Warisan Janji Pertahan Kesucian Agama Kristian! Respon Pemimpin Tempatan

KESUCIAN AGAMA KRISTIAN

Shafie Apdal (Presiden Warisan) semasa sesi makan tengah hari di Keningau (19.11.2017) bersama pemimpin Kristian dari Pensiangan, Nabawan dan Keningau.menyelar pemimpin Kristian Barisan Nasional (BN) di Sabah sebagai “hipokrit” kerana gagal melindungi agama.

Beliau menamakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Joseph Kurup; Presiden Parti Bersatu Sabah, Joseph Pairin Kitingan; Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Wilfred Madius Tangau; dan Presiden Upko, Bernard Dompok sebagai pemimpin yang menggambarkan diri mereka sebagai hero Kristian bagi kawasan masing-masing sahaja.

Beliau turut dilaporkan menyentuh isu Kerjasama UMNO dan PAS yang mana beliau berkata mereka (Pemimpin Komponen BN) tidak menolak kerjasama Umno dengan PAS, yang mengajar versi Islam melampau.

“Kenapa Kurup, Dompok dan Pairin tidak berkata apa-apa kepada Umno? Di Parlimen dan dalam majlis tertinggi BN, mereka tidak menyuarakan apa-apa, tetapi di Sabah mereka mengatakan sesuatu untuk menunjukkan yang mereka memperjuangkan agama”


“Anda tidak boleh hanya melindungi agama di kawasan masing-masing sahaja. Anda harus melakukannya untuk negara anda. Apabila ia membincangkan isu melindungi hak rakyat Sabah, saya tidak kisah mengorbankan nyawa saya.”

Beliau berkata jika Warisan berkuasa, ia akan mempertahankan kesucian agama Kristian berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Musa Aman Joseph Kurup Donald Mojuntin Melter Jiki Johnny Mositun


Tan Sri Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)
Beliau menyeru pemimpin politik di negeri ini agar tidak membawa isu agama ke dalam politik. Beliau menyatakan, semua pihak harus sentiasa bekerjasama dan tidak melihat kepada perbezaan agama untuk sama-sama membangunkan negeri ini amnya dan negara khususnya.

“Politik adalah politik dan agama adalah agama, dan kita mestilah menghormati agama masing-masing.”
“Saya juga minta kalau boleh pemimpin-pemimpin politik janganlah menggunakan isu agama ini dalam politik kerana kita di Sabah hidup aman dan harmoni walaupun terdiri daripada masyarakat yang mempunyai kebudayaan dan agama yang berbeza,”katanya.

Datuk Melter Jiki Tais (Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah - SCC)
“Saya minta ahli-ahli politik agar tidak mengheret agama ke dalam politik, apa yang penting ialah untuk kita hidup secara harmoni dan membangunkan negeri ini untuk manfaat semua orang”. Beliau menyuarakan penghargaan SCC kepada Kerajaan Persekutuan diketuai Musa yang juga Menteri Kewangan di atas sokongan berterusannya. “Setiap tahun, kerajaan negeri menyediakan dana untuk membolehkan kami menyambut Krismas dan tahun ini ia memperuntukkan RM200,000 untuk Sambutan Krismas Kota Kinabalu 2017 di Padang Merdeka. Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri juga menyediakan geran tahunan bagi sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam”. 

Beliau juga berkata Kristian di Sabah menikmati kebebasan beragama, termasuk penggunaan kalimah “Allah’ yang bukan satu isu di sini. Beliau menambah, walaupun Kerajaan Negeri telah membuat pindaan untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Sabah pada 1873, penganut Kristian di Sabah terus menikmati kebebasan beragama. 


Tan Sri Joseph Kurup (Preseden PBRS)
Presiden Warisan Shafie Apdal hanya cuba mendapatkan kelebihan politik dengan menggelar pemimpin Kristian Barisan Nasional (BN) sebagai hipokrit. Katanya, Shafie mengeksploitasi isu itu untuk kepentingan politiknya sendiri.

“Jika ada sebarang isu berkaitan masyarakat Kristian, kami akan bawa kepada kerajaan persekutuan”. Penyelesaian 10-perkara, yang dikeluarkan sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, memperuntukkan bahawa kerajaan perlu berbincang dengan pemimpin Kristian untuk mencapai kata sepakat berkenaan isu berkaitan. 

“Kami bertemu perdana menteri (Najib Razak) baru-baru ini berkenaan isu import Bible dengan kalimah Allah.

“Ini isu sensitif tetapi kami tidak mahu manfaat politik daripada isu itu, bukan seperti Shafie.
“Ini menunjukkan dia hipokrit lebih besar,” katanya.

Datuk Johnny Mositun  (Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah - PBS)
Tindakan Warisan memainkan isu agama bertujuan mengeksploitasi sensitiviti penganut Kristian dan menghasut mereka menentang BN. 
“Semua pemimpin KDM yang dinyatakan Shafie ialah individu yang secara terbuka mempertahan hak masyarakat Kristian di Sabah termasuk hak menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam  terjemahan Bible bahasa Melayu dan penyembahan.

“Kerajaan BN telah mengakui tuntutan ini, jadi apa Shafie cuba katakan?”

Mositun berkata PBS menentang penggunaan agama untuk kepentingan politik kerana ini akan memusnahkan budaya toleransi, saling menghormati dan penerimaan antara satu sama lain yang telah dibangunkan dan diamalkan rakyat Sabah selama ini.

“PBS tidak akan termakan ‘umpan’ Shafie. Dia hipokrit bukan kami. Sebelum ini beliau menegaskan bahawa BN menghormati hak orang Kristian di Sabah, tetapi kini beliau bercakap lain pula. Cabaran ekonomi dan keselamatan adalah keutamaan kami, bukan politik murah,” katanya.


Datuk Donald Peter Mojuntin (Setiausaha Agung UPKO)
Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) ditegur kerana menggunakan taktik menakut-nakutkan dan politik pecah-belah serta secara tidak bertanggungjawab mempergunakan agama untuk memancing sokongan rakyat. Beliau mendakwa Presiden warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggunakan taktik menakut-nakutkan untuk menyemarakkan sentimen keagamaan dalam kalangan penganut Kristian di Sabah. Beliau mengumpamakan pengumuman Shafie yang membenarkan penganut Kristian menggunakan Perkataan ‘Allah’, sekiranya Warisan berkuasa seperti jurujual menjual barangan terpakai. “Kerajaan yang memerintah pada ketika ini sentiasa mendukung kebebasan beragama, membenarkan kita (penganut Kristian) mengamalkan agama kita mengikut kesesuaian kita di gereja-gereja kita selam ini. Ia bukan satu isu,” katanya.


Christopher Mandut (Pemangku Ketua Pemuda PBS)
Satu laporan polis dibuat Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) terhadap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal selepas beliau memanggil golongan Kristian BN ‘hipokrit’ kerana gagal melindungi agama tersebut. Christopher menggambarkan kenyataan tersebut sebagai satu ‘fitnah’ dan membuat laporan tersebut di IPD Penampang pada Isnin (20.11.2017) lepas, berkata Shafie seharusnya sedar bahawa isu agama dilihat sebagai isu sensitif. “Oleh itu, kami menggesa pihak polis untuk menyiasat kenyataan tersebut kerana kami berasa ia sengaja dibuat untuk mewujudkan kebencian, kemarahan dan gangguan kepada keamanan dan keharmonian.


Datuk Joniston Bangkuai (Adun N.11 Kiulu)
Pemimpin Kristian BN sentiasa lantang mempertahankan hak masyarakat Kristian. Bagaimanapun, tidak seperti pembangkang, BN tidak menayangkan niat dan usaha mereka kepada media. Beliau berkata PBS konsisten dalam isu agama, oleh itu kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal kononnya pemimpin Kristian, termasuk daripada PBS, tidak peduli, adalah tidak berasas.

“Saya ingin tahu mengapa Shafie tidak bercakap mengenai semua ini semasa menjadi menteri? Dia tidak pernah kata, jangan ganggu mereka atau seperti itu. Mengapa baru sekarang kami dicemuh? “Sekarang, dia cuba jadi juara semua isu. Jangan cuba gambarkan kami seperti itu kerana kami tahu apa yang kami lakukan.

Dia harus tanya diri sendiri: Pernahkah dia menyebelahi kami dalam isu ini?
“Jangan gunakan isu ini kerana kamu terdesak mahukan sokongan masyarakat bukan Islam.”

Daripada menimbulkan perasaan tertentu dalam kalangan rakyat dengan menggunakan isu agama, Shafie sepatutnya merapatkan jurang antara orang berbeza agama, kata Bangkuai. Beliau menambah, di kawasannya baru-baru ini, sekumpulan pelatih dari sebuah institut vokasional, termasuk orang Islam, membantu mencantikkan sebuah gereja di daerah itu tanpa masalah. “Marilah kita promosikan penerimaan dan tolak ansur daripada menyemai perbalahan.


Benarkah Pemimpin KDM/ Pemimpin Kristian Dalam BN Sabah Tidak Memperjuangkan Agama Kristian?

Banyak untuk disenaraikan, namun cukuplah sedikit artikel bukti pengiktirafan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) terhadap tokoh yang banyak menyuarakan hal berkaitan agama Kristian. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh menceritakan dan menjawab tuduhan DSSA bahawa pemimpin KDM dalam BN tidak memperjuangkan Isu Agama Kristian dalam BN.



Datuk Seri Madius Tangau (Pemangku Presiden UPKO)
Pelantikan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok sebagai penduduk Malaysia yang pertama menjadi Duta Besar Malaysia ke Holy See merupakan pemangkin kepada pemimpin terkini parti tersebut bagi meneruskan perjuangan untuk komuniti Pasokmomogun.

Beliau berkata, pelantikan tersebut mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan besar sepanjang beliau berkhidmat sebagai pemimpin tertinggi negeri dan juga sebagai menteri persekutuan.
Menurut Madius, bekas pemimpin tertinggi UPKO itu tidak pernah gagal untuk memperjuangkan isu- isu berkenaan Pasokmomogun termasuklah hal berkaitan agama.
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) telah melantik beliau (Tan Sri Bernard Dompok) sebagai Duta Besar Malaysia ke Holy See yang juga merupakan duta pertama Malaysia (17.03.2016) ke Vatican



Rujukan:

Adun PBS: Pemimpin Kristian BN Sabah konsisten isu ‘Allah’. Diakses pada 21.11.2017 melalui,

Bernard Dompok menjadi duta pertama Malaysia ke Vatican City Diakses pada 20.11.2017 melalui,

Bernard Dompok dilantik duta pertama Malaysia ke Vatican. Diakses pada 20.11.2017 melalui,

PBS kata Shafie hipokrit, cuba menghasut. Diakses pada 22.11.2017 melalui,


Pemimpin Kristian BN Sabah Hipokrit – Shafie Apdal. Diakses pada 22.11.2017 melalui,

 

Pemimpin politik, jangan politikkan isu agama- Musa. Diakses pada 22.11.2017


Shafie hanya mahu manfaat politik, kata pemimpin Kristian BN. Diakses pada 22.11.2017 melalui,

Warisan Will Defend Sanctity Of Christian Faith If It Comes To Power. Diakses pada 22.11.2017 melalui,

No comments:

Post a Comment