GEMPAR..!!! : ANAK SENYAP ISU RCI (PATI), RUPA-RUPANYA BAPA SENDIRI P****. APA CER....!!!!


Ketika pengarang sedang sibuk mengemaskini blog dan memuat naik entry terkini Cara untuk selamatkan blog yang digodam, tiba-tiba pengarang menerima SMS yang meminta pengarang melihat pendedahan daripada sebuah blog berkaitan dengan isu PATI (TAMBUAKAR)




Blog yang tidak bertuan ini, telah memuat naik PASSPORT milik Encik Latigu Bin Laando yang didakwa oleh penghantar sms tersebut sebagai bapa kepada Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu.

Pengarang ada terbaca artikel daripada blog sabahkini.net yang bertajuk "PAS SABAH MAHU DUA PENULIS ANGGOTAI RCI" dan berikut merupakan antara intipati dalam artikel tersebut;

Ketua Publisiti Pemuda PAS Sabah, Mohd Firdaus Mohammad Nor berkata dewan itu tidak gembira dengan barisan anggota RCI kerana ia kekurangan pakar mengenai isu berkenaan

"Mutalib dan Chong telah terlibat dalam menulis pendedahan mengenai isu pendatang haram di Sabah," tegas Mohd Firdaus.

Beliau berkata seorang lagi tokoh pakar yang penting kepada panel tersebut ialah Tan Sri Simon Sipaun, yang telah melakukan penyelidikan terhadap topik tersebut ketika berkhidmat sebagai naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Tidak ada seorang pun yang terbabit dalam siasatan tersebut yang benar-benar boleh mewakili rakyat Sabah," katanya.

 

Soalan pengarang kepada PR Sabah

 1. Sekarang apa pendirian PAS dan PR itu sendiri terhadap isu ini?

2. Berapa banyak pula laporan polis yang akan dibuat terhadap pemilik blok TAMBUAKAR?

3. Berapa banyak pula laporan polis yang akan dibuat oleh ahli-ahli PR untuk tuntut agar RCI siasat pemilikan IC oleh Pemuda Pas Sabah ini? 

4. Apa pula ulasan saudara Mohd Firdaus Md Nor terhadap isu ini, adakah beliau sendiri bersetuju jika 2 orang penulis (Mutalib dan Chong) memulakan siasatan sendiri terhadap status kewarganegaraan saudara Lahirul Latigu


Pengarang tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa ini merupakan perbuatan sabotaj daripada kalangan ahli PAS sendiri. Seperti biasa, perbuatan sabotaj calon yang disebut-sebut daripada kalangan ahli dalam parti yang mendambakan untuk menjadi calon pasti akan berlaku. Kenapa pengarang berkata demikian;

1. Mustahil dokumen sulit sebegini yang dikeluarkan oleh negara seberang mampu disebarkan dan dimuat naik oleh blog TAMBUAKAR pada 07 September 2012. Selalunya dokumen sulit sebegini hanya diketahui oleh Tuan punya dokumen, ahli keluarga jauh dan dekat, ahli parti, jiran tetangga dan sahabat.

2. Motif muat naik juga jelas menunjukkan wujud unsur sabotaj, dan tidak dapat dipastikan siapa pemilik blog, mungkin ahli keluarga beliau sendiri yang tidak sehaluan dengan beliau, atau mungking juga ahli parti PAS itu sendiri yang tidak mahu PAS diwakili oleh pemimpin yang ada latar belakang PATI kerana khuatir RCI yang ditubuhkan akan memberi kesan kepada PAS atau PR kelak.

Pengarang juga tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa perkara ini mungkin boleh dikaitkan dengan respon daripada laporan Polis yang beliau buat terhadap Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS). Itu cuma andaian pengarang berdasarkan keadaan politik semasa yang sering melibatkan Pemuda PAS Sabah ini. Maklumla beliau ni raja Publisiti tambah lagi sudah dekat PRU13.

 


No comments:

Post a Comment