KERANA MUNGKIR JANJI, WILFRED BUMBURING TIDAK LAYAK BERSAMA UPKO


Selang beberapa Jam sebelum keluarnya seorang lagi MP P170 Tuaran daripada Barisan Nasional (BN), terlebih dahulu, eloklak kiranya Tuan/Puan yang berada di luar sana untuk mengetahui cerita sebenar mengapa Wilfred Bumburing nekad untuk meninggalkan BN, seterusnya menubuhkan angkatan baru yang dikenali sebagai "Angkatan Perubahan Sabah (APS)" yang pihak DKM percaya akan menjalinkan kerjasama dengan PKR. Berikut merupakan kronologi ringkas cerita yang mungkin segelintir pemerhati politik tempatan telah ketahui, atau mungkin ada cerita tambahan yang tidak diketahui oleh pengarang daripada Tuan/Puan di luar sana dan ingin dikongsikan, mohon tinggalkan komentar untuk perhatian penagarang.


DSP Wilfred Mojilip Bumburing telah menjadi Ahli Parlimen P.170 Tuaran sejak 2008-hingga ke hari ini. Pernah juga menjadi ADUN N.09 Tamparuli semasa pemerintahan PBS sebelum menjadi Ahli Parlimen P.170 Tuaran. Kemudian keluar dari parti PBS dan menyertai parti UPKO bersama-sama ramai lagi pemimpin dalam PBS, semasa kejatuhan PBS dahulu.

Pada masa beliau menjadi ahli parti UPKO, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Presiden parti UPKO. Dan pada waktu pembubaran Dewan negara pada 2008 yang lepas, beliau telah meminta diberi jalan untuk menjadi calon UPKO bertanding bagi kerusi Parlimen 170 Tuaran, yang pada masa tersebut dipegang oleh Dtk. Wilfred Madius Tangau, Setiausaha Parti UPKO pada masa tersebut. Setelah persetujuan dicapai antara mereka berdua, beliau telah bertanding dan memenangi kerusi itu bagi UPKO.

Kemudian, dalam beberapa waktu sebelum ini, ketika ura-ura PRU13 akan berlangsung, beliau telah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan kerusi P.170 Tuaran untuk satu penggal lagi. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada ahli-ahli UPKO Daerah Tuaran dan juga penyokong-penyokong Dtk Wilfred Madius Tangau. Apabila berlangsungnya Mesyuarat Agung dan pemilihan Majlis tertinggi parti UPKO baru-baru ini, beliau telah dipulaukan oleh ahli-ahli UPKO, sehingga tidak dapat CUKUP pencalonan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UPKO, dan juga telah gagal untuk mempertahankan jawatan Pengerusi Barisan Nasional peringkat Daerah Tuaran, yang kini dipegang oleh Dtk.Wilfred Madius Tangau. Seperti yang telah mereka persetujui sebelum PRU12 dahulu, nama Dtk Wilfred Madius Tangau telah dicalonkan untuk PRU13. 

Sejak semua perkara tersebut berlalu, beliau kini telah dikhabarkan akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan lama beliau, iaitu DUN N.09 Tamparuli. Beliau dikatakan aktif berkempen dengan menggunakan NGO Amanah, yang mana beliau sebagai Pengerusinya di Negeri Sabah ini, mencalonkan dirinya bertanding di kawasan Tamparuli. Dalam pada masa yang sama, beliau juga ada menyatakan hasratnya untuk keluar parti BN dan akan bertanding dalam PRU13 nanti sebagai calon bebas, kepada rakan-rakan terdekatnya di daerah Tuaran.

Dalam masa yang sama, timbul juga ura-ura bahawa beliau sedang dipancing oleh parti PKR, agar menyertai mereka. Namun, ianya tergendala kerana barisan calon-calon PKR untuk kerusi P.170 Tuaran telah di isi oleh calon-calon yang lebih dahulu bersama PKR, iaitu Hj.Ansari Abdullah, Dtk Kalakau Untol dan juga Dtk.Mongph Orow. Mungkin disebabkan itu, beliau bersedia untuk bertanding sebagai calon bebas dalam merebut kerusi ADUN Tamparuli, yang juga telah mempunyai calon-calon PKR yang terdiri daripada orang-orang lama dalam PKR, seperti Dtk. Edward Linggu. Berdasarkan keadaan itulah, beliau telah mengambil keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas.


Sekiranya beliau bertanding sebagai calon Bebas, beliau akan kalah. Ini disebabkan, semasa beliau menjadi ADUN dahulupun, banyak rungutan penduduk terhadap perkhidmatan beliau di DUN N.09 Tamparuli. Sementara itu, untuk bertanding sebagai calon PKR, sudah tentu tidak mungkin kerana calon-calon yang lama sudah tentu tidak mahu memberi laluan kepada beliau untuk mengambil posisi mereka dalam PRU13 nanti.



Demikianlah serba sedikit maklumat yang boleh dikongsikan buat Tuan/Puan yang tidak tahu cerita sebenar mengapa DSP Wilfred Bumburing ingin meninggalkan BN. Jika Tuan/Puan di luar sana ada maklumat lain dan ingin dikongsikan, mohon hantar komentar agar isu ini tidak di manipulasi oleh pihak yang tidak sewajarnya.


Artikel:
Ehsan Saudara ^RaMoTa^

No comments:

Post a Comment