Maka bergema semula sentimen Sabah for Sabahan, sentimen yang cukup sinonim dengan perjuangan rakyat khususnya di kepulauan Borneo. Sentimen yang sentiasa ditiupkan dalam perjuangan rakyat Sabah tanpa mengira fahaman politik, bangsa mahupun agama. Namun anehnya, sentimen ini akan semakin kerap kedengaran khususnya menjelang pilihan raya.

Tiada yang salah dengan sentimen ini, namun memusatkan pemikiran bahawa hanya parti tempatan (original dari Sabah) sahaja mampu membangunkan negeri sepertimana Sarawak, bukanlah pandangan yang tepat mengambil kira realiti sebenar politik negeri Sabah ketika ini.

Tanggapan konon-kononnya hanya GRS yang layak menerajui Sabah bertunjangkan alasan majoriti parti komponennya adalah parti tempatan, bukanlah tanggapan yang tepat jika faktor berikut diambil kira;

1. GRS Bukan Terbentuk Kerana Perjuang Rakyat Sebaliknya Kerana Kelangsungan Politik
GRS pada peringkat awal penubuhannya, turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), salah sebuah parti daripada semenanjung Malaysia. Tidak wujud cadangan dan gesaan untuk menghalau atau melucut keanggotaan PPBM ketika itu, kerana Pengerusi GRS sendiri datangnya daripada PPBM (DSP. Hajiji Noor). PPBM mendominasi GRS dengan 11 kerusi kemudian disusuli dengan lompatan dua (2) Adun Bebas selepas Gabungan PNBN diumum memenangi PRN-16, iaitu Dato' Seri Ruddy Awah (N.03 Pitas) dan Datuk Rubin Balang (N.43 Melalap). 


Kewujudan Parti Gagasan Rakyat Sabah-PGRS (Gagasan Rakyat) menggantikan PPBM selepas PRU-15 yang lalu, juga bukanlah disebabkan agenda memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya lebih kepada kelangsungan politik mantan Adun PPBM Sabah selepas PN dan BN gagal membentuk kerajaan pusat. Maka janganlah hairan jika penyertaan PGRS (Gagasan Rakyat) sebagai komponen GRS ketika ini dianggap sumbang. Mana tidaknya, keseluruhan Adun yang bertanding atas tiket PPBM/PN semasa PRN-16 bertindak melompat parti meninggalkan empat (4) Ahli Parlimen dengan cerita rekaannya bahawa mereka bertanding selaku calon GRS, meskipun ketika itu jelas mereka adalah ahli PPBM. 

Empat Ahli Parlimen yang dimaksudkan boleh baca di sini: Alkisah 4 Munafik Politik


2. YB Katak Diangkat Sebagai Pejuang?
Kerajaan GRS yang ada ketika ini, terbentuk hasil lompatan 27 Adun Katak dengan sebahagian besar daripadanya merupakan mantan Adun dan Ketua Bahagian PPBM yang bertindak keluar parti seterusnya mengambil alih PGRS selepas PRU-15. Perlu diingat, kesemua Adun ini bukan melompat parti kerana memperjuangkan nasib rakyat Sabah, sebaliknya dengan jelas kerana faktor kelangsungan politik bekas Adun PPBM Sabah itu sendiri termasuk Pengerusinya DSP Hajiji Noor, yang dikhabarkan telah dimarahi oleh pemimpin parti kerana kebodohannya menyetujui perjanjian ala-ala 3 Abdul (Baca disini: Alkisah Perjanjian 3 Abdul).

Bagaimana mungkin rakyat Sabah boleh meletakkan harapan dan kepercayaan kepada pemimpin yang jelas tidak memiliki prinsip dan perjuangan politik yang jelas. Jika DSP Bung Moktar Radin gagal atau 'pai ulung' dalam Langkah Kinabalu, DSP Hajiji Noor pula lebih teruk dari itu, tidak hanya 'pai ulung', bahkan juga menyebabkan beliau bersama penyokongnya terpaksa bertindak keluar parti meskipun wujud tentangan daripada beberapa Ketua Bahagian kerana khuatir bakal dilabel YB Katak.


3. GRS Terpalit Skandal Rasuah Terbesar dan Majoritinya Adun PGRS
Sabah for Sabahan atau Sabah for Penyangak? Inilah yang menjadi persoalan besar kepada rakyat Sabah. Situasi dimana rakyat perlu berfikiran waras sama ada untuk memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib dan kepentingan negeri Sabah atau pemimpin yang hanya lantang melaungkan slogan Sabah for Sabahan tetapi sebaliknya sibuk mengaut kekayaan negeri untuk kepentingan sendiri. 

Seramai sembilan (9) Adun termasuk Speaker Sabah terpalit dengan skandal rasuah mineral Sabah yang dihebahkan menerusi rakaman video tersembunyi. Jika diamati, Sabah bakal mencipta rekod tersendiri dalam arena politik negara sebagai negeri tertinggi terpalit skandal rasuah melibatkan Adun dan Ahli Parlimen.



4. Parti Lokal Atau Parti Malaya? 
Pengerusi GRS sendiri ketika ini ibarat lidah bercabang. Ketika mengetahui kerjasama PHBN telah diputuskan oleh pemimpin pusat kedua-dua parti, beliau dengan tegasnya mengugut untuk bertanding solo dan meniupkan sentimen Sabah for Sabahan. Namun kini, tidak hanya DSP Hajiji, bahkan juga ahli PGRS dan GRS sendiri sangat berharap untuk bekerjasama dengan PH pada PRN-17 nanti. Dari sini boleh dilihat, bahawa pemimpin yang ada di Sabah ketika ini hanyalah pemimpin yang lebih memperjuangkan soal kelangsungan politik sendiri berbanding hak dan kepentingan negeri.

Disebalik gesaan majoriti parti komponen GRS agar gabungan itu bertanding solo, pemimpin PGRS secara terbuka tidak henti-henti menyuarakan agar kerjasama GRS-PH dapat direalisasikan pada PRN-17. Majoriti pemimpin PGRS sedar bahawa parti berkenaan sangat-sangat mengharapkan sokongan PH khususnya di kawasan bercampur antara Bumiputra Islam (BI), KadazanDusun Murut dan Rungus (KDMR) dan pengundi Cina. Malah kerjasama dengan PH juga menjamin kelangsungan DSP. Hajiji selaku ketua Menteri kerana PH dilihat tidak berhadapan masalah besar untuk mempertahankan tujuh (7) kerusi Dun milik gabungan berkenaan. 

Jika kerjasama ini berjaya direalisasikan, konflik dalaman antara komponen GRS pastinya sukar ditangani dan gabungan berkenaan berkemungkinan besar bakal kehilangan parti komponen seperti USNO, SAPP, PCS dan PHRS menjelang PRN-17 yang dari awal lagi berkeras untuk bertanding solo jika tidak diberikan sebarang kerusi dun untuk ditandingi. 


5. Apa Pencapaian GRS Selama Satu Penggal Pentadbiran? 
GRS ketika ini dilihat seakan Try Hard untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa GRS adalah kerajaan terbaik setelah berjaya meningkatkan rezab negeri mencecah 8.6 bilion. Namun yang tidak didedahkan, bagaimana jumlah rezab tersebut berjaya ditingkatkan. Untuk pengetahuan semua, peningkatan rezab yang diperolehi negeri ketika ini bertitik tolak daripada cukai PDA yang dituntut ketika zaman pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) selaku Ketua Menteri Sabah. Fakta ini cuba disembunyikan demi menutupi kegagalan pentadbiran GRS khususnya dalam memperjuangkan hak negeri yang terkandung dalam MA63. Malah lawatan menteri GRS ke luar negara yang berhubungkait dengan dokumen MA63, tidak ubah seperti lawatan yang membazir duit rakyat tanpa sebarang manfaat mutlak kepada negeri. 


"Menteri Kewangan Sabah (DSSA) berkata, Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 ke atas produk petroleum iaitu minyak mentah petroleum dan gas asli/ gas cecair telah diwartakan pada 6 Disember 2018, dan perintah tersebut dikuatkuasa pada 1 April 2020 sebelum diwartakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 2 April 2020".
Bernama, 21 April 2020



6. GRS PEJUANG MA63? 
Antara Aku Janji GRS dalam Manifesto Sayangi Sabah - PRN16 berhubung MA63, termasuklah meningkatkan royalti minyak kepada 20%. Hakikatnya apa yang ada ketika ini, tidak berlaku sebarang peningkatan dalam royalti minyak yang diperolehi negeri sepertimana yang dijanjikan. Bahkan peningkatan rezab negeri ketika ini bukannya usaha daripada GRS, sebaliknya GRS hanya penerus legasi tinggalan kerajaan terdahulu (Warisan Plus) yang cuba dipadamkan dari pengetahuan umum. GRS secara terang dan jelas, tidak hanya gagal memperjuangkan MA63 bahkan juga gagal merealisasikan apa yang dijanjikan dalam manifesto PRN-16 Sayangi Sabah. 


KESIMPULAN
Sentimen Sabah For Sabahan adalah perjuangan rakyat dan bukan eksklusif milik mana-mana parti politik. Tanggapan bahawa hanya parti tempatan yang layak dan mampu perjuangkan nasib rakyat, hanyalah omong kosong. Buktinya terpampang jelas di depan mata, GRS sepanjang lima tahun pentadbiran terbukti gagal menuntut apa yang terkandung dan dijanjikan dalam manifesto Sayangi Sabah iaitu menuntut 20% royalti minyak, lebih mendukacitakan turut gagal merealisasikan janji untuk membina jambatan labuan

Sabah semakin tenat, merelakan negeri ditadbir urus oleh pemimpin-pemimpin yang terpalit skandal rasuah terbesar dalam sejarah Sabah, bukanlah pilihan terbaik. Sampai bila rakyat perlu membiarkan mereka yang terbukti PENYANGAK terus bermaharajalela mengurus aset negeri dalam keadaan masalah tiga serangkai (air, jalan raya dan elektrik) gagal diselesaikan sepanjang penggal pentadbiran GRS?


Sekian,

Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S.29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 (2022)


https://picasion.com/



RUJUKAN:






BHarian (16 Sept 2020); PRN Sabah: 9 teras Aku Janji GRS,



#viral #trending #explorepage #explore #instagram #fyp #instagood #love #reels #like #tiktok #follow #foryou #viralpost #viralvideos #photography #likeforlikes #fashion #followforfollowback #memes #music #instadaily #indonesia #india #trend #reelsinstagram #likes #viralreels #foryoupage #photooftheday #grs #dkmsabah #dkm #s4s