Dipetik: Abdul Rahman Abdul Kadir
Salam Doc, sy terpanggil nak msg Doc sbb byk sgt terbaca
tentang kesusahan org Malaysia ni nak cari rezeki. Asyik merungut pasal GST,
barang naik,susah nak hidup.
Sy ada 1 kisah, mengenai diri saya. Kalau blh doc bgtau kat
anak2 muda yg selalu sgt merungut. tp minta hide identiti. Demi Allah, ini
kisah sy sebenar.
Umur saya dah 40an. Selepas habis belajar di UITM tahun 97,
saya di terima kerja di sebuah Bank Antarabangsa. Setelah 17 tahun kerja dengan
selesa, namun saya rasa bosan dengan rutin kerja harian. Performance saya jatuh
merundum dan saya banyak buat masalah.
Tahun 2013, saya dibuang kerja tatkala isteri gugur anak ke
2. Hilang arah saya dibuatnya. Tiada kerja, hutang melambak. Selama setahun
saya terkial-kial mencari kerja. Siapalah nak ambik bekerja umur dah lewat
30an, sijil-sijil pun entah kemana. Nak berniaga tiada modal. Rumah di lelong
sebab tak mampu bayar. Nasib baik isteri saya bekerja, jadi dialah yang
menanggung saya. Tapi selama mana lah seorang isteri mampu nak menyara
keluarga. Akhirnya awal 2015, isteri mencadangkan supaya saya mengambil upah
membersih rumah orang untuk berpindah.
Mula-mula memang malu. Mana taknya, dari pekerja kolar putih,
duduk dalam aircond, hadap computer, tiba-tiba kena cuci rumah orang, buang
sampah, cuci tandas. Macam pendatang asing. Namun saya tabahkan hati, duit
punya pasal. Setiap rumah saya charge mengikut keadaan dan keluasan rumah.
Paling kurang RM200.
Modal saya hanya duit minyak kereta, penyapu, mop, bahan
pembersih lantai, plastic sampah, juga berus (semua saya ambil dari rumah).
Dalam sebulan saya boleh dapat 8-12 panggilan untuk mencuci dan menyamak rumah.
Charge servis saya pula dari RM200 dan ada kalanya mencapai ke RM2000 untuk 1
rumah. Daripada seorang, Kini saya mempunyai 2 orang pekerja tak tetap. Jika
kerja kecil, saya boleh buat seorang, melainkan rumah banglo, terpaksa saya
panggil pekerja tak tetap saya. Sebulan pendapatan saya boleh mencecah RM5000 dan
saya kerja hanya 8-10 hari sebulan.
Apa yang penting ialah usaha dan buangkan sikap malu serta
malas. Saya dah umur 40, tapi Alhamdullilah masih mampu membersihkan rumah 2
tingkat berkeluasan 22x60 seorang diri.Lagi lah saya masa muda bukan jenis yang
suka bersenam dan bersukan. Takkan lah orang muda tak boleh nak lsayakan
perkara yang sama.
Sudah setahun lebih saya buat kerja sector 3D, Alhamdullilah,
hidup saya kembali stabil walaupun tak kaya. Ada kalanya pendapatan kasar saya
boleh mencecah RM10k sebulan.
Buat orang Malaysia, nasihat saya biarlah apa orang nak kata,
walaupun kerja kotor dan penat, tapi saya rasa berbaloi. Tak payah lah nak
berlagak kerja opis tapi setengah bulan dah sengkek atau nak berangan berniaga
besar-besaran, tp modal ciput. Jangan lah asyik nak menyalah Kerajaan walhal
bumi Allah ni luas dan pelbagai peluang kerja boleh dicari.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment