PENJELASAN BERHUBUNG LANGKAH PENGGANTUNGAN BARTER TRADE DI SABAH






Keputusan kerajaan untuk menggantung barter trade dan transhipment di Sabah adalah keputusan yang dibuat  setelah semua faktor diperhalusi dan segala kesan dianalisa ;

2. Ia adalah keputusan hasil pandangan menyeluruh semua agensi dan dibuat secara bersama :

3. Ia tidak didasarkan kepada hanya kepada insiden penculikan terbaru pada 1 April , Tetapi ia adalah langkah untuk membendung dan  memitigasi kejadian seumpama ini dari terus berulang;

4 Langkah pengukuhan keselamatan tidak harus berkompromi dengan dakwaan komuniti perniagaan yang akan mendakwa kerugian sentiasa membayangi mereka , Hakikat dan data dipegang oleh agensi kerajaan dan analisa akan dijalankan bagi melihat dakwaan banyak perniagaan terjejas sedangkan rekod kelulusan menunjukkan tidak ramai yang terlibat . Justeru ia membawa kepada banyak penemuan menarik tentang wujudnya dalang yang membenarkan kegiatan haram berleluasa tanpa kebenaran sebenar kerajaan, Perkara ini akan dibongkarkan 

5 Marilah kita semua menyokong usaha ini kerana kerugian perniagaan tidak akan sebesar kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya insiden penculikan dan pencerobohan terus berlarutan

6 Semoga usaha kita terus diberkati dan keselamatan Sabah serta Malaysia akan kekal berpanjangan

Terima Kasih

Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah
KOTA KINABALU
09 Apr 2016

No comments:

Post a Comment