Cadangan umur persaraan 65 tahun? Jangankan 65, Ketua Menteri Sabah yang 69 tahun ni pun sudah cukup menyusahkan rakyat Sabah. Corak pentadbiran yang old skull, suka menyalahkan kerajaan terdahulu atas kelemahan pentadbirannya sendiri, kronisme dalam pentadbiran negeri dan parti, tiada visi dan misi jelas serta prinsip politik ibarat lalang, ini semua boleh dilihat dalam pentadbiran DSP Hajiji Noor selaku antara Ketua Menteri Sabah yang paling lemah dalam sejarah politik negeri. 

Isu gangguan bekalan air yang menyelubungi mahasiswa/i UMS seakan tidak berpenghujung dan semakin meruncing. Meskipun pelbagai jaminan diberikan baik dari pihak pengurusan UMS bahkan terbaru dari Menteri Kerjaraya Sabah (YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya), ia dilihat belum mampu menoktahkan gangguan air di UMS Sabah. 

Kelemahan GRS selaku Kerajaan Negeri turut diburukkan lagi dengan pengurusan JANS (Jabatan Air Negeri Sabah) yang gagal dalam mengurus dan menyelesaikan gangguan air yang melanda seluruh negeri. Tindakan pemimpin GRS dan JANS yang berterusan menyalahkan pentadbiran UMS dilihat ibarat melepas batuk di tangga. 


Buat pertama kali, situasi ini mengundang respon dan kenyataan terbuka Naib Canselor UMS Datuk Dr. Kasim Mansur yang menggesa JANS agar tidak berbohong berhubung isu gangguan air di UMS ketika ini. 

“Kalau air cukup, pelajar takkan menjerit, takkan buat protes. “Kata bekalan sentiasa cukup itu satu pembohongan. Ia menghina kebijaksanaan kami. Kami bukannya bodoh,”

Datuk Dr. Kasim Mansur (Naib Canselor UMS)
Daily Express, 02 Jun 2025


Gangguan bekalan air di UMS bukanlah isu baru. Namun sejak kerajaan negeri ditadbir oleh GRS, permasalahan itu semakin meruncing dan lebih serius berbanding kerajaan terdahulu. Tindakan Dun Sabah meluluskan larangan penjualan Air oleh lori tangki swasta yang kini memasuki tahun kedua penguatkuasaannya, dikenalpasti sebagai punca utama gangguan air yang melanda seluruh negeri ketika ini. Larangan yang pada asalnya bertujuan untuk menstabilkan tekanan air di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya, dilihat gagal menyelesaikan masalah gangguan air bahkan langkah tersebut semakin menyusahkan rakyat apabila gangguan air semakin kerap dan tempoh gangguan juga lebih panjang berbanding sebelumnya. 

Kerajaan GRS dilihat tidak serius dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang melanda UMS. GRS berterusan menafikan fakta sebenar dan sedaya upaya menyalahkan kerajaan terdahulu. Alasan kecurian air dan infrastruktur penyaluran air yang uzur tinggalan kolonial British bukan lagi alasan yang boleh diterima pakai. Hal ini kerana, GRS telah diberi mandat selama satu penggal (5 tahun) namun hasilnya tetap mengecewakan. GRS hanya berupaya menyediakan alasan demi alasan selain berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu berbanding menyediakan solusi tuntas yang memanfaatkan semua pihak. Kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan penyelesaian gangguan air berada ditangan kerajaan negeri yang telah diberi mandat oleh rakyat. 
 

Mahasiswa/i UMS yang terbeban dengan gangguan air, telah mengadakan Himpunan Kami Mahu Air Sabah (#KamiMahiAirSabah) pada 14 Jun 2024 dengan objektif himpunan untuk menyerahkan Momorandum pelajar UMS  kepada Ketua Menteri Sabah. Namun usaha tersebut tidak dilayan dan diberi perhatian oleh Ketua Menteri Sabah, bahkan peserta turut diberi layanan kasar oleh YB GRS (Datuk Ir Shahelmy Yahya dan Datuk Fairuz Renddan). Keangkuhan Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah yang enggan bertemu dan menerima memorandum secara langsung daripada mahasiswa UMS, mencerminkan sifat sebenar Kerajaan Negeri berhubung isu gangguan bekalan air yang dialami UMS dan seluruh negeri sehingga kini. Tidak seperti Premier Sarawak, meskipun hanya sepucuk surat, namun tetap beroleh jawapan positif. Disini terlihat jelas perbezaan antara Ketua Menteri Sabah dengan Premier Sarawak. 


Setelah menerima kritikan teruk daripada pelbagai pihak, barulah kerajaan negeri tampil menerusi Menteri Kerjaraya Sabah dan wakil dari UMS serta JANS. Seperti biasa Menteri GRS tampil bersama janji yang seakan skrip jawapan sama iaitu, masalah air di UMS dan kawasan sekitarnya akan di selesaikan menjelang akhir bulan Jun atau awal Julai 2025.

Bagi aku mudah, kalau sampai tahap keluhan dan rintihan rakyat pun kamu sudah tidak mampu untuk selesaikan, maka pilihan terbaik sila berundur. Tiada guna jadi Ketua Menteri Sabah kalau hanya makan gaji buta. Lima (5) tahun tiada penyelesaian, malah semakin parah dan lebih teruk berbanding kerajaan-kerajaan terdahulu. Terimalah hakikat yang kamu itu kerajaan gagal, tidak perlu salahkan PTI mahupun isu kecurian air yang disebabkan oleh koloni setinggan, kerana kuasa penguatkuasaan ada ditangan kamu. 

Apa guna ada kerajaan yang bangga dengan peningkatan rezab negeri hasil usaha kerajaan terdahu, jika masalah asas seperti air pun tidak mampu selesaikan. Rakyatnya berkehendakkan kerajaan yang responsif dalam menyelesaikan masalah rakyat, dan bukannya kerajaan yang berlindung di balik pelbagai alasan rekaan.

Duit rakyat sepatutnya digunakan untuk selesaikan masalah rakyat, tapi kamu guna untuk buat signboard Sabah Maju Jaya sebesar alam. Apa guna sana sini signboard Sabah Maju Jaya kalau airpun tiada. Hasil negeri meningkat, kamu bazir beli Ninja King dan nombor plat SMJ, tapi jalan raya berlubang biarpun di kawasan bandar. Ingat kerajaan dipilih bukan untuk mengurus rezab negeri semata-mata, tapi paling utama selesaikan masalah rakyat. Gagal selesaikan masalah rakyat bermakna kamu gagal, maka selayaknya kamu berundur.


Sekian,

Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S.29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 (2022)


https://picasion.com/



RUJUKAN:




#viral #trending #explorepage #explore #instagram #fyp #instagood #love #reels #like #tiktok #follow #foryou #viralpost #viralvideos #photography #likeforlikes #fashion #followforfollowback #memes #music #instadaily #indonesia #india #trend #reelsinstagram #likes #viralreels #foryoupage #photooftheday #grs #dkmsabah #dkm #s4s