Parlimen P.170 Tuaran adalah kerusi tradisi parti UPKO yang dimenangi parti berkenaan bermula PRU-10 (Mac 1999) menerusi DSP. Wilfred Madius Tangau (BN-UPKO) menewaskan calon penyandang kerusi berkenaan daripada PBS (Yunof Edward Maringking). DSP. Madius memenangi kerusi P.170 Tuaran dengan majoriti 2,813 undi setelah memperoleh 13,083 undi mengatasi calon PBS yang menerima 10,270 undi. 

Sebelum persempadanan kawasan pilihanraya Sabah yang menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kerusi DUN diluluskan di Dewan Rakyat dengan 158 Ahli Parlimen menyokong usul berkenaan (17 Julai 2019), Parlimen P.170 Tuaran terdiri daripada tiga (3) dun iaitu N.09 Tamparuli, N.10 Sulaman dan N.11 Kiulu. Selepas Sabah memperoleh tambahan 13 kerusi DUN Baharu, dun N.10 Sulaman dipecahkan kepada dua dun iaitu N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit. Kini demografi pemilih menjadi seimbang dengan dua dun majoriti pengundi KDMR (N.14 Tamparuli & N.15 Kiulu) sementar dua dun lagi majoriti pengundi Bumiputra Islam (BI) iaitu dun N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit.

Setelah UPKO meninggalkan BN (10 Mei 2018) dan menjadi komponen rasmi PH (26 Ogos 2021), kerusi tersebut menjadi rebutan antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam komponen Perikatan Nasional (PN). Daftar pemilih ST3 (2020) jelas menyaksikan masyarakat KDMR menjadi suku kaum dominan (30,371 – 55.9%) berbanding Bumiputra Islam (18,166 – 33.4%), namun ia dinafikan oleh pemimpin PPBM (DSP. Hajiji Noor) dan bertegas bahawa Tuaran seharusnya ditandingi calon daripada PPBM. Menjelang PRU-15, GRS mencapai kesepakatan dengan meletakkan PBS sebagai parti mewakili GRS bagi parlimen tersebut. Bertitik tolak dari Keputusan kepimpinan tertinggi GRS, maka bermulalah kisah pengkhianatan daripada kesepakatan yang telah di dimeterai.


1. Anak DSP. Hajiji Noor - Dalang Kekalahan PBS
Mohd. Ghazali yang juga merupakan Ketua Armada PPBM Tuaran ketika itu telah memulakan gerak kerja melobi selaku calon hampir tiga (3) tahun dan disokong sepenuhnya oleh DSP. Hajiji selaku penerus legasi beliau di Parlimen Tuaran khasnya dan dun Sulaman amnya. Malah usaha DSP Hajiji Noor melobi kerusi Tuaran telah diketahui umum bukan untuk ditandingi oleh beliau, sebaliknya untuk memberi laluan kepada anaknya (Mohd. Ghazali). Mengetahui usaha mereka (Ghazali) menemui jalan buntu setelah kepimpinan tertinggi parti komponen GRS mencapai kesepakatan untuk memberi laluan kepada PBS bertanding di kerusi Parlimen Tuaran pada PRU-15, beliau bersama jentera Armada Tuaran telah memulakan gerak kerja senyap untuk memastikan calon PBS kalah dengan memberi undi kepada calon UPKO-PH. 

2. Peranan Senyap Jentera Armada 
Peranan jentera Armada yang tidak turun membantu, atau membantu secara ala kadar terlihat jelas sepanjang tempoh berkempen. Suara-suara ketidakpuasan hati jelas kedengaran dan protes tersebut turut disebarkan di kalangan jentera Srikandi dan penyokong PPBM ketika itu. Dengan restu DSP. Hajiji di dun N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit, adalah mustahil untuk calon PBS tidak beroleh sekurang-kurangnya 55% undi daripada kedua-dua dun tersebut. 

Berdasarkan rekod PRU-13 (2013), Madius yang bertanding atas tiket UPKO-BN, berjaya memperoleh 11,585 (69.2%) undi daripada Dun Sulaman. Meskipun kalah disembilan 9 daripada 10 daerah mengundi di DUN N.09 Tamparuli dan turut kalah di 13 daripada 17 daerah mengundi di dun N.11 Kiulu, namun berkat sokongan padu DSP Hajiji Noor di DUN N.10 Sulaman (11,585 undi / 69.2%), beliau akhirnya berjaya memenangi kerusi tersebut daripada calon PH yang juga mantan Ahli Parlimen Tuaran (DSP. Wilfred Mojilip Bumburing) dengan majoriti 5,190 undi.

Calon PBS (Datuk Joniston Bangkuai) berharap situasi serupa akan berulang pada PRU-15 (2022), mengambil kira momentum kemenangan PBS di dua kerusi dominan KDM (N.14 Tamparuli & N.15 Kiulu) pada PRN-16 lalu. Malangnya Datuk Joniston hanya beroleh 14,440 undi (50.3%) daripada kedua-dua DUN N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit. Jelas tindakan sabotaj menjadi duri dalam daging bagi PBS Tuaran dan apa yang mendukacitakan, ia melibatkan anak Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS.

Meskipun Dun Sulaman selama ini menjadi talian hayat UPKO yang kalah hampir dikeseluruhan Daerah mengundi di Dun Tamparuli dan Kiulu (PRU-12 & 13), namun untuk PRU-15, calon PBS tidak berupaya untuk memperoleh sekurang-kurangnya 55% undi daripada Dun Sulaman dan Pantai Dalit, meskipun rekod PRN-16 menyaksikan DSP Hajiji beroleh 64.5% undi sementara Jasni Daya 60.9% undi.


3. Tamparuli dan Kiulu dimenangi PBS PRN-16
Adalah suatu yang tidak masuk akal bagi PBS untuk kalah di Parlimen P.170 Tuaran dengan mengambilkira keputusan PRN-16 yang mana dua kerusi KDM (Tamparuli & Kiulu) dimenangi calon PBS menerusi Datuk Jahid Jahim (N.14 Tamparuli) dan Datuk Joniston Bangkuai sendiri yang menang di DUN N.15 Kiulu. Daripada keputusan dikedua-dua dun tersebut, PBS hanya perlu (55%) undi dari dun Sulaman dan Pantai Dalit untuk menang dengan majoriti selesa.

4. Strategi Menghapus Status-Quo Kerusi Tradisi
Kemenangan PBS perlu dinafikan jika Ghazali berniat untuk melobi kerusi berkenaan pada PRU-16 yang akan datang, kerana syarat rundigan pengagihan kerusi di kalangan parti politik adalah “hanya kerusi yang tidak diwakili atau dimenangi komponen yang boleh dirunding manakala kerusi yang dimenangi kekal milik parti yang memenangi kerusi berkenaan”. Fakta ini menjadi faktor utama kenapa PBS perlu dikalahkan agar kerusi P.170 Tuaran kelak akan diberi laluan kepada parti komponen lain dalam GRS. Hasilnya, Datuk Joniston Bangkuai hanya beroleh 6,614 undi (53.7%) di Sulaman dan 7,826 undi (47.7%) di Pantai Dalit.


Penutup

Istilah pengkhianatan bukanlah asing dalam mana-mana gabungan parti politik khususnya mereka yang memiliki kepentingan jangka panjang, dan P.170 Tuaran menjadi saksi malah lebih tragis lagi apabila dalang pengkhianatan tersebut adalah anak Ketua Menteri Sabah sendiri. 

Untuk rekod, cerita berkaitan gerak kerja untuk mensabotaj calon PBS Tuaran telah diceritakan sendiri oleh orang kepercayaan Ghazali yang juga jentera Armada. Tidak perlu untuk DKMSabah meletakkan sebarang penafian kerana maklumat tersebut datangnya dari jentera parti dan kebetulan DKMSabah sendiri ketika itu bertindak selaku Ketua Unit Data Analisa Bilik Gerakan PPBM sebelum bertukar kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).



HM @ DKMSabah
Mantan Pem. Pegawai Penerangan (S.29), Caw. Siasah & Pengurusan Isu (CSPI), JASA Sabah (2010-2018)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRN-16 (2020)
Mantan Penganalisa ‘Unit Data Analisa’ Ibupejabat PPBM Alamesra PRU-15 (2022)



RUJUKAN


Sinar Harian (20 Mac 2022); PBS idam kerusi Parlimen Tuaran.



Hua Lian Student Club-HLSC (Okt 2009); Pilihan Raya Umum Sabah 1999.

SPR (PRN-16); Daftar Pemilih Bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 Menurut Notis Penentuan Yang Diwartakan Pada 17 Ogos 2020.

SPR (PRU-15); Daftar Pemilih Suku Tahun Ke-2, November 2022.

SPR (PRU-14); Helaian Scoresheet PRU-14

SPR (PRU-15); Helaian Scoresheet PRU-15

SPR (PRN-16); Helaian Scoresheet PRN-16

#KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #foryou #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU  #sukuk #kerajaanlemau #kerajaangagal #prn #mahaldahni #madani #prn15  #bell #abph2023 #viral #fyb #sabah #kotakinabalu #grs #macbook #iphone #macbookpro #apple #macbookair #ipad #laptop #applewatch #jualmacbook #imac #pro #mac #samsung #promax #macbooksecond #macbookmurah #macbookbekas #asus #acer #lenovo #dell #ios #hp #airpods #macbookjogja #macbookproretina #laptopmurah #macbooksolo #macbooksemarang #technology #Madani