(Apa Kata Pengarang): Apakah Makna Sebenar Demokrasi Mengikut Persepsi PEMBANGKANG


Assalamualaikum....
Moga Siapa sahaja yang membaca blog ini, semoga kalian berada berada dalam keadaan sihat dan gembira disamping keluarga hendaknya. Terlalu banyak yang ingin diluahkan sepanjang melibatkan diri secara sukarela sebagai blogger suka2. Namun kekadang pengarang terpanggil untuk menanyakan satu persoalan yang agaknya terlalu luas, terlalu umum, dan terlalu sukar untuk difahami atau dihujahkan. "Apakah Makna Sebenar Demokrasi Mengikut Persepsi PEMBANGKANG". 

Dalam mana-mana ceramah anjuran pakatan rakyat, tak kiralah masih berada dalam pakatan atau telah melompat katak ke parti lain atau sedang menubuhkan parti baru, pastinya laungan Demokrasi akan kedengaran. Hakikat demokrasi yang diperjuangkan pada pengamatan pengarang ada hubung kait dengan tuntutan pihak pakatan rakyat dalam demonstrasi Bersih 2.0. Ini termasuklah kebebasan Media, kebebasan bersuara, hak untuk berhimpun dan pelbagai lagi hak2 hinggakan ada menyentuh hentikan politik kotor. Perasankah anda siapa sebenarnya yang mengamalkan politik kotor?. Dari sekeji-keji perbuatan menfitnah menerusi portal dan blog milik patakan dari Malaysia Kini hingga ke akhbar Harakah daily, kesemuanya memuatkan fakta rapuh dan hujah berkiaskan bahasa-bahasa kesat, hingga pengarang sendiri pun tertanya-tanya, inikah etika kewartawatan sebenar media alternatif.

Apa yang menjadi kejangkalan, pendekatan berhujah menggunakan laman sosial seperti Facebook juga tidak menggambarkan nilai sebenar demokrasi yang selari dengan apa yang mereka perjuangkan. Anda berhujahla di mana-mana group milik pembangkang. Anda cuba provok dan bentangkang fakta dan hujah lantang hingga mereka gagal menjawab..... Apa akan jadi lepas tu? ... Anda tunggu sahaja masa untuk dikeluarkan atau lebih teruk diblock terus dari menyertai group sembang milik pembangkang. Inikah nilai dan definisi sebenar demokrasi.

kepada segenap pembaca yang singgah membaca artikel di blog ini, baik yang kecil mahupun yang dewasa hinggalah kepada golongan mahasiswa, apa yang ada perlu tahu adalah.... terdapat juga pemilik2 akaun facebook yang diupah oleh pihak pembangkang untuk menabur atau mereka fakta yang anda perlu berhati2 ketika membacanya. Adakalanya maklumat dan gambar yang dipertontonkan bukanlah fakta sebenar, tapi wujud unsur penipuan... maka pembacaan perlu dilakukan dimedia2 massa yang lain untuk membuat perbandingan. Demokrasi yang diperjuangkan pembangkan termasuklah yang terselit dalam tuntutan Bersih 2.0 hanyala retorik dan kiasan dalam menghalalkan kegilaan mereka terhadap kuasa yang belum lagi menjadi hak mereka.



No comments:

Post a Comment