PPN SABAH FASA 1

Kecoh di kalangan ahli politik dan rakyat berhubung tindakan kerajaan negeri yang akan melaksanakan
Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa - 1 (PPN) bagi Negeri Sabah. Meskipun kenyataan media telah dikeluarkan termasuk kebenaran Dine-in berkuatkuasa pada 29 Jun 2021, namun wujud kekeliruan di kalangan peniaga apabila terdapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak membenarkan Dine-in. Untuk rekod, kerajaan Negeri Sabah telah mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi Fasa Satu pada 30 Jun 2021 dan sedang menunggu untuk pewartaan SOP tersebut.

Berikut disenaraikan rasional di sebalik tindakan kerajaan negeri untuk beralih kepada Pelan Pemulihan Fasa -1 (PPN). Antaranya termasuklah;

Faktor Geografi
Kedudukan Geografi Negeri Sabah Negeri yang berada di kepulauan Borneo. Kepulauan Borneo terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta negara Brunei. Kedua-dua negeri (Sabah dan Sarawak) dan Wilayah Persekutuan (Labuan) hanya boleh dihubungi oleh dunia luar menerusi laluan udara dan laut. Fakta ini menjadikan aktiviti rentas negeri dan daerah mudah dikekang oleh kedua-dua kerajaan negeri. Untuk memasuki sempadan kedua-dua negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan, individu perlu mendapat surat kebenaran Polis selain perlu menjalani ujian calitan dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan. 

Sabah mengenakan kawalan pergerakan rentas daerah mengikut Zon. Sabah terdiri daripada enam (6) Zon iaitu, Zon Satu (Daerah Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar), Zon Dua (Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang), Zon Tiga (Kudat, Kota Marudu dan Pitas), Zon Empat (Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod), Zon Lima (Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan), Zon Enam (Keningau, Tambunan dan Tenom). 

Ketika kes positif Covid-19 yang tinggi dilaporkan di Lahad Datu yang datangnya daripada Kluster Benteng dengan kes indeks berpunca daripada Bukan Warganegara (FILIPINA). Sabah hanya mengenakan PKPD di keseluruhan Daerah Lahad Datu dan bukan keseluruhan Sabah. PKPD dikenakan dikeseluruhan daerah berkenaan sehingga kes positif Covid-19 menurun. Hasilnya Kluster Benteng yang menjadi antara kluster yang merekodkan kes jangkitan tertinggi di Sabah (1,146 kes, 675 Warganegara dan 471 Bukan Warganegara serta 1 kematian) ditamatkan pada 14 Disember 2020. 

Susulan penemuan kes Varian India pertama yang direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan Warga India yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan pada (23 April 2021), kerajaan negeri Sabah telah mengenakan larangan memasuki Sabah dari Labuan berkuat kuasa serta-merta. Ini adalah bukti bahawa aktiviti rentas daerah adalah sesuatu yang sukar dilakukan bagi rakyat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sempadan antara negeri yang ketat dan rakyat tidak boleh keluar masuk pada bila-bila masa. Bukan mudah untuk rakyat Sabah memasuki negeri Sarawak, kerana kedua-dua negeri dipisahkan oleh pintu sempadan yang terletak di Pos Imigresen Sindumin - Merapok dan dikawal ketat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Situasi ini menjadikan proses pengawalan Covid-19 antara kedua-dua negeri lebih mudah dilakukan.

Sehingga 3 Julai 2021, terdapat sebanyak 12 kawasan di Sabah yang merekodkan sifar kes jangkitan positif Covid-19 iaitu Telupid, Beluran, Kunak, Kinabatangan, Tongod, Tambunan, Ranau, Tenom, Sipitang, Nabawan dan Kuala Penyu. Daripada 322 kes jangkitan yang dilaporkan, sebanyak 123 kes datangnya daripada pusat tahanan di Penjara Tawau (97 kes) dan Penjara Kepayan (26 kes). Kerajaan negeri berpendapat, adalah tidak adil untuk terus mengenakan PKP di kawasan zon hijau. Pendekatan membenarkan sektor ekonomi beroperasi dengan SOP yang ketat adalah wajar dan kini semakin ramai pihak yang tampil menyokong keputusan kerajaan negeri untuk membenarkan sektor ekonomi beroperasi selain turut membenarkan dine-in di kedai makan.


Faktor Ekonomi
Penyumbang kepada sektor ekonomi negeri datangnya daripada sektor pelancongan. Sektor pelancongan Negeri Sabah pernah merekodkan kutipan hasil tertinggi iaitu sebanyak RM8.342 bilion (2018) dengan ketibaan pelancong tertinggi iaitu sebanyak 3,879 juta pelancong. Pada pembentangan bajet 2021 Sabah yang dibentangkan oleh Datuk Seri Hj. Hajiji Hj. Noor (08 Disember 2020) yang lalu, kehadiran pelancong antarabangsa ke negeri Sabah susut sebanyak 75.1 peratus dan pelancong domestik juga susut sebanyak 57.2 peratus berbanding tahun lalu (2019). Situasi ini jelas mengambarkan bahawa, kerajaan perlu memikirkan langkah sewajarnya bagi mengelak sektor pelancongan negeri terus lumpuh.

Membenarkan pengoperasian sektor ekonomi terpilih dengan SOP yang ketat, akan memastikan kelangsungan peniaga kecil, IKS, serta pengusaha pelancongan. Kerajaan melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira faktor kelangsungan sektor ekonomi negeri yang terjejas sepanjang PKP.


Inisiatif Kerajaan Negeri Mencapai Sasaran Imuniti Kelompok 

Mewujudkan lebih banyak Pusat Penerimaan Vaksin (PPV): Antara inisiatif awal kerajaan negeri untuk memastikan sasaran imuniti kelompok dapat dicapai sebelum akhir tahun ini. Sehingga Jun 2021 sebanyak 72 fasiliti kesihatan dan 23 PPV awam telah beroperasi. Pada Julai 2021, jumlah ini terus bertambah menjadi 111 PPV. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi negeri Sabah yang dilancarkan pada 4 Mac 2021, turut melibatkan penyertaan hospital swasta (Gleneagles dan Rafflesia) serta IPTA awam iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Selain itu juga, kerajaan turut menggerakkan mobile outreach melibatkan kakitangan KKM, ATM dan Agensi kerajaan yang lain. Tujuannya adalah untuk membantu mendaftar dan memberi vaksin kepada penduduk di kawasan pedalaman secara walk-in. Usaha ini bagi memastikan tidak ada masyarakat yang terpinggir daripada menerima Vaksin meskipun mereka berada di kawasan pedalam Sabah.

Program Kerjasama Awam - Swasta (PIKAS): Merupakan kerjasama antara sektor Swasta dan Kerajaan dalam memastikan semua pekerja mereka divaksinasi. Bermula Julai dan bulan-bulan seterusnya, kerajaan menyasarkan kadar pemberian Vaksin harian kepada 30,000. Untuk memastikan sasaran ini tercapai, SICC dijadikan PIKAS negeri Sabah dengan menyasarkan seramai 1500 orang pekerja sehari akan menerima vaksin.

Sasaran 30,000 Rakyat Menerima Vaksin Setiap Hari: Sabah menyasarkan seramai 30 ribu rakyat menerima vaksin setiap hari bermula daripada Julai 2021. Sasaran ini adalah realistik untuk dicapai kerana sehingga kini sebanyak 111 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah beroperasi di Sabah. Penglibatan Hospital Swasta  (Gleneagles dan Rafflesia) serta IPTA awam (Universiti Malaysia Sabah - UMS) antara faktor yang membantu sasaran 30 ribu rakyat menerima vaksin sehari seterusnya sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun dapat dicapai.

Adalah wajar agar usaha murni kerajaan negeri ini mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira perbezaan ideologi politik. Cadangan agar Sabah beralih ke PPN Fasa - 1 dengan SOP yang ketat, akan dapat membantu rakyat peniaga dan pekerja yang terputus punca pendapatan sepanjang PKP untuk memulakan kehidupan baru.

Adalah tidak wajar untuk negeri yang merekodkan kadar jangkitan positif Covid-19 harian yang rendah dan terkawal untuk kekal dengan PKP. 
 


#trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp
#beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself
#KerajaanGagal #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020