DILEMA LOMPATAN TERAKHIR (NIKMAT DISEBALIK PENGKHIANATAN)

 

Kecelaruan dan spekulasi yang diwujudkan oleh kedua-dua pemimpin ini kini telah terjawab. Jika selama ini penafian demi penafian berhubung agenda mereka untuk melompat parti, kini segalanya telah terlerai apabila kedua-dua mereka telah sah keluar daripada BN dan menubuhkan parti baru yang mana secara tidak langsung sebahagian daripada PKR. Majlis turut dihadiri sendiri oleh DSAI, ahli-ahli PKR dan penyokong kedua-dua pemimpin. Kehadiran dianggarkan sekitar 2000 ke 3000 orang. 

Terlebih dahulu pengarang ingin merakamkan sekalung penghargaan terhadap jasa yang telah ditabur oleh kedua-dua ahli parlimen ini sepanjang tempoh berada dalam Barisan Nasional, tidak kiralah prestasi yang ditunjukkan sebagai MP tu cemerlang atau penuh dengan isu ketidakpuasan hati daripada pengundi di peringkat akar umbi.

Kini bermulalah episod baru dalam perjalanan karier politik kedua-dua pemimpin ini, daripada PBS kepada UMNO& UPKO dan kini PKR. Adakah ia bakal menjadi medan tempur terakhir karier politik kedua-dua pemimpin ini, atau bakal berterusan hingga kedua-dua mereka tidak lagi berupaya menggangkat kaki kelak.

DSP Wilfred Bumburing telah memberi kelegaan kepada BN di kawasan P170 Tuaran. Hal ini adalah kerana, beliau yang sebelum ini dikhabarkan akan cuba untuk mempertahankan jawatan sebagai ahli parlimen Tuaran pada PRU akan datang turut berminat terhadap kerusi di DUN N09 Tamparuli. Berdasarkan artikel sebelum ini, kedua-dua kawasan ini telah dilobi oleh calon-calon PKR. Wilfred Bumburing turut dikhabarkan akan menjadi calon bebas untuk merebut kerusi parlimen atau DUN. Perkhabaran ini merupakan satu petanda baik buat jentera BN pada PRU akan datang. Wilfred Bumburing secara tidak langsung akan memecahkan undi yang bakal dimiliki oleh PKR yang pastinya akan memberi laluan selesa kepada calon BN yang akan bertanding di kawasan Parlimen mahupun DUN. Terima Kasih DSP Wilfred Bumburing.

Berbeza dengan lompatan DSP Lajim pula, beliau yang mendapat maklumat bahawa diri beliau tidak lagi dicalonkan pada PRU akan datang nekad untuk keluar daripada BN dan menubuhkan parti baru yang lebih pro kepada PKR. Ketidakpuasan hati beliau semakin membuak bila mana beliau yang dikatakan berkonflik dengan DATUK HAJAH AZIZAH BIN DSP MOHD DUN mendapat maklumat yang Datuk Hjh Azizah dicalonkan pada PRU yang akan datang. Keadaan ini seterusnya mewujudkan rasa memberontak di dalam setiap gerak geri beliau.

Benarkah DSP Lajim akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN?. Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh DSP Lajim sendiri. Namun demikian, berdasarkan maklumat daripada masyarakat setempat dan sembang kedai kopi, DSP lajim dikatakan bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sabah atau setidak-tidaknya menjawat jawatan Menteri Penuh di peringkat Persekutuan. Ramai yang mengatakan bahawa DSP Lajim tidak pernah berjuang untuk rakyat. Dari zaman PBS kepada Barisan Nasional dan kini PKR, semua lompatan yang dilakukan beliau adalah demi kelangsungan karier politik beliau sendiri dan bukannya untuk memperjuangkan hak-hak Sabah. Calon-calon PKR P177  Beaufort di kerusi Parlimen mahupun DUN mungkin terpaksa memberi ruang kepada DSP Lajim untuk bertanding atas tiket PKR pada PRU13 yang akan datang. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan konflik di antara calon PKR sedia ada dengan DSP Lajim. Jika keadaan ini berlaku, maka sudah tentu ia akan merebak sehingga ke peringkat akar umbi. Persoalannya, Bersediakah UMNO Beaufort menghadapi serangan DSP Laji (Saya boleh tidur kalau sekadar berlawan dengan orang-orang UMNO Beaufort).

Walau apa jua spekulasi yang bakal timbul dan bermain diminda setiap pengundi, kesudahannya keputusan siapa yang bakal memimpin parlimen P170 Tuaran dan P177 Beaufort akan ditentukan sendiri oleh pengundi yang memiliki kuasa untuk memilih. Undi anda penentu masa depan negara.....

7 comments:

  1. Apa jua keputusan yang dibuat oleh mereka perlu dihormati selaras dengan konsep negara kita yang mengamalkan demokrasi..yang penting adalah pemikiran rakyat yang akan menentukan hala tuju politik Sabah...kerana siapa saja yang menjadi calon bukan semestinya mutlak menjadi ADUN ....sebaliknya jkuasa rakyatlah yang akan menetukannya...

    ReplyDelete
  2. Bkn xhormat, tp cara kluar tu seolah2 dia yg telah bela nasib rakyat sbh. Hakikatnya kroni dia yg senang lenang kau duit rakyat

    ReplyDelete
  3. Bkn xhormat, tp cara kluar tu seolah2 dia yg telah bela nasib rakyat sbh. Hakikatnya kroni dia yg senang lenang kau duit rakyat

    ReplyDelete
  4. kenapa agaknya hanya ketika pilihanraya semakin hampir barulah mereka keluar meninggalkan BN? adakah episod lompat kali ini (Lajim & Bumburing) mempunyai persamaan dengan episod keluar parti SAPP? dikhabarkan Yong Teck Lee sebelum ini juga ada berjumpa dengan Anwar sebelum beliau membawa keluar SAPP dari BN. tidak kurang juga yang mengatakan bahawa beliau (YTL) dijanjikan jawatan TPM oleh Anwar..

    mungkinkah strategi yang sama digunakan oleh Anwar untuk "memujuk" kedua2 pemimpin "lemah semangat" ini untuk melakukan sabotaj??

    ReplyDelete
  5. dengar-dengar begitula.. ada juga yang berhubung kait dengan dendam politik. macam lajim kan musuh dia dicalonkan semula pada pru akan datang dan dia pula tidak, tu dia ambil kesempatan join pkr, yg dijanjikan jwtn menteri penuh atau ketua menteri, bumburing juga tidak dicalonkan, so nak tak nak kn kluar dan bertanding sbg calon bebas, dia juga dijanjikan jwtn menteri penuh... dengar2 ada beberapa org lg MP yg tidak dicalonkan akan turut melompat, yg pastinya MP2 ni semuanya tidak dicalonkan semata-mata untuk memberi ruang kepada muka baru krn calon2 ni sudah terlalu lama...

    ReplyDelete
  6. Memang Lajim tu cuma mahu benefits saja. Lompat parti hanya untuk benefits political survival dia saja.

    ReplyDelete
  7. orang mau kaya sendiri.. macam tu la... tambah lg dijanjikan jawatan Ketua Menteri @ menteri penuh seperti yg didambakannya selama ini.

    ReplyDelete