Peruntukkan RM10 juta tersebut adalah jumlah pada ketika itu sepertimana yang didedahkan oleh SUPA Pejabat Ketua Menteri sendiri pada tahun tersebut (2021), iaitu jumlah ketika Adun PGRS masih lagi berada dalam PPBM. Jumlah tersebut berkemungkinan besar telah bertambah susulan tindakan kumpulan Pro DS. Hajiji Noor meninggalkan PPBM seterusnya menerajui PGRS. Kewujudan biro baharu dalam PRGS, menaik taraf fungsi dan peranan Biro Penerangan PGRS dan Biro Penerangan GRS, membuktikan bahawa peruntukkan RM10 juta itu semakin bertambah. Pecahan peruntukkan tersebut adalah seperti berikut (pecahan peruntukkan mengikut maklumat SUPA Pejabat Ketua Menteri pada tahun 2021;
1. Portal online
Diketuai (Tidak diketahui)
- Skop Kerja: White Propaganda & hebahan umum
- Sabah oriental, Sabah Media & Sabah Baru News
2. SMJ Media
Diketuai Mohd. Fareez Aznul Adnan @ KIPA & Farish Aziz (2021 hingga sekarang);
- Skop kerja: White Propaganda & Black Propaganda.
- Kerja-kerja Black Propoganda : character assasination, mewujudkan spekulasi atau fitnah (fitnah: kaki perempuan, kaki projek, kaki judi dan lain-lain kerja gelap) bertujuan mejatuhkan lawan dan musuh politik.
- Produk: Infografik dan Video korporat Ketua Menteri, Mengurus akaun media sosial Ketua Menteri.
- Team: Facebooker (Hajiji Alap Bana FC & SMJ Page), Blogger, cybertrooper dan tiktoker.
3. Biro Penerangan PPBM (2021) / PGRS (2023)
Diketuai YB Khairul Firdaus Akhbar Khan (2021) & YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (2023).
- Skop kerja: White Propaganda & Black Propaganda.
- Team: Facebooker (Leel Ariel), Tiktoker Suara Kita Sabah dan Portal PGRS.
4. Armada/ Pemuda PGRS
Diketuai YB Datuk Fairus Renddan (2021) & 2023 tidak diketahui
- Cybertrooper Armada (2021) / Pemuda PGRS (2023).
- Skop kerja: White Propaganda & Black Propaganda.
- Team: Jentera Armada (2021) / Jentera Pemuda PGRS (2023) setiap bahagian
Peruntukkan tersebut tidak termasuk peruntukkan untuk Biro Penerangan GRS, yang diwujudkan khusus untuk mempromosi dan mewar-warkan setiap program dan gerak kerja parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Majoriti kakitangan yang direkrut merupakan bekas wartawan yang berpengalaman luas dalam penulisan artikel khususnya yang berkaitan dengan politik Sabah.
YAB Presiden GRS (DSP Hajiji Noor) menyokong penuh penubuhan jawatankuasa Penerangan GRS. Untuk tujuan itu, peruntukkan telah diluluskan dan pelantikan mereka yang berkelayakan juga telah diputuskan. Tegas YAB Presiden, Jawatankuasa Penerangan GRS bertujuan untuk memperkuatkan parti menghadapi pilihanraya.
Mesyuarat AMT Gagasan Rakyat, 23/06/2023 (2.30 Petang)
Pejabat Gagasan Rakyat Alamesra Kota Kinabalu
Namun, tidak diketahui sama ada wujud peruntukkan atau bajet khusus untuk blogger Musli Oli dan Sabahkini yang mana kedua-duanya dikatakan berada di bawah urusan Ketua Menteri. Meskipun begitu, melihat kepada layanan dan kemudahan yang diterima oleh Musli Oli (boleh bertemu Ketua Menteri di pejabat Ketua Menteri), ramai yang menjangkakan khabar tersebut benar. Sabahkini2 juga dilihat cenderung menyerang Parti Warisan dan Perikatan Nasional (PN) meskipun suatu ketika dahulu portal ini dilabel sebagai portal politik bebas.
Perbelanjaan dan bajet tahunan untuk Jabatan IKRAR menjalankan aktiviti politik kepada pelajar IPTA sekitar Sabah juga di bawah urusan Ketua Menteri Sabah dan tiada siapa yang tahu. IKRAR pada asalnya berada di bawah kendalian YB Datuk Armizan Mohd Ali yang ketika itu masih lagi Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah (2021). Memandangkan YB Armizan Ali juga merupakan mantan Pengarah BTN Sabah (2016-2017), maka tidak hairanlah jika modus operandi dan gerak kerja IKRAR itu sendiri hampir menyamai BTN.
Sebesar mana sekalipun peruntukkan tersebut meskipun tidak diketahui oleh ramai pihak, ia merupakan jumlah yang besar dan pembaziran duit rakyat yang tidak seharusnya dibiarkan. Malah wang rakyat dibelanjakan untuk tujuan menjatuhkan musuh-musuh politik yang mana jumlah tersebut sebaiknya digunakan untuk membiayai program berteraskan kebajikan rakyat.
Adalah lebih baik peruntukkan sebesar itu digunakan dan disalurkan kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk pajakan kepada lori tangki air swasta bagi tujuan penghantaran bekalan air di kawasan yang kerap berhadapan krisis gangguan bekalan air yang kritikal. Menteri JKR Sabah sendiri (YB. Datuk Ir. Shahelmey) mengakui lori tangki JANS tidak mencukup, namun tiada penyelesaian dicapai yang mana akhirnya masalah tersebut dibebankan kepada rakyat.
Lebih memalukan apabila cybertrooper upahan PGRS digerakkan untuk menyebarkan maklumat palsu penghantaran air di kawasan terjejas berserta gambar lama yang telah dikitar semula. Namun kesahihan maklumat tersebut disangkal sendiri oleh penghuni dan penduduk di kawasan terjejas selain memaklumkan bahawa gambar yang disebarkan adalah gambar lama dan lori tangki tersebut milik syarikat swasta dengan kali terakhir dibenarkan menghantar air di kawasan terjejas adalah pada penghujung Julai 2023.
Artikel Penuh: Pesanan Buat YB - Tidak Mampu Membantu, Janganlah Menipu
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor seharusnya lebih cakna akan permasalahan rakyat dan bukannya sibuk menuding jari menerusi cybertrooper upahan menyalahkan kerajaan terdahulu. Tindakan itu ibarat menuding jari ke muka sendiri kerana beliau juga sebahagian daripada Ahli Kabinet Kerajaan Terdahulu.
Meletakkan peruntukkan sebesar RM10juta dan lebih setiap tahun untuk tujuan mempromosi dan menaikkan imej dan pencapaian selaku Ketua Menteri bukanlah langkah yang tepat, kerana rakyat inginkan Ketua Menteri yang mesra dan mendampingi rakyat sepertimana Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (Premier Sarawak), Datuk Onn Hafiz bin Dato' Ghazi (MB Johor) dan Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor (MB Kedah) yang turun sendiri meninjau dan mendengar keluhan dan permasalahan rakyat serta berusaha menyelesaikan masalah tersebut. Bukannya hanya duduk di Pejabat Ketua Menteri dan mengarahkan cybertrooper upahan untuk melakukan kerja-kerja promosi bersifat syok sendiri meskipun masalah rakyat gagal diselesaikan.
RUJUKAN
Sinar Harian, (31 Disember 2021): 'Saya sudah biasa kerja-kerja seperti itu' - Muhammad Sanusi.
Sinar Harian, (24 Mei 2022): Turun padang rasai sendiri denyut nadi rakyat.
Media Digital Johor, (06 Februari 2023): Menteri Besar Johor Turun Padang Tinjau Harga Barang.
Malaysia Now, (13 April 2023): Aktif 'live' di TikTok, Sanusi pecah tradisi ahli politik turun padang.
The Merdeka Times, (18 April 2023): Isu tiket mahal: Kerajaan setuju hasrat Sarawak tubuh syarikat penerbangan sendiri.
Minit Mesyuarat AMT PGRS, (23 Jun 2023); Agend 6 - Laporan Ketua Penerangan, Respon YAB Ketua Menteri Berhubung Penubuhan Jawatankuasa Penerangan GRS, Pejabat Gagasan Rakyat Alamesra Kota Kinabalu.
Utusan Borneo Online, (05 November 2023): Kemenangan calon GPS menandakan rakyat terima dasar-dasar kerajaan Sarawak: Premier.
Portal
2. Sabahkini2
4. Sabah Media
Facebooker
1. Leel Areel
2. Ikrar
3. SMJ Media
Tiktokers
2. Sabah Info
Instagram
1. SMJ Media
3. Sabah Info
#DBKK #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan #fyp #madani #madanon #umdap #kerajaangagal #mahaldahni #pnbest #savegaza #savepalestin #savepalestine #prayforgaza #palestin #israhell
2 Comments
Your post radiates brilliance! Insightful, well-articulated, and truly captivating. Thanks for sharing your valuable perspective with us.
ReplyDeleteYour blog has become a sanctuary of knowledge and enlightenment for me.
ReplyDelete