MEMAHAMI KEPUTUSAN IPIC UNTUK MENAMATKAN PERJANJIAN TRANSAKSI PERTUKARAN ASET-HUTANG BERSAMA 1MDB




Kenyataan yang dikeluarkan oleh IPIC hari ini adalah berkenaan bayaran bunga USD50 juta (RM190 juta) hari ini sebagai sebahagian daripada bayaran untuk bon 1MDB bernilai USD3.5 bilion yang telah dijamin oleh IPIC.

Selepas melunaskan pinjaman sebanyak RM 14.25 bilion semenjak sebulan yang lalu berikutan perjanjian penjualan Edra yang telah selesai, 1MDB masih mempunyai simpanan tunai sebanyak RM 2.3 bilion.

Ini bermakna 1MDB boleh membayar bunga tersebut dengan mudahnya, namun mengikut kenyataan pegawai MOF yang diterbitkan oleh Singapore Straits Times, PM Najib telah mengarahkan 1MDB untuk tidak membayar.

Bon ini tidak dijamin secara langsung oleh Kerajaan Malaysia (ianya bukanlah sebahagian daripada RM5.8b yang dijamin oleh kerajaan seperti yang tertera di dalam laporan PAC), tetapi ianya dijamin oleh IPIC beserta jaminan akhir pelaburan oleh 1MDB.

Di dalam isu berkenaan pembatalan bon USD3.5b, mereka akan memanggil penjamin untuk proses perdamaian.

Dan sekiranya IPIC gagal untuk berdamai, maka keseluruhan bon IPIC yang bernilai lebih dari pinjaman 1MDB akan dikira sebagai terbatal.

Ianya seperti bermain tarik tali – dan IPIC mempunyai kebarangkalian untuk lebih rugi sekiranya mereka membenarkan bon ini terbatal, sedangkan kerugian yang dialami oleh Malaysia adalah sangat minimal.

Ini memberi maksud bahawa senario ini boleh mempengaruhi keputusan IPIC untuk membayar kadar bunga dan mendakwa Malaysia semata-mata untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

Walau bagaimanapun, 1MDB menyatakan bahawa mereka telah memindahkan kesemua aset bernilai USD4.5b kepada IPIC/Aabar (ini adalah aset-aset yang akan ditukarkan dengan bayaran USD3.5b + USD1b daripada IPIC) seperti yang diarahkan di dalam kertas kerja penuh oleh Pengarah Urusan IPIC, Pengerusi dan CEO Aabar, dan juga seperti yang telah ditetapkan oleh para peguam dan juruaudit antarabangsa ketika itu.

IPIC/Aabar, dalam kenyataan yang berlainan percaya dan mengatakan bahawa mereka tidak pernah menerima jumlah wang tersebut – namun bersetuju untuk memindahkan USD1b, membayar USD110juta kadar bunga  ke atas bon sebelumnya dan juga telah membatalkan opsyen Aabar walaupun mereka mendakwa tidak pernah menerima bayaran-bayaran tersebut.

The Straits Times melaporkan bahawa “Selepas siri mesyuarat tergempar yang diadakan bersama pengurusan atasan 1MDB minggu lepas, yang juga dihadiri oleh beberapa peguam dan pegawai Kementerian Kewangan, Najib mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang liability korporat hendaklah ditanggung oleh Abu Dhabi dan anak-anak syarikat miliknya.

Keputusannya itu, seperti yang dipetik oleh pegawai-pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan yang berkait-rapat dengan isu tersebut, adalah dibuat berdasarkan hujah bahawa IPIC telah membayar hampir US$100 juta kadar faedah pada Oktober dan November yang lalu. Kuala Lumpur juga agak terkejut apabila IPIC mengambil masa lebih dari tiga tahun untuk mengisytiharkan bahawa mereka tidak pernah menerima wang tersebut.” www.straitstimes.com

Wang ini tidak pernah hilang, tetapi statusnya dipertikaikan. Sekiranya Najib telah menyalahgunakan wang tersebut, dia sudah pasti akan meminta faedah itu untuk dibayar segera, namun beliau menghalang 1MDB dari melakukannya.

Ini bermaksud, 1MDB mempunyai kes yang kuat untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas IPIC.

Ianya adalah strategi yang berisiko, namun saya percaya ini adalah pilihan terbaik yang boleh diambil Malaysia ketika ini untuk memaksa IPIC/Aabar untuk bertanggungjawab terhadap aset-aset yang telah mereka terima.

Lim Sian See

No comments:

Post a Comment