UCAPAN PERDANA MENTERI BERSEMPENA KONGRES KE-32 PBS



Ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)


Melahirkan rasa senang hati beliau selaku Pengerusi BN kerana dapat menghadiri persidangan ke-32 PBS yang menurutnya cukup bermakna dan istimewa kerana tempoh 3 dekat usia PBS, kehadirannya ke dalam kancah politik tanah air telah memberi impak besar kepada politik Sabah dan Malaysia keseluruhannya. Meskipun berlaku kemelut pada suatu ketika dahulu, namun sehingga hari ini apa bila PBS untuk memilih bersama-sama dalam BN. Inilah nilai bersahabatan yang saya tidak dapat lupakan kerana pemimpin PBS memilih jalan kebersatuan, jalan untuk kita berjuang dalam satu keluarga yang lebih besar, pada suatu ketika suatu dahulu lebih sukar, namun PBS melihat kepentingan negara melebihi kepentingan suku kaum”, ujarnya. Berdasarkan kepada hakikat bahawa kalau kita dalam satu keluarga yang lebih besar, kita akan mempunyai kekuatan yang lebih dan kekuatan yang lebih ini kita akan mampu membuat sesuatu yang lebih besar signifikannya terutamanya dalam konteks memenuhi kehendak dan keperluan setiap suku kamu dalam negara kita yang tercinta.

Selaku perdana menteri ujar YAB PM, beliau memegang beberapa prinsip dalam pentadbirannya yang antaranya beliau perlu berlaku adil kepada semua. Dalam Bajet 2018, bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Perancangan bajet ini untuk memenuhi beberapa matlamat yang antaranya, untuk memastikan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dapat dihapuskan meskipun ia mungkin memakan masa. Namun beliau perlu lakukannya sambil dengan sinis beliau mengatakan yang beliau perlu buat kerana ianya tidak dilakukan oleh pemimpin yang 22 tahun memimpin negara. Maka dengan itu peruntukan yang lebih tinggi diberikan untuk Sabah dan Sarawak pada Bajet 2018 kali ini.

Pembinaan dan naik taraf sekolah-sekolah daif di pedalaman Sabah menerusi teknologi IBS , adalah antara usaha kerajaan yang tidak mahu orang Sabah menjadi kuli-kuli sahaja, kerana itu kerajaan menekankan pembinaan sistem pendidikan dan kemudahan asas infrastruktur pendidikan yang jauh lebih baik agar bakat mereka dapat digarap seterusnya diberi peluang menjawat jawatan penting atau ketua jabatan agensi kerajaan sepertimana yang dilakukan oleh beliau (YAB PM) ketika ini berbanding dengan mantan PM terdahulu yang memerintah negara 22 tahun.

Peruntukan besar turut diberikan kepada Sabah dan Sarawak antaranya RM500 juta untuk infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar, RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak bagi bekalan air bersih. Beliau berharap projek ini berjalan baik tanpa ketirisan. Untuk pengukuran Tanah adat, untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut kerajaan beri peruntukan untuk pengukuran tanah adat dan menerusi Bajet 2018, RM20 juta lagi diperuntukkan untuk pengukuran tanah adat dan membolehkan kerajaan negeri mengukur dan memberikan geran komunal kepada masyarakat. Tidak cukup dengan itu, Borneo Convention Centre turut diberikan sepertimana yang dikehendaki oleh YAB Ketua Menteri termasuk RM500 juta untuk projek pembangunan projek Eko pelancongan yang sedang dibangunkan di Tg. Aru.

YAB Perdana Menteri tegasnya akan terus memberi penumpuan kepada aspek pembangunan di Sabah dan Sarawak kerana menurutnya, inilah penghargaan kepada penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Menurutnya bukan mudah untuk Sabah dan Sarawak membuat keputusan menyertai Malaysia, dan keputusan itu ujarnya telah menjamin masa depan rakyat. RCI misalnya, adalah tindakan berani yang dibuat beliau dalam menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Berhubung dengan MA63, beliau menegaskan yang kerajaan tidak berniat untuk mengambil hak Sabah, dan jika terambil dahulu, maka perlu dipulangkan. Dan ini adalah perjuangkan semua pihak dalam BN. Rakyat ujarnya lagi tidak perlu bimbang untuk bercakap soal MA63 kerana beliau tegasnya tidak akan memasukkan rakyat ke dalam ISA sepertimana tindakan bekas perdana menteri terdahulu yang memasukkan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ke dalam ISA ketika berkuasa. Beliau memohon diberikan sedikit masa untuk kerajaan memperhalusi berhubung MA63.

Berhubung dengan pertanyaan pemimpin politik berkenaan tarikh sebenar PRU14, beliau menegaskan ia bukan soal bila tarikh sebenar PRU14, tapi apa yang perlu dijawat oleh pemimpin parti adalah “tanya sama ada anda sudah bersedia atau tidak”.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri DSP Joseph Pairin Kitingan atas segala sumbangan beliau dalam BN, masyarakat KDM dan untuk negara selama beliau menjadi Presiden PBS dan beliau turut melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan baru Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mampu memimpin PBS pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment