Istilah YB Enam Jahanam pertama kali kedengaran selepas PRU-15 lalu bertitik tolak daripada tindakan enam orang Ahli Parlimen PPBM yang telah berpaling tadah dengan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU-15. Mereka termasuklah, Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (WP Labuan). Istilah serupa turut digunapakai oleh penulis Free Malaysia Today (FMT) Hishamuddin Aun menerusi artikelnya bertajuk ‘Apalah nasib 6 Jahanam’. Namun untuk artikel ini, DKMSabah tidak akan menggunakan istilah tersebut dan lebih elok diganti dengan Munafik Politik, kerana ciri-ciri itu ada pada mereka ketika ini.
Situasi serupa turut berlaku di Sabah, namun sedikit berbeza apabila empat YB tersebut yang sebelum ini daripada Parti Pribumi Malaysia (PPBM), secara tidak semana-mana mendakwa diri mereka telah keluar parti sebelum PRU-15 lagi dan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selaku individu yang bertanggungjawab mencatit minit mesyuarat GRS, maka bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan yang mulia, DKMSabah mengambil tanggungjawab untuk menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku ketika itu.
Terlebih dahulu perlu diingat, kehadiran artikel ini tidak mungkin merubah apa-apa keputusan termasuk kedudukan semasa YB yang berkenaan, melainkan hanya sekadar pendedahan sebenar akan apa yang tidak diketahui umum ketika itu. Mereka boleh terus hidup dalam penafian dan cerita rekaan mereka, kerana itu sememangnya sifat orang Munafik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
1. Siapa 4 Munafik Politik Tersebut?
Mereka terdiri daripada YB Datuk Armizan Mohd Ali (P. 175 Papar), YB Matbali Musah (P. 178 Sipitang), YB Jonathan Yassin (P. 179 Ranau) dan YB Firdaus Akhbar Khan (P. 185 Batu Sapi). Kenapa digelar 4 Munafik Politik?, kerana mereka tidak hanya mengkhianati amanah dan kepercayaan parti mereka ketika itu (PPBM), lebih teruk lagi menipu rakyat dengan cerita rekaan bahawa mereka bukan calon PPBM dan telah keluar parti untuk bertanding selaku calon GRS. Untuk rekod, GRS tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai calon direct GRS sebelum, semasa dan selepas PRU-15, kesemua calon GRS yang bertanding datangnya daripada parti komponen yang berada dalam GRS itu sendiri iaitu PPBM, STAR, PBS, SAPP dan USNO. Hanya USNO satu-satunya parti komponen GRS yang tidak diperuntukkan sebarang kerusi Parlimen ketika PRU-15 lalu.
2. Benarkah Mereka Bertanding Atas Tiket GRS?
Jawabnya: BENAR
Namun perlu diingat, GRS adalah sebuah gabungan politik seperti Barisan Nasional (BN). GRS ketika itu terdiri daripada gabungan lima (5) parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Maju Sabah (SAPP). Calon parti komponen GRS yang bertanding pada PRU-15 lalu, menggunakan logo GRS sepertimana komponen BN (UMNO, PBRS dan MCA). Fakta ini turut diperkuat menerusi kenyataan media Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. Perkara itu telah dicapai secara persefahaman bersama kepimpinan BERSATU Sabah yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.”
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sabah Media: 11 Oktober 2022
Perincian agihan kerusi mengikut komponen dalam gabungan GRS adalah seperti berikut,
- PPBM (6); P.167 Kudat, P.175 Papar, P.178 Sipitang, P.179 Ranau, P.185 Batu Sapi dan P.189 Semporna
- PBS (4); P.168 Kota Marudu, P.170 Tuaran, P.172 Kota Kinabalu dan P.190 Tawau
- STAR (2); P.174 Penampang dan P.180 Keningau
- SAPP (1); P.186 Sandakan
Hanya USNO parti komponen GRS yang tidak diperuntukkan sebarang kerusi pada PRU-15 lalu. Tindakan UMNO yang mengingkari kesepakatan rundingan kerusi dengan mengumumkan calon bagi kerusi P.166 Labuan selain turut menuntut kerusi P.183 Beluran, menyebabkan kedua-dua calon PPBM di kerusi berkenaan, nekad bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN). Hasilnya kedua-dua calon tersebut (Datuk Suhaili – P.166 Labuan dan Datuk Seri Ronald – P.183 Beluran) berjaya menewaskan calon UMNO-BN.
Sementara itu, GRS bertanding di kerusi Parlimen Kudat, Sipitang, Papar, Ranau, Beluran, Batu Sapi, dan Semporna menerusi wakil BERSATU...
BH Online, 02 November 2022
3. Adakah benar mereka telah keluar PPBM sebelum PRU-15?
Jawapnya: TIDAK BENAR
Tidak ada seorang pun daripada calon PPBM yang bertanding dan menggunakan logo GRS pada PRU-15 mengisytiharkan keluar parti. Tindakan keluar parti beramai-ramai hanya berlaku pada 09 Disember 2022 iaitu pada Majlis Mesra Bersama YAB Ketua Menteri Sabah bertempat di SICC Kota Kinabalu. Fakta ini turut diperkukuh dengan kenyataan media Presiden PPBM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 12 Oktober 2022; “Calon Bersatu Sabah yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan menggunakan simbol Gabungan Rakyat Sabah (GRS)”.
Malah sepanjang bertugas di Pejabat PPBM Alamesra yang kini bertukar kepada Ibupejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), tidak ada sebarang surat-menyurat berhubung tindakan calon PPBM bertindak keluar parti sebelum hari pengundian berlangsung. Fakta ini turut diperkuat menerusi surat pemakluman senarai calon PPBM Sabah kepada Presiden Parti sebelum PRU-15, yang memaklumkan bahawa enam calon PPBM Sabah akan bertanding di bawah lambang Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Daripada enam calon yang diletakkan Bersatu Sabah, dua daripada calon tersebut telah kalah dan mereka adalah Datuk Ruddy Awah (P.167 Kudat) dan Nixon Abdul Habi (P.189 Semporna). Nixon sendiri masih ahli Bersatu ketika menghantar borang pencalonan bagi Parlimen P.189 Semporna.
4. Benarkah PPBM bukan sebahagian komponen GRS sebelum PRU-15?
Jawabnya: PPBM masih komponen GRS sehingga Kerajaan Perpaduan Terbentuk
PPBM masih menjadi parti komponen GRS sehingga PMX dan Kerajaan Perpaduan terbentuk. Mesyuarat GRS untuk menggugurkan keahlian PPBM sebagai sebahagian komponen GRS hanya berlaku pada 09 Disember 2022 (2.00 petang) bertempat di Bilik Mesyuarat Bersatu Alamesra KK, menerusi Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS (09 Disember 2022), iaitu seminggu selepas Kabinet Kerajaan Perpaduan diumum oleh PMX (02 Disember 2022).
Mesyuarat Khas GRS tersebut telah dipengerusikan oleh DSP Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBS) dan turut dihadiri oleh DSP Dr. Jeffrey Kitingan (Presiden STAR). Manakala Presiden Parti USNO dan SAPP tidak hadir dan hanya menghantar wakil.
Agenda nombor 2 dalam Minit Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS dengan jelas menyentuh perkara berhubung Penarikan Diri BERSATU Sabah sebagai anggota GRS. Malah arahan terakhir yang diterima oleh DKMSabah ketika proses deraf Minit Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS sedang diperhalusi adalah, untuk memastikan tarikh pada minit mesyuarat tersebut di “backdated”. Kerja-kerja backdated tersebut dilakukan oleh individu lain dan ia di luar pengetahuan DKMSabah selaku pencatit minit mesyuarat berkenaan.
Mesyuarat menerima masuk PGRS (Parti Gagasan Rakyat Sabah) sebagai sebahagian komponen GRS juga berlaku pada hari dan waktu yang sama dengan pengguguran keanggotaan PPBM sebagai komponen GRS menerusi agenda mesyuarat nombor 5 (Permohonan Parti-parti Untuk Menjadi Komponen GRS).
PGRS merupakan sebagian daripada parti - parti kecil (3rd force) yang bertanding dan meletakkan calon di 28 kerusi DUN pada PRN-16 lalu, namun gagal memenangi sebarang kerusi. Parti yang turut dibarisi figura politik berpengaruh dan berpengalaman seperti YB Hiew King Chew (Mantan MP P. 172 KK – PRU-12 & Adun N.16 Luyang PRU-13) mewakili DAP sebelum kemudiannya bertindak keluar parti (27 September 2013) dan kemudiannya menyertai MCA.
5. Kenapa Keluar PPBM dan Menyertai PGRS (GAGASAN)?
Menurut sumber dalaman parti, antara faktor utama adalah kerana kewujudan perjanjian ala-ala Perjanjian 3 Abdul yang memalukan DS. Hajiji Noor. Berita berhubung insiden DS Hajiji dimarahi Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kewujudan Perjanjian 3 Abdul, telah tersebar luas dan ia adalah peristiwa yang paling memalukan bagi seorang Pengerusi Perhubungan Negeri merangkap Ketua Menteri Sabah. Perjanjian berat sebelah tersebut, jelas merugikan dan menjejaskan peluang PN untuk membentuk Kerajaan, dan ia merupakan insiden yang tidak sepatutnya berlaku.
Berang dan berasa malu, DS Hajiji dikatakan nekad meninggalkan PPBM dan membawa bersama Adun dan MP yang setia dengannya sejak insiden 34 Adun yang berjaya menggulingkan kerajaan Warisan Plus (Warisan + PH) pada PRN-16 lalu.
6. Kenapa PGRS?
Soalan sama pernah DKMSabah tanyakan kepada petugas di pejabat PPBM yang kini Ibupejabat Gagasan Rakyat di Alamesra, tiada sorang pun bagi jawapan yang memuaskan. Namun setelah beberapa kali menghadiri mesyuarat awal termasuk mesyuarat pertama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada 25 Februari 2023 di Alamesra, barulah beroleh jawapan yang mungkin munasabah. Antaranya,
1. Kuasa prerogatif DS Hajiji selaku bakal Presiden parti. Meskipun wujud tentangan awal daripada mantan Adun BERSATU ketika itu yang enggan dilabel sebagai KATAK, namun ia berjaya diselesaikan dengan mudah.
2. Meskipun USNO menyatakan kesediaan, namun itu bukanlah langkah bijak untuk strategi politik DS Hajiji dan penyambung legasi beliau pada masa akan datang selain terlalu banyak yang perlu dikorban untuk berunding dengan Pandikar Amin Mulia yang dari dahulu berkeras untuk bertanding di kerusi Dun N.08 Pintasan yang kini diwakili YB Fairuz Renddan yang juga Armada Bersatu ketika itu.
3. Urusan jual beli parti yang mudah. Bahkan sebagai menghargai kesudian Mantan Presiden PGRS (Stephan Jacob Jimbangan) yang memudahkan urusan tersebut, beliau telah dilantik sebagai Timbalan S/U Agung Parti selain menyerap masuk tiga (3) lagi mantan kepimpinan tertinggi PGRS terdahulu ke dalam senarai AMT Pusat Gagasan Rakyat pada Mesyuarat Bil.1 AMT Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) 25 Februari 2023.
Kesimpulan
Umum telah mengetahui status sebenar keempat-empat YB berkenaan, namun cerita tepat mengenainya hanya diketahui oleh orang daripada parti itu sendiri. Jika ada pihak yang mempersoalkan kredibiliti dan kesahihan fakta DKMSabah, tidak juga keterlaluan untuk ditegaskan di sini, adakah mereka yang terlibat berani bersumpah LAKNAT untuk menafikan status sebenar mereka?
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 kini Ibupejabat Gagasan Rakyat Alamesra (2022)
RUJUKAN
BH-Online (07 Feb 2024); 6 Ahli Parlimen BERSATU yang sokong Anwar dicabar lepas jawatan atau berdepan pemecatan
Free Malaysia Today - FMT (01 Mac 2024); Apalah nasib ‘6 Jahanam’?
Sabah Media (11 Oktober 2022); PRU-15 : Calon BERSATU Sabah tanding guna logo GRS.
Malaysia Kini (19 Dis 2022); Ronald kemuka ‘bukti’ dakwa wakil rakyat GRS ahli Bersatu
Utusan Borneo (05 Nov 2022); 11 calon layak bertanding Parlimen Semporna, DUN Bugaya
BH-Online (11 Disember 2022); Bekas pemimpin BERSATU Sabah sertai PGRS?
Astro Awani (11 Disember 2022); Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah.
MalaysiaKini (27 September 2013); ADUN DAP Sabah keluar parti.
MalaysiaKini (06 Jun 2014); ADUN Luyang sertai MCA
Astro Awani (29 Julai 2020); Musa Aman dakwa dapat sokongan majoriti bentuk Kerajaan Sabah Baharu.
DEASOKA (20 Mac 2022); Persoalan GRS sudah terjawab, harapan rakyat Sabah perlu ditunai.
BHOnline (02 Nov 2022); BN Sabah tanding 11 kerusi, GRS 13
Deraf Minit Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi GRS, 09 Disember 2022, Ibupejabat PPBM Alamesra.
#KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #foryou #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #sukuk #kerajaanlemau #kerajaangagal #prn #mahaldahni #madani #prn15 #bell #abph2023 #viral #fyb #sabah #kotakinabalu #grs #macbook #iphone #macbookpro #apple #macbookair #ipad #laptop #applewatch #jualmacbook #imac #pro #mac #samsung #promax #macbooksecond #macbookmurah #macbookbekas #asus #acer #lenovo #dell #ios #hp #airpods #macbookjogja #macbookproretina #laptopmurah #macbooksolo #macbooksemarang #technology
0 Comments