FAKTA: DI SEBALIK PEMBATALAN PEMBINAAN SMK NABALU






Nama sekolah: SMK Nabalu
Projek: 2008

Perincian:

Projek SMK Pekan Nabalu dihentikan
1. Projek dihentikan pada 2014 atas nasihat bertulis daripada Jab. Mineral dan Geosains bahawa tapak sekarang berada di atas garis seismik.

2. Penemuam garisan seismik adalah petunjuk bahawa kawasan itu tidak selamat berikutan gempa bumi berskala 6.0 Ritcher yg melanda gunung kinabalu menyebabkan kerosakan struktur di kawasan sekitarnya menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain menghentikan projek tersebut kerana aspek keselamatan.

3. Menteri pendidikan (DS Mahadzir Khalid) mengumumkan (May 2017 - Lawatan ke Tuaran) sebuah sekolah baharu akan dibina untuk menggantikan SMK Nabalu yang terbengkalai - Lokasi di Kg Giok - juga di Nabalu. Namun ia mungkin mengambil sedikit masa sementara menunggu laporan daripada Jab. Mineral dan Geosains.


Ulasan:
1. Keputusan kerajaan untuk membatalkan pembinaan SMK Nabalu atas faktor keselamatan susulan insiden gempa berskala 6.0 di gunung kinabalu (Jun 2015) yang mengorbankan 18 nyawa dan mencederakan 10 yang lain adalah tepat. Keselamatan pelajar adalah agenda yang perlu diberi keutamaan dalam pembinaan sekolah baharu di Area/ kawasan terlibat gempa.

2. Rasional Pembatalan projek ini turut disokong dengan fakta yang dilaporkan ketika kejadian gempa bahawa, sebanyak 23 sekolah mengalami kerosakan (16 sekolah kebangsaan, 6 sekolah menengah dan sebuah SRJK) di sekitar Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Nabawan dan Keningau mengalami kerosakan, struktur retak jalan raya dan tanah merekah. Malah kerosakan turut dilaporkan membabitkan kuarters guru (Kenyataan Media TS Muhyiddin Yassin).

3. Selain itu, wujud juga puluhan gegaran susulan yang masih berlaku hingga sekarang dan yang terbaharu berlaku runtuhan bogkah batu di gunung kinabalu pada Oktober 2017 lalu, namun tiada insiden kemalangan jiwa dilaporkan.


Rumusan:
1. Ketiga-tiga fakta yang dinyatakan dengan jelas menyentuh aspek keselamatan pelajar menjadi keutamaan kerajaan dalam membatalkan pembinaan SMK Nabalu.

2. Namun pembatalan tersebut tidak bermakna kerajaan lepas tangan begitu sahaja. Kementerian pendidikan sedang mengenalpasti tapak baharu yang sesuai dan selamat (sekitar Kg Giok - Pekan Nabalu) menggantikan SMK Nabalu yang terbengkalai.



Jawapan: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
SMK Nabalu Sabah dihentikan kerana berlaku pergerakan tanah selepas insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu.

1. Agak pelik kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab dan pemimpin Pakatan yang mahu pembinaan SMK Nabalu Sabah diteruskan walaupun boleh membahayakan nyawa anak-anak Sabah. Bagi Pakatan, politik lebih penting berbanding nyawa anak-anak di Sabah. 

2. Di bawah adalah penjelasan Ketua Pengarah JASA berkenaan posting Borneo Voice yang didapati sengaja menipu rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah berkenaan sebab kenapa pihak berkuasa TIDAK MAHU MENERUSKAN PEMBINAAN SEKOLAH INI walaupun selepas Datuk Dr Puad berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM32 juta dan kelulusan pengambilan tanah. 

" 1. Tular di media sosial berkenaan bangunan sekolah yang tidak siap di Pekan Nabalu oleh sebuah Facebook page Borneo Voice yang seolah-olah menuduh saya sebagai tidak menunaikan janji ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

2. Perlu juga saya jelaskan berkenaan perkara ini kerana ia dibangkitkan lagi. Perkara ini berkaitan janji lama sebelum saya menjadi Timbalan Menteri lagi.

3. Ia berkaitan isu tapak sekolah. Masyarakat kampung mahu sekolah dibina di lereng gunung kerana dekat dengan kampung mereka. Tapak SMK Nabalu yang mereka mahukan berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Namun JKR tidak memberi kelulusan.

4. Apabila saya jadi Timbalan Menteri, saya jumpa mereka sendiri dan berdialog. Saya pujuk mereka agar terima tapak baru di bawah gunung kerana boleh ada tapak padang, boleh bina bangunan bertingkat dan RUKIAH guru.

5. Mereka bersetuju dengan saranan saya dan disaksikan oleh Datuk Madius Tangau yang kini merupakan Menteri dan juga Ahli Parlimen Tuaran.
6. Maka saya berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM32 Juta dan menguruskan kelulusan tapak baru milik kerajaan negeri.

7. Kerajaan negeri agak lewat memberi kelulusan tapak , oleh itu kerja pembinaan hanya dapat bermula pada tahun 2014 selepas saya tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Menteri.

8. Maka tanggungjawab saya berakhir di situ. Sekurang-kurangnya bajet dan kerja pengambilan tanah telah pun saya lakukan.

9. Tetapi apabila kerja pembinaan dihentikan kerana berlaku pergerakan tanah di tapak pembinaan terutamanya selepas berlaku gempa di Gunung Kinabalu, maka tidak wajar saya dipersalahkan. "

3. Apakah pemimpin Pakatan mahu nyawa anak-anak Sabah terancam seperti yang berlaku di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri Pakatan tidak memperdulikan pandangan rakyat, NGO dan pihak berkuasa mengenai pembangunan di lereng bukit?

No comments:

Post a Comment