BN Lakukan Penindasan Selektif?



YB Christina Liew (Adun N.15 Api-Api) telah mengeluarkan kenyaan yang diterbitkan menerusi Daily Express (21.11.2017) muka surat 2, yang berbunyi “rakyat kini menghadapi kesukaran ekonomi dengan pendapat lebih rendah biarpun dengan kenaikan kos sara hidup, menambah ketidakpastian politik dengan penindasan selektif dalam kalangan pemimpin pendakwaan, mewujudkan persepsi negatif bakal pelabur”.

Perkataan “penindasan selektif” yang dimaksudkan pastinya tidak lari daripada kronologi tangkapan SPRM membabitkan pemimpin UMNO dan Warisan serta kontraktor dan penjawat awam di sebuah kementerian berhubung Skandal Penyelewengan Dana KKLW yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion.

Malah siri tangkapan kedua yang juga membabitkan pemimpin tertinggi Warisan berhubung dakwaan tuntutan palsu bernilai RM43 juta berkenaan kontrak penyelenggaraan kejuruteraan dan mekanikal di Universiti Malaysia Sabah. 

Sama ada YB Christina buta dengan kenyataan “Penindasan Selektif” itu, atau buat-buat buta berhubung ketelusan SPRM yang telah menyoal siasat pemimpin-pemimpin dalam UMNO dan Warisan, hanya beliau sendiri yang mengetahuinya. Namun sebelum ringkasan kronologi penangkapan yang konon-kononnya “selektif” itu di ringkaskan, adalah lebih baik kita semua mengimbau kembali senarai penipuan pemimpin pembangkang yang termasuk YB Christina Liew sendiri terhadap rakyat Sabah, untuk kita jadikan ukuran kredibiliti pemimpin sebegini.


Masihkah Anda Ingat?




WAKIL RAKYAT PKR CHRISTINA LIEW TIPU RAKYAT, 819 ORANG JADI MANGSA

Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak telah memerintahkan bayaran ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29 oleh tiga individu: ADUN Api Api dan peguam Christina Liew Chin Jin Hadhikusumo, Defendan ke-3 dalam kes tanah; Defendan 1 Siti Rahfizah Mihaldin iaitu kerani Liew; dan Defendan ke-2 Samsuri Baharudin, peguam kepada sekumpulan 819 pekebun kecil.

Mahkamah Tinggi mendapati bahawa ketiga-tiga Defendan telah menyalahi undang-undang menyebabkan peserta Skim Pekebun Kecil Bahagak melanggar JVA 12,000 ekar mereka dengan syarikat itu, Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB).

Ini adalah apa yang hakim Chew Soo Ho berkata:
“Ia adalah jelas bahawa Defendan 1 dan 2 (kakitangan Christina) mahukan lot pekebun kecil yang Defendan ke-3 (Christina) telah secara langsung terlibat dengan Defendan 1 dan 2 untuk membeli lot pekebun kecil.”




ADUN Likas Digantung Enam Bulan Daripada Persidangan DUN Kerana Berbohong


Junz Wong (DAP-Likas) Rabu digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 90 dewan iaitu memelihara kehormatan dan kesucian dewan.

Datuk Teo Chee Kang berkata Wong memuat naik gambar kecederaan seorang wanita, yang mendakwa dirompak dan dicederakan di sebuah pusat membeli-belah di sini, dalam akaunnya di laman sosial Facebook tanpa mendapat pengesahan kesahihan gambar berkenaan.

Beliau berkata wakil rakyat Likas itu juga telah membuat komen pada gambar yang dimuat naik tersebut iaitu ‘KK (Kota Kinabalu) is no longer safe for the public to walk around’ (KK tidak lagi selamat untuk orang awam berjalan-jalan).
Sumber: Sayang Sabah


Tidak cukup dengan itu, setelah menyertai Parti Warisan, Junz wong turut menipu rakyat dengan mendakwa 500 ahli SAPP Kundadang telah menyertai Warisan. Walhal ahli SAPP Kundasang seperti yang dilaporkan hanya berjumlah 232 orang. Ini turut diikuti dengan beberapa siri penipuan yang turut dilaporkan di seluruh Sabah berhubung penyertaan ahli parti yang menyertai Warisan.
Sumber: Suara Sabah


PEMIMPIN DAP SABAH GUNA SIJIL ANAK NEGERI (SAN) PALSU

Sijik Anak Negeri milik Jimmy Wong telah ditarik balik pada September 2012 pada ketika dia masih lagi seorang ADUN Sri Tanjung. Sebelum itu, kesahihan Sijil Anak Negerinya telah dipersoalkan dalam sidang DUN. Akhirnya sebuah lembaga penyiasat yang dilantik telah menarik balik Sijil Anak Negeri Jimmy Wong.

Jimmy Wong mengaku sebagai Sino-Kadazan. Sedangkan jalur keluarganya langsung tidak menunjukkan setitik darah Kadazan pun dalam tubuhnya memandangkan kedua-dua ibu bapanya adalah Cina sepertimana yang terdapat dalam sijil kelahirannya.
Sumber: Bangkit


Seterusnya, berikut adalah kronologi "Pendakwaan Selektif" sepertimana yang didakwa oleh Pengerusi PH Sabah (Christina Liew).

Penyelewengan Dana KKLW Bernilai RM1.5 bilion
Isu berhubung penyelewengan dana KKLW bernilai RM1.5b yang mula hangat sejak SPRM menyita RM150 juta dalam akaun bank pada Rabu (04.10.2017) lalu, masih hangat dengan DSSA menjadi individu terakhir dibebaskan pada Jumaat (27.10.2017) dengan jaminan RM100,000 dan beliau membayar deposit RM80,000.

Berikut adalah senarai terkini individu yang ditahan dan tarikh penahanan mereka oleh SPRM sehingga 29.10.2017;
1) Datuk Peter Anthony (Naib Presiden Parti Warisan) 05.10.2017
2) Yu Sin Kong (Ahli Perniagaan) 05.10.2017
3) Norhartarty Rahmat (Bekas S/U KKLW) 05.10.2017
4) Datuk Azis Jamman (Wira Warisan) 10.10.2017
5) Jamawi Jaafar (Ketua Pemuda UMNO P.181 Tenom) 10.10.2017
6) Ariffin Kassim (Ketua Pemuda UMNO P.190 Tawau) 10.10.2017
7) Hamid Apdal (Adik DSSA – individu ke-7 ditahan) 11.10.2017
8) Manzur Hussein Awal Khan (Menantu - Hamid Apdal) 16.10.2017
9) Dato' Mohd Yusof Apdal (Adik DSSA - Adun N.50 Lahad Datu) 17.10.2017
10) Amarjit Singh (S/U Warisan P.173 Putatan – Jurutera) 19.10.2017
11) Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Warisan) 20.10.2017
12) Bekas Setiausaha Sulit DSSA (20.10.2017) - SPRM Putrajaya
13) Bekas Setiausaha Akhbar DSSA (20.10.2017) - SPRM Putrajaya

Nilai rampasan yang didedahkan oleh SPRM dalam skandal penyelewengan dana bernilai RM1.5b menerusi kenyataan media (sejak serbuan 04.10.2017);
1) Menyita RM150 juta dalam akaun bank individu terlibat (04.10.2017)
2) Membekukan/ menyita RM29 juta (05.10.2017)

Jumlah rampasan skandal RM1.5b itu menurut SPRM adalah sebahagian daripada RM7.5 bilion dana peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah. Peruntukan tersebut melibatkan;

1. 350 projek di 9 daerah di Sabah yang merangkumi Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

2. Skandal RM1.5b tersebut juga melibatkan penyelewengan dana bernilai lebih RM100 juta untuk program bantuan makanan pelajar miskin.


Pendakwaan Selektif? apa yang uniknya di sini, kebanyakkan pemimpin pembangkang khususnya pembangkang Semenanjung (PKR, DAP dan PAN) serta pembangkang yang pro pembangkang semenanjung (Warisan), pastinya akan menuduh siri tangkapan SPRM itu sebagai konspirasi politik. Namun, jika tangkapan itu membabitkan pemimpin BN, pastinya mereka akan berkata SPRM telus.

Di mana letaknya integriti pemimpin sebegini? wang yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk golongan miskin yang memerlukan, pun boleh diseleweng. Inikah manusia yang akan memperjuangkan nasib rakyat Sabah?

Bersama-sama kita renungkan.


No comments:

Post a Comment