7 KEUTAMAAN AHLI PARLIMEN DALAM TEMPOH PKP



7 Keutamaan



Pandangan saya buat YB Teresa Kok dan rakan-rakan Ahli Parlimen PH yang sibuk mahu mendesak supaya Parlimen bersidang lebih panjang dalam tempoh PKP ini, apa kata mainkan peranan secara lebih proaktif dan efektif sebagai Wakil Rakyat di kawasan masing-masing. Antara keutamaan yang boleh dilakukan ketika ini adalah seperti berikut:
  1. Kenal pasti rakyat di kawasan Parlimen masing-masing yang terputus pendapatan dan bekalan makanan untuk dibantu.
  2. Menjadi pemudah-cara diantara rakyat dengan agensi-agensi Kerajaan bagi mendapatkan bantuan dan sumbangan yang diperlukan.
  3. Membantu peniaga-peniaga kecil di kalangan usawahan mikro seperti penjaja, peniaga warong, pasar malam yang terputus pendapatan lantaran PKP untuk dibantu dan dihubungkan dengan peluang-peluang bantuan daripada pelbagai agensi Kerajaan.
  4. Membantu pihak kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu rakyat di kawasan yang memerlukan.
  5. Menyenaraikan dan mengangkat nama-nama golongan asnaf di kawasan masing-masing untuk diketengahkan kepada pusat-pusat zakat bagi dibantu.
  6. Memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan agar tidak terjebak dengan pelbagai permasalahan sosial lantaran perlaksanaan PKP seperti keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, warga mas mahupun OKU.
  7. Membantu kerajaan memastikan rakyat di kawasan mematuhi segala arahan kerajaan sepanjang tempoh perlaksanaan PKP.

Saya yakin kalau semua Ahli Parlimen tidak kira daripada Kerajaan mahupun pembangkang dapat berganding bahu membantu rakyat dalam tempoh PKP ini, insyaAllah bukan sahaja kebajikan rakyat yang susah dapat dibela dengan berkesan, malah perjuangan memerangi wabak Covid-19 ini dapat kita raikan kejayaannya bersama dalam tempih terdekat.

No comments:

Post a Comment