Skandal Pembelian Perisian Pengintipan Milik Syarikat Israel


skandal software perisikan sb

Dipetik; FB Najib Razak

DS Najib menerusi status FB beliau menjawab tuduhan yang dilontarkan oleh portal rasmi MalaysiaKini dan Malaysia Dateline berhubung tuduhan pembelian software pengintipan milik syarikat Israel melalui sebuah negara Siprus untuk intip pembangkang sebelum PRU-14.

Berikut adalah TUDUHAN dan JAWAPAN balas DS Najib berhubung isu berkenaan;

1. Perjanjian pembelian Fasa 1 yang dikatakan bernilai US$1.5 juta adalah dengan Cawangan Khas Polis (SB) - bukan dengan Pejabat Perdana Menteri.

Jawapan: Saya bukan Menteri dalam Negari masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri. Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?

2. Perjanjian pembelian Fasa 1 ditandatangan pada April 2018 (sebulan sebelum PRU14) - bermakna kerajaan sudah bubar masa itu dan ianya agak mustahil untuk software digunakan untuk PRU14.

Jawapan: Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun. Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing.

3. Pembelian fasa 2 bermula setahun SELEPAS PRU14. Kali ini, nilai pembelian adalah 3 kali ganda lebih besar dan melibatkan SB (US$400,000), Pejabat Perdana Menteri (US$2.5 juta) dan SPRM (US$2.2 juta)

Jawapan: Pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM masa rejim Gagalkrasi PH. Kenapa pulak Mkini dan Malaysia Dateline tak tulis tentang fasa kedua dan tak tuduh Tun Mahathir dan gengnya beli untuk merisik BN dan PAS? Tanyalah boss Pejabat Perdana Menteri (PM7) dan juga boss SPRM setahun selepas PRU14 itu juga. [1]

Adakah Cawangan Khas PDRM, PM ke-7 dan SPRM di bawah kerajaan PH menggunakan software Israel ini untuk sengaja "naikkan" populariti saya dan untuk sengaja memaki dan menghina kerajaan PH sendiri? [2]


Untuk rekod, intipan ke atas pemimpin BN telah berlaku dan berterusan sebelum bermulanya Langkah Sheraton. Lokman Noor Adam pernah mendedahkan menerusi sebuah video bagaimana cara untuk mengetahui bahawa peranti telekomunikasi pemimpin BN sedang diintip dan cara untuk mengelak [3]. Fakta ini secara tidak langsung menjawab persoalan ke-3 Malaysia kini berhubung dengan pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dengan nilai melebihi 3 kali ganda. 


Rujukan
[1] FB Rasmi Najib Razak - Nakal betul Mkini dan Malaysia Dateline (lidah parti PAN);

[2] FB Rasmi Najib Razak - Posting paling lucu saya baca hari ini ialah dari EXCO PKR Selangor;

[3] TIPS DARIPADA LOKMAN ADAM BAGAIMANA MAHU TAHU TELEFON ANDA SEDANG DIGUNAKAN UNTUK MERAKAM PERBUALAN ANDA;

[4] Israeli Cyber Startup Senpai Helped Malaysia’s Corrupt Leader Spy on Opposition;

[5] FB Fazli Razali - MAHKAMAH ISRAEL DEDAH BAGAIMANA RAKYAT MALAYSIA TERTIPU OLEH PERANG SIBER REJIM NAJIB;

No comments:

Post a Comment