JAWAPAN DR. ZAKIR NAIK KEPADA MAHASISWA PERUBATAN YANG TIDAK BERSYUKUR







KUALA NERUS: Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam ini untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik. Orang ramai mula memenuhi stadium pada jam 8 malam dan ada yang terpaksa mendengar ceramah di bahagian luar kerana semua tempat duduk dalam stadium dipenuhi. Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini semalam menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' selama dua jam bermula jam 9.45 malam.

Orang ramai berpeluang menyoal Dr Zakir sejam selepas itu. Sebelum menceburi bidang dakwah, beliau terlatih sebagai doktor perubatan. Dr Zakir yang pertama kali ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam. Kehadiran beliau adalah bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang berhasrat meluaskan aktiviti dakwah di negeri ini.

Tertarik dgn satu soalan dari plajar perubatan (bakal doktor). Soalan jelas nak kenakan kerajaan.

Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan dia mendapat tepukan gemuruh oleh hadirin (geng student).

Dr Zakir tanya balik, "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". Student tu jawab, "RM3600 setahun". Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. "But please dont blame your government,"...

Soalan makan diri. Itulah bila niat nak kenakan orang. Sepatutnya bersyukurla.

No comments:

Post a Comment