PROGRAM: SEMAIAN KASIH-PENGHAYATAN ISLAM


 Puteri UMNO Bahagian P185 Batu Sapi telah menganjurkan program "Semaian Kasih-Penghayatan Islam". Program bertempat di Surau Al Hajiratul Jannah Kg Bonggaya Baru berjaya menghimpunkan sekitar 200 orang hadirin.


Turut sama hadir dan memeriahkan program tersebut adalah Pn. Hazulizah Mohd Dani (Ketua Puteri Umno Batu Sapi), Encik Kamlun bin Hasan (Ketua Kampung Bonggaya Baru) dan Ustaz Jokoh (Tenaga pengajar Kelas Mengaji Puteri-Rumah Wakaf Kg Bonggaya Baru).



Pengisian:
1. Sebanyak 4 pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Hafazan, Tilawah Al Quran, Pertandingan Azan dan Pertandingan Bercerita kisah Teladan Islam.

2. Penyampaian sijil kepada 10 orang pelajar kelas mengaji puteri-rumah Wakaf kg Bonggaya Baru yang telah Khatam Al Quran.

3. Program ini diadakan bersempena dengan Bulan Maulidur rasul.

4. Peserta terdiri daripada kalangan belia, beliawanis, dewasa dan kanak-kanak yang merupakan pelajar Kelas Mengaji Puteri yang dibiayai sepenuhnya oleh Puteri UMNO Batu Sapi di rumah yang telah diwakafkan pada 18 Jun 2014 kepada pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi dan Ustaz Jokoh selaku tenaga pengajar.



Kredit: H^Liza

No comments:

Post a Comment