereja (Kluster GPN) dikanal pasti telah merebak sehingga generasi ke-5. Kluster ini lambat untuk diumumkan oleh KKM kerana masih dalam proses siasatan, terutama punca sebenar bagaimana Covid-19 tersebar dalam kluster ini.

Kematian pertama direkodkan pada 17 Mac 2020. Mangsa adalah seorang Pastor di Gereja Emmanuel Baptist Kuching dan berumur 60 tahun. Ia juga merupakan kematian pertama akibat Covid-19 yang direkodkan bagi negeri Sarawak. [3]

Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri - JPBN Sarawak), JPBN Sarawak akan menggunakan kaedah yang sama bagi menjejaki individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 kluster gereja di negeri itu. “Saya juga sudah menghubungi paderi tersebut dan saya dimaklumkan bahawa 600 ahli gereja akan tampil membuat saringan”. [4]

Sehingga 19 April 2020, Kluster Gereja GNF merekodkan kes baru (9), jumlah kes (132), jumlah kes aktif (112), jumlah kes ditempatkan di ICU (2), jumlah kes sembuh (17) dan kematian (3). [5]

Kluster persidangan keagamaan di sebuah Gereja di Kuching, Sarawak yang hari ini mencatat satu (1) kes baharu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kluster ini adalah 176 kes. Daripada jumlah kes positif COVID-19 tersebut (86 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, 85 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital, dua (2) kes di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga (3) kes kematian (iaitu kes ke-358, kes ke-2471 dan kes ke-2864). [5]


3. Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor (6 Mac 2020)

Kredit: KKM & Noor Hisham FB

KKM telah menyenaraikan Kluster Kenduri Kahwin di Bangi sebagai salah satu daripada tiga (3) kluster terbesar jangkitan Covid-19 di Malaysia. Ianya merupakan satu kluster jangkitan COVID-19 yang kemudiannya telah membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. Sehingga 6 April 2020, sebanyak 88 kes telah disahkan positif COVID-19 daripada kluster ini, termasuk satu (1) kes dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU). Setakat 20 April 2020, tiada kes kematian dilaporkan berkaitan dengan kluster ini. [1]

Virus Covid-19 daripada kluster ini turut menjangkiti petugas kesihatan yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut dan pada masa yang sama turut dihadiri oleh peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling. Seramai 73 anggota kesihatan dilaporkan positif Covid-19. Siasatan mendapati kes jangkitan bukan berpunca daripada pengendalian pesakit Covid-19 di fasiliti KKM sebaliknya daripada luar. Laporan KKM mendapati 47 kes (64.4%) datangnya daripada kenduri kahwin di Bangi dan selebihnya memiliki sejarah lawatan ke luar negara selain dari kontak keluarga yang positif Covid-19. [2]

Situasi semasa sehingga 8 April 2020, kluster majilis perkahwinan di Bandar Baru Bangi mencatatkan dua (2) kes baharu menjadikan 94 kes keseluruhan, 15 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, Lima (5) kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 74 kes sedang dirawat di wad biasa. [3]

Laporan KKM pada sehingga 19 April 2020, Kluster Kahwin Bandar Baru Bangi tidak merekodkan kes jangkitan baru, jumla kes semasa 96, jumlah kes aktif 11, kes yang menerima rawatan di ICU (1), kes sembuh (85) dan tiada kematian direkodkan untuk kluster ini. [4]


4. Kluster Itali - Individu Dengan Sejarah Perjalanan Ke Itali (Kuching, Sarawak)


Kredit: KKM & Noor Hisham FB

Kluster ini merujuk kepada Kes Ke-1580. Individu Kes Ke-1580 dilaporkan pulang daripada Itali dan enggan melakukan Self Quarentine  selama 14 hari sepertimana yang sepatutnya. Malah terdapat sumber daripada keluarga terdekat mangsa yang menjadi korban kepada sikap mementingkan diri individu kes ke-1580 menyatakan, individu (kes ke-1580) berkenaan telah pergi ke tempat kerja seperti biasa (kakitangan bank) seterusnya menjangkiti rakan sekerja. [1]

Setakat 5 April 2020, daripada kluster tersebut 37 orang telah disahkan positif COVID-19, di mana terdapat lima (5) kes kematian (iaitu kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-1006, kes ke-2850 dan kes ke-2210), serta satu (1) kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3. [2]

Kronologi Kluster Itali yang mengorbankan lima (5) sekeluarga dan turut menjangkiti 25 ahli keluarga yang lain (sehingga 27 Mac 2020) telah diceritakan sendiri oleh ahli keluarga berkenaan (Sharifah Huzaimah Wan Abdul Rahman). [3]

Sikap segelintir masyarakat yang terus menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat kebenaran sesuatu berita, juga mengundang rasa kecewa salah seorang ahli keluarga mangsa Kluster Itali (Aida Nabila Mohamad Ghazali, 25). Beliau merayu agar tohmahan dan tuduhan terhadap ibu saudaranya yang dituduh sebagai punca Kluster Itali meskipun hakikatnya beliau adalah mangsa yang dijangkiti rakan sekerja iaitu Kes Ke-1580 yang baru pulang dari Itali. [4]


 Lima Sekeluarga Korban Kluster Itali (Ubahsuai daripada Ohbulan.com)

Perkembangan semasa setakat 19 April 2020, Kluster Itali tidak merekodkan sebarang kes jangkitan baru, jumlah kes (53), jumlah kes aktif (37), jumlah kes ditempatkan di ICU (1), jumlah kes sembuh (11) dan kematian (5). [5]

Pertambahan 1 kes baru direkodkan pada 20 April 2020. Menjadikan jumlah kes (54), jumlah kes aktif (40), jumlah kes ditempatkan di ICU (1), jumlah kes sembuh (9) dan kematian (5). [6]

30 April 2020; Kluster Person Under Investigations (PUI) Itali tiada kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kluster ini kekal 63 kes. Daripada jumlah kes positif COVID-19 tersebut (26 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, 31 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital, satu (1) kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima (5) kes kematian (iaitu kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-1006, kes ke-2850 dan kes ke-2210). [7]


5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau

Kredit: KKM & Noor Hisham FB

KKM telah mengesan sebuah sub-kluster di Daerah Rembau, Negeri Sembilan yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Ini merupakan satu kluster yang melibatkan kakitangan sebuah sekolah dan kemudiannya beberapa lokaliti di dalam Daerah Rembau (Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar). Sehingga 8 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat dua puluh tujuh (27) orang yang telah dikenalpasti positif COVID-19, termasuk dua (2) kes yang dirawat di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif bagi beberapa guru di sebuah sekolah. Penularan ini dipercayai berpunca daripada satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan di mana ianya telah dihadiri oleh kes indeks (kes ke-448) yang merupakan salah seorang peserta perhimpunan di Seri Petaling.

Guru-guru dan kakitangan sekolah yang dijangkiti seterusnya menjangkiti ahli keluarga mereka dan penduduk kampung, sehingga terdapat 3 generasi jangkitan. Siasatan juga mendapati terdapat aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara untuk melawat ahli keluarga yang tidak sihat, walaupun Negara kini adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). [1]

Sehingga 20 April 2020, Sub Kluster yang telah merekodkan sebanyak 50 kes jangkitan positif Covid-19 sebelumnya dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang. Tiada sebarang kematian direkodkan bagi Sub Kluster ini. [2]


6. Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali (13 April 2020 ) [1]
Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali di Kuantan ini adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Kes indeks (iaitu kes ke-4684) bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia. Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1575 (iaitu abang kepada kes indeks). Kes ke-1575 telah dimasukkan ke wad Severe Acute Respiratory Infection (SARI) pusat perubatan tersebut pada 19 Mac 2020 dengan gejala demam dan jangkitan saluran pernafasan. Kes ke-1575 kemudiannya telah menjangkiti 7 kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga. Sehingga 13 April 2020, 20 orang telah dikenalpasti di dalam kluster ini, iaitu:
  • 14 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang;
  • dua (2) orang telah sembuh;
  • tiga (3) orang dirawat di unit rawatan rapi;
  • seorang telah meninggal dunia (kes ke-1575).
Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga (3) anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini. Terdapat 339 kontak rapat telah dikenalpasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan.

15 April 2020: Pertambahan empat kes baharu [2]. Kluster ini merekodkan peningkatan kes jangkitan kepada 39 kes dengan pertambahan 2 kes baru direkodkan pada 20 April 2020. Jumlah kes aktif adalah 31 dan enam (6) orang telah dilaporkan sembuh dan dibenarkan pulang. Jumlah kematian dalam kluster ini adalah seramai dua (2) orang. [3]

25 April 2020
Sehingga kini terdapat sebanyak 43 kes disahkan positif COVID-19 di dalam kluster ini, iaitu:

  1. 30 orang sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang;
  2. sembilan (9) orang telah sembuh;
  3. seorang sedang dirawat di unit rawatan rapi;
  4. 3 orang telah meninggal dunia (iaitu kes ke-1575, kes ke-5064 dan kes ke-4129).
Sebanyak 2,301 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, melibatkan anggota kesihatan dan pesakit dari pusat perubatan tersebut. Daripada 43 kes yang disahkan positif di dalam kluster ini, sebanyak sepuluh (10) orang adalah anggota kesihatan pusat perubatan. Langkah-langkah kawalan penularan jangkitan COVID-19 sedang giat dijalankan dengan kerjasama rapat KKM, termasuk proses dekontaminasi dan pemindahan pesakit ke hospital-hospital KKM yang berdekatan. Ini adalah untuk memastikan pusat perubatan tersebut selamat dan diyakini bebas daripada jangkitan COVID-19. [4]


7. Kluster Flat Kampung Baru
11.04.2020: KKM sedang menjalankan pengesanan kes aktif di Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru, Kuala Lumpur berikutan terdapat satu kematian akibat Covid-19. [1]

12 April 2020: Kawalan di Rumah Pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kampung Baru dipertingkatkan ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan perumahan itu. Sebanyak 19 kes positif Covid dilapor di kawasan perumahan berkenaan. [2]

13 April 2020: 23 orang disahkan positif Covid-19 dan ujian saringan ke atas penduduk masih berjalan. Fauzi Abdullah (Pengerusi Perbadanan Pengurusan Menara Kampung Baru) berkata, seramai 707 penduduk pangsapuri berkenaan sudah menjalani saringan Covid -19 dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). [3]

20 April 2020: Tiada pertambahan kes direkodkan. Jumlah kes keselurhan (34), jumlah kes aktif (21) dan seramai 21 orang dilaporkan sembuh dan dibenar pulang. [4]


8. Kluster Sendayan (Negeri Sembilan)
Kluster yang dilaporkan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan) pada 14 April 2020. Menurutnya, KKM mengesan satu kluster baharu penularan COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan. Sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan yang terdiri daripada 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan sebuah keluarga membabitkan 11 individu. [1]

Kes kematian akibat COVID-19 daripada kluster Sendayan adalah pada 15 April 2020. Kematian itu direkodkan di sebuah pusat tahfiz di sana. [2]


9. Kluster Petugas Kesihatan Sabah
Pada 17 April 2020, Datuk Dr Christina Rundi (Pengarah Kesihatan Negeri) memaklumkan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan Hospital Keningau, dikenal pasti sebagai kluster penularan COVID–19 di negeri Sabah. Ia berikutan ada penularan wabak berkenaan membabitkan anggota kesihatan di dua hospital terbabit.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sudah melakukan siasatan terperinci tentang perkara ini sejak dua minggu yang lalu. Menerusi 42 kes Covid-19 di daerah ini, kluster tabligh merekodkan 24 kes, manakala kluster anggota kesihatan iaitu 11 kes. Daripada 11 kes, lapan kes membabitkan petugas kesihatan di HWKKS.

Beliau berkata, antara langkah diambil ialah membuat saringan terhadap semua anggota kesihatan yang terbabit termasuklah kontak keluarga dan sosial masing-masing. semua anggota berkaitan turut diarahkan menjalani kuarantin sama ada di rumah atau di kemudahan kuarantin disediakan JKNS. [1]

18 April 2020: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), kluster petugas kesihatan di Sabah membabitkan tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas serta Hospital Keningau. Terdapat 31 kes dikenal pasti positif koronavirus baharu (Covid-19).

Kluster ini mula dikesan apabila keputusan ujian COVID-19 adalah positif pada 2 April 2020 bagi salah seorang kakitangan hospital yang melapor diri di Hospital Queen Elizabeth 2. Beliau didapati tidak sihat dan mempunyai gejala batuk dan selesema pada hari berkenaan. Siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan itu dijalankan. Jangkitan Covid-19 didapati positif bagi beberapa rakan setugas serta ahli keluarga. Semua 31 kes masih berada di dalam wad dan adalah berada dalam keadaan stabil. [2]

Sehingga 20 April 2020, rekod yang dikeluarkan menerusi FB Page KKM menunjukkan,tiada kes jangkitan baru dan kekal 31 kes keseluruhan. KKM turut menyenaraikan Hospital dan klinik kesihatan di dua (2) daerah iaitu Penampang dan Tuaran berada dalam senarai Kluster Petugas Kesihatan Sabah. [3]

kluster hqe, kluster likas, kp kesihatan

Kredit: Portal KPKesihatan


10. Kluster Warga Jepun
SATU kluster baharu Covid-19 dinamakan warga Jepun antara 31 kluster yang disenarai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 12 tengah hari (18 April 2020). Kluster ini hanya diumumkan secara rasmi oleh KKM pada 19 April 2020.

Berdasarkan data KKM, seramai tiga orang positif virus berkenaan dari kluster terbabit membabitkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, mereka disahkan sudah pulih dan tiada pertambahan kes positif atau membabitkan kematian kluster Jepun itu. [1]


11. Magetan Jawa Timur, Indonesia (Pelajar Malaysia)
Pada 19 April 2020, KKM melaporkan, terdapat sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020. Kluster ini setakat ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19, yang terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia. Masih terdapat beberapa kes yang masih menunggu keputusan.


Daripada jumlah keseluruhan 43 kes tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan. Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia. [1]

Pada 20 April 2020, KKM menerusi Page FB rasmi Kementerian Kesihatan melaporkan, terdapat sebanyak 11 kes positif covid-19 dilaporkan bagi kluster ini. Ia menjadikan jumlah kes aktif kepada 54 orang. Namun tiada sebarang kematian mahupun pesakit yang dirawat dalam ICU bagi kluster ini. [2]

28 April 2020: Seramai 29 daripada 164 pelajar Malaysia di Jawa Timur, Indonesia didapati positif dalam pemeriksaan "rapid test COVID-19, dan tidak dibenarkan berlepas pulang menaiki pesawat dari Surabaya ke tanah air. Semua pelajar Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro Magetan, Jawa Timur, sebelum itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan, sebelum dibenarkan menaiki pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada 8.30 malam semalam (27 April). [3]


12. Kluster Pengerang, Johor
KKM telah mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-1508) kluster ini telah mula mengalami gejala pada 12 Mac 2020. Beliau telah dirawat di sebuah klinik swasta pada 16 Mac 2020 dan disyaki sebagai menghidap Demam Denggi. Pada keesokan hari, beliau telah merentas beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac 2020. Keadaan kesihatan beliau mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac 2020 dalam keadaan yang kritikal. Beliau seterusnya disahkan positif jangkitan COVID-19 pada 22 Mac 2020.

Setakat 22 April 2020, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19 iaitu sepuluh (10) orang rakan sekerja dan lima (5) orang ahli keluarga kes indeks, termasuk ibu beliau yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun. Sebanyak tujuh (7) kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan (8) kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj. Secara keseluruhan, tiga (3) kes di dalam kluster ini telah dirawat di ICU. Jangkitan di kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP. [1]

13. Kluster Pasar Borong (Kuala Lumpur)
4 Mei 2020, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pusat Bandar Utara dan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) telah ditamatkan mulai 4 Mei 2020. Namun begitu, Parcel C, D, E1, E2, E3 dan F di Pusat Bandar Utara telah dilanjutkan tempoh PKPD sehingga 12 Mei 2020.

Sehingga 5 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 180 jumlah kes positif COVID-19 yang melibatkan kluster ini telah dilaporkan, di mana 100 kes adalah di dalam kawasan PKPD dan 80 kes telah dikesan di luar kawasan PKPD. Jumlah keseluruhan ini termasuk peniaga dan bukan peniaga seperti ahli keluarga peniaga, pengunjung dan yang orang yang mempunyai kontak rapat dengan kluster ini. Terdapat satu kes kematian dalam kluster ini, iaitu kes ke-5252.

Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ini didapati berkaitan dengan kluster Perhimpunan di Seri Petaling, di mana kes indeks (iaitu kes ke-3039) bagi kluster ini adalah salah seorang peserta perhimpunan tersebut.

Daripada 80 kes dikesan di luar kawasan PKPD Pasar Borong Kuala Lumpur, 29 kes telah dikesan melalui saringan yang telah dijalankan di 4 buah pasar awam iaitu di:
  1. Pasar Besar Seremban, Negeri Sembilan (Bilangan yang disaring: 75 orang; Kes positif COVID-19: tiga (3) kes; Kes negatif COVID-19: 71 kes; Masih menunggu keputusan: satu (1) kes)
  2. Pasar Besar Bahau, Negeri Sembilan (Bilangan yang disaring: 182 orang; Kes positif COVID-19: dua (2) kes; Kes negatif COVID-19: 178 kes; Masih menunggu keputusan: dua (2) kes)
  3. Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor: (Bilangan yang disaring: 545 orang; Kes positif COVID-19: 23 kes; Kes negatif COVID-19: 522 kes)
  4. Pasar Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor: (Bilangan yang disaring: 142 orang; Kes positif COVID-19: 1 kes; Kes negatif COVID-19: 141 kes) [1]
kuala lumpur

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan - Keselamatan), Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Bandar Utara dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur tamat 12 Mei 2020. Bagaimanapun PKPD membabitkan enam parcel di Selayang Baru, Gombak diteruskan. [2]


14. Kluster Hospital Umum Sarawak
30 April 2020: Kluster Hospital Umum Sarawak (HUS) yang melibatkan anggota kesihatan HUS. tTrdapat dua (2) kes baharu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kluster ini sebanyak 56 kes. Daripada jumlah kes positif COVID-19 tersebut (35 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya dan 21 kes sedang dirawat di hospital). [1]


15. Kluster Taman BDC Kuching, Sarawak
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia) memaklumkan terdapat satu pertambahan kluster baharu di Sarawak dikenali sebagai kluster Taman BDC di Kuching.  Terdapat 37 kes positif dilaporkan dari kluster tersebut. Kluster tersebut juga dipercayai berpunca daripada perhimpunan tabligh Sri Petaling iaitu kes indeks dan telah menjangkiti keluarga ahli masjid dan juga rakan sekerja iaitu melibatkan 3 generasi. [1]


16. Kluster Turki/ Kluster Oversea/Kluster Kayangan/ Kluster Jengkel (Balik melancong dari luar negara)
Kluster yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Turki dan yang pergi ke Turki atas urusan perniagaan. Kluster ini bukanlah kluster rasmi yang diumumkan oleh KKM, kerana kluster ini adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang baru pulang daripada luar negara dan perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. Namun kelompok kluster ini menjadi bualan mulut rakyat Malaysia kesan daripada status yang dimuat naik oleh petugas kesihatan sendiri.

Pendedahan daripada beberapa orang petugas barisan hadapan, jelas memperlihatkan sifat pentingkan diri dan angkuh mereka sehinggakan kelompok ini mendapat jolokan Kluster Kayangan. Mohd Afiq menerusi FB beliau mendedahkan, mereka yang termasuk dalam kluster ini disifatkan sebagai kluster menjengkelkan, tidak mesra dan tidak memberi kerjasama. [1]

Luahan serupa turut dibangkitkan oleh Sakinah Sulong yang juga merupakan petugas KKM. Beliau menggelarkan kluster ini sebagai Kluster Kayangan (kumpulan individu yang baru pulang dari luar negara). Ujarnya, ada daripada kluster ini yang bersikap kasar, enggan dikuarantin, memarahi petugas KKM dan tidak kurang juga yang berkelakuan biadap dengan menggelar petugas KKM sebagai dog dan pencacai najis. [2]

Sikap yang ditunjukkan pesakit daripada kluster ini mendapat kritikan dan teguran tegas daripada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, sebagai golongan yang berkedudukan tinggi, mereka seharusnya menunjukkan sikap yang lebih bertamadun dan contoh yang baik daripada orang lain. Beliau menegaskan, individu yang tidak memberikan kerjasama kepada pasukan barisan hadapan ketika berada di pusat kuarantin atau hospital juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. [3]

Untuk rekod, seramai 2,982 orang rakyat Malaysia terkandas di 55 negara akibat pembatalan penerbangan serta sekatan perjalanan susulan penularan wabak Covid-19. Menurut Timbalan Menteri Luar (Datuk Kamarudin Jaafar), setakat ini kementeriannya sudah membawa pulang 2,417 rakyat Malaysia dari 26 negara. Sehingga 29 Mac 2020, sejumlah 17,965 saringan melibatkan jemaah tabligh di Sri Petaling telah dilakukan dengan 12,842 sampel diambil. [4]

17. KLUSTER PENGAWAL KESELAMATAN CHERAS
KKM telah mengenalpasti satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur. Sehingga 7 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak sepuluh (10) kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat. Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini. Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan. [1]

18. KLUSTER PEDAS
Seperti yang dimaklumkan pada 2 Mei 2020, KKM telah mengenal pasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Kluster ini mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April 2020. Beliau telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian COVID-19 telah dijalankan pada 10 April 2020. Pada 12 April 2020, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif.

Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan tersebut telah dijalankan. Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring untuk COVID-19. Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara (25 kes warga Nepal, 18 kes warga Bangladesh, Lapan (8) kes warga Indonesia dan Dua (2) kes warga Myanmar). Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. [1]

9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 kes baharu didapati positif COVID-19, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 88 kes. Kes-kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara iaitu (33 kes warga Nepal, 26 kes warga Bangladesh, 11 kes warga Indonesia dan 11 kes warga Myanmar). Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. [2]

10 Mei 2020 jam 12 tengah hari, Kementerian Kesihatan mengumumkan kluster Pedas kini melaporkan pertambahan 43 kes, melibatkan warga pekerja sebuah kilang di mukim Negeri Sembilan itu. Perkembangan ini menjadikan jumlah kes positif dalam kluster itu 131 kes. Daripada jumlah itu 122 kes melibatkan bukan warganegara. Setakat 10 Mei 2020, 768 kontak rapat dikenalpasti dan diuji. [3]


19. KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAM
KKM ingin memaklumkan satu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di Setia Alam. Kluster ini telah dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta. Hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga (3) kes disahkan positif COVID-19 daripada 5 orang pekerja yang telah disaring. Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain.

Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan. Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19. Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh. Sembilan (9) kes pula didapati negatif dan tujuh (7) kes masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan. [1]

20. KLUSTER IPT SABAH
Kluster yang dilaporkan bagi negeri Sabah selepas Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menerusi laporan harian Covid-19  (11 Mei 2020) melaporkan seramai 10 jangkitan baharu dikesan bagi negeri Sabah dengan dua (2) daripadanya adalah kes pelajar universiti yang kembali ke negeri Sabah dari Semenanjung. kes itu dikesan daripada ujian dijalankan ke atas pelajar berdasarkan prosedur operasi standard (SPO) Pengurusan Pergerakan Pelajar Sabah dikendalikan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

SOP dibuat untuk operasi program khas susulan keputusan membenarkan pelajar di institusi pendidikan kembali ke kampung masing-masing. Dijangkakan 7,000 pelajar akan pulang ke rumah. Ini bermaksud akan terdapat pergerakan besar-besaran pelajar daripada zon merah ke zon hijau dan kuning. [1]

Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan) DUA pelajar dari Sabah yang disahkan positif Covid-19 ketika berada di Semenanjung mungkin dijangkiti daripada pekerja di universiti mereka dan kedua-dua pelajar berkenaan sudah diasingkan dan dikuarantin. [2]

12 Mei 2020: Dr Christina Rundi (Ketua Pengarah Kesihatan Sabah) Seorang lagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan disahkan positif COVID-19. Kes itu dilaporkan di Kota Kinabalu, sekali gus menjadikan jumlah kes positif di Sabah setakat ini adalah 328 kes [3]. Semua individu yang terbabit sudah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan. [4]

14 Mei 2020; Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kluster dalam kalangan pelajar di dua institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan lima pelajar. Dua pelajar adalah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan tiga lagi pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). KKM mengesyaki pelajar terbabit terdedah kepada pekerja yang keluar masuk di kampus atau di kafe universiti. [5]

21. KLUSTER SOLOK DUKU
Sehingga 14 Mei 2020 terdapat sebanyak enam (6) buah kluster COVID-19 yang melibatkan madrasah tahfiz. Empat (4) kluster ini adalah merupakan subkluster kepada perhimpunan di Seri Petaling, manakala dua (2) lagi masih dalam siasatan. Kluster Madrasah di Solok Duku telah dikenal pasti sebagai kluster terbaharu berkaitan madrasah tahfiz. Setakat ini seramai 107 pelajar, guru dan ahli keluarga telah disaring, di mana:

  1. Dua (2) kes positif COVID-19 di kalangan 35 orang pelajar;
  2. Tiada kes positif di kalangan 10 orang guru dan kakitangan madrasah
  3. Dua (2) kes positif COVID-19 di kalangan 62 ahli keluarga guru, kakitangan dan pelajar.

SENARAI PENUH KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA
Buat pertama kali selepas memasuki hari ke-33 Perintah Kawalan Pergrakan (PKP) dan pelaksanaan PKPD dibeberapa kawasan, akhirnya KKM telah mengeluarkan senarai penuh Kluster Covid-19 di Malaysia (19 April 2020) dan dikemaskini semula pada 20 April 2020. [1]

31 kluster covid-19 malaysia
Sumber: Page FB Rasmi KKM

Sehingga 20 April 2020, terdapat tiga (3) kluster yang dilaporkan telah sembuh sepenuhnya, antaranya kluster Madrasah Penanti Pulau Pinang, Kluster Rembau dan Kluster Jepun. Sementara kluster baru yang dilaporkan adalah Kluster Pelajar Malaysia Magetan Jawa Timur Indonesia dan Kluster Pasar Borong.

Masih banyak lagi kluster yang belum diperincikan secara rasmi oleh KKM. Namun usaha masih diteruskan untuk memberi senarai penuh kluster berserta huraian dan kronologi setiap kluster yang disenaraikan oleh KKM.

13 Mei 2020: Laporan Kluster Covid-19 yang aktif adalah sebanyak tujuh (7) iaitu Pedas (20 kes baharu), Madrasah Solok Duku (2), IPT Sabah (2), Benus (1), Pesantren (1), Selangor Mansion (1) dan Sendayan (1). [2]

14 Mei 2020: Terdapat 4 kluster covid-19 yang aktif di Malaysia iaitu, Pudu (18 kes baharu), Pedas (10), Madrasah Sungai Salan (3) dan Benus (1). [3]

Sehingga 14 Mei 2020, seramai 19,209 orang pelajar, guru dan kakitangan telah dikenal pasti dari sebanyak 370 buah madrasah dan pusat tahfiz di seluruh Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan ini sebanyak 12,384 sampel telah diuji (iaitu 64.5 peratus) dan keputusannya adalah seperti berikut:

  1. 635 kes positif COVID-19;
  2. 10,755 kes negatif COVID-19;
  3. 994 kes masih menunggu keputusan.

Berdasarkan keputusan saringan ini, didapati kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 5.1 peratus. Jika dibandingkan dengan situasi pada satu (1) minggu lalu (7 Mei 2020), kadar positif di kalangan kumpulan berisiko ini adalah 4.4 peratus. Tren kenaikan kadar positif ini adalah membimbangkan kerana ia menunjukkan kebarangkalian untuk menjangkiti orang lain di kalangan kumpulan ini adalah semakin meningkat. [4]



RUJUKAN:
[1] Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] Pengerusi UDA nafi jadi punca gelombang kedua Covid-19;
https://www.sinarharian.com.my/article/72732/KHAS/Koronavirus/Pengerusi-UDA-nafi-jadi-punca-gelombang-kedua-Covid-19

[3] Wan Akasha: Ciapan Twitter (7 April 2020);
https://twitter.com/wanakasha01/status/1247481721638883329/photo/1

[4] ‘Bukan Demam Dari Korea’ – Dituduh Punca Kluster Covid-19 Sri Petaling, Lelaki Ini Tampil Bela Diri;
https://ohbulan.com/bukan-demam-dari-korea-dituduh-punca-kluster-covid-19-sri-petaling-lelaki-ini-tampil-bela-diri/

[5] Empat kes kluster terbesar yang telah dikenal pasti setakat ini ialah;  
https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1247461344674066434?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1247461344674066434&ref_url=https%3A%2F%2Ferinsakura.com%2F4-kluster-terbesar-covid-19-dikenal-pasti-kkm-69-jangkitan-pula-jenis-sporadik%2F

[6]  Persidangan Gereja, Majlis Kahwin Antara Kluster Covid-19 di Malaysia;
https://www.malaysiakini.com/news/519131

[7] Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[8] Pengesanan kes aktif di Flat PKNS Kampung Baru;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/565762/pengesanan-kes-aktif-di-flat-pkns-kampung-baru

[9] COVID-19: Kluster Sendayan rekod satu kematian;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677413/covid-19-kluster-sendayan-rekod-satu-kematian

1. Kluster Tabligh (Program keagamaan di masjid di Sri Petaling dari 27 Februari - 1 Mac 2020)
[1] Kenyataan Akhbar KPK 11 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kluster-jemaah-tabligh-covid-19-memasuki-generasi-kelima-235825

[3] Kenyataan Akhbar KPK 12 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[4] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1832291

[5] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1832291

[6] Kluster Taman BDC Kuching jangkiti tiga generasi - Dr Noor Hisham;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kluster-taman-bdc-kuching-jangkiti-tiga-generasi-dr-noor-hisham-241469

2. Kluster Persidangan Gereja (Good News Fellowship, Kuching Sarawak: 26 - 28 Februari 2020)
[1] These Are Malaysia's 5 Biggest Covid-19 Clusters That You Should Know;
https://www.therakyatpost.com/2020/04/09/these-are-malaysias-5-biggest-covid-19-clusters-that-you-should-know/

[2] 2 Lagi Kluster Baharu Jangkitan COVID-19: Kenduri Di Bangi & Gereja Di Sarawak;
https://hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/kluster-gereja-kluster-kenduri/

[3] TERKINI : Kematian COVID-19 Pertama Di Malaysia Dicatat Di Sarawak;
https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/terkini-kematian-covid-19-pertama-di-malaysia-dicatat-di-sarawak/

[4] JPBN Sarawak guna kaedah sama jejaki kontak rapat kluster gereja;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpbn-sarawak-guna-kaedah-sama-jejaki-kontak-rapat-kluster-gereja-238515

[5] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater

[6] Kenyataan Akhbar KPK 30 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysiahttps://kpkesihatan.com/2020/04/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

3. Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor (6 Mac 2020)
[1] Kenyataan Akhbar KPK 6 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] Kenyataan Akhbar KPK 25 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[3] Noor Hisham: Status Terkini Covid-19 Sehingga 9 April 2020;
https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3192169230806943/?type=3&theater

[4] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater

4. Kluster Itali - Individu Dengan Sejarah Perjalanan Ke Itali (Kuching, Sarawak)
[1] Kes kluster Itali di Sarawak, kematian 5 sekeluarga akhirnya dirungkai berpunca dari ‘officemate’
https://www.mhi.allnws.com/2020/04/06/kes-kluster-itali-di-sarawak/?fbclid=IwAR0w-JuyMjYprs4gMaRawf_3BFA92xaOON7HrKQ2pAYIyPEzhovd8PA0wXY

[2] Kenyataan Akhbar KPK 5 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;

[3] Trauma 25 Sekeluarga Positif Covid-19, Usah Dicemuh dan Viralkan Mereka Sesuka Hati;
https://www.nona.my/trauma-25-sekeluarga-positif-covid-19-usah-dicemuh-viralkan-mereka-sesuka-hati/?fbclid=IwAR1aMCpRQg6cFCnmCd4FPCWDBquwahtuQnGMl0lBPAxh6bFMN7R8y9P3yG8

[4]
 Covid-19: 'Hentikan tohmahan, ibu saudara tidak pernah ke Itali';
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/563103/covid-19-hentikan-tohmahan-ibu-saudara-tidak-pernah-ke-itali

[5] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater

[6] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;

[7] Kenyataan Akhbar KPK 30 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysiahttps://kpkesihatan.com/2020/04/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

5. Subkluster Seri Petaling di Daerah Rembau 
[1] Kenyataan Akhbar KPK 8 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia; https://kpkesihatan.com/2020/04/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater

6. Kluster Person Under Investigation (PUI) Bali (13 April 2020 ) 
[1] Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/


[2] COVID-19: kawasan PKPD catat peningkatan kes baharu;
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1832291

[3] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater

[4] Kenyataan Akhbar KPK 25 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

7. Kluster Flat Kampung Baru;
[1] Pengesanan kes aktif di Flat PKNS Kampung Baru
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/565762/pengesanan-kes-aktif-di-flat-pkns-kampung-baru

[2] 'Pergerakan di flat PKNS Kampung Baru dikawal';
https://www.malaysiakini.com/news/520227

[3] Covid-19: 23 penduduk pangsapuri di Kampung Baru positif;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/566133/covid-19-23-penduduk-pangsapuri-di-kampung-baru-positif

[4] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater

8. Kluster Sendayan (Negeri Sembilan);
[1] COVID-19: KKM kesan kluster baharu di Sendayan;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677179/covid-19-kkm-kesan-kluster-baharu-di-sendayan

[2] COVID-19: Kluster Sendayan rekod satu kematian;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677413/covid-19-kluster-sendayan-rekod-satu-kematian

9. Kluster Petugas Kesihatan Sabah;
[1] COVID-19: Dua hospital jadi kluster jangkitan di Sabah;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678094/covid-19-dua-hospital-jadi-kluster-jangkitan-di-sabah

[2] Kluster baharu di Sabah babitkan 3 hospital kerajaan [METROTV];
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568274/kluster-baharu-di-sabah-babitkan-3-hospital-kerajaan-metrotv

[3] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater

10. Kluster Warga Jepun
[1] Tiga kluster baharu warga Jepun pulih;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/568550/tiga-kluster-baharu-warga-jepun-pulih

11. Magetan Jawa Timur, Indonesia (Pelajar Malaysia)
[1] Kenyataan Akhbar KPK 19 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] FB Page Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.10151657414821237/10156956410046237/?type=3&theater

[3] Seramai 29 pelajar Malaysia positif ujian COVID-19 di Jawa Timur, tidak dibenar menaiki pesawat ke Malaysia;
https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1836622

12. Kluster Pengerang, Johor;
[1] 
Kenyataan Akhbar KPK 22 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

13. Kluster Pasar Borong (Kuala Lumpur)
[1] Kenyataan Akhbar KPK 5 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] PKPD Pusat Bandar Utara, Pasar Borong KL tamat hari ini;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/687975/pkpd-pusat-bandar-utara-pasar-borong-kl-tamat-hari-ini

14. Kluster Hospital Umum Sarawak
[1] Kenyataan Akhbar KPK 30 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://kpkesihatan.com/2020/04/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

15. Kluster Taman BDC Kuching, Sarawak
[1] Kluster Taman BDC Kuching jangkiti tiga generasi - Dr Noor Hisham;
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kluster-taman-bdc-kuching-jangkiti-tiga-generasi-dr-noor-hisham-241469

16. Kluster Turki/ Oversea;
[1] Mohd Afiq: Kluster baru yang menjengkelkan;

[2] Sakinah Sulong: Kami Bukan Anjing;

[3] Covid-19 Tak Kenal Asal Dari ‘Kayangan’ Atau Dari Bumi – Ismail Sabri;

[4] 2,982 rakyat Malaysia terkandas di 55 negara;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/558931/2982-rakyat-malaysia-terkandas-di-55-negara

17. KLUSTER PENGAWAL KESELAMATAN CHERAS
[1] Kenyataan Akhbar KPK 7 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

18. KLUSTER PEDAS
[1] Kenyataan Akhbar KPK 8 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/05/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[2] Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[3] Kluster Pedas lapor pertambahan 43 kes Covid-19;
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/10/kluster-pedas-lapor-pertambahan-43-kes-covid-19/

19. KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAM
[1] Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

20. KLUSTER IPT SABAH
[1] Pelajar Sabah positif mungkin dijangkiti daripada pekerja universiti, kata KP Kesihatan;
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/245288

[2] Pelajar Sabah positif mungkin dijangkiti daripada pekerja universiti, kata KP Kesihatan;
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/245288

[3] Seorang lagi pelajar IPT positif Covid-19 di Sabah;
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/688187/seorang-lagi-pelajar-ipt-positif-covid-19-di-sabah

[4] COVID-19: Sabah rekod kluster baharu;
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/688564/covid-19-sabah-rekod-kluster-baharu

[5] COVID-19: 5 pelajar universiti dikesan positif;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/688870/covid-19-5-pelajar-universiti-dikesan-positif

21. KLUSTER SOLOK DUKU
[1] Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;

https://kpkesihatan.com/2020/05/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Senarai Penuh Kluster Covid-19 Di Malaysia
[1] FB Page Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10156951295986237/10156951295321237/?type=3&theater

[2] Page FB - Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10157040099206237/10157040090711237/?type=3&theater

[3] Page FB - Kementerian Kesihatan Malaysia;
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/pcb.10157043388681237/10157043382156237/?type=3&theater

[4] Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/