1MDB: PENJELASAN KENAPA HUTANG RM42 MENJADI RM50B




Pro Tun M bagaikan hantu yang mengilai apabila berbicara tentang hutang 1MDB yang telah mencecah RM50b pada Januari 2016. Mereka lebih-lebih lagi menjadi teruja apabila Mahathir mengumumkan bahawa beliau tersilap tentang amaun tersebut yang bukannya RM42b tetapi RM50b. 

Secara teknikalnya, Mahathir telah tersilap tentang kehilangan RM42b tersebut. Melainkan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang telah menipu. Mahathir kemudiannya memaklumkan bahawa beliau tersilap tentang RM42b tersebut dan mengatakan bahawa ianya sepatutnya adalah RM50b, atau lebih.

Mahathir juga tersilap dalam mengatakan bahawa beliau telah silap. Hutang tersebut pada 31/3/2014 adalah RM42b and untuk terus bersetuju mengatakan bahawa nilai hutang tersebut adalah kekal pada tarikh tersebut ada tepat dan tidak salah. Hutang pada Mac 2015 tidak pernah mencecah RM50b. Rasa saya, sehingga kini puak-puak Pro-Tun M sudah memahami fakta ini, namun saya terpaksa menyemak semula memandangkan ianya tidak mudah menilai tahap pemikiran mereka. Saya tahu, ada di antara mereka yang kurang pandai namun mungkin juga ada sesetengah mereka yang bijak, tetapi masih berpura-pura untuk terkejut melihat angka RM50b itu. Ianya tidaklah mencurigakan apabila hutang tersebut telah mencecah RM50b pada Januari 2016, disebabkan perkara berikut:-

1)Seperti yang kita ketahui, 1MDB telah mencapai kata sepakat bersama IPIC yang mana IPIC telah bersetuju untuk membayar USD1b kepada 1MDB sebagai "bayaran permulaan". Bayaran ini akan kekal sebagai liabiliti (deposit yang boleh dikembalikan) di dalam penyata 1MDB sehinggalah perjanjian tersebut lengkap, dijangka pada Jun 2016. Dan apabila ianya telah termeterai, USD1b tersebut akan menjadi liabiliti dan seharusnya diklasifikasikan sebagai 'disposal proceeds'. (Nota: Pinjaman Deutsche Bank yang diambil pada March 2014 juga dibayar menggunakan wang ini).

2) Seperti yang kita ketahui, 1MDB juga telah meminjam RM950 juta daripada kerajaan pada Februari 2015 dan telah dilangsaikannya semalam.

3) Di samping itu, pinjaman sebanyak USD150 juta juga telah diperolehi daripada EXIM Bank untuk membiayai keperluan kewangan Edra Global Energy (i.e modal operasi)

4) Kadar tukaran matawang negara berbanding US yang meningkat daripada 3.2 pada Mac 2014 kepada 4.2 pada Januari 2016. (Menurut sumber, perbezaan kadar tukaran wang asing terhadap hutang dalam USD adalah RM2b.)

Pro-Tun M yang kurang waras pastinya menyangka bahawa kesemua hutang hendaklah dibayar pada December 2015 and mengutuk 1MDB kerana masih lagi berhutang sehingga 1 Januari, 2016. Saya kurang pasti siapa atau apa yang menghasut mereka namun ada kemungkinan tahap kebijaksanaan mereka memainkan peranan penting. Saya juga tidak menemui mana-mana laporan rasmi yang mengatakan hutang-hutang perlulah dibayar pada Disember 2015, namun puak-puak Pro-Tun M adalah dialu-alukan untuk tampil bersama bukti tersebut.

Sekarang, kita gunakan logik akal. Arul Kanda menyertai 1MDB pada 5 Januari 2015. Pada Februari 2015, 1MDB telah mengumumkan bahawa mereka telah mempunyai semakan strategik dan plan rasionalisasi. Adakah anda benar-benar percaya bahawa 1MDB boleh membayar sebanyak RM42b pada Disember 2015, sedangkan ianya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kata sepakat dan menandatangani perjanjian?
Dari planet manakah anda?

Sebaik sahaja saya menulis ini, hutang yang diperolehi daripada kerajaan sebanyak RM950 juta telah baru sahaja dilangsaikan. Berikutan itu, saya juga telah dimaklumkan bahawa hutang RM4.2b juga telah mula dibayar sejak 2 minggu lepas dan RM2b lagi yang akan menyusul dalam masa seminggu. Maka kita akan menyaksikan untuk memiliki hampir RM7b hasil daripada pelepasan ke atas hutang Edra dan sementara menantikan pemilikan USD3.5b yang akan diambil alih oleh IPIC bermula Jun. Segalanya nampak teratur, walaupun puak-puak Pro-Tun M belum berhenti menyalak. 

Nampak gayanya Mahathir mungkin akan silap lagi.

Azmi Arshad

Kredit: DLNA

No comments:

Post a Comment