Dipetik: New Sabah Times
27th March, 2012
TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyeru Petronas supaya membantu anak-anak tempatan di negeri ini membayar baki hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka.
Katanya, langkah itu akan dapat membantu para graduan terlibat, yang ramai di antara mereka hari ini masih lagi belum bekerja ataupun hanya berpendapatan kecil tetapi mempunyai tanggungan yang ramai.
Tambahnya, saranan itu diberikannya kepada Petronas memandangkan syarikat itu mengaut keuntungan yang besar setiap tahun hasil dari operasinya di negeri ini.
“Kita berharap Petronas dapat melakukan hal ini sebagai satu lagi khidmat baktinya kepada anak-anak tempatan kita di negeri Sabah, yang sebelum ini melanjutkan pelajaran mereka dengan menggunakan pinjaman PTPTN.”
“Dengan langkah ini, kita berharap graduan tempatan kita dapat menarik nafas lega, apatah lagi bagi graduan yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang usul-usul yang dibangkitkannya di dalam Persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Selain berkaitan hutang PTPTN, Ghapur juga memberitahu bahawa di dalam usulnya minggu lalu beliau turut membangkitkan mengenai isu geran tanah yang dihadapi oleh para peneroka Felda di negeri ini.
Selepas kira-kira 30 tahun tanah mereka dibangunkan oleh Felda katanya, para peneroka terlibat masih ternanti-nanti pengeluaran geran tanah mereka dan isu itu menjadi antara keresahan utama golongan berkenaan.
“Oleh itu, kita meminta kerajaan dan Felda sendiri supaya mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah kepada para peneroka di negeri ini termasuklah kepada para peneroka di Rancangan Felda Umas.”
“Ini akan dapat mempermudahkan mereka menguruskan tanah mereka seperti hal-hal yang berkaitan dengan pertukaran nama pewaris dan sebagainya,” katanya.
Menyentuh usul seterusnya, Ghapur berkata, beliau meminta supaya para pengguna dan para peniaga di negeri ini diberikan ganti rugi oleh syarikat pembekal elektrik berikutan masalah gangguan elektrik yang sering berlaku.
Katanya, gangguan bekalan menyebabkan ramai peniaga seperti mereka yang menjalakan perniagaan sejuk beku mengalami kerugian yang besar, selain ia benar-benar menyusahkan rakyat.
“Apa yang kita lihat, kalau masalah bekalan terputus berlaku di Semenanjung, para pengguna termasuk peniaga diberikan pampasan. Kita mahu langkah sama dilaksanakan di negeri ini.”
“Kalau masalah ini berterusan, cuba bayangkan berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para peniaga yang perniagaan mereka memerlukan penggunaan bekalan elektrik?,” katanya.
Mengakhiri temubual, Ghapur berharap setiap usul yang dibangkitkannya akan diberikan perhatian oleh kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat, demi kebaikan rakyat Sabah, khususnya yang berada di kawasan yang diwakilinya.
15 Comments
Jadi macam mana dengan mereka yang sudah bayar PTPTN?
ReplyDeleteFelda ni pun banyak skandal. Keluarkanlah geran tanah peneroka. Apa yang sepatutnya menjadi hak peneroka, harus diberikan. Penyelewengan bukan sesuatu yang boleh dikompromi.
rasa macam tidak adil pula terutamanya bagi mereka yang telah habis membuat pembayaran kepada PTPTN.. mungkin Ghapur boleh cadangkan benda lain seperti memberikan subsidi tambahan kepada kerajaan negeri samada untuk pembelian rumah, barang2 keperluan asas atau petrol dan diesel..
ReplyDeleteberkenaan dengan Felda, jika pemberian geran itu ada tersenarai dalam perjanjian antara peneroka dan Felda, baik tunaikan saja sebagaimana yang telah dijanjikan..
ReplyDeleteMacam tuntutan pihak pembangkang pula bila Ghapur mengusulkan agar Petronas membantu membayar hutng PTPTN tu.Kalau usul ni diterima pasti ramailah yang gembira ni.
ReplyDeleteKalaulah setiap kali bekalan elektrik terputus pengguna dan peniaga mendapatkan ganti rugi,alamatnya bankraplah SESB.Bayangkan saja kekerapan bekalan elektrik terputus di Sabah ni.Lagi tidak wajar jika bekalan terputus disebabkan oleh mereka yang membuat penyambungan secara haram dan pencuri kabel elektrik.
ReplyDeletePetronas has done their part to help the local Sabahans students, just recently 350 top scorers in SPM has been given scholarship by Petronas to further their studies. I don't agree with Ghapur that Petronas should help them pay their PTPTN, what is borrowed must be returned themselves.
ReplyDeleteWe shouldn't encourage our people to keep on depending on the government, otherwise Sabahans can never be independent and our state will never be developed. Other Sabahans have managed to repay their PTPTN loans since PTPTN is established in 1997, why couldn't our students pay it off now?
ReplyDeletelebih baik jika Petronas sedia pekerjaan kepada anak2 Sabah.
ReplyDeleteGhapur only meant good when he call for Petronas to pay the students' ptptn loan. He knows how the student suffer in paying the loan especially with the high interest being charged in the PTPTN loan.
ReplyDeleteI don't think its possible for petronas to help pay all the students' ptptn loan and even if they manage to pay it all, then how bout those who has been paying for their own ptptn loan???it will be unfair for them.
ReplyDeleteI don't think its possible for petronas to help pay all the students' ptptn loan and even if they manage to pay it all, then how bout those who has been paying for their own ptptn loan???it will be unfair for them.
ReplyDeleteSo instead of paying for the students' loan, its better for petronas to provide more scholarship to the high achievement yet with poor background students to further their study.
ReplyDeleteSatu cadangan yang baik untuk membantu penduduk Sabah dalam pembayaran PTPTN.
ReplyDeleteSemoga Petronas dapat membantu menangnai masalah sebegini. Kurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.
ReplyDeleteCadangan itu baik.. tapi tidak adil bagi mereka yang telah membayar dan kini sedang membayar.. keadaan ini hanya akan menjadikan ramai student tidak berminat lagi untuk bersaing bagi mendapatkan keputusan cemerlang semasa di menara gading. cadangkan ini hanya menjadikan studen sabah lebih lalai kerana beranggapan PTPTN sudah tidak perlu dibayar meskipun gagal atau keputusan sekadar cukup makan. Saya memang menentang, daripada petronas bayar, lebih baik petronas sediakan dana khas untuk menukar PTPTN kepada biasiswa untuk mahasiswa/i yang mendapat keputusan cemerlang di menara gading
ReplyDelete