KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO


Kita harus mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada pihak PENGURUSAN 1MDB kerana KEJAYAAN mereka menguruskan syarikat ketika mana ia di asak begitu rupa oleh pelbagai pihak yang sudah tentu menyukarkan pengurusan dan menjejaskan reputasi syarikat.

PRESTASI SEMASA

Hari ini mereka bukan sahaja berjaya menyempurnakan sebahagian besar dari pelan rasionalisasi nya, tetapi 1MDB juga berjaya mengurangkan bebanan hutang kepada tahap yang lebih munasabah dan "manageable".  1MDB juga berjaya melunaskan KKT(kemudahan kredit tersedia) yang diberi oleh kerajaan malah kini memiliki lebih dari RM2 billion rezab tunai dlm akaun semasa mereka.1MDB juga kini memiliki aset bernilai 3 billion lebih tinggi dari liability.

Mereka juga kini memiliki aset dan projek Pembangunan berpotensi tinggi dgn nilai GDV berbillion ringgit.

Sebagai sebuah syarikat yg bermula dgn MODAL SUNTIKAN kerajaan hanya sebanyak RM1 juta (SATU JUTA RINGGIT SHJ) 1MDB kini siap siaga muncul semula sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik yang besar, berdaya maju dan berpotensi tinggi. Plan rasionalisasinya tanpa meminta SUNTIKAN pemegang saham ie Kerajaan.

LAPURAN PAC

Lapuran Ketua Audit Negara serta lapuran JK KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) yang baru di keluarkan seharusnya membebaskan 1MDB dari segala fitnah yang kononnya RM42b telah hilang, RM2.6b di bayar ke akaun peribadi YAB PM dan lain-lain,  kini terbukti TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Namun tidak dinafikan, sepertimana syarikat perniagaan lain, berkemungkinan berlaku masalah urustadbir  dan urusniaga dan lain-lain yang sama sekali tidak harus dikaitkan dgn YAB PM, yg mustahil terlibat dlm "day to day operation" syarikat.

Justeru kita bersyukur Ketua Audit Negara dan PAC telah menyempurnakan tugas mereka secara cukup profesional lagi berwibawa. Malah PAC turut dianggotai 5 wakil rakyat parti parti pembangkang .

Perakuan-perakuan PAC mestilah di ambil perhatian bersungguh-sungguh oleh PENGURUSAN, kerajaan dan Agensi berwajib. Siasatan susulan hendaklah dibuat atas sebarang salah laku "without fear or favour".  Perletakan jawatan AHli Lembaga Pengarag wajar di terima agar siasatan dapat dibuat tanpa prejudis atau halangan. Penyusunan tata kelola syarikat wajib di buat serta kaedah pemantauan lebih ketat juga harus laksanakan.

Syor supaya YAB PM tidak perlu terlibat dlm LEMBAGA PENASIHAT juga wajar diberi perhatian

MASA DEPAN 1MDB

Adalah di harapkan IMDB akan terus maju dan berkembang serta melangkah kehadapan tanpa di ganggu gugat oleh mereka yg berkepentingan, lebih-lebih lagi mereka yang ingin mengambil kesempatan mereka-reka isu bagi tujuan politik sempit mereka.

YAB PM pula pastinya terus ISTIQAMAH dan FOKUS kepada agenda yang lebih besar yaitu memacu ekonomi negara, yang hasilnya mula kita rasai sekarang..INSYAALLAH KEJAYAAN yang lebih besar menanti berkat sifat SIDDIQ, AMANAH, FATONAH yang beliau pegang teguh dengannya..

Selamat Maju Jaya
TSAM 8/4/16

No comments:

Post a Comment