VIDEO YANG SENGAJA DILEWATKAN, WACANA: MALAYSIA AGREEMENT (MA1963) VS PERKARA 20


Assalamualaikum,

Atas permintaan ramai sebelum ini, dan setelah berjaya mendapatkan sebahagian daripada video sepanjang program tersebut berlangsung daripada Sahabat DKM yang berada di lokasi, maka pihak DKM dengan berbesar hati menyiarkan sebahagian daripada video tersebut. Kualiti video agak kurang memuaskan kerana sahabat tersebut rakam menggunakan telefon bimbit untuk tujuan koleksi beribadi (Maklumla pro Star). 

Azroy (STAR)
Zainal (GANAS)
Ryan (PKR)
Suasana mula tegang, bila mana penyokong STAR yang bertanyakan soalan mempersoalkan kejujuran PR di Sabah. Bagi penyokong STAR, status terkini dan gerak kerja PR kini lebih terarah untuk memancing seberapa banyak MP untuk menyertai PR, sedangkan penyokong STAR dan NGO 1215 (1 to 1 Fight) tetap dengan pendirian mereka untuk memastikan pada PRU akan datang BN akan ditentang oleh seorang wakil pembangkang. Dari segi perkiraan matematik, sememangnya apa yang dipersoalkan oleh penyokong STAR ada asasnya, PR tidak perlu datang ke Sabah dan hanya membiarkan parti pembangkang tempatan menentang BN. PKR kini dilihat tidak telus berhubung kesediaan mereka untuk membiarkan pembangkang tempatan (SAPP, STAR, USNO) menentang BN. Keadaan ini mereka sifatkan sebagai kurang sihat dan bakal mencetuskan perpecahan dan sabotaj daripada penyokong kedua-dua parti. Sila saksikan penjelasan rasional saudara AZROY;

No comments:

Post a Comment