Mahathir & Kit Siang Berdolak Dalih, Tidak Berterus Terang Semasa Sesi Soal Jawab


Gambar Hiasan: Wakeup Malaya


Dipetik: KLXpress

Semalam telah berlangsung sebuah forum khas antara Tun Mahathir dan Lim Kit Siang bersama anak muda di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.

Mereka diajukan beberapa soalan dari hadirin yang dilihat sebagai 'memaksa' mereka untuk berdalih dengan jawapan-jawapan selamat.

Antara soalan yang diajukan adalah berkenaan:

1. Cybertroopers DAP
Lim Kit Siang menafikan bahawa parti DAP pernah menaja cybertroopers.

Padahal sebelum ini, bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun telah mendedahkan kewujudan pasukan yang digelar sebagai Red Bean Army (RBA). Pasukan tentera siber ini diwujudkan oleh DAP sejak tahun 2008.

Lihat video: https://youtu.be/HRYLEftVsgQ



Tujuan Red Bean Army dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang kerajaan yang memerintah,  namun termasuk sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan tersebut.

2. Status DAP
Kit Siang juga masih mahu 'menegak benang yang basah' tentang status parti DAP. 

Parti itu sedang berdepan dengan isu besar seperti parti rasis apabila tidak ada satu pun calon Melayu yang menang semasa pemilihan CEC DAP, kronisme melampau, korupsi yang sangat teruk dan kerajaan negeri yang gagal mentadbir serta menzalimi rakyat.

Malah, dasar-dasar DAP jelas menolak konsep 'bumiputera' seperti Deklarasi Setapak yang diperjuangkan oleh DAP dan mereka tidak pernah pun menafikannya.

3. Skandal Mahathir
Kit Siang berdolak-dalih apabila disoal tentang pendirian beliau tentang salah laku yang didakwa dilakukan oleh Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan beliau yang paling kuat bersuara menentang Mahathir terutamanya skandal Forex yang menyebabkan puluhan billion ringgit wang rakyat hangus begitu sahaja.


Sitegiant E-Commerce
Dr Mahathir Mohamad pula memberi respon:

1. BR1M
Mahathir sekali lagi mempertikai pemberian BR1M dan bantuan lain serta mendakwa pemberian ini adalah satu bentuk korupsi. Secara tidak langsung telah menuduh jutaan penerima BR1M sebagai penerima rasuah.

Kenyataan beliau itu jelas bertentangan dengan bajet bayangan Pakatan Harapan 2018 yang mengekalkan BR1M.

2. Skandal
Mahathir juga mengelak daripada menjawab beberapa isu yang melibatkan beliau seperti kehilangan puluhan bilion ringgit disebabkan Skandal Forex, korupsi, isu kekayaan melampau dan diktator.

Padahal, isu-isu besar ini didedahkan sendiri oleh rakan-rakan Mahathir. 

3. Akta ISA
Mahathir juga mendakwa jumlah tangkapan  menggunakan Akta ISA semasa beliau menjadi Perdana Menteri adalah lebih rendah berbanding 3 perdana menteri sebelum beliau.

Namun Mahathir gagal menjawab dengan jujur, malah pembandingan yang dibuat juga tidak adil kerana 3 perdana menteri sebelumnya menggunakan akta tersebut untuk membendung ancaman faham komunis dan sosialis ketika itu. 

Mahathir menjadi Perdana Menteri selepas 13 tahun Parti Komunis Malaya meletakkan senjata tetapi tangkapan ISA masih tinggi.

Mahathir juga gagal berterus terang tentang pindaan yang dilakukan terhadap ISA pada 1989 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dilaporkan bahawa Seksyen baru dimuatkan bagi menghalang sebarang penilaian mahkamah dilakukan terhadap penangkapan dan penahanan ISA. 

Kerana itu, pembangkang amat benci dengan Operasi Lalang tahun 1987. Kita sedia maklum bahawa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Mahathir sendiri. Beliau yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ops Lalang ini dan semua pemimpin pembangkang menuding jari kepada beliau.

Tetapi apabila Mahathir bersekongkol dengan pembangkang, semua pemimpin pembangkang zip mulut menahan marah. Lebih mendukacitakan ialah apabila Mahathir u-turn dan tidak mengaku penahanan ketika itu adalah keputusan beliau.

Tetapi Datuk Seri Najib Abdul Razak juga yang mengambil langkah berani dengan memansuhkan akta tersebut pada 15 September 2011.

Secara keseluruhannya, kedua-dua veteran politik itu gagal untuk menjawab soalan. Malah mereka lebih banyak berdolak-dalih, tidak berterus-terang dan tidak menjawab soalan.

Mahathir dan Kit Siang tidak dapat menyakinkan golongan muda yang hadir dan sesiapa yang melihat video sesi tersebut. Kit Siang juga tidak akan dapat menyakinkan ahli dan penyokong DAP yang tidak puas hati dan memprotes tindakan beliau bersekongkol dengan Mahathir Mohamad.



No comments:

Post a Comment