Teka-teki berhubung kerjasama politik di antara GRS, Pejuang dan PPBM menjelang PRN-17 yang dijangka berlangsung tahun hadapan (2025), akhirnya terjawab. Meskipun kenyataan tersebut hadir daripada kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Joniston Bangkuai (Ketua Penerangan GRS), ia juga adalah kenyataan rasmi daripada Pengerusi GRS itu sendiri Datuk Sri Hajiji Noor. Malah kenyataan itu turut mewakili komponen GRS yang turut dianggotai oleh komponen PN (STAR, SAPP dan PAS) ketika ini.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan ini, antaranya termasuklah;

1. Kestabilan Gabungan Kerajaan GRS - PH Sabah
Tidak dinafikan, gabungan yang wujud di antara GRS (Gagasan Rakyat, STAR, PBS, SAPP, USNO, LDP, PHRS dan PAS) dengan PH Sabah (PKR, DAP dan UPKO) merupakan gabungan yang berjaya membentuk kestabilan selepas kestabilan yang cuba dibina selepas PRN-16 lalu di antara GRS dan BN seringkali diganggu-gugat oleh tangan-tangan ghaib.

Baik GRS mahupun PH Sabah, kedua-dua parti gabungan ini telah melalui ranjau berduri dalam usaha mencari gabungan yang benar-benar serasi hinggakan berakhir dengan pengkhianatan. GRS dikhianati oleh BN menerusi Perjanjian Ala-ala 3 Abdul, selain turut dikhianati sebanyak dua (2) kali masing-masing ketika PRN-16 (Insiden N.34 Lumadan & N.42 Melalap) dan PRU-15 (Insiden P.166 Labuan).

Sementara kenyataan terbuka DSP Shafie Apdal bahawa "Warisan adalah minus Pakatan Harapan" telah mengguris keseluruhan Cabang PKR Sabah. Penolakan mutlak kepimpinan Cabang PKR di setiap bahagian diterjemahkan menerusi usul menolak kerjasama dengan Parti Warisan (17 daripada 25 Cabang)

Untuk rekod, gabungan GRS - PH ketika ini memiliki 54 / 79 kerusi DUN (2/3) termasuk 4 Adun dilantik (2 Gagasan Rakyat, 1 PAS, 1 SAPP).


2. Status Quo PBS di Kerusi Dun N.34 Lumadan
Penolakan kerjasama dengan PPBM dan Pejuang juga berkait rapat dengan Kerusi Dun N.34 Lumadan. Dun N.34 Lumadan merupakan satu-satunya kerusi majoriti pengundi Bumiputra Islam (BI) yang dimenangi oleh PBS sejak parti berkenaan kembali ke pangkuan BN pada 2002 selepas meninggalkan BN selama 12 tahun. Pengkhianatan UMNO dalam rundingan agihan kerusi antara PN, BN dan PBS dengan menambah jumlah kerusi yang ditandingi di saat-saat akhir menjadi punca pertembungan antara BN dengan komponen PN (STAR) dan PBS dibeberapa kawasan DUN.

Dun N.34 Lumadan misalnya adalah kerusi yang terpaksa dikorbankan oleh PPBM Sabah ketika itu meskipun calon yang di ketengahkan oleh PPBM merupakan Adun penyandang yang memiliki reputasi baik di kalangan pengundi Lumadan. Namun seperti biasa UMNO akan menggunakan istilah kerusi tradisi, walhal pengundi di Sabah tidak lagi melihat faktor parti sebagai kriteria utama dalam pemilihan calon sebaliknya faktor keperibadian calon juga menjadi faktor penentu kemenangan sesebuah parti politik. UMNO yang meletakkan mantan Adun dengan rekod yang buruk mewakili parti berkenaan pada PRN-16 (Datuk Kamarlin Ombi) telah dikalahkan oleh calon PBS (Ruslan Muharam). Penyokong Adun penyandang daripada PPBM (Datuk Matbali Musah) terpaksa digugurkan saat akhir dan kesaannya penyokong beliau mengalihkan undi mereka kepada calon PBS. 

Kerusi Dun N.34 Lumadan ketika ini adalah kerusi kontroversi dan pertikaian berpanjangan, di mana kedua-dua parti BN dan Gagasan Rakyat dalam GRS masih berminat untuk merampas kembali kerusi berkenaan dari tangan PBS yang disifatkan sebagai "menang atas faktor nasib".


3. Malu dan Dendam Politik
Ini adalah cerita yang tersebar di kalangan Pemimpin Gagasan Rakyat sendiri dan ia bukanlah rahsia. Kisah Tan Sri Muhyiddin yang marah ekoran tindakan GRS yang menyetujui perjanjian sulit yang terbentuk di antara UMNO Sabah dan PPBM Sabah ketika rundingan agihan kerusi PRU-15 berlangsung. Antara terma yang dipersetujui termasuklah PPBM/GRS Sabah akan menyokong BN dalam usaha membentuk kerajaan di peringkat pusat termasuk menyokong BN jika berlaku situasi tergantung dalam pembentukan kerajaan  (Hung Parliament)

Tanpa diduga BN gagal membentuk kerajaan sebaliknya PH dan PN memiliki kelebihan dalam membentuk kerajaan di peringkat Pusat. Meskipun PN terlebih dahulu telah mengisytiharkan memiliki majoriti mudah, namun ia kemudian dinafikan setelah BN bertindak menyertai PH yang mana turut disertai GRS Sabah. Tindakan GRS Sabah yang telah menyetujui perjanjian sulit GRS-BN (Perjanjian ala-ala 3 Abdul) adalah di luar pengetahun PPBM Pusat yang akhirnya menyebabkan TS Muhyiddin memarahi pemimpin GRS. Maka janganlah hairan, tidak lama selepas Kerajaan Pusat (Kerajaan Perpaduan) berjaya dibentuk dan kepimpinan GRS kembali ke Sabah, Gagasan Rakyat dibentuk dengan mengambil alih parti sedia ada (Parti Gagasan Rakyat Sabah - PGRS) salah sebuah parti yang telah bertanding pada PRN-16 lalu, namun kalah di kesemua kawasan yang ditandingi. 

Perlu diingat kesemua empat (4) ahli Parlimen BERSATU yang berada dalam GRS ketika ini, meskipun bertanding atas tiket GRS, hakikatnya mereka masih lagi ahli daripada Parti BERSATU ketika bertanding pada PRU-15 lalu. Fakta ini jelas menerusi surat daripada Setiausaha BERSATU Sabah bertarikh 3 November 2022.


Penolakan GRS, nikmat buat PN?
Perlu diingat, tidak akan ada parti politik yang mampu membentuk kerajaan negeri tanpa bergabung dengan parti politik lain pada PRN-17 nanti. Hakikat ini sememangnya tidak dapat disangkal dan situasi tersebut jelas kelihatan selepas PRU-14 (9 Mei 2018), PRN-16 (26 September 2020) dan PRU-15 (19 November 2022). Bermula dengan Gabungan BN-STAR (2018) yang hanya bertahan kurang 48jam dan diganti dengan Warisan-PH, PN/GRS-BN (2020) dan gabungan GRS-PH (2023).  

PRN-17 juga bakal menoktahkan gabungan mana yang bakal menambat hati pengundi di Sabah. Lebih 60 peratus pemilih pada PRN-17 nanti berumur 40 tahun dan ke bawah. Situasi ini sebenarnya memberi peluang yang seimbang bagi semua parti yang bertanding. Jika dilihat, trend pengundian 1st time voters atau pengundi muda pada PRN di enam (6) negeri lalu (Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor) lebih cenderung memilih calon PN. Meskipun trend pengundian ini dijangka kekal, namun dalam konteks negeri Sabah, situasinya sedikit berbeza. PN akan menjadi parti underdog yang berupaya memenangi beberapa kerusi berpotensi khususnya di kawasan majoriti pengundi BI. Antara faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan oleh PN termasuklah;

1. Mengenalpasti kerusi panas yang memiliki kecenderungan undi protes yang tinggi. 

2. Faktor undi Tentera yang tidak hanya berpotensi memberi kemenangan kepada calon PN tetapi juga bertindak sebagai pemecah undi dalam menumbangkan calon GRS.

3. Gabungan GRS bukanlah sekukuh yang digambarkan. PBS dilayan sebagai anak emas sementara STAR dilayan umpama anak tiri dalam GRS. 

4. PN itu sendiri merangkumi (USNO, SAPP dan STAR). Meskipun status terkini gabungan antara parti ini masih samar dan menjadi tanda-tanya, namun jika ia berjaya dimuktamatkan, PN berpotensi memenangi lebih banyak kerusi menerusi STAR (yang dianak tirikan) dan satu kerusi daripada USNO yang sehingga kini terus dipinggirkan dalam GRS.


Dapat disimpulkan, penolakan GRS terhadap keterbukaan PPBM dan PEJUANG dalam menjalin kerjasama politik mendepani PRN-17, bukanlah suatu pengakhiran. Tiada yang mustahil dalam politik Sabah selepas PRU-14. PRN-16 dan PRU-15 menyaksikan buat pertama kalinya dalam Sejarah politik Sabah, ramai calon BEBAS menang. Malah wujud juga situasi pasangan anak beranak dan adik beradik yang memenangi kerusi Dun dan Parlimen. Tidak kurang juga kawasan yang dimenangi atas faktor nasib.

Dinamika politik Sabah penuh dengan kejutan, faktor pengundian pengundi di Sabah tidak lagi terarah kepada faktor parti semata-mata bahkan juga faktor calon, demografi umur, kewangan, keperibadian, ras keturunan serta agama. Kepelbagaian ini memberi peluang seimbang kepada parti yang bijak mengintai peluang dan tahu membaca landskap politik negeri.






RUJUKAN




Daily Express, (05 Mei 2024); Pejuang intai kerjasama dengan GRS.



Daily Express, (07 Mei 2024); GRS selesa kerjasama Pakatan Harapan Sabah.

Malaysia Kini, (20 September 2020); Umno tak patut letak calon di Melalap - PBS.




Malaysia Kini, (01 November 2008); PM minta PBS kekal jadi rakan setia BN.

Harian Metri, (04 Februari 2022); Bersatu tidak khianat dalam PRN Sabah.

Sinar Harian, (10 September 2020); UMNO tanding 31 kerusi PRN Sabah.

Sinar Harian, (18 September 2020); Pertembungan PBS, BN beri saingan di DUN Lumadan.

Berita Harian Online, (29 Disember 2022); 4 kerusi Parlimen Sabah didakwa kosong?



#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan #fyp #madani #madanon #umdap #kerajaangagal #mahaldahni #pnbest #savegaza #savepalestin #savepalestine #prayforgaza #palestin #israhell #tiktokmalaysia #tiktok #lawakhambar #himpunanbahanlawak #viral #mudahterhibur #syoktube #lawakhangit