Kerancakan politik negeri Sabah kembali mencuri tumpuan ditengah-tengah kehangatan Pemilihan PKR dan bahang perebutan Jawatan Timbalan Presiden PKR di antara Dato’ Seri. Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan PKR pada 23 Mei 2025. Kenyataan berhubung persetujuan kerjasama PH dan BN pada PRN17 akan datang yang dicapai menerusi mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan pada 08 May 2025, jelas menggores GRS selaku parti komponen Kerajaan Madani ketika ini. Situasi tersebut mengundang kenyataan balas Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Noor) yang menegaskan GRS bersedia untuk bertanding secara solo jika BN dan PH telah memuktamadkan keputusan untuk bekerjasama. Malah, GRS turut membuka ruang kerjasama kepada parti tempatan lain yang sehaluan dengannya.
Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan
Negeri (MPN) Sabah di Tawau menegaskan, kerjasama antara PH, BN dan GRS pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah penting demi menjamin kestabilan
politik di peringkat nasional dan Sabah. Tegasnya lagi, kenyataan berhubung
kesepakatan PH, BN Sabah sebelum ini hanya melibatkan perundingan di antara kedua-dua
parti itu dan belum melibatkan GRS.
Realitinya
kerjasama PHBN dan GRS sukar untuk direalisasikan atas faktor tersebut:
01. Siapa Ketua Menteri?
Ketika ramai
pihak dan penganalisis politik menyentuh soal siapa “poster boy” hakikat yang
paling penting dalam pembentukan gabungan bersama GRS adalah persoalan siapa
Ketua Menteri Sabah? Selepas PRU-14 (09 Mei 2018), telah berlaku tiga (3)
Gerakan menjatuhkan Ketua Menteri Sabah bermula daripada Tan Sri Musa Aman (12
Mei 2018), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (30 Julai 2020) dan Datuk Seri Hajiji
Noor (05 Januari 2023). Daripada tiga Gerakan tersebut, dua gerakan berjaya
menjatuhkan Ketua Menteri Sabah sementara Langkah Kinabalu berakhir dengan
kegagalan apabila GRS berjaya mengekalkan kerajaan negeri dengan 46 Adun dan
mengukuh menjadi 52 Adun menjelang pembentangan RUU Anti Lompat Parti di Dun Sabah (25 Mei
2023 ).
Perlu diingat,
GRS pernah bersama BN membentuk Kerajaan Negeri GRS-BN dengan Datuk Seri Hajiji
Noor diangkat selaku Ketua Menteri Sabah ke-16 (29 Sept. 2020). Meskipun pembentukan Kerajaan GRS-BN diperkukuhkan menerusi MoU GRS (09 Januari 2021), kerapuhan kerajaan GRS-BN gagal dibendung hingga tercetusnya Langkah Kinabalu (05 Januari 2023) namun berjaya digagalkan. Sehingga kini, beliau (DSP Hajiji Noor)
kekal selaku Ketua Menteri Sabah dan membentuk Kerajaan negeri bersama GRS-PH
(11 Januari 2023). Sudah pasti GRS akan berusaha untuk memastikan posisi Ketua
Menteri kekal milik gabungan berkenaan.
MoU
GRS (09 Januari 2021): Melibatkan semua parti komponen dalam GRS-BN termasuk
Adun dilantik (Ehsan Astro Awani)
02. GRS Memiliki
40 Kerusi Dun
Pasca PRN-16 (26 September 2020), kerjasama PNBN + PBS telah berjaya memenangi 38/73 kerusi dun dengan UMNO (14 kerusi), PPBM 11 (kerusi), PBS (7 kerusi) dan STAR (6 kerusi). Selepas RUU Anti Lompat Parti dibentangkan, GRS ketika ini memiliki 44 kerusi Dun dengan empat (4) daripadanya adalah Adun dilantik. Antara syarat utama dalam proses rundingan agihan kerusi jika ia melibatkan kerjasama dengan GRS pastinya berhubung ketetapan, kerusi penyandang atau kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti komponen tidak boleh dirunding.
Kerusi DUN milik GRS selepas PRU-15 lalu
hanya berbaki 13 (PBS-7 dan STAR-6) selepas sebahagian besar Adun Bersatu yang diketuai Datuk Seri Hajiji Noor bertindak keluar parti dan menyertai Parti
Gagasan Rakyat Sabah-PGRS (Gagasan Rakyat). Baki 28 kerusi yang dimiliki GRS
ketika ini datangnya hasil tindakan melompat parti daripada PPBM (10), UMNO
(6), Bebas (3), Warisan (7) dan PHRS (1). Atas faktor ini, mana mungkin untuk GRS
semudahnya melepaskan 40 kerusi Dun tersebut kepada calon PHBN.
DKMSabah; Kedudukan
Kerusi Dun Sabah Mengikut Parti Politik (Kemaskini Mei 2025)
03. GRS Kekal
Gabungan Besar Atau Berpecah
Parti komponen
GRS terdiri daripada lapan (8) parti komponen merangkumi Parti Gagasan Rakyat Sabah-PGRS (Gagasan Rakyat),
Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju
Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat
Sabah (PHRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Liberal Democratic Party (LDP). Daripada
jumlah tersebut, hanya empat (4) parti komponen memiliki kerusi Dun dengan
masing-masing PGRS (27 termasuk 2 adun dilantik), PBS (7), STAR (6) dan SAPP (1
Adun dilantik).
Pelbagai
masalah dalaman dan gesaan parti komponen GRS agar gabungan berkenaan
bertanding solo, dengan yang terbaharu menerusi kenyataan terbuka Tan Sri
Pandikar Amin Mulia yang menempelak slogan GRS “Rumah Kita Kita Jaga” tetapi
kini ibarat rumah yang dikuasai ‘tetamu luar’ dengan penghuni asal hanya
dijadikan penumpang di ruang tamu. Meskipun isu berkenaan berjaya diatasi,
hakikatnya perkara pokok yang menjadi penumpuan GRS pada mesyuarat Majlis
Tertinggi GRS akan datang adalah persoalan bagaimana untuk memastikan setiap
parti komponen diberi peluang untuk bertanding pada PRN17. Jika DSP Hajiji Noor
menerima cadangan kerjasama PHBN, tidak mustahil untuk GRS kehilangan parti
komponen seperti USNO, PCS, LDP, SAPP dan lebih parah lagi STAR.
“Semua baik-baik
saja” kata Ketua Menteri Sabah selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua
Parti Komponen di Sri Gaya (7 Mei 2025)
04. GRS Bersama
PHBN, Warisan Atau Tanding Solo?
Perlu diingat,
perkara utama yang membataskan kerjasama GRS-BN mahupun GRS-Warisan adalah
pertembungan kerusi. Seperti yang diketahui, majoriti kerusi yang dimenangi
oleh parti PGRS-GRS, UMNO-BN dan Warisan Sabah adalah kerusi majoriti pengundi
Bumiputra Islam (BI). Daripada tiga parti berkenaan, hanya PGRS dan Warisan
Sabah yang berupaya memenangi beberapa kerusi di kawasan bercampur BI-KDMR dan
BI-Cina, sementara UMNO seratus peratus di kawasan majoriti BI.
Jika GRS
memilih untuk bekerjasama dengan UMNO, perkara yang menjadi kekhuatiran PGRS
pastinya insiden yang berlaku ketika PRN-16 apabila BN mengumumkan calon
tambahan disaat akhir (Jemadi – N.38 Paginatan & Jamawi – N.42 Melalap). Kesannya
program yang sepatutnya dikenali sebagai Majlis Pengumuman Calon BN, PN
bertukar menjadi Majlis Ramah Mesra, apabila keseluruhan pemimpin dan ahli PN
tidak hadir majlis tersebut sebagai tanda protes.
Tidak terhenti
di situ, BN turut mengkhianati PN pada PRU-15 lalu apabila mengumum dan
meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen P.166 Labuan. Mengikut persetujuan
yang telah dimuktamadkan, Parlimen P.166 Labuan akan diberi kepada GRS yang
mencalonkan Datuk Suhaili Abdul Rahman (PPBM), namun ketika Majlis Pengumuman
Calon BN (PRU-15), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mengumumkan Datuk Bashir Alias
sebagai calon BN di P.166 Labuan. Pengumuman ini bertentangan dengan apa yang
telah dibersetujui oleh kepimpinan PN dan BN di negeri Sabah. Sebagai tindak
balas, Datuk Suhaili dan Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding atas tiket
Perikatan Nasional (PN), dan kedua-dua mereka menang di kawasan masing-masing (P.166
Labuan – Datuk Suhaili dan P.183 Beluran – Datuk Seri Ronald). Perlu diingat,
calon PPBM Sabah ketika itu menggunakan logo GRS semasa PRU-15 sementara Suhaili
dan Ronald selaku ahli PPBM menggunakan logo PN setelah tidak dicalonkan oleh
GRS.
Kesemua isu
berbangkit ini, akan menjadi halangan termeterainya kerjasama tersebut. UMNO
seperti biasa akan menuntut untuk bertanding di kerusi tradisi dan berstatus putih, selain turut menuntut agar kerusi melibatkan Adun UMNO yang melompat dikembalikan kepada UMNO. Manakala jika GRS memilih untuk bekerjasama dengan Warisan, isu sama
turut berlaku. Warisan pastinya akan menuntut kesemua kerusi yang dimenangi
parti berkenaan pada PRN16 lalu termasuk kerusi lapan (8) orang Adun yang
melompat parti menyertai GRS. Maka persoalan yang akan bermain dikalangan
pemimpin GRS, berapa banyak kerusi yang perlu dikorbankan dan adakah tindakan
mengembalikan kerusi tersebut menguntungkan GRS atau sebaliknya?
KESIMPULAN
Rundingan agihan
kerusi PRN17 pasti melahirkan ketidakpuasan hati setiap pemimpin parti dan sentiment
ini bakal menghangatkan meja rundingan ketiga-tiga parti gabungan berkenaan
(PH, BN dan GRS). Track record kerjasama terdahulu turut akan
dibangkitkan seterusnya melahirkan bibit-bibit konflik yang bakal menggagalkan
rundingan tersebut. Jika rundingan berjaya sekalipun, ketidakpuasan hati
penyokong dan calon yang tidak tercalon mewakili gabungan besar BNPH + GRS,
akan diterjemahkan di dalam peti undi. Kesannya, berbalik kepada gabungan itu
sendiri, sama ada berjaya membentuk Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.
Sehingga
artikel ini ditulis, majoriti pemimpin parti komponen dalam GRS telah
menyuarakan dan menyokong cadangan untuk GRS bergerak secara solo. Antaranya
Datuk Julita Mojungki (SUA-PBS), Christy Chok Lee (SUA-PHRS) dan terbaharu Tan
Sri Pandikar Amin (Presiden USNO) menegaskan yang beliau akan mengemukakan
pendapat mengenai hala tuju kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada
Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) akan datang.
Suka atau tidak,
GRS kini berada dalam dilema di antara mengekalkan kerusi Dun dan Jawatan Ketua
Menteri, atau berkerjasama dengan mengurangkan kerusi Dun ditandingi seterusnya
berisiko untuk hilang jawatan Ketua Menteri. Tepuk dada tanya selera.
BH Online (11 Mei 2025); Keputusan tanding Timbalan Presiden PKR, ini penjelasan Nurul Izzah,
Malaysia Kini (09 Mei 2025); PH dan BN sah kerjasama hadapi PRN Sabah,
BH Online (09 Mei 2025); PRN17: GRS sedia tanding solo jika BN-PH bergabung
Malaysia Kini
(09 Mei 2025); PRN Sabah: Kerjasama PH, BN dan GRS perlu demi kestabilanpolitik - PM
Malaysia Gazette (12 Mei 2018); Shafie angkat sumpah KM Sabah, ganti Musa dalam tempoh48 jam
Sinar Harian (30 Julai 2020); DUN Sabah dibubarkan: Shafie Apdal
BH Online (05 Jan 2023);'Langkah Kinabalu' gagal, cubaan jatuhkan Hajiji tak menjadi
Astro Awani (25 Mei 2023); DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
Malaysia Kini (01 Mei 2025);'Usno wajar nilai semula kedudukan dalam GRS'
FMT (12 Mei 2025);‘Kita rujuk Majlis Tertinggi GRS’, Hajiji ulas cadangan PM
Sayang Sabah (07 MEI 2025); GRS, WARISAN berupaya bentuk pakatan ideal PRN17 - Penganalisis
Astro Awani (09 Jan 2021); Apa yang jadi di Semenanjung, GRS pertahankan mandat rakyat-MoU GRS
BH Online (11 Jan 2023);Hajiji rombak Kabinet Sabah, angkat sumpah hari ini
FB Barisan Nasional (BN); Senarai Calon BN - PRN16,
Astro Awani (10 Sept 2020); PRN Sabah: Majlis pengumuman calon BN, PN jadi majlis ramah mesra
Astro Awani (01 Nov 2022); PRU15: Senarai calon BN diumum Zahid Hamidi
Astro Awani (18 Dis 2022); PRU15: Senarai terkini calon parti bertanding
Kosmo (05 Nov 2022); PRU15: Senarai calon Parlimen di Putrajaya dan Labuan
Sabah News (13 Mei 2025); GRS Platform Terbaik Memperkukuh Suara Tempatan, Wajar Jadi TerasKepimpinan Sabah – Julita
Borneo Daily Bulletin (14 Mei 2025); GRS Bertanding Solo: Aspirasi Akar Umbi yang MewakiliSuara Generasi Masa Depan Sabah
Sabah Gazette
(14 Mei 2025); USNO akan suarakan pendapat kerjasama GRS pada mesyuarat AMT
#trending #viral #instagram #explorepage #explore #instagood #love #reels #fashion #fyp #trend #follow #like #photography #trendingreels #india #instadaily #tiktok #foryou #followforfollowback #likeforlikes #trendingnow #reelsinstagram #memes #style #photooftheday #viralpost #music #insta #viralvideos #VideoContent #SocialMediaMarketing #SEOtips #ContentCreation #ViralVideo #EngagementBoost #MarketingStrategy #CreativeVideo #BrandPromotion #HashtagStrategy #InfluencerMarketing #VideoProduction #DigitalMarketing #Storytelling #VisualContent #AudienceEngagement #VideoEditing #Trendsetter #ContentMarketing #prn17 #sabah #kotakinabalu
0 Comments