gambar mangsa covid-19 malaysia

**Profil dan serba sedikit perkongsian berkaitan mangsa akan dikongsikan dari semasa ke semasa.
**Paparan gambar mangsa diambil dari pelbagai sumber, jika ada keluarga mangsa yang tidak mahu gambar ahli keluarga mangsa dipaparkan, mohon info pihak DKMSabah di ruang komen.
**Jika ada fakta yang silap, mohon juga untuk info DKMSabah di ruang komen.

Kredit: KPKesihatan (Rujukan Utama), Akhbar Online (Hmetro, Astroawani, Bharian, Mstar, Freemalaysiatoday, WHO, MOH)

PENDAHULUAN

Gelombang pertama jangkitan membabitkan kes ke-1 hingga kes ke-22 dan kesemua pesakit yang dijangkiti telah sembuh dan discaj. Korban pertama Wabak Covid-19 direkodkan selepas 11 hari tiada sebarang kes jangkitan dilaporkan dan ia berlaku ketika negara dilanda gelombang ke-2 penularan Wabak Covid-19. Gelombang Ke-2 Covid-19 dikenal pasti melanda negara bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 dilaporkan (kes ke-22 sehingga kes ke-50). [1]


FASA PERTAMA PKP (18 - 31 Mac 2020)

17 Mac 2020 [1]
1. Kes ke-178: Hospital Permai Johor Baharu
Lelaki warganegawa Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh [2] di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau mengalami gejala demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif Covid-19. Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan disahkan meninggal dunia pada 17 Mac 2020. [3]

2. Kes ke-358: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac 2020. Merupakan seorang Pastor dari Sarawak dan mempunyai sejarah penyakit kronik. [4] 

20 Mac 2020
3. Kes ke-152: Hospital Tawau (Sabah) 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom jangkitan pernafasan akut teruk (Severe Acute Respiratory Infection - SARI) [5]. Beliau telah diberi bantuan mesin pernagasan dan dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 20 Mac jam 6.27 petang. Ini merupakan kes kematian pertama bagi negeri Sabah. [6]

21 Mac 2020
4. Kes ke-238: Hospital Melaka
Lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection - SARI. Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di Unit Kawalan Rapi (ICU). [7]

22 Mac 2020
5. Kes ke-1031: Hospital Borneo Medical Centre (Sarawak)
Wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Laporan kematian lambat diterima dari hospital swasta yang merawatnya kerana menunggu keputusan ujian yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur. Beliau merupakan ibu kepada kes ke-1013. Kedua-dua mangsa dipercayai dari kluster jemaah tabligh yang menghadiri program ijtimak di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari - 1 Mac lalu. Ketika ini, seorang lagi ahli keluarga ini masih dirawat di Hospital Umum Sarawak dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal. [8]
**Mangsa kluster Italy

Baca Cerita Penuh Kluster Itali: Kluster Covid Di Malaysia (Sehingga 20 April 2020)

6. Kes ke-1032: Hospital Umum Sarawak
Wanita warganegara Malaysia  berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Merupakan kontak dengan kes 1031.

7. Kes ke-290: Hospital Kuala Lumpur
Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh. [9]

8. Kes ke-781: Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (Kelantan)
Seorang lelaki warganegara Malaysia 69 tahun daripada kluster tabligh. beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.

9. Kes ke-890: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar (Perlis)
Lelaki berumur 48 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara ke Turki. Beliau merupakan kakitangan KKM (Doktor Perubatan) yang sebelum ini dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020. [10]

10. Kes ke-259: Hospital Pulau Pinang
Lelaki warganegara Malaysia berusia 74 tahun daripada kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac selepas mengalami simptom pada 8 Mac. Beliau telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan setelah keadaan kesihatan beliau semakin merosok. [11]

23 Mac 2020
11. Kes ke-1070: Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (Kuala Lumpur)
Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. Mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Tuanku Muhriz UKM 18 Mac 2020. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2020 dan diberikan bantuan pernafasan di ICU. Beliau juga merupakan Pengerusi Surau. [12] 

12. Kes ke-1114: Hospital Kluang (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang. [13]

13. Kes ke-1006: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara berumur 49 tahun. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak dan merupakan kontak (anak kepada kes ke-1031). [14]

14. Kes ke-595: Hospital Miri (Sarawak)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 51 tahun. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Mangsa mula menunjukkan gejala pada 14 Mac dan telah dimasukkan ke Hospital Limbang sebelum dipindahkan ke Hospital Miri pada hari sama.

24 Mac 2020
15. Kes ke-1519: Hospital Pakar Sultanah Fatimah
Lelaki Warganegara Malaysia berumur 71 tahun, berasal dari Melaka. Beliau mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini. Beliau turut mempunyai sejarah penyakit kronik dan menerima rawatan sejak 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020. [15] 

25 Mac 2020 [17]
16. Kes ke-1334: Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 7.40 malam. [16]

17. Kes ke-1251: Hospital Pakar Sultanah Fatimah (Johor) 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif Covid-19. Menerima rawatan pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 4.10 pagi.

18. Kes ke-1625: Hospital Sultan Ismail (Johor)
Lelaki Warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.

19. Kes ke-1246: Hospital Sultanah Nora Ismail (Johor)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudian disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.

26 Mac 2020 [18]
20. Kes ke-780: Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai (Kelantan) 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Seri Petaling dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.35 petang.

21. Kes ke-1588: Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar (Kedah)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun. Beliau juga merupakan peserta perhimpunan tabligh. Telah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 23 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

22. Kes ke-1797: Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan tabligh di Seri Petaling dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif Covid-19 yang menghadiri perhimpunan yang sama. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020 jam 8.15 malam.

23. Kes ke-1840: Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh (Perak)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun daripada Kajang. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun mulai 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 12.37 tengah hari.

27 Mac 2020 [19]
24. Kes ke-1056: Hospital Kuala Lumpur 
Lelaki warga negara Malaysia berusia 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac tahun ini. Beliau telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesanan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

25. Kes ke-2032: Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (Perak)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

26. Kes ke-1321: Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 pada 10.30 pagi. [20]

28 Mac 2020 [21]
27. Kes ke-2162: Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (Johor)
Lelaki tempatan berumur 61 tahun.  Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

29 Mac 2020 [21]
28. Kes ke-2321: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Wanita tempatan berusia 91 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Wanita ini dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada 26 Mac dan meninggal dunia 28 Mac, 8.48 pagi.

29. Kes ke-2123: Hospital Tuanku Ja'afar (Negeri Sembilan)
Wanita tempatan berusia 64 tahun dengan latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi. Dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 10.15 malam.

30. Kes ke-2322: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Lelaki tempatan berusia 76 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Dirawat di PPUM dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 11.33 malam.

31. Kes ke-2323: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Dirawat di PPUM pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia 28 Mac, 7.44 malam.

32. Kes ke-1239: Hospital Enche' Besar Hjh Kalsom (Johor)
Lelaki tempatan berusia 50 tahun dengan latar belakang penyakit darah tinggi. Lelaki ini adalah peserta perhimpunan tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur. Dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac dan meninggal 28 Mac, 7.44 malam.

33. Kes ke-1249: Hospital Permai (Johor)
Lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke India. Dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac, 11.25 malam.

34. Kes ke-787: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki tempatan berusia 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan disahkan meninggal 29 Mac, 10.40 pagi.

30 Mac 2020 [22]
35. Kes ke-1952: Hospital Sungai Buloh
Perempuan warganegara Malaysia berumur 57 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kronik (Kencing Manis) dan sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.
**Menurut sumber: mangsa merupakan kakitangan KKM (Pembantu Tadbir Sumber Manusia) [23]

36. Kes ke-1941: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 8.10 pagi.

37. Kes ke-2471: Hospital Miri Sarawak
Perempuan warganegara Malaysia berumur 46 tahun. Mempunyai penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 9.02 pagi.

31 Mac 2020 [24]
38. Kes ke-2269: Hospital Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang.

39. Kes ke-2626: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik (penyakit kencing manis dan darah tinggi). Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

40. Kes ke-2627: Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis dan darah tinggi). Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 1:03 petang.

41. Kes ke-1275: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi. Beliau merupakan warga asing pertama yang menjadi korban Covid-19 di Malaysia [25]. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Fakulti Seni Gunaan & Kreatif. [26]
**Info: Pak Iran

42. Kes ke-2628: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.

43. Kes ke-2629: Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Lelaki warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis dan penyakit jantung). Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.



Rumusan Covid-19 (Berakhirnya Fasa Pertama PKP)

Rumusan KKM;
Setelah dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapat melihat tren jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari (Lampiran 2). Didapati jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar, manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. Data ini menunjukkan kesan daripada aktiviti yang dijalankan oleh KKM dan pelbagai agensi dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini. Namun begitu, tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak, di mana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan. Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Statistik juga menunjukkan terdapat dua (2) kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain. Dua kumpulan tersebut adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun.





1 April 2020 [27]
44. Kes ke-193: Hospital  Kuala Lumpur
Perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung). Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.

45. Kes ke-1053: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.

2 April 2020 [28]
46. Kes ke-2909: Hospital Sultanah Aminah (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik dan rendah imuniti. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 11.10 malam.

47. Kes ke-2910: Hospital Pakar Sultanah Fatimah (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 7.10 malam.

48. Kes ke-2572: Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung). Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 8.01 pagi.

49. Kes ke-1273: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-2107). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 1 April 2020 jam 8.36 malam.

50. Kes ke-1767: Hospital Tuanku Ja'afar (Negeri Sembilan)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 2.20 petang.

3 April 2020 [29]
51. Kes ke-2561: Hospital Sungai Buloh
Perempuan warganegara Malaysia berumur 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac 2020 dan kemudian ke Institut Jantung Negara. Beliau disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 1.07 tengah hari.

52. Kes ke-2122: Hospital Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 52 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 7.55 pagi.

53. Kes ke-2034: Hospital Raja Permaisuri Bainun (Perak)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang). Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak pada 24 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 9.30 pagi.

4 April 2020 [30]
54. Kes ke-2149: Institut Jantung Negara
Perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Institut Jantung Negara pada 23 Mac 2020 dan beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 12.10 pagi.

55. Kes ke-860: Hospital Sultan Ismail Petra (Kelantan)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 4.00 petang.

56. Kes ke-2850: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1031 dan telah dirawat di Hospital Umum Sarawak, Sarawak pada 30 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 4.16 petang.

57. Kes ke-1575: Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (Pahang)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada 23 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 10.25 malam.

5 April 2020 
58. Kes ke-2210: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis, dan darah tinggi). Beliau juga kontak rapat kepada kes 1031. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 4 April jam 1.37 tengah hari. [31]

**5 April 2020: KKMM mengesan kluster baharu wabak Covid-19 di Sarawak (Kluster Itali), daripada hasil siasatan yang telah dijalankan, terdapat satu kluster yang wujud daripada kes indeks positif COVID-19 yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Itali (kes ke-1580). Setakat ini, daripada kluster tersebut 37 orang telah disahkan positif COVID-19, di mana terdapat lima (5) kes kematian (iaitu kes ke-1031, kes ke-1032, kes ke-1006, kes ke-2850 dan kes ke-2210), serta satu (1) kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3... Rujuk lampiran [32]

59. Kes ke-3484: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis). Dirawat di Hospital KL pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 4 April jam 3.40 petang.

60. Kes ke-3073: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 12.39.

61. Kes ke-2200: Hospital Keningau (Sabah)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pingang). Mula dirawat di Hospital Keningau pada 26 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 9.36 malam.

6 April 2020 [33]
62. Kes ke-3663: Hospital Sultanah Nur Zahirah (Terengganu)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik (penyakit kencing manis dan darah tinggi). Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling (iaitu kes ke-1265, kes ke-1266, kes ke-1267, kes ke-1404 dan kes ke-2549). Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

7 April 2020 [34]
63. Kes ke-3794: Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun yang berasal daripada Perlis. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keagamaan di Sulawesi, Indonesia pada 17 Mac 2020 hingga 24 Mac 2020. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 5 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 6 April 2020 jam 11.00 malam.

8 April 2020 
64. Kes ke-2903: Hospital Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 April 2020 jam 3.20 petang. [35]

65. Kes ke-1906: Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom (Johor)
Lelaki warganegara Pakistan berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling (tabligh). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 April 2020 jam 9.30 pagi.

9 April 2020 [36]
66. Kes ke-2798: Hospital Melaka
Lelaki warganegara Malaysia berumur 59 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun dan beberapa penyakit kronik yang lain. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling (tabligh). Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 5.00 pagi.

67. Kes ke-2864: Hospital Umum Sarawak
Perempuan warganegara Malaysia berumur 23 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit tiroid. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-2469 dan kes ke-2470) dan merupakan kes generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi. Allahyarhamah Noornadiah merupakan pelajar tahun 4 Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat dalam bidang Kejuruteraan Perisian. [37]

10 April 2020 [38]
68. Kes ke-694: Hospital Queen Elizabeth (Sabah)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster Seri Petaling (kes ke-159). Beliau telah dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 8.21 pagi.

69. Kes ke-4229: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 4.00 pagi

70. Kes ke-4230Pusat Perubatan Universiti Malaya
Perempuan warganegara Malaysia berumur 88 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-1684). Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 April 2020 jam 2.38 pagi.

11 April 2020 [39]
71. Kes ke-3091: Hospital Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan) 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout. Beliau mempunyai kontak rapat kes positif COVID-19 dari kluster perhimpunan Seri Petaling (iaitu kes ke-452). Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 11 April 2020 jam 12.05 tengah hari.

72. Kes ke-537Sungai Buloh (Selangor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 15 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 11 April 2020 jam 11.15 pagi.

73. Kes ke-2399Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (Perak)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 11 April 2020 jam 12.00 tengah hari.

12 April 2020 [40]
74. Kes ke-4531: Hospital Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan) 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 54 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan pada 11 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 1.50 pagi.

75. Kes ke-3469: Hospital Taiping (Perak)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Taiping, Perak pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 5.23 pagi.

76. Kes ke-4314: Hospital Umum Sarawak
Perempuan warganegara Malaysia berumur 47 tahun dan mempunyai latar belakang darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak, Sarawak pada 8 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 7.36 pagi.

13 April 2020 [41]
77. Kes ke-2797: Hospital Melaka 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2020 jam 9.15 pagi.

14 April 2020 [42]
78. Kes ke-4532: Kota Kinabalu (Bunuh Diri)
Lelaki dewasa tanpa identiti diri dan dipercayai bukan warganegara yang ditemui mati di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 April 2020. Keputusan ujian sampel COVID-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 11 April 2020. Kes ini di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia.

**Asisten Komisioner Habibi Majinji (Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu): Hasil bedah siasat mendapati seorang lelaki warga asing yang disyaki gantung diri di hutan Pulau Gaya (6 April 2020) disahkan positif COVID-19.  Mayat itu ditemui tergantung diri dekat hutan pulau terbabit, walaupun tidak ada unsur jenayah, punca sebenar kematiannya tidak dapat disahkan. Seramai 12 anggota polis dan kontak diarah untuk menjalani pemeriksaan dan kuarantin 14 hari. [43]


Foto Kredit: TVSarawak.com


79. Kes ke-2052: Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 65 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 14 April 2020 jam 5.17

80. Kes ke-4818: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 7 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 11.36 malam.

81. Kes ke-4521: Hospital Melaka 
Perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, iaitu kes ke-4088 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 9 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 April 2020 jam 4.20 petang.

82. Kes ke-1649: Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, iaitu kes ke-343 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 26 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 14 April 2020 jam 11.50 pagi.


ANALISA RINGKAS SITUASI SELEPAS PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA KE-2 [44]

Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang bermula pada 1 April 2020 sehingga 14 April 2020 telah kini disambung pula kepada fasa ketiga. Setelah hampir sebulan pelaksanaan kedua-dua PKP fasa pertama dan kedua ini, kita dapat melihat tren jumlah kes baharu COVID-19 sedikit terkawal tanpa kenaikan yang mendadak. Manakala jumlah kes harian yang didiscaj dari wad meningkat saban hari. Ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan hasil daripada pelaksanaan PKP, seperti yang dapat dilihat pada tren jumlah kes aktif harian.

Susulan PKP fasa pertama dan kedua, PKP fasa ketiga mula dikuatkuasakan pada hari ini, iaitu 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Tujuannya adalah untuk meneruskan tindakan KKM sedia ada, serta menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif COVID-19 di Malaysia dengan menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach).

Kepatuhan masyarakat terhadap arahan ini adalah amat penting pada ketika ini. Namun berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan oleh pihak berwajib dan juga keadaan trafik jalan raya diperhatikan kebelakangan ini, didapati masyarakat semakin tidak akur terhadap arahan PKP ini.

Sehubungan itu, KKM menyambut baik keputusan pihak MKN agar tindakan yang lebih tegas diambil atas ketidakakuran segelintir masyarakat. Ini diharap dapat memberi impak yang positif dalam meratakan lengkung (flatten the curve) dan seterusnya memastikan fasiliti KKM dapat menampung bilangan pesakit COVID-19. KKM khuatir ketidakpatuhan kepada PKP boleh membatalkan usaha keras semua pihak yang telah diambil setakat ini. Terima kasih kepada semua pihak berwajib dalam membantu menguatkuasakan arahan PKP ini agar tahap keakuran dapat ditingkatkan.


Penggunaan Disinfiction Box/ Chamber/ Tunnel/ Booth/ Partition/ Gate Untuk Mengurangkan Jangkitan Covid-19

KKM ingin memaklumkan bahawa beberapa permohonan telah diterima bagi tujuan pengesahan penggunaan Disinfection Box / Chamber / Tunnel /Booth / Partition / Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID-19, di mana ianya telah dinilai oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan, KKM. Ini memandangkan ianya dilaporkan telah digunakan sebagai peralatan nyahkuman di beberapa negara.

Penilaian telah dilakukan terhadap beberapa model peralatan tersebut daripada beberapa negara dan juga model-model yang sedia ada di Malaysia. Adalah didapati bahawa proses nyahkuman oleh peralatan yang dinilai melibatkan seseorang melalui peralatan tersebut untuk tempoh 20-30 saat di mana individu akan disembur menggunakan bahan kimia bagi tujuan nyahkuman. Kesemua model yang telah dikaji menggunakan bahan kimia berlainan.

Hasil daripada penilaian yang dilakukan mendapati bahawa tiada bukti untuk menunjukkan bahawa peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19. Jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan. Prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman di dalam badan manusia. Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane mucosa) seperti di mata dan mulut.

Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan Disinfection Box / Chamber / Tunnel /Booth / Partition / Gate sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia.





Kredit: UKK@MOH & Laman Web KP Kesihatan


FASA KE-3 PKP (15 - 28 April 2020)

15 April 2020 [45]
83. Kes ke-4988Pusat Perubatan Universiti Malaya 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 15 April 2020 jam 6.41 pagi.
**Cerita ringkas dikongsikan oleh mereka yang mengenali Tok Salleh

16 April 2020 [46]
84. Kes ke-4711Hospital Kuala Lumpur 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 9 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 15 April 2020 jam 12.55 tengah hari.

17 April 2020 [47]

85. Kes ke-5064Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-4657 berkaitan dengan kluster PUI Bali. Beliau telah dirawat untuk penyakit barah darah di sebuah pusat perubatan swasta dan kemudiannya dipindah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 15 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 3.30 petang.

86. Kes ke-5183Pusat Perubatan Universiti Malaya
Lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-2321. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 8.56 malam.


18 April 2020 [48]
87. Kes ke-2657Hospital Kuala Lumpur 
Lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.

88. Kes ke-5252Hospital Selayang
Lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI). Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi.

19 April 2020 [49]

89. Kes ke-4769: Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-2726. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 13 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 April 2020 jam 6.47 petang.

21 April 2020 [50]
90. Kes ke-2050Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau adalah ibu kepada kes ke-2053 (yang turut mempunyai gejala pada hari yang sama). Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 20 April 2020 jam 1.47 tengah hari.

91. Kes ke-4090: Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 6 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2020 jam 2.28 pagi.

92. Kes ke-5332: Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 92 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-4711. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2020 jam 1.30 pagi.

22 April 2020 [51]
93. Kes ke-5483: Hospital Umum Sarawak
Perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 9.15 pagi.

23 April 2020 [52]
94. Kes ke-3871: Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Perempuan warganegara Malaysia berumur 32 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan anggota perubatan KKM (Jururawat Terlatih) dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-3662 (yang berkaitan dengan kluster hospital pakar Muar, Johor). Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 6 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 23 April 2020 jam 12.36 tengah malam. Ini merupakan kematian ketiga di kalangan anggota kesihatan KKM. 

95. Kes ke-4129: Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1575 (yang berkaitan dengan kluster PUI Bali). Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 8 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 22 April 2020 jam 11.48 malam.

24 April 2020 [53]
96. Kes ke-2978Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-1345) yang mempunyai sejarah pulang dari negara Indonesia. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 31 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 2.29 pagi.

25 April 2020 [54]
97. Kes ke-2354Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi.

98. Kes ke-2806Hospital Kuala Lumpur
Perempuan warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1346 (yang merupakan anak beliau). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 5.43 petang.

26 April 2020 
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

27 April 2020 [55]
99. Kes ke-4087: Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 27 April 2020 jam 4.31 pagi.

28 April 2020 [56]
100. Kes ke-3628Hospital Sungai Buloh (Selangor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 4 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 28 April 2020 jam 9.40 pagi.




FASA KE-3 PKP (15 - 28 April 2020)

29 April 2020 
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

30 April 2020 [57]
101. Kes ke-4657Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah darah. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 daripada kluster PUI Bali (iaitu kes ke-4476). Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 12 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 29 April 2020 jam 4.14 petang.

102. Kes ke-5282Hospital Umum Sarawak
Lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 12.55 tengah hari.

01 Mei 2020 [58]
103. Kes ke-5441Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-4818). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang.

02 Mei 2020 
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

03 Mei 2020 [59]
104. Kes ke-5539Hospital Sungai Buloh
Lelaki warganegara Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2020 jam 6.29 petang.

105. Kes ke-5837Hospital Tuanku Ja’afar (Seremban)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 27 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2020 jam 9.46 pagi.

04 Mei 2020 
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

05 Mei 2020 [60]
106. Kes ke-830Hospital Sungai Buloh
Lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac 2020 dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.10 pagi.

06 Mei 2020 [61]
107. Kes ke-2380Hospital Sungai Buloh
Lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.53 petang.


09 Mei 2020 [62]
108. Kes ke-2499Hospital Melaka
Perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, iaitu kes ke-1276 yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.

10 Mei 2020 
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

11 Mei 2020 [63]
109. Kes ke-6657Hospital Kuala Lumpur
Lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2020 jam 5.15 pagi.

12 Mei 2020 
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

13 Mei 2020 [64]
110. Kes ke-6743Pejabat Kesihatan Rompin (Pahang)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemui mati di Rompin, Pahang. Keputusan ujian sampel COVID-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020. Kes ini di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Rompin. Punca jangkitan belum dikenalpasti dan masih di dalam siasatan.


Baca: Kisah Sedih: Kasih Ayah Hingga Ke Akhir Hayat

111. Kes ke-5195Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (Johor)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kronik pernafasan. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2020 jam 10.36 pagi.

14 Mei 2020 [65]
112. Kes ke-6780Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang)
Lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2020 jam 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

15 Mei 2020
TIADA KES KEMATIAN DILAPORKAN

16 Mei 2020 [66]
113. Kes ke-6856Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas (Sabah)
Wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah (namun telah bercuti sakit disebabkan barah). Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.


RUJUKAN
[1] Kenyataan Akhbar KPK 4 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
[1] Kementerian Kesihatan Malaysia;

[2] COVID-19: Kes di Masjid Seri Petaling kluster baharu;

[3] Covid-19: Malaysia catat 2 kematian pertama;

[4] COVID-19: Malaysia rekod kematian pertama

[5] WHO surveillance case definitions for ILI and SARI;

[6] Sabah catat kematian pertama Covid-19, ke-3 di seluruh negara;

[7] COVID-19: Angka kematian meningkat kepada empat;

[8] COVID-19: Dua lagi kematian di Sarawak, jumlah terkini enam;

[9] Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;

[10] Kakitangan HTF positif Covid-19;

[11] COVID-19: Malaysia catat kematian ke-10;

[12] Pengerusi surau korban ke-11 Covid-19;

[13] COVID-19: Empat kematian baharu direkod hari ini;

[14] Dua kematian akibat COVID-19 di Sarawak hari ini;

[15] COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15;

[16] Kementerian Kesihatan Malaysia;

[17] COVID-19: 172 kes baharu dikesan dengan empat kematian;
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669212/covid-19-172-kes-baharu-dikesan-dengan-empat-kematian

[18] Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia, Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 ICovid-19) Di Malaysia 26 Mac 2020;
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/1395

[19] COVID-19: Malaysia catat kes kematian ke-24 - KP Kesihatan
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-malaysia-catat-kes-kematian-ke-24-kp-kesihatan-235518

[20] COVID-19: 26 kematian sehingga petang ini
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669972/covid-19-26-kematian-sehingga-petang-ini

[21] Covid-19: 7 kematian direkodkan hari ini [METROTV]
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/559984/covid-19-7-kematian-direkodkan-hari-ini-metrotv

[22] Kenyataan Akhbar KPK 30 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/03/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[23] COVID-19: Pembantu tadbir KKM mangsa korban ke-35;
https://www.airtimes.my/2020/03/30/covid-19-pembantu-tadbir-kkm-mangsa-korban-ke-35/

[24] Kenyataan Akhbar KPK 31 Mac 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/03/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[25] COVID-19: Lelaki Indonesia warga asing pertama meninggal di Malaysia
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671474/covid-19-lelaki-indonesia-warga-asing-pertama-meninggal-di-malaysia

[26] Pensyarah jadi korban ke-41 Covid, rakan serta anak2 didik terkejut & hiba;
https://ohmymedia.cc/pensyarah-jadi-korban-ke-41-covid-rakan-serta-anak2-didik-terkejut-hiba/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR1Q9GrL92n2y2Yac96nA2LXIdXUXtseik2-Bo4XuB-CyVp3nK-YKDzgEE8

[27] Kenyataan Akhbar KPK 1 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[28] Kenyataan Akhbar KPK 2 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[29] Kenyataan Akhbar KPK 3 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[30] Kenyataan Akhbar KPK 4 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[31] Kenyataan Akhbar KPK 5 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[32] KLUSTER COVID-19 DI MALAYSIA (SEHINGGA 20 APRIL 2020);
http://dkmsabah.blogspot.com/2020/04/kluster-covid-19-di-malaysia-sehingga_21.html

[33] Kenyataan Akhbar KPK 6 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[34] Kenyataan Akhbar KPK 7 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[35] Kenyataan Akhbar KPK 8 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/08/kenyataan-akhbar-kpk-8-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[36] Kenyataan Akhbar KPK 9 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[37] Page FB Rasmi UNIMAS;
https://www.facebook.com/unimasofficial/photos/a.215753668551006/2708952049231143/?type=3&theater

[38] Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[39] Kenyataan Akhbar KPK 11 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
https://kpkesihatan.com/2020/04/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[40] Kenyataan Akhbar KPK 12 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[41] Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[42] Kenyataan Akhbar KPK 14 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[43] Bedah siasat dapati pemuda disyaki gantung diri positif COVID-19;
https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/13/bedah-siasat-dapati-pemuda-disyaki-gantung-diri-positif-covid-19

[44] Kenyataan Akhbar KPK 15 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[45] Kenyataan Akhbar KPK 15 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[46] Kenyataan Akhbar 16 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/16/kenyataan-akhbar-16-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[47] Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[48] Kenyataan Akhbar KPK 18 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[49] Kenyataan Akhbar KPK 20 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[50] Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[51] Kenyataan Akhbar KPK 22 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[52] Kenyataan Akhbar KPK 23 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[53] Kenyataan Akhbar KPK 24 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[54] Kenyataan Akhbar KPK 25 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[55] Kenyataan Akhbar KPK 27 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[56] Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[57] Kenyataan Akhbar KPK 30 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/04/30/kenyataan-akhbar-kpk-30-april-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[58] Kenyataan Akhbar KPK 1 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[59] Kenyataan Akhbar KPK 3 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[60] Kenyataan Akhbar KPK 5 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[61] Kenyataan Akhbar KPK 6 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[62] Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[63] Kenyataan Akhbar KPK 11 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[64] Kenyataan Akhbar KPK 13 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-may-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[65] Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

[66] Kenyataan Akhbar KPK 16 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia;
https://kpkesihatan.com/2020/05/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/