KEJAYAAN 1MDB MELUNASKAN HUTANG BANK DAN HUTANG JANGKA PENDEK



































Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad

Dikeluarkan pada 18 April 2016

Untuk terbitan segera

Kejayaan 1MDB melunaskan hutang bank dan hutang jangka pendek

Sukacita dimaklumkan 1MDB telah berjaya membayar kembali kemudahan pembiayaan jangka pendek dari EXIM Bank lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Dengan pembayaran ini, maka 1MDB telah membayar kesemua hutang bank dan hutang jangka pendeknya.

Pembayaran kembali hutang kepada EXIM Bank telah dilaksanakan oleh anak syarikat 1MDB iaitu Timeline Zone Sdn. Bhd. Pembiayaan tersebut diberikan pada Mac 2015 dan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai urusan korporat umum termasuklah (namun, tidak hanya tertakluk) dalam urusan penyediaan modal kerja dan perbelanjaan yang berkaitan bisnes tenaga.

Sejak empat minggu yang lalu, 1MDB telah mengumumkan pembayaran kembali prinsipal hutang yang berjumlah hampir RM7.25 bilion.

Pembayaran semula ini menjadi titik tolak kepada pengakhiran hutang-hutang bank dan hutang jangka pendek milik 1MDB.

1MDB juga mencatatkan lebihan tunai hampir RM2.3 bilion bagi infrastruktur dan pelbagai keperluan perkhidmatan pembiayaan. 

No comments:

Post a Comment