Dipetik: Borneo Post
LABUAN: Sebuah bom peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui oleh kontraktor di tapak projek perumahan Tanjung Aru di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Saiman Kasran berkata kontraktor terbabit telah menemui bom yang gagal meletup itu sekitar jam 4 petang ketika mereka sedang melakukan kerja pembinaan di tapak projek berkenaan.
“Bom itu akan diletupkan dalam masa dua hari ini sementara menunggu kerja persiapan termasuklah penggalian lubang sedalam 20 hingga 30 kaki.
“Pakar bom yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu akan mengetuai operasi meletupkan bom itu,” katanya kelmarin
Saiman berkata, pihak polis akan memantau kawasan tapak projek perumahan itu demi langkah keselamatan serta mengesan seandainya terdapat lagi bom peninggalan Perang Dunia Kedua yang tidak meletup.
Berat bom itu dianggarkan 454 kilogram dengan ukuran panjang empat kaki sepuluh inci dan ukur lilit lima kaki.
6 Comments
Gilalah..punya berat. Nasib baik kena jumpa. Bagus buat pemeriksaan mana tahu ada lagi bom macam ini di sekitar sana.
ReplyDeleteitu bom tidak boleh simpan dalam muzium ka?? sekurang2nya ada juga peninggalan bersejarah perang dunia kedua untuk tatapan generasi akan datang..
ReplyDeleteBahaya ni mau simpan di muzium kalau masih aktif. tidak pasal2 muzium pun meletup sekali nanti..
DeleteThe Museum Management should see to it that the bomb is no longer active in case it explodes all of a sudden.
ReplyDeletebom ini masih aktif, ia perlu dilupuskan segera.
ReplyDeleteNampaknya bom sebegini perlu dikesan takut menjejaskan keselamatan penduduk.
ReplyDelete