KENYATAAN MEDIA OLEH 1MDB




Anda tidak boleh hanya 80% berpuas hati, Pua.

Pihak 1MDB merujuk kepada beberapa komentar yang dibuat oleh YB Tony Pua mengenai Laporan PAC pada hari ini. YB Tony yang telah dikeluarkan daripada penyediaan Laporan PAC ke Parlimen, kini berusaha untuk melawan semula dan mempersoalkan kandungan laporan itu, mengatakan bahawa dia hanya 80% berpuas hati dengan laporan tersebut.

1MDB telah memberikan semua dokumen dalam simpanan mereka kepada Jabatan Audit Negara (JAN) serta menerangkan kepada JAN mengapa dokumen lain tidak dapat diserahkan. YB Tony yang tahu mengenai hal ini masih lagi mengitar semula tuduhan-tuduhannya.

Laporan konsensus tersebut adalah dokumen yang disediakan secara menyeluruh dan muktamad. PAC juga telah meminta agensi penguatkuasa yang berkaitan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai perkara-perkara tertentu. YB Tony perlu menghormati kehendak kolektif PAC, menghentikan politik retorik dan membenarkan pihak berkuasa untuk melakukan kerja mereka.

Kredit: DLNA

No comments:

Post a Comment