Alahai, Pendatang Bahas Wacana 20 Perkara?


Kenapa perlu pendatang yang membahaskan isu 20 perkara Sabah. Bukankah selama ini SAPP mendokong konsep Sabah for Sabahan dan menganggap orang-orang semenanjung sebagai pendatang oleh pendokong UBF?. Sepertimana yang telah dihujahkan berulang kali oleh Pengarang, PAS dan Pakatan Rakyat di Sabah sememangnya tidak memiliki pemimpin yang berkarisma serta bebas daripada scandal yang membelenggu. 

Pada artikel sebelum ini, pengarang pernah membahaskan kredebiliti buruk Pakatan Rakyat Sabah yang hanya menumpang populariti PR semenanjung menerusi artikel "APA KATA PENGARANG: PAKATAN RAKYAT SABAH HANYA MENUMPANG POPULARITI PR SEMENANJUNG" . Kini telah terbukti untuk membahaskan isu 20 Perkara Sabah sekali pun, Pakatan Rakyat yang kini aktif menerusi Sleeping Partner nya PAS terpaksa import Pati daripada Semenanjung (istilah yang digunakan SAPP dan orang2 UBF) Aziz Bari untuk membahaskan isu 20 perkara.

Persoalannya sekarang, kenapa mesti Aziz Bari yang memberikan syarahan. Adakah kerana PAS, PKR dan DAP Sabah juga dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang taraf kewarganegaraannya boleh diragui, atau adakah mungkin Pakatan Rakyat Sabah dibarisi oleh mereka yang memiliki tahap pendidikan rendah sepertimana mereka memperkecilkan tahap pendidikan segelintik pemimpin dan ahli politik BN?. 

Dalam sedikit masa lagi, DKM akan mewar-warkan video ulasan khas isu 20 perkara. Individu yang dimaksudkan dan terlibat dalam perbahasan tersebut terdiri daripada mereka yang terlibat dalam pembentukan 20 perkara.


1 comment: