Filem 3
Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sememangnya tidak asing di
kalangan rakyat. Tanpa mengira lapisan umur hatta generasi babby boomer
hinggalah generasi alpha, pasti akan celik dan hafal babak-babak menarik dalam filem 3 Abdul, yang juga merupakan filem terakhir Allahyarham di Malay Film Production (1964). Artikel ini bukan bertujuan untuk mengulas panjang lebar berkenaan filem 3 Abdul, tapi lebih kepada babak ikonik yang menghidupkan jalan cerita 3 Abdul itu sendiri, iaitu babak Perjanjian Siapa Marah Akan
Dilelong. Babak perjanjian berat sebelah yang dicadangkan oleh Tuan
Penasihat (watak seorang Kasim Patalon) kepada Tuan Sadiq Segaraga untuk
memerangkap anak-anak Ismet Ulam Raja seterusnya membolot kesemua harta
peninggalan Ismet yang diwariskan kepada anak-anaknya.
Berbalik kepada topik asal, perjanjian berat sebelah antara Sadiq Segaraga yang bertujuan memerangkap Abdul Wahab dan Abdul Wahid turut berlaku dalam dunia nyata. Lebih unik lagi, ia berlaku dalam arena politik Sabah yang juga terkenal dengan jolokan Sabah Darul Lompat (Sinar Harian – 13 September 2024). Segalanya tampak mustahil, apatah lagi tanggapan rakyat bahawa orang-orang politik ini memiliki barisan peguam dan penasihat yang berpendidikan tinggi serta berpengalam luas dalam arena politik negeri. Namun, itulah bahananya bila sudah kemaruk untuk mengekalkan kerusi empuk Ketua Menteri, maka tidak mustahil untuk insiden sebegini boleh berlaku.
Pasca RPN-16 dan Pra PRU-15 (19 November 2022), GRS-BN adalah kerjasama politik yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri yang stabil meskipun di peringkat pusat ketidakstabilan politik negara terlihat jelas hinggakan buat pertama kalinya dalam sejarah negara, Perdana Menteri bertukar sebanyak tiga (3) kali dalam satu penggal (Tun Dr. Mahathir – PM7, Tan Sri Muhyiddin – PM8 dan Datuk Seri Ismail Sabri – PM9). Menjelang proses penamaan calon yang ditetapkan pada 05 November 2022 (Sabtu), GRS dan BN telah mengadakan beberapa siri rundingan agihan kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh wakil daripada kedua-dua gabungan berkenaan.
Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah berkaitan dengan kewujudan perjanjian ala-ala Perjanjian 3 Abdul, yang mana salah satu daripada isi kandungan perjanjian tersebut menyatakan dengan jelas bahawa, GRS perlu menyokong BN dalam pembentukan Kerajaan di peringkat Pusat. Ini termasuklah jika berlaku situasi di mana tiada walau satupun parti politik memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan atau situasi yang mana Parlimen Malaysia berada dalam keadaan tergantung (Hung Parliament), misalnya kedua-dua pihak (PN dan BN) di peringkat pusat terikat dengan bilangan kerusi yang sama, maka GRS perlu menyokong BN untuk membentuk kerajaan, meskipun GRS itu sendiri yang pada ketika itu adalah komponen PN.
Menjelang detik 12 malam 19 November 2022, keputusan jelas memperlihatkan bahawa tiada gabungan parti politik yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sementara di perkarangan Sri Gaya (Kota Kinabalu) tempat berkumpulnya calon-calon GRS menunggu keputusan PRU-15, telah kedengaran laungan GRS dan Sabah Maju Jaya seterusnya pengumuman daripada DSP Hajiji Noor bahawa GRS dan GPS (Sarawak) akan bersama-sama membentuk Blok Borneo dan menyokong PN. Hampir keseluruhan kepimpinan tertinggi kedua-dua Blok Parti Politik Borneo berkampung di Kuala Lumpur yang mana ketika itu Blok Borneo (GRS & GPS) sepakat menyokong PN untuk membentuk Kerajaan.
Sidang Media: Sri Gaya, Kota Kinabalu
Cakap-cakap politik dan maklumat daripada perbualan kosong dengan rakan-rakan dalam GRS yang berada di Semenanjung ketika itu, terjadi satu insiden memalukan apabila DSP Hajiji Noor dimarahi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dengan Perjanjian 3 Abdul yang tidak menguntung PN apatah lagi ketika berdepan situasi Hung Parliament. Malah apa yang turut dikesali oleh Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden PPBM merangkap Pengerusi PN ketika itu adalah, bagaimana seorang yang berstatus Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, semudahnya bersetuju dengan terma perjanjian yang jelas dalam apa situasi sekalipun GRS akan menyokong BN dalam pembentukan Kerajaan selepas PRU-15. Memetik laporan wartawan BH Online, DS. Hajiji sendiri mengakui kewujudan perjanjian tersebut.
“Perjanjian dipersetujui GRS dan BN sebelum ini adalah GRS akan memberi sokongan kepada UMNO/BN jika parti itu layak membentuk kerajaan dan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya”.
Datuk Sri Hajiji Noor (Pengerusi GRS)
BH Online, 22 November 2022
Bermula dari insiden tersebut sehinggalah Kerajaan Perpaduan berjaya dibentuk dan Blok Borneo bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada komponen Kerajaan Perpaduan, tersebar pula khabar angin bahawa DSP Hajiji akan mengambil alih sebuah parti tempatan (Parti Gabungan Rakyat Sabah - PGRS) dan seterusnya disusuli dengan pengumuman keluar parti beramai-ramai oleh Adun dan KB Bersatu. Insiden yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana seorang Ketua Menteri merangkap Presiden Parti dengan mudah diperbodohkan oleh UMNO Sabah hingga mengakibatkan beliau dan barisan Adun PPBM terpaksa;
1. Mengambil keputusan untuk keluar parti seterusnya menjadi Adun Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS). PPBM yang suatu ketika dahulu memayungi usaha awal mantan UMNO yang beramai-ramai bertindak meninggalkan UMNO-BN dan menubuhkan Gabungan Sabah (GS) bersama-sama STAR dan PBS pasca PRU-14. Gabungan Sabah (GS) ketika itu pula bukanlah gabungan rasmi dan mantan ahli UMNO masih berstatus Adun BEBAS.
2. Mengkhianati kepercayaan parti (PPBM) yang bertitik tolak daripada kekhuatiran UMNO-BN bakal menarik sokongan seterusnya menyebabkan jawatan Ketua Menteri bakal terkorban hingga sanggup menyetujui perjanjian berat sebelah tersebut.
3. Mengakibatkan empat (4) Ahli Parlimen (MP) PPBM terpaksa mereka-reka cerita dongeng kononnya mereka telah keluar PPBM sebelum PRU-15 lagi dan menjadi calon GRS tanpa parti, meskipun faktanya GRS itu sendiri tidak pernah mengisytiharkan calon Direct GRS. (Rujuk Artikel DKMSabah; Alkisah 4 Munafik Politik)
Selain itu, Langkah Kinabalu (Kinabalu Move) yang dirancang oleh UMNO Sabah untuk menjatuhkan DSP Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu sebenarnya telah diramal oleh kepimpinan tertinggi PN Pusat dan Sabah pada malam sebelum hari pembuangan undi PRN-16 (2020) berlangsung. Pendekatan dan kelicikan politik DS. Hajiji Noor dalam memasang umpan dan memancing ahli politik yang pro kepada beliau sememangnya tidak dinafikan. Namun siapa menyangka, DS. Hajiji juga adalah pemimpin yang mudah termakan umpan yang bermodalkan jawatan Ketua Menteri hingga sanggup menggorbankan kerusi putih (selamat) PPBM (P.177 Beaufort dan P.183 Beluran) seterusnya mengkhianati parti sendiri yang mengangkatnya menjadi Ketua Menteri ketika ini.
Rentetan daripada kisah ala-ala Perjanjian 3 Abdul ini, berlaku la gerakan membeli parti tempatan, pengkhianatan mandat rakyat seterusnya merestui tindakan lompat parti secara agresif sebelum Akta Anti Lompat Parti dibentangkan di Dun Sabah serta lahirnya Ahli Parlimen Anak Bulan (Alkisah 4 Munafik Politik). Kesemua rentetan peristiwa ini akan diulas dengan lebih lanjut pada artikel akan datang.
Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 kini Ibupejabat Gagasan Rakyat Alamesra (2022)
RUJUKAN
Siakap Keli (15 Jan 2019); Rahsia Filem Tiga Abdul, Padat Mesej Tersirat Dan Pengajaran.
Sinar Harian (13 Sept 2024); Sabah Darul 'Lompat', 34 Adun Keluar Parti.
Astro Awani (10 Okt 2022); PM bertukar tiga kali dalam satu penggal, Malaysia catat sejarah tersendiri.
PMO (24 Nov 2022); Perdana Menteri Malaysia.
BHarian (20 Nov 2022); 'Parlimen tergantung, tiada parti dapat majoriti lebih 50 peratus' - SPR.
ECentral (20 Okt 2022); Tarikh Penting PRU-15, Penamaan Calon & Hari Mengundi – SPR.
BHOnline (20 Nov 2022); PN, BN, GPS, GRS setuju bentuk Kerajaan Persekutuan.
Astro Awani (20 Nov 2022); PRU15: Abang Jo ada hubungi saya, kami sepakat sokong kerajaan yang stabil - Hajiji.
Harian Metro (21 Nov 2022); GRS sokong Muhyiddin sebagai PM ke-10.
The Malaysia Insight (15 May 2018); Musa di KL, rancangan tubuh Gabungan Sabah tertangguh.
Bebas News (10 Dis 2022); Parti baharu ganti Bersatu Sabah – Hajiji.
DKMSabah (16 Mac 2025); Alkisah 4 Munafik Politik.
BHOnline (05 Jan 2023); 'Langkah Kinabalu' gagal, cubaan jatuhkan Hajiji tak menjadi.
Astro Awani (25 Mei 2023); DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti.
#KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #foryou #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #sukuk #kerajaanlemau #kerajaangagal #prn #mahaldahni #madani #prn15 #bell #abph2023 #viral #fyb #sabah #kotakinabalu #grs #macbook #iphone #macbookpro #apple #macbookair #ipad #laptop #applewatch #jualmacbook #imac #pro #mac #samsung #promax #macbooksecond #macbookmurah #macbookbekas #asus #acer #lenovo #dell #ios #hp #airpods #macbookjogja #macbookproretina #laptopmurah #macbooksolo #macbooksemarang #technology
0 Comments