PESANAN BUAT YB: TIDAK MAMPU MEMBANTU, JANGANLAH MENIPU


Krisis gangguan bekalan air melibatkan DM Kinarut dan kawasan berhampiran yang kini memasuki minggu kedua dan ada sesetengah kawasan memasuki minggu ketiga, merupakan situasi yang tidak disenangi oleh penduduk. Tempoh pemulihan dan penyaluran bekalan air hanya mampu bertahan 24jam selepas kerja-kerja baikpulih dan pembersihan loji disambung semula.

Bagi penduduk di kawasan taman perumahan dan apartmen yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air dari tangki utama, keadaan itu sesuatu yang amat disesali. Malah tindakan pihat bertanggungjawab khususnya JANS dalam menghantar bekalan air ke kawasan-kawasan terjejas, amat perlahan malah majoriti kawasan terjejas tidak menerima sebarang bekalan air daripada lori tangki JANS sepertimana ikrar dan janji Menteri JKR Sabah ketika DUN Sabah meluluskan larangan lori tangki swasta menjual air kepada kawasan perumahan.



Turut memburukkan keadaan lagi, apabila aduan rakyat dan pengguna terjejas tidak dilayani oleh JANS dengan talian careline yang kerap kali rosak dan diselenggara. Ruangan komen di FB Page rasmi JANS turut dinyahaktifkan bagi mengelak komen-komen negatif rakyat yang marah dengan ketidakcekapan JANS. Sepanjang berlakunya gangguan bekalan air di sekitar Daerah Mengundi Kinarut untuk hampir dua (2) minggu, tidak kelihatan kelibat lori tangki air JANS di kawasan terjejas. Keadaan ini bertentangan dengan kenyataan YB Datuk Ir. Shahelmey. 

"Maka ketika ini tiada lagi lori-lori tangki air swasta yang akan menjual air secara terus kepada pengguna. Sekiranya ada kawasan yang terputus bekalan air, maka Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang akan bertanggungjawab menghantar lori tangki air ke kawasan terlibat" 

YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya (Timb. Ketua Menteri Sabah)
Warta Oriental (08 Ogos 2023)

Lebih memeritkan masyarakat dan komuniti setempat apabila kelibat Ahli Parlimen P.175 Papar (YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali) dan Adun N.28 Kawang (YB. Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Bin Khan Bahadar) tidak kelihatan setiap kali berlakunya gangguan bekalan air. Malah bantuan penghantaran air yang diharapkan daripada pejabat Parlimen dan Adun Kawang juga lewat tiba. Aduan rakyat di FB rasmi dan FB Page rasmi YB Ahli Parlimen dan Adun serta Parti, turut tidak diendahkan dan ada daripadanya telah dipadam oleh pengendali page berkenaan.


Gangguan Bekalan Air: Guna Cybertrooper Berbayar Sebar Maklumat Palsu, PGRS Papar Memalukan

Tidak cukup dengan sikap yang tidak cakna dan tidak endah permasalahan rakyat, cybertrooper upahan  PGRS menerusi SMJ Media yang diketuai SUPA (S/U Perhubungan Awam, Pejabat Ketua Menteri Sabah) turut digerakkan untuk menyebarkan informasi salah dan palsu semata-mata untuk mengaburi mata rakyat setempat yang marah dengan kedua-dua YB Parlimen dan Adun. Menyebarkan informasi palsu dengan mendakwa bahawa bekalan air telah dihantar menerusi lori tangki swasta, nyata memakan diri apabila kenyataan tersebut disangkal sendiri oleh penduduk serta penghuni di kawasan terjejas. 

Lebih memalukan lagi, cybertrooper upahan PGRS Papar berkonsi gambar lori tangki swasta yang diambil sebelum DUN Sabah meluluskan larangan lori tangki air swasta menjual air kepada kawasan perumahan. Sama ada mereka terlupa atau terlepas pandang, selepas larangan dikuatkuasakan di DUN Sabah, hanya lori tangki Majlis Daerah dan JANS sahaja yang dibenarkan menghantar bekalan air ke kawasan terjejas termasuk premis kerajaan.

Begitu juga sekiranya premis-premis kerajaan terputus bekalan air maka, JANS akan menghantar lori tangki air ke premis kerajaan.

YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya (Timb. Ketua Menteri Sabah)
Utusan Malaysia (08 Ogos 2023)

Gambar-gambar lori tangki yang dikongsikan adalah gambar lama penghantaran air oleh lori tangki swasta (sebelum akhir Julai 2023). Untuk rekod, kali terakhir penghantaran air menggunakan lori tangki swasta adalah pada penghujung Julai. Sepanjang penghujung Julai - Oktober, khususnya di Puncak Gloxonia Condominium, hanya sekali lori tangki air JANS menghantar bekalan air. Apa yang menghairankan, lori tangki air JANS yang tiba setelah gangguan air telah pulih dan bukannya ketika berlaku gangguan bekalan air.

Apa yang diharapkan oleh rakyat khususnya dikawasan terlibat adalah tindak balas segera daripada pihak berwajib dalam mengatasi masalah gangguan bekalan air yang semakin meruncing khususnya di daerah Papar dan kawasan berhampiran. YB Parlimen dan Dun yang telah dipilih sesama PRN-16 dan PRU-15 lalu seharusnya turun padang dan memastikan lori tangki JANS dan Majlis Daerah Papar melaksanakan tindakan sewajarnya dengan memastikan air sampai kepada penduduk terjejas setiap hari tanpa kompromi sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai dan tekanan air dapat dipulihkan. 

Tindakan menggunakan cybertrooper untuk menyebarluaskan maklumat tidak sahih semata-mata untuk menutupi kelemahan JANS dan YB Parlimen dan Adun yang tidak berfungsi seperti yang diharapkan, tidak akan menyelesaikan masalah malah hanya akan memburukkan lagi keadaan.

YB Parlimen, YB Dun dan JANS perlu bertanggungjawab dan bukannya lepas tangan berhubung perkara ini. Krisis gangguan bekalan air yang berlaku di seluruh negeri Sabah bukanlah isu baru, tapi telah berlaku sejak sekian lama tanpa sebarang solusi menang-menang antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, pihak swasta dan rakyat yang terjejas. Dasar yang diputuskan dan dilaksanakan kini tampak seakan tidak menyelesaikan masalah, bahkan jumlah mereka yang terjejas semakin bertambah. Penyelesaian jangka panjang diperlukan dan bukannya alasan mahupun menuding jari menyalahkan pihak lain. Selain itu, persiapan bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan, perlu dimulakan segera. 


Akhirnya keluhan rakyat mendapat respon YB Parlimen Papar selepas usaha cybertrooper upahan PGRS Papar dan SMJ Media kantoi menyebarkan maklumat PALSU (Rakyat terpaksa menunggu sehingga lebih seminggu untuk mendapatkan bekalan air). Tarikh agihan oleh YB Papar adalah pada 31 Oktober 2023





RUJUKAN


#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan #fyp #madani #madanon #umdap #kerajaangagal #mahaldahni #pnbest

1 comment: