Tertarik dengan cadangan yang dikemukakan oleh YB Darell Leiking (MP P. 174 Penampang) yang mencadangkang agar Ahli Parlimen dari Sabah mencapai suatu kesepakatan dan mengetepikan idelogi politik demi menyampaikan apa yang disebut sebagai Autonomi Sabah.
Walau apapun pandangan ahli parlimen dari Sabah, baik daripada PN mahupun BN, cadangan ini harus disambut dengan hati terbuka tanpa sebarang unsur prejudis. Isu yang bakal dibawa juga lebih kepada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa - 1 dan Fasa 2 bagi negeri Sabah. Secara peribadinya, DKMSabah dan YB Darell Leiking sememangnya ada sengketa yang berpunca daripada beberapa isu yang membabitkan sentimen agama, dan pastinya beliau (Darell) masih ingat kedua-dua isu berkenaan.
Namun untuk cadangan dan pandangan bernas yang beliau kemukakan ini, telah tiba masanya untuk semua pihak dari kedua-dua blok (kerajaan dan pembangkang) untuk duduk semeja dan mencapai suatu resolusi membabitkan ahli parlimen daripada Sabah berhubung dengan cadangan agar Sabah tersenarai dalam PPN Fasa - 1, pelaksanaan operasi standard (SOP) PPN Fasa - 1 termasuk kebenaran dine-in, kebenaran pengoperasian sektor ekonomi terpilih dan segerakan agihan vaksin dalam skala yang besar kepada negeri Sabah. Kesemua isu yang dinyatakan di atas merupakan antara isu yang kerap berlegar di media sosial khususnya di negeri Sabah sepanjang minggu lepas sehingga ke hari ini.
- SOP Terkini Fasa 1 Sabah Benarkan ‘Dine-in’, Kedai Gunting Rambut & Aktiviti Sukan
- SOP Sabah: Peniaga Lancar Kempen Pelekat Kereta Sokong Hajiji
- Leiking Gesa Ahli Parlimen Sabah Bentuk Barisan Padu Di Parlimen
- Sabah kemukakan SOP baharu fasa satu PPN kepada kerajaan pusat
- Senaraikan Sabah dalam Fasa 2 PPN
Cadangan YB Darell ini dari suatu sudut bakal membawa politik Sabah ke suatu era baru yang mana ideologi politik bukan lagi halangan dalam menyampaikan suara rakyat di peringkat Persekutuan. Ada benarnya apa yang dikatakan beliau, “Pada masa lalu, kita telah melihat Ahli Parlimen dari Sabah meremehkan satu sama lain, dan ini menghiburkan Ahli Parlimen dari Semenanjung. Sudahnya jika ada, manfaat yang kembali kepada Sabah sangat sedikit, walaupun dengan semua tuntutan dan perdebatan”. Tuntutan, syor dan cadangan daripada Sabah, hanya akan dapat direalisasikan jika semua Ahli DUN dan Parlimen sepakat dengan keputusan yang dicapai secara kolektif.
Pelaksaan PPN Fasa -1 atau Fasa - 2 bagi negeri Sabah perlu berbeza berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Berikut mungkin beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk dipanjangkan dan di bahaskan di peringkat Parlimen;
1. SOP Pelaksanaan PKP bagi negeri Sabah perlulah mengikut Zon dan bukannya keseluruhan negeri Sabah. Terdapat beberapa zon di negeri Sabah yang diletakkan di bawah status hijau (sifar kes jangkitan). Pendekatan melaksanakan PKP di keseluruhan negeri, melumpuhkan keseluruhan sektor ekonomi negeri termasuk sektor ekonomi di zon hijau. Adalah tidak wajar untuk mengurung rakyat di kawasan bebas kes positif covid-19. Jika zon berkenaan diletakkan dalam status PKPP dengan SOP PKP, penduduk dan peniaga tidak akan terputus punca pendapatan, dan aktiviti ekonomi setempat boleh beroperasi seperti sedia kala.
2. Penetapan jumlah maksimum kes positif Covid-19 harian mengikut Zon. Penetapan jumlah laporan maksimum kes positif covid-19 harian mengikut zon, akan membantu kerajaan negeri memantau situasi semasa kes jangkitan setiap zon di Sabah seterusnya langkah susulan boleh diambil. Cadangan ini membolehkan kerajaan memutuskan sama ada akan melaksanakan PKP, PKPD, PKPB mahupun PKPP mengikut zon dan bukannya menyeragamkan satu keputusan yang mana tidak adil untuk semua rakyat khusunya di kawasan berstatus hijau (sifar) dan kuning (1-20) kes jangkitan Covid-19.
Merujuk kepada SOP PKP yang diterapkan kerajaan Sabah khususnya ketika berhadapan dengan Kluster Benteng di Lahad Datu, kerajaan hanya mengenakan PKP di Daerah Lahad Datu dan lain-lain kawasan kekal dengan PKPB dengan SOP PKP dikekalkan. Pendekatan ini terbukti berkesan dan sektor ekonomi di kawasan zon hijau dan rendah kes jangkitan positif Covid-19 harian dapat beroperasi dan tidak lumpuh sepenuhnya seperti yang berlaku kini.
3. PPN Fasa - 1 mahupun Fasa - 2 bagi negeri Sabah perlulah mengikut Zon, dan bukannya keseluruhan negeri Sabah. Peralihan ke PPN Fasa - 1 mahupun Fasa - 2 perlulah mengikut situasi semasa kes jangkitan positif covid-19 setempat. Pada 3 Julai 2021 yang lalu, terdapat sebanyak 12 kawasan di Sabah merekodkan sifar kes jangkitan (Telupid, Beluran, Kunak, Kinabatangan, Tongod, Sipitang, Kuala Penyu, Ranau, Tenom, Nabawan dan Tambunan).
Selain itu, terdapat sembilan kawasan merekodkan kes jangkitan kurang daripada 10 kes (Papar 6, Semporna 4, Putatan 4, Keningau 4, Kota Marudu 3, Penampang 3, Lahad Datu 2, Kalabakan 1 dan Tuaran 1). Rekod jangkitan tertinggi yang dilaporkan datangnya daripada Penjara Kepayan (26 kes) dan Penjara Tawau (93 kes) dan kedua-duanya di bawah PKPD.
Jika PPN dilaksanakan mengikut Zon dengan tidak membenarkan aktiviti rentas daerah, terdapat sebanyak 21 kawasan atau daerah yang boleh beralih ke PPN Fasa - 1 mahupun Fasa - 2. Keadaan ini akan memastikan sektor ekonomi yang menjadi punca pendapatan rakyat tidak lumpuh sepenuhnya.
4. Bekalan Vaksin perlu mengikut populasi penduduk dan PPV yang beroperasi. Untuk rekod, kerajaan negeri Sabah meletakkan sasaran vaksinasi harian sebanyak 30 ribu pada Julai 2021 seterusnya imuniti kelompok dapat dicapai sebelum penghujung tahun 2021. Bagi memastikan sasaran ini tercapai, kerajaan negeri telah menyediakan 151 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Sabah (sehingga 6 Julai 2021) yang terdiri daripada fasitili kerajaan dan Swasta. Namun, kekurangan bekalan vaksin yang dihadapi kini merencatkan usaha kerajaan untuk mencapai sasaran vaksinasi harian sebanyak 30 ribu vaksin.
5. Pelaksanaan PPN Fasa - 1 dan Fasa - 2 mengikut zon perlu hadir bersama dengan SOP yang lebih bersifat Fleksibel. Fleksibel yang dimaksudkan adalah, kerajaan negeri boleh memutuskan sama ada untuk melakukan PKP, PKPD, PKPP dan PKPB mengikut keperluan negeri dan tidak terlalu terikat dengan arahan kerajaan Pusat seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Malah keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan PKPB dengan SOP PKP ketika seluruh negara berada dalam PKP pada Mei 2021 yang lalu, jelas membuktikan bahawa pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri adalah bersifat fleksibel dengan mengambilkira situasi semasa negeri Sabah.
Kelangsungan hidup rakyat, perniagaan dan sektor ekonomi negeri bergantung sepenuhnya kepada keputusan yang diambil oleh ahli politik. Meletakkan perbezaan fahaman politik melebihi kepentingan rakyat, hanya akan menjadikan Sabah semakin ke belakang dan kekal sebagai antara negeri termiskin di Malaysia.
Sekarang bukan masanya untuk berbalah mahupun berbahas soal siapa kerajaan dan siapa pembangkang, kerana harapan seluruh rakyat Sabah terletak di bahu 72 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 24 Ahli Parlimen yang masih berkhidmat kepada rakyat sehingga hari ini. Rakyat menilai apa yang ahli politik lakukan untuk Sabah khususnya ketika krisis Covid-19 yang melanda negara kini. Bersatulah demi autonomi Sabah yang menjamin kelangsungan hidup seluruh rakyat di negeri ini.
#DSSA #COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #mknsabah #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #KerajaanGagal #DapurBelia4.0 #RumahKita #KitaJaga
0 Comments