53 PRINSIP & TINDAKAN, TEKAD TS ADENAN HADAPI PRN SARAWAK













Senarai 53 Prinsip dan Tindakan;

ANAK SARAWAK
  1. Bumiputera di Sarawak tidak boleh diklasifikasikan sebagai ‘Lain-lain’.
  2. Masyarakat Cina bukan ‘Pendatang’.
  3. Putrajaya diingatkan bahawa apabila membuat rujukan kepada, atau menentukan Bumiputera dalam mana-mana dokumen atau komunikasi, mestilah meliputi semua peribumi Sarawak selain daripada Melayu.
  4. Ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir – Jabatan Imigresen diarah untuk sentiasa berwaspada dan bertindak lebih aktif.

PEMANSUHAN DAN PENGURANGAN CAJ
  1. Pengurangan tarif elektrik berdasarkan unit penggunaan:
    • Pengurangan antara 2%-40% untuk pengguna Domestik (berkuatkuasa 1 Januari 2015).
    • Pengurangan antara 15%-50% untuk pengguna Komersial (berkuatkuasa 1 Jun 2015).
    • Pengurangan antara 8%-11% untuk pengguna Industri  (berkuatkuasa 1 Jun 2015).
  2. Semua tambang feri di seluruh negeri diseragamkan daripada RM5/ RM10 atau RM15 ke RM1 (mulai 1 Julai 2015).
  3. Pemansuhan bayaran tol Jambatan Lanang di Sibu (24 Mei 2015), Jambatan ASEAN di Miri (1 Jun 2015) dan Jambatan Tun Salahuddin di Kuching (1 Januari 2016).
  4. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pemansuhan cukai tanah untuk rumah kediaman dan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar.
  5. Pengurangan kadar cukai taksiran antara 10% hingga 100% untuk tempat kediaman.

JANJI KERAJAAN KEPADA SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA
  1. Sebagai pengiktirafan kepada Sekolah Persendirian Cina, peruntukan telah disalurkan sebanyak:
    1. RM3 juta pada tahun 2014
    2. RM4 juta pada tahun 2015
    3. RM5 juta 2016
  2. Kerajaan Negeri mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) dengan menerimanya sebagai syarat kelayakan memohon pinjaman/biasiswa Yayasan Sarawak dan memasuki Perkhidmatan Awam Negeri.

KOMITMEN PETRONAS
  1. Kontrak akan diberi kepada syarikat dari Sarawak asas sebanyak (RM2.1 bilion setiap tahun)
  2. Memperkasakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) (RM10 juta setahun)
  3. Dana pendidikan PETRONAS untuk pendidikan dan latihan sekolah teknikal bernilai (RM420 juta untuk 5 tahun)
  4. PETRONAS bersetuju membekal 450 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli pada harga khas yang telah dirundingkan untuk sektor tenaga dan sektor bukan tenaga di Sarawak.

TRANSFORMASI LUAR BANDAR
Kerajaan menambahbaik perkhidmatan di kawasan luar bandar dengan menubuhkan: 
  1. Serian sebagai Bahagian baharu dan 9 Daerah baharu:
    1. Tebedu 
    2. Bukit Mabong
    3. Subis 
    4. Tanjung Manis
    5. Beluru 
    6. Pusa
    7. Telang Usan 
    8. Kabong
    9. Sebauh
  • dan 7 Daerah Kecil baharu:
    1. Siburan 
    2. Long Bedian
    3. Bario 
    4. Mulu
    5. Tinjar 
    6. Nanga Budu
    7. Nang Merit

  1. Tambahan RM1.5 bilion untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang antarabandar dan luar bandar.

TIADA PARTI DARI LUAR SARAWAK
  1. Sarawak menolak parti politik dari Semenanjung Malaysia.
  2. UMNO bersetuju tidak akan membuka cawangan di Sarawak.

LEBIH AUTONOMI DAN PENURUNAN KUASA KEPADA SARAWAK
  1. 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum, sebagai pengiktirafan kepada Sarawak menjadi sebuah negeri yang mempunyai kerajaan sendiri pada 22 Julai 1963.
  2. Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai kenaikan royalti minyak daripada 5% ke 20%.
  3. Sarawak mahu lebih kuasa autonomi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.
  4. Kejayaan rundingan fasa pertama mengenai 13 perkara perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan tentang penurunan kuasa melalui pemerkasaan tadbir urus Kerajaan Negeri.
  5. Rundingan fasa kedua memberi tumpuan kepada undang-undang yang bercanggah dengan hak-hak Negeri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
  6. Rundingan fasa ketiga penurunan kuasa kepada Sarawak melibatkan perkara yang berkaitan dengan kewangan.

DASAR-DASAR PENTADBIRAN BAHARU
  1. Sarawak merupakan negeri pertama di mana semua Menteri, Menteri Muda, Ahli Dewan Undangan Negeri BN dan SetiausahaBPolitik telah menandatangani Ikrar Integriti.
  2. Lesen menangkap ikan laut dalam yang diguna secara ‘alibaba’ telah dikaji semula dan dibatalkan, dan pengeluaran lesen baharu akan dirujuk kepada Kerajaan Negeri.
  3. Semua penerima di bawah Program Bantuan Kebajikan akan mendapat tambahan RM50 setiap bulan.
  4. Dasar perumahan ditambahbaik bagi menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak.
  5. Memansuh undang-undang dan dasardasar di Sarawak yang mendiskriminasi wanita, untuk memberi mereka peluang yang sama rata.

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS

  1. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah bukan jenis kebangsaan masih di peringkat rundingan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia digunakan dalam urusan rasmi Kerajaan Negeri.
  2. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negeri Sarawak.

ALAM SEKITAR, PENGUATKUASAAN DAN PENGURUSAN HUTAN MAPAN

  1. Penangguhan sementara (moratorium) pembinaan empangan Baram.
  2. Penyelidik antarabangsa dan pengkaji alam sekitar dipelawa membuat penyelidikan di taman negara kita.
  3. Kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) digalakkan.
  4. Tiada lagi pengeluaran lesen pembalakan baharu dan tanah kerajaan untuk perladangan komersial.
  5. Usaha memerangi pembalakan haram akan diteruskan. 84 Lesen Sijil Pendudukan Sementara (OT) untuk pembalakan telah dibatalkan atau tidak diperbaharui.
  6. Berkat usaha kami memerangi pembalakan haram, 36 buah kilang papan menggunakan kayu balak haram telah ditutup.
  7. 10% daripada keluasan tanah negeri akan diwartakan sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

SARAWAK HARMONI

  1. Sarawak tidak akan bertoleransi terhadap sifat perkauman.
  2. Rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing.
  3. Tiada sekatan ke atas penggunaan Kalimah Allah asal ia digunakan dengan penuh hormat.
  4. Tiada sekatan bagi penggunaan Bible versi Bahasa Malaysia di Sarawak.
  5. Tiada undang-undang Hudud di Sarawak.
  6. Golongan fanatik dan pelampau tidak diterima di Sarawak kerana negeri ini mengamalkan kepelbagaian budaya, perpaduan dan harmoni.


PENDIDIKAN TEKNIKAL

  • Sarawak mengutamakan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dan telah memulakan pusat latihan teknikalnya sendiri iaitu Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS - Centre of Technical Excellence).


LEBUH RAYA PAN BORNEO, SARAWAK
Jalan raya dari Telok Melano ke Merapok sepanjang 1,089 km akan dinaiktaraf dan memberi manfaat berikut:

  • Mempercepat proses pembangunan ekonomi di seluruh Negeri.
  • Pembinaan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong di lebuh raya seluruh Sarawak.
  • Jambatan moden, kawasan rehat dan hentian sebelah (lay-bys).
  • Masa perjalanan yang singkat.
  • Meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya.


GURU-GURU DI SARAWAK

  • Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan permintaan Sarawak bahawa menjelang tahun 2018, 90% daripada guru yang mengajar di Sarawak adalah anak-anak Sarawak.


TANAH DI SARAWAK

  1. Mengisytiharkan lebih banyak tanah komunal untuk menaiktaraf kehidupan dan kebajikan rakyat.
  2. Pengiktirafan untuk tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi survei perimeter tanah (perimeter survey) dan survei individu berterusan telah menghasil banyak tanah didaftarkan yang memberi peluang kepada Bumiputera membangunkan tanah mereka secara komersial.
  3. Pindaan terbaharu ke atas Seksyen 5 (5A) Kanun Tanah Negeri membolehkan kaum Bumiputera di Sarawak memperolehi tanah NCR di tempat lain selain dari komuniti sendiri, sekaligus meningkatkan peluang pembangunan tanah NCR berkenaan.
  4. Mengekalkan syarat pegangan asal ke atas lot-lot baharu setelah pecah bahagi tanah sama seperti tempoh pegangan lot asal supaya tidak ada keresahan di kalangan pemilik tanah.


#TeamAdenan
#GiveTeamAdenanAChance

No comments:

Post a Comment