Oleh : MUTALIB M.D
KETUA
Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mengesahkan bahawa beliau adalah
warganegara Malaysia mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan kerana
kerakyatannya mengikut taraf kerakyatan ibunya; sekalipun bapanya adalah
Warganegara Indonesia yang kini sedang memohon taraf penduduk tetap.
"Saya lahir di Sabah
melalui perkahwinan yang sah antara ibu saya, Wanita Murut dengan bapa
saya Warganegara Indonesia yang menggunakan Pasport Lawatan dan kini
atas jaminan ibu saya," ujar Lahirul ketika dihubungi melalui email
sebentar tadi bagi mengesahkan taraf kerakyatan beliau yang ditimbulkan
melalui Blog Tambuakar dan blog lain.
Menurut
Lahirul, isu kerakyatan beliau tidak perlu ditimbulkan kerana bapanya
masuk secara sah, menggunakan pasport, permit kerja dan kini dijamin
oleh ibu beliau; adalah teratur mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
Tegas
Lahirul lagi, mengikut Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan
Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang Bagi Orang Yang Lahir Pada Atau Selepas
Hari Malaysia; Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan
ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah
warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:
"(a)
tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya
seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara
atau bermastautin secara tetap di Persekutuan;"
"Dalam hal ini sudah cukup jelas bahawa saya adalah Warganegara
Malaysia dan Anak Negeri Sabah kerana ibu saya adalah Anak Negeri Sabah
berketurunan Murut," ujar Lahirul yang menjelaskan status bapanya tidak
mendatangkan sebarang kecederaan kepada kerakyatan beliau.
Lahirul
menjelaskan bapanya, Latigu Bin Lahandu telah bernikah dengan ibunya,
Nurila Bte Atau (Kaum Murut) yang berasal dari Kg Bukau, Beaufort pada
17 Julai 1974 setelah memeluk agama Islam mengikut adat istiadat Anak
Negeri Sabah kerana Datuknya, Atau Bin Buang dan Neneknya, Lipai Bte
Bakir tidak menganut sebarang agama ketika itu (Pagan).
Menurut
Lahirul, beliau dilahirkan pada 19 Julai 1976 di Kg Bukau Beaufort dan
didaftarkan kelahiran melalui Sijil Lahir bernombor 702/76 dan
bersekolah di SK Bukau, sebelum melanjutkan pelajaran ke SM St John, SMK
Beaufort dan Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pinjaman Yayasan
Sabah.
Katanya lagi, beliau mendapat kad pengenalan biru bernombor H0922390 dan kini memegang MyKad bernombor 760719-12-5747.
Menurut
Lahirul, beliau tinggal bersama datuknya sejak darjah empat sehinggalah
datuknya meninggal dunia pada 23 Mac 1990 (68 tahun) ketika beliau
berada di tingkatan dua. Manakala neneknya pula meninggal pada 4 Ogos
2008 ketika berusia 79 tahun tetapi sempat memeluk agama Islam beberapa
tahun sebelum meninggal dunia.
"Bapa
saya bukan PATI kerana memegang pasport Indonesia W075828 yang masih
berkuatkuasa sehingga 2 Mac 2016. Beliau telah memohon taraf penduduk
tetap melalui Imigresen Kota Kinabalu awal tahun ini dan telah menjalani
temuduga di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort pada 28
Ogos lalu," kata Lahirul yang tidak menolak kemungkinan maklumat bapanya
dan identiti adik beradiknya bocor melalui IPD Beaufort.
Bagaimanapun
kata Lahirul, beliau berharap agar PDRM bersikap profesional menjaga
kerahsiaan dan menjalankan siasatan rapi agar kejadian seperti ini tidak
berulang, terutama dokumen peribadinya didedahkan kepada pihak ketiga
yang tidak berkaitan.
"Saya
tidak gentar kerana saya, keluarga dan bapa saya memohon kewarnegaraan
melalui jalan yang sah dan menurut Perlembagaan Persekutuan, bukannya
melalui pintu belakang. Oleh kerana itu saya dan PAS tetap dengan
pendirian mendesak penyegeraan RCI," kata Lahirul yang tidak menafikan
pendedahan ini berpunca daripada sengketa politiknya dengan Persatuan
Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS) atau sekutunya.
Lahirul
turut menjelaskan bahawa beliau adalah wakil PAS dalam Jawatankuasa
Khas Pakatan Rakyat yang diketuai Dr Chong Eng Leong untuk
mengetengahkan isu RCI.
"Dalam
hal ini, saya turut menyarankan agar Kerajaan Negeri Sabah
memperkasakan Native Ordinance dengan memasukkan senarai suku kaum Anak
Negeri dan diendorse ke dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti
Sarawak," kata Lahirul yang meyakini isu kerakyatan beliau sengaja
digembar-gemburkan oleh PRESS untuk merosakkan kredibiliti beliau
berhubung RCI.
semua rakyat Sabah drpd pelbagai suku kaum berhak ke atas pentadbiran negara sabah serta harta rakyat di darat dan lautan, berbanding orang UMNO yg mewakili kerajaan Pusat...dari luar Sabah..
ReplyDeleteapa kurangnya PKR, PAS dan DAP.. tu bukan dari semenanjung ka... Lahirul yg bapa dia ni org indon pun blh jd CM ka?
ReplyDeleteapa kurangnya PKR, PAS dan DAP.. tu bukan dari semenanjung ka... Lahirul yg bapa dia ni org indon pun blh jd CM ka?
ReplyDelete